Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BMR- 29🤍

"SADAQALLAHUL azim," kata Riaz sambil menutup Al-Quran dan mencium kitab suci tersebut. Dia berpaling memandang Zahra.

Zahra hadiahkan senyuman manis yang dia miliki pada suaminya selepas mereka selesai menunaikan solat Isyak. Senyuman itu penuh dengan rasa syukur dan kebahagiaan.

Mereka berdua memang telah menjadikan membaca Al-Quran selepas solat sebagai rutin harian mereka, satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memperkukuh hubungan mereka.

Riaz membalas senyuman Zahra. "Sayang, terima kasih sebab selalu ada untuk abang"

Zahra menatap mata suaminya. "Terima kasih jugak pada abang."

Tiba-tiba Zahra teringat sesuatu. Dia bangun dan menanggalkan kain telekung lalu disidai di tempat yang dikhaskan. Dia berjalan ke arah meja, tempat dimana dia letakkan barang yang sampai tengah hari tadi.

Riaz hanya memerhati gerak geri isterinya tanpa bersuara walaupun dia agak bingung.

Zahra berjalan kembali ke arah suaminya bersama barang ditangan lalu duduk disebelahnya.

"Abang, tadi ada orang hantar barang. Bila sayang buka barang tu, ada banyak novel yang sayang nak." kata Zahra sambil menunjukan novel tersebut.

"Alhamdulillah, dah sampai rupanya. Abang ingatkan lama lagi," kata Riaz sambil tersenyum.

Zahra memandang Riaz dengan penuh tanda tanya. "Abang ke yang beli semua ni?"

Riaz mengangguk dengan riak muka selamba. "Ya, abang beli. Abang tahu sayang suka baca novel, jadi abang belikan. Tapi abang tak sangka sampai cepat. Harap sayang suka."

"Patutlah sayang tengok Shopee sayang kosong. Bila abang beli ni? Kenapa sayang tak tahu pun?" Zahra bertanya, masih teruja dengan kejutan itu.

Riaz ketawa kecil. "Abang beli masa sayang tengah masak kat dapur. Abang cepat-cepat beli. Abang sengaja rahsiakan sebab nak buat kejutan. Hari tu kan abang dah cakap nak surprise kan sayang."

Tubir mata Zahra mula berair. Dia terharu. Zahra pun tersenyum pada Riaz sambil mengusap air matanya yang hampir jatuh membasahi pipinya.

"Terima kasih, abang. Terima kasih sangat-sangat. Tapi abang tak perlu lah buat semua ni untuk sayang. Banyak sangat ni abang beli. Membazir je nanti."

Riaz menarik dia ke dalam pelukan. Zahra membalas pelukan suaminya.

"Sama-sama sayang. Tak membazir pun. Apapun abang sanggup buat demi sayang. Sayang suka novel kan? Abang beli untuk sayang. Abang tahu sayang teringin nak ada mini library kan? Abang nak makbulkan impian sayang. Nanti kita sama-sama buat ya," kata Riaz dengan penuh kasih sayang.

Tiba-tiba, Zahra terdengar menangis kecil.

"Ma...macam mana abang tau?" tanya Zahra dengan nada terharu.

"Semua pasal sayang abang tahu. Sayang kan isteri abang," jawab Riaz sambil memeluk Zahra lebih erat.

Riaz mengusap lembut kepala Zahra dan berkata, "Abang selalu perhatikan sayang, dari setiap kata dan setiap perbuatan sayang. Abang tahu betapa sayang impikan mini library tu, dan abang nak buat semua yang abang boleh untuk buat sayang bahagia. Setiap detik bersama sayang adalah anugerah yang paling berharga buat abang. Abang harap, dengan cara ini, abang dapat tunjukkan betapa abang sayangkan sayang dan betapa pentingnya sayang dalam hidup abang."

Zahra hanya diam dalam pelukan. Riaz tidak memberi peluang untuk dia bersuara.

Riaz memandang Zahra dengan penuh kasih sayang. "Sayang, abang tahu hidup ni tak selalu mudah. Tapi abang percaya, dengan sayang di sisi abang, segala-galanya akan jadi lebih baik. Setiap hari abang berdoa supaya kita terus bahagia bersama. Abang harap, dengan hadiah ini, sayang dapat rasa betapa dalamnya kasih abang untuk sayang. Abang takkan berhenti usaha untuk buat sayang tersenyum, sebab sayang adalah segala-galanya bagi abang."

Zahra tersenyum dengan air mata yang masih bersisa di pipinya. Dia melepaskan pelukan dan memandang Riaz dengan penuh kasih sayang.

"Abang memang suami yang terbaik Allah kirimkan untuk sayang. Sayang tak pernah rasa sebahagia ni sebelum ni. Abang buat sayang rasa dihargai dan disayangi lebih dari yang sayang bayangkan. Terima kasih sebab selalu ada untuk sayang, dan buat segala-galanya untuk lihat sayang bahagia. Sayang tak sabar nak mulakan projek mini library tu dengan abang. Abang, sayang sayang sangat-sangat abang."

Dia mengelap air mata di pipinya dan menarik Riaz ke dalam pelukan sekali lagi, merasakan kehangatan dan kasih sayang suaminya.

Riaz menyentuh lembut pipi Zahra dan memandang ke dalam matanya dengan penuh perhatian. "Sayang, lepas ni apa-apa yang sayang rasa atau nak cakap, bagitahu je abang. Jangan simpan sorang-sorang. Abang nak sayang tahu yang abang sentiasa ada untuk sayang. Kalau sayang nak cerita pasal novel yang sayang baca atau apa-apa je, abang tak kisah. Abang seronok dengar cerita sayang. Yang penting, sayang bahagia dan rasa selesa dengan abang."

Zahra mengangguk, dengan senyuman yang semakin melebar. "Terima kasih, abang. Sayang tahu abang sentiasa ada untuk sayang. Sayang janji akan berkongsi segala-galanya dengan abang. Abang memang suami yang terbaik."

Dia memandang Riaz dengan penuh rasa cinta.

Riaz turut memandang Zahra dan berkata dengan senyuman nakal, "Sayang, kalau novel-novel tu penuh dengan cerita indah, sayang pula penuh dengan kebahagiaan yang tak ternilai. Abang rasa macam beruntung dapat jadi watak utama dalam cerita hidup sayang."

Zahra geleng kepala.

Riaz ketawa kecil. "Kalau tak ada pickup line, hidup kita kurang rasa manisnya. Lagi pun, abang cuma nak buat sayang tersenyum."

Zahra balas dengan senyuman. "Yelah, abang. Jom kita turun makan. Sayang masak special untuk abang malam ni."

Itu lah Hayder Riaz. Cara dia tunjukkan kasih sayang dia pada Zahra adalah melalui Words of Affirmation. Selalu buat Zahra tersenyum, selalu ungkapkan kata cinta. Selalu pastikan Zahra tahu betapa dia berharga dalam hidup Riaz.

Dia bukan hanya cakap Zahra cantik, tapi juga selalu beritahu betapa bersyukurnya dia ada Zahra di sisi. Dalam setiap ucapan dan tindakan, Riaz sentiasa tunjukkan betapa pentingnya Zahra bagi dia.

Dengan cara ni, Riaz buat Zahra rasa dihargai dan dicintai setiap hari. Bukan sekadar melalui kata-kata, tapi juga dengan tindakan dan perhatian dia.

Riaz selalu pastikan Zahra tahu dia bukan hanya orang penting, tapi juga sumber kebahagiaan dan kekuatan dalam hidupnya.

Inilah cara Riaz tunjukkan cinta yang sebenar melalui kata-kata dan tindakan, buat setiap hari penuh dengan kasih sayang yang mendalam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro