BMR- 28🤍
ZAHRA sedang sibuk memasak di dapur, memotong sayur dan mengacau lauk dalam kuali. Tiba-tiba, loceng rumah berbunyi dengan nyaring. Zahra menghentikan kerja, mengelap tangan pada apron, dan menuju ke pintu depan dengan penuh rasa ingin tahu.
Dia membuka pintu dan mendapati seorang lelaki berdiri di hadapan.
"Assalamualaikum, maaf ganggu," kata lelaki itu.
"Waalaikumsalam. Ada apa yang boleh saya bantu?" Zahra bertanya sambil memandang lelaki itu.
"Ni rumah Cik Zahra ke?" tanya lelaki itu.
Zahra jatuhkan anggukan. "Ya saya. Ada apa ya?"
"Oh! tak ni Cik saya nak hantar barang atas nama cik." jelas lelaki itu.
Zahra memandang lelaki itu dengan penuh tanda tanya, melihat pada baju yang tertera perkataan 'JNT'.
"Oh, terima kasih." Zahra mengambil barang yang dihulurkan oleh lelaki itu.
Setelah lelaki itu berlalu pergi, dia menutup pintu lalu dikunci. Zahra memandang bungkusan di tangannya dengan penuh rasa ingin tahu. Berat betul masa dia angkat.
Zahra membuka bungkusan dengan rasa pelik. Dia terkejut bila tengok isinya, novel-novel yang dia baru add to cart kat Shopee hari tu. Semua novel yang dia idamkan ada dalam bungkusan tu.
"Huh? Bila aku beli semua ni?" Zahra bercakap sendirian, heran.
Dia tengok setiap novel, cuba nak cari siapa yang belikan. Tiba-tiba dia jumpa satu nota kecil dalam bungkusan tu:
"Untuk menemani waktu lapangmu. Semoga setiap halaman membawa kebahagiaan" -Dari seseorang yang peduli-
Zahra merenung nota tu. "Siapa lah yang peduli sangat sampai sanggup beli semua ni?"
Dengan rasa terharu dan kekeliruan, Zahra simpan novel-novel itu semula.
Zahra capai telefon dan buka aplikasi Shopee. Dia tekan bahagian 'troli' dan melihat dengan jelas bahawa semua novel yang dia tambahkan ke dalam troli hari tu sudah tiada.
"Eh, memang kosong!" Zahra bisik sendirian sambil menggeser skrin telefon.
Dia mula merasa serba salah. Novel-novel yang baru dibeli itu ternyata memang dari senarai troli, dan dia tak ingat pernah bayar atau tidak. Dengan pelbagai soalan di minda, Zahra memutuskan untuk menunggu Riaz pulang dan menceritakan segala-galanya. Mungkin ada jawapan di sebalik kejadian ini.
Dia kembali ke dapur untuk teruskan kerja yang dia tinggalkan tadi.
Sementara itu, Riaz sedang berjalan sambil tangan memegang secawan kopi sejuk yang baru dibelinya di kafe. Aroma kopi segar itu sedikit sebanyak membantu menenangkan fikiran selepas hari yang sibuk. Ketika dia hampir sampai ke biliknya, tiba-tiba terdengar suara memanggil namanya.
"Hayder,"
Riaz menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Haifa berdiri di sana dengan senyuman manis di bibirnya. Riaz angkat kening, sedikit terkejut dengan kehadiran Haifa yang tiba-tiba.
"Ada apa, Haifa?" tanya Riaz, cuba menyembunyikan rasa terkejutnya.
Haifa melangkah lebih dekat, masih tersenyum.
Dia mengeluarkan sebuah bekas makanan dari beg tangannya dan menghulurkannya kepada Riaz dengan senyuman lembut.
"Ni untuk awak. Pagi tadi saya ada masak lebih," katanya, suaranya penuh harapan.
Riaz tersenyum tipis, cuba tidak memperlihatkan rasa tak selesa yang mula menyelinap dalam hatinya.
"Terima kasih, Haifa. Tapi lain kali tak perlu susah-susah. Saya risau kalau pelajar lain tersalah faham."
Haifa cuba menyembunyikan kekecewaannya di sebalik senyuman. "Oh, saya faham. Saya cuma nak berkongsi, tak ada niat lain pun."
Riaz mengangguk perlahan. "Saya hargai niat baik awak, tapi kita kena jaga batas. Zahra pun masak banyak kat rumah. Lagi pun, saya tak nak ada salah faham."
Haifa menghela nafas panjang, cuba tersenyum lagi walaupun dalam hati ada rasa terkilan. "Okay, tak apa. Jaga diri, ya."
Riaz hanya tersenyum, mengangkat sedikit cawan kopinya sebelum dia meneruskan langkah menuju ke biliknya. Fikirannya kembali kepada Zahra.
"Sikit-sikit Zahra. Kau tak nampak ke depan mata kau ni? Sikit pun kau tak hargai," Haifa merungut sendirian, nada suaranya penuh dengan rasa tak puas hati.
Haifa duduk di bangku taman berhampiran universiti, pandangan matanya jauh merenung ke arah bangunan fakulti. Rasa geram dan cemburu yang makin menebal dalam hati membuatkan dia sukar untuk bertenang.
"Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku tak boleh lupakan dia? Padahal aku tahu dia dah kahwin. Tapi aku tak boleh nak terima."
Haifa mengeluh sambil menyapu wajahnya dengan kedua-dua tangan. Dia tahu, perasaannya terhadap Riaz semakin dalam, tapi dia juga sedar yang Riaz tak pernah melihatnya lebih daripada seorang rakan sekerja.
"Zahra... Zahra... macam mana aku nak bersaing dengan dia?" Haifa mengomel lagi, kali ini nadanya sedikit sayu. Dia tahu Zahra bukanlah masalah sebenar masalahnya ialah hati Riaz yang tak pernah terbuka untuknya.
Dia bangun perlahan, mengambil keputusan untuk tidak berlarut-larut dalam perasaan kecewanya. Tapi, dalam hatinya, Haifa tahu dia belum bersedia untuk melepaskan perasaan yang dia pendam selama ini.
"Kalau aku tak dapat Hayder, tak ada siapa yang akan dapat," bisik Haifa kepada dirinya sendiri, nadanya tegas. Sinar matanya yang penuh nekad menggantikan keraguan yang tadi menguasai dirinya. Haifa sudah tekad yang dia tidak akan membiarkan Zahra atau sesiapa pun menghalang apa yang dia inginkan.
Riaz milik dia. Hanya dia. Dia tidak akan melepaskan Riaz. Dia sanggup buat apa saja asalkan Riaz jadi hak dia
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro