Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BMR- 31🤍

PEJAM celik pejam celik, tak terasa masa terus berlalu dengan pantas. Kini genap setahun perkahwinan mereka. Dan hari ini juga merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Riaz sudah lama merancang untuk menyambutnya tanpa pengetahuan Zahra sebab dia tahu, Zahra mungkin lupa hari ini adalah hari istimewa mereka. Semuanya sudah Riaz atur rapi, aktiviti yang akan mereka lakukan, makan malam, dan sebuah kejutan yang pasti membuat Zahra terharu.

"Ceisya, dah siap ke?" panggil Riaz dari ruang tamu. Dia menunggu Zahra bersiap.

Zahra yang berada di dalam bilik, tergesa-gesa menjawab, "Dah, abang! Sekejap ya, Zahra nak ambil beg je."

Riaz tersenyum sambil melihat jam di tangannya. Dia tidak sabar untuk merealisasikan semua rancangan yang sudah lama disimpannya.

"Kita nak pergi mana ni?" tanya Zahra sambil memandang Riaz dengan penuh tanda tanya. Dia pelik sebab Riaz tak bagitahu apa-apa dari tadi.

Riaz hanya tersenyum dan menjawab dengan nada penuh misteri.

"Adalah rahsia. Dah jom, nanti lambat pula." Dia mengenyitkan mata ke arah Zahra, buatkan lagi rasa ingin tahu semakin membuak-buak dalam diri isterinya.

"Abang ni memang suka buat surprise, kan?" Zahra menggeleng kepala sambil tersenyum kecil, namun dalam hatinya rasa tak sabar. Dia pun tak nak tunggu lama, cepat-cepat melangkah ke pintu, bersedia untuk apa saja kejutan yang menantinya.

KIRA-kira 30 minit kemudian, mereka sampai di tempat yang dituju. Zahra menoleh ke arah Riaz dengan wajah penuh kekeliruan bila nampak papan tanda besar di hadapan mereka.

"Abang, jangan cakap abang nak main benda ni?" tanya Zahra dengan nada terkejut, mata terarah ke arah gelanggang roller skate di depan mereka.

"Ya, abang nak main."

Zahra terdiam sejenak, memandang gelanggang tersebut dengan rasa cemas. Dia mana pernah main roller skate! Kalau jatuh nanti, malunya.

"Abang, sayang mana pandai main," Zahra cuba cari alasan sambil pegang lengan Riaz, berharap suaminya ubah fikiran.

Riaz ketawa kecil, "Jangan risau, sayang. Abang ajar. Kalau jatuh pun, abang ada untuk sambut." Dia merangkul bahu Zahra dengan mesra, meyakinkannya untuk mencuba sesuatu yang baru.

Zahra mengeluh kecil, masih tak yakin. "Kalau jatuh teruk macam mana? Malu je nanti," Zahra memandang Riaz dengan ragu-ragu.

Riaz tersenyum, mengusap lembut bahu isterinya. "Sayang, kalau jatuh pun tak apa. Abang takkan biar sayang jatuh sorang-sorang. Lagipun, ni hari istimewa kita. Abang nak buat benda yang kita tak pernah buat sama-sama sebelum ni."

Zahra pandang Riaz, rasa macam tak sampai hati nak kecewakan suaminya. Dengan berat hati, dia angguk juga akhirnya. "Okay, tapi abang janji jangan ketawakan sayang kalau sayang jatuh."

Riaz angkat tangan, senyum lebar. "Janji! Abang takkan gelak, tapi abang akan sambut sayang setiap kali."

Mereka pun masuk ke dalam arena roller skate tu. Riaz bantu Zahra pakai kasut skate, dan dia memegang tangan Zahra erat, menuntunnya perlahan-lahan ke atas gelanggang. Zahra bergerak dengan langkah yang sangat berhati-hati, rasa macam nak jatuh setiap masa.

"Abang, sayang rasa macam nak tergolek ni," ujarnya takut-takut.

"Takpe, jatuh ke bangun, abang sentiasa ada sebelah sayang," balas Riaz, sambil pegang tangan Zahra dengan lebih erat.

Zahra dan Riaz akhirnya mula bergerak perlahan-lahan di atas gelanggang. Pada mulanya, Zahra memegang lengan Riaz erat-erat, takut terjatuh. Setiap kali dia hilang keseimbangan, Riaz cepat-cepat menariknya dekat.

"Abang, rasa macam tak stabil ni," Zahra ketawa kecil sambil cuba menyesuaikan diri.

Riaz tersenyum, "Relax, sayang. Slow-slow je. Abang ada kat sini."

Lama-kelamaan, Zahra mula rasa lebih yakin. Mereka bergerak serentak, tangan mereka tak pernah terlepas. Sesekali Zahra hampir tergelincir, tapi Riaz cepat-cepat memegangnya.

"Hampir jatuh tu!" Zahra ketawa sambil menoleh ke arah Riaz.

Riaz ketawa bersama, "Tapi abang sambut kan? Macam abang janji."

Mereka terus bermain, kadang-kadang Zahra tergelak besar bila dia hampir terjatuh, tapi Riaz tak pernah lepaskan tangan. Gelanggang itu dipenuhi dengan ketawa dan senyuman mereka berdua. Zahra mula rasa seronok, dan seketika, dia lupa ketakutannya.

"Abang, sayang rasa dah boleh main ni!" Zahra kata dengan bangga.

Riaz tersenyum besar, "Nampak, abang tahu sayang boleh. Asalkan ada abang kat sini, sayang boleh buat apa saja."

Zahra tersipu malu mendengar kata-kata Riaz. Mereka terus bermain, menikmati saat-saat bersama, berdua, seperti dunia milik mereka seorang.

Selesai bermain roller skate, mereka berdua duduk sebentar di bangku untuk berehat. Zahra menyapu peluh di dahinya sambil tersenyum puas.

"Penat, tapi seronok!" katanya sambil memandang Riaz.

Riaz tersenyum, "Abang tahu sayang akan suka. Lepas ni abang ada satu lagi tempat nak bawa sayang."

Zahra kerut dahi, "Lagi? Ke mana pulak kali ni?"

Riaz bangun dan menarik tangan Zahra, "Jom, ikut abang. Surprise."

Mereka pun menuju ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan, Zahra asyik memandang ke luar tingkap, cuba meneka ke mana Riaz akan membawanya kali ini. Selepas kira-kira 15 minit, mereka tiba di hadapan sebuah bangunan besar.

"Abang bawa sayang pergi muzium?" Zahra tanya dengan terkejut sambil memandang papan tanda besar di hadapan muzium tersebut.

Riaz tersenyum penuh makna, "Ya, ini salah satu tempat kegemaran abang. Abang tahu sayang suka benda-benda bersejarah juga. Jom kita masuk tengok-tengok."

Mereka berdua melangkah masuk ke dalam muzium. Zahra kagum dengan pameran-pameran yang ada, sambil Riaz menjelaskan beberapa benda yang menarik minatnya. Mereka berjalan dari satu pameran ke satu pameran, berbual dan bergelak ketawa. Zahra terasa seperti mereka sedang dalam dunia mereka sendiri, dikelilingi sejarah dan kenangan masa lalu.

"Abang ni, banyak tahu pasal benda-benda ni ya. Macam tour guide pulak," usik Zahra.

Riaz ketawa kecil, "Abang nak impress isteri abang lah. Nak tunjuk abang ni ada jugak ilmu sejarah sikit-sikit."

Zahra ketawa manja, "Well, abang berjaya impress sayang."

Sambil mereka terus berjalan di sekitar muzium, Zahra sedar betapa Riaz sentiasa tahu cara untuk membuatnya rasa istimewa. Hari itu bukan hanya hari biasa, tetapi satu kenangan yang tidak akan dilupakan.

"Tapi kenapa banyak-banyak tempat abang bawak sayang datang sini? Sayang tau lah abang ni pensyarah sejarah," Zahra bersuara sambil tersenyum kecil.

Riaz berhenti seketika, kemudian pandang Zahra dengan mata yang bersinar lembut. Dia tarik nafas dan melangkah sedikit lebih dekat. "Sebenarnya... abang nak bawa sayang ke tempat yang ada banyak kisah, sebab sayang pun satu kisah yang paling berharga dalam hidup abang."

Zahra terasa pipinya mula panas, sedikit terkejut dengan jawapan Riaz. "Abang..."

Riaz tersenyum, pipinya sendiri juga merah sedikit, "Setiap sejarah yang abang ceritakan kat sini, ada sebab, ada makna. Macam sayang... ada sebab kenapa sayang jadi pilihan hati abang. Setiap hari dengan sayang, abang rasa kita tengah tulis sejarah kita sendiri."

Zahra ketawa kecil sambil tersipu malu. "Abang ni... pandai betul buat ayat."

Riaz ketawa sambil memandang Zahra dengan penuh kasih. "Bukan ayat, sayang. Itu kenyataan. Dan sejarah kita, abang harap akan jadi yang paling indah."

Zahra menggigit bibir, cuba menahan senyuman yang semakin melebar. "Abang ni... macam ni lah abang tiap-tiap hari nak buat sayang blushing."

Riaz ketawa kecil sambil merapatkan diri lagi, "Kalau tak buat sayang blushing, abang rasa tak lengkap hari abang."

Zahra mencubit lengan Riaz lembut. "Ish, abang ni! Tak habis-habis buat sayang macam ni."

Riaz angkat bahu sambil tersenyum manis. "Itu sebab abang suka tengok sayang senyum. Bila sayang senyum, dunia abang rasa cerah, macam semua masalah hilang."

Zahra tergelak lagi, kali ini lebih keras. "Abang ni boleh je kalau nak jadi penulis novel cinta. Mesti ramai orang beli buku abang."

Riaz ketawa bersama, "Tapi satu je masalahnya."

"Apa?"

"Abang dah tulis semua cerita cinta abang dalam hati sayang. Jadi tak ada orang lain yang boleh baca."

Zahra terdiam seketika, rasa terharu menyentuh hatinya. "Abang..."

"Yes, bidadariku?"

"Abang tau tak, sayang rasa bersyukur sangat-sangat sebab dapat suami macam abang."

Riaz pandang Zahra dengan senyuman penuh kasih. "Dan abang bersyukur setiap saat sebab sayang ada dalam hidup abang."

Zahra tersenyum lebar, hatinya penuh dengan rasa cinta yang mendalam untuk lelaki di hadapannya itu.

Riaz tersenyum sambil menggaru dagunya, berpura-pura berfikir sejenak. "Hmm... kalau abang jadi penulis novel cinta, abang akan tulis pasal... seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang wanita luar biasa. Tapi wanita tu tak sedar betapa istimewanya dia."

Zahra angkat kening, berminat nak tahu lebih lanjut. "Oh ya? Kenapa wanita tu tak sedar dia istimewa?"

Riaz pandang Zahra dalam-dalam, senyumannya lembut. "Sebab dia selalu fikir dia biasa-biasa je. Tapi lelaki tu nampak setiap kelebihan, setiap kekuatan dia. Dia cintakan wanita tu sebab dia buat lelaki tu rasa tenang, rasa sempurna."

Zahra mengerutkan dahi sedikit, rasa curious. "Jadi, kenapa abang nak buat cerita tu?"

Riaz ketawa perlahan, lalu mengusap lembut kepala Zahra yang beralaskan tudung bawal. "Sebab abang rasa macam tu setiap kali abang tengok sayang."

Pipinya berona merah. "Ish, abang ni. Tak habis-habis buat sayang blushing."

"Kan abang dah kata tadi, sayang. Tak sah kalau abang tak buat sayang blushing," balas Riaz sambil ketawa kecil.

"Agak-agak apa tajuk novel abang tu?"

Riaz tersenyum, matanya berkilau penuh dengan idea. "Tajuknya? Mungkin... 'Kau Yang Terindah.' Sebab dalam mata lelaki tu, wanita tu adalah yang paling indah, walaupun dia sendiri tak nampak."

Zahra ketawa kecil sambil geleng kepala. "Ish, sweet sangat tu, abang."

Riaz angkat bahu sambil tersenyum. "Abang kan memang sweet untuk isteri abang."

Zahra. "Kalau betul abang tulis novel macam tu, sayang nak jadi watak utama dalam cerita tu."

Riaz mencubit pipi Zahra lembut. "Of course, sayanglah watak utama dalam hidup abang. Tapi novel tu, hanya untuk kita berdua je tahu."

Zahra memandang Riaz dengan mata berkilau, penuh rasa cinta. "Terima kasih, abang. Sayang rasa sangat istimewa malam ni."

Riaz mengenggam tangan Zahra, membawanya lebih dekat. "Selama-lamanya, sayang. Setiap hari, abang akan pastikan sayang rasa istimewa."

Selepas melawat muzium, Riaz bawa Zahra ke aquarium.

"Sayang, jom kita ke satu lagi tempat. Abang ada satu lagi kejutan untuk sayang," kata Riaz sambil tersenyum.

Zahra tanya dengan rasa ingin tahu, "Tempat apa lagi ni, abang? Kita dah pergi banyak tempat hari ni."

Riaz hanya mengenyitkan mata, "Nanti sayang tahu."

Mereka sampai di aquarium yang dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang menarik. Zahra terpesona melihat suasana di dalam aquarium yang penuh dengan ikan-ikan warna-warni.

"Abang, tempat ni cantik sangat!" Zahra teruja. "Tapi kenapa abang bawak sayang sini?"

Riaz pegang tangan Zahra dengan lembut, "Abang tahu sayang suka laut dan haiwan laut.

Riaz pegang tangan Zahra dengan lembut, "Abang tahu sayang suka laut dan haiwan laut. Jadi, abang bawa sayang ke sini sebab nak tengok senyuman sayang bila lihat semua ni."

Zahra terharu. "Terima kasih, abang. Sayang memang suka sangat tempat ni."

Riaz tersenyum. "Sayang duduk kat sana, biar abang ambik gambar sayang. Abang nak simpan kenangan ni, sebab hari ni memang istimewa."

Zahra duduk di tempat yang ditunjukkan Riaz, sambil memandang pemandangan di sekelilingnya. Riaz ambik gambar Zahra dengan penuh perhatian, memastikan setiap detik yang indah dirakam dengan sempurna.

Setelah selesai bergambar, Riaz memandang Zahra dengan senyuman.

"Sayang, jom kita pergi makan. Abang dah tempah tempat di restoran dekat sini."

Zahra angguk sambil tersenyum. "Okey, abang. Lagipun sayang lapar. Hari ni seronok sangat!"

Mereka berjalan keluar dari aquarium dan menuju ke restoran yang telah Riaz tempah. Walaupun masih awal petang, restoran tersebut.

Riaz menarik kerusi untuk Zahra sebelum duduk di hadapannya.

"Abang harap sayang suka semua ni," katanya sambil memandang Zahra.

Zahra tengok sekeliling, rasa terharu. "Terima kasih, abang. Semua ni sangat istimewa."

Riaz senyum. "Sayang adalah yang paling istimewa dalam hidup abang."

Setelah mereka duduk, Riaz terus pesan makanan kesukaan Zahra.

"Sayang, abang dah pesan makanan kegemaran sayang. Nak tahu apa yang abang pilih?" tanya Riaz sambil senyum.

Zahra angguk teruja. "Apa dia, abang?"

Riaz senyum manis. "Abang pesan semua yang sayang suka, spaghetti carbonara , kek batik. Abang tahu betapa sayang suka makanan ni, jadi abang buat keputusan untuk pastikan sayang dapat makan semua yang sayang suka malam ni."

Zahra tersenyum terharu dia. "Abang memang tahu apa yang sayang suka. Terima kasih, abang. Sayang sangat hargai."

Riaz pegang tangan Zahra lembut. "Abang sentiasa nak buat sayang bahagia. Lagipun, hari ni hari kita, jadi abang nak pastikan sayang dapat rasa istimewa."

Riaz senyum sambil memandang Zahra. "Dah makan cepat. Kejap lagi Maghrib. Lepas makan kita singgah masjid ya?"

Zahra pelik. "Kenapa kena singgah masjid? Kenapa tak balik rumah terus?"

Riaz mengangguk. "Ya, abang nak bawak sayang kat satu lagi tempat. Tempat terakhir untuk malam ni. Tempat yang istimewa."

Zahra semakin curious. "Tempat apa tu, abang?"

Riaz senyum misteri. "Nanti sayang tahu. Abang janji, tempat tu akan jadi kenangan yang manis untuk kita berdua."

Selesai makan, Riaz bawa Zahra ke Masjid Putra. Masjid tu cantik dengan cahaya senja yang perlahan-lahan menghilang, menambahkan suasana tenang.

"Jom solat dulu, sayang," kata Riaz sambil genggam tangan Zahra lembut.

Zahra angguk. "Okay, abang."

Lepas wuduk, mereka berdua masuk ke dalam masjid untuk solat Maghrib berjemaah. Suasana masjid yang tenang buat Zahra rasa damai.

Selesai solat Maghrib di Masjid Putra, Zahra dan Riaz duduk seketika dalam masjid, menikmati suasana tenang sambil mendengar ceramah yang sedang berlangsung. Ustaz di depan bercakap tentang pentingnya kasih sayang dan tanggungjawab dalam rumah tangga, sesuatu yang membuat Zahra tersenyum sendiri sambil pandang Riaz di sebelah.

Riaz perasan. "Kenapa senyum-senyum ni, sayang?"

Zahra geleng kepala perlahan. "Tak ada apa. Terfikir pasal ceramah tadi. Rasa macam kena batang hidung kita je."

Riaz tersenyum. "Baguslah kalau macam tu. Semoga kita dapat terus bahagia sampai bila-bila, Aamiin."

Zahra angguk, berdoa dalam hati agar kebahagiaan mereka kekal.

"Tempat seterusnya kat mana, abang?" Zahra tanya perlahan lepas selesai berdoa.

Riaz tersenyum lagi. "Sabar sayang. Tak jauh dari sini. Jom?"

Riaz membawa Zahra ke satu tempat.

"Abang kita buat apa kat sini? Sunyi je" soal Zahra sambil memandang sekeliling tempat. Tempat apa yang suami dia bawa ni? Tak ada orang langsung. Hanya mereka berdua.

"Ada lah. Kejap je lagi." balas Riaz sambil tengok jam di pergelangan tangan.

Dia mula membuat pengiraan.

Satu...

Dua...

Tiga...

Tiba-tiba, cahaya bunga api menerangi langit di hadapan mereka, berwarna-warni, bersinar megah di atas tasik. Terangkat sedikit bahu Zahra akibat terkejut. Dia terdiam, mulutnya ternganga sedikit, terpesona dengan pemandangan yang tak dijangka itu.

"Abang..." Zahra pandang langit.

Riaz tersenyum, memegang tangan Zahra erat. "Selamat ulang tahun perkahwinan kita, sayang. Abang tahu sayang lupa, tapi tak apa. Abang ingat untuk kita berdua."

Zahra ketawa kecil, air mata hampir menitis. "Terima kasih, abang. Sayang tak sangka abang buat semua ni."

"Abang akan sentiasa buat apa saja untuk bahagiakan sayang." Riaz balas sambil menatap mata isteri tercintanya.

Zahra tersenyum sambil menggeleng, masih tak percaya dengan kejutan yang indah itu. "Abang ni, macam mana sayang tak sayang kat abang kalau abang asyik buat benda-benda sweet macam ni?"

Riaz gelak, jari-jarinya masih menggenggam tangan Zahra dengan lembut. "Itu lah tujuan abang. Supaya sayang tak pernah berhenti sayangkan abang."

Zahra pandang suaminya, pandangan yang penuh kasih, penuh cinta. "Kalau macam tu, abang dah berjaya."

Riaz balas dengan satu ciuman kecil di dahi Zahra. "Sayang adalah hadiah terbesar dalam hidup abang. Apa pun yang abang buat, takkan pernah cukup untuk balas semua yang sayang dah berikan pada abang."

Zahra terharu, air mata yang ditahan akhirnya menitis tanpa dia sedar. "Abang pun hadiah terindah untuk sayang. Sayang tak pernah minta lebih. Abang dah sempurna di mata sayang."

"Selagi ada masa, selagi ada nyawa, abang akan terus jaga dan cintakan sayang," Riaz balas sambil menyapu air mata Zahra.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro