BMR -26 🤍
"AMACAM pergi honeymoon, best tak?" tanya Adhwan sambil menepuk bahu Riaz dengan mesra. Balik saja dari Terenganggu, Riaz kembali pada kerja hakiki nya sebagai seorang pensyarah.
Riaz mengangguk dengan senyuman yang tidak dapat disembunyikan. "Alhamdulillah, best sangat. Tenang je kat sana, dapat spend time dengan Zahra, jauh dari kesibukan."
Adhwan ketawa kecil melihat reaksi sahabatnya itu. "Nampak lain sikit kau ni, bro. Nampak lebih tenang, bahagia."
Riaz mengangguk lagi, kali ini dengan lebih serius. "Betul. Bila bersama dengan Zahra, aku rasa semua masalah hilang. Syukur sangat, Wan."
Wan tersenyum, gembira melihat perubahan positif dalam diri Riaz. "Baguslah macam tu. Semoga bahagia selalu, bro. Nanti boleh lah kita lepak sama-sama dengan isteri masing-masing."
Riaz ketawa kecil. "Boleh, bro. Kita plan nanti."
"Eh, lupa pulak aku nak cakap, hari tu Haifa ada cari kau," Adhwan berkata, seolah-olah teringat sesuatu.
Riaz terdiam sejenak, mengerutkan dahi. "Haifa cari aku? Dia nak apa?"
"Entahlah, dia cuma tanya kau kat mana. Dia nampak risau bila aku cakap kau cuti," jelas Adhwan sambil mengangkat bahu.
Riaz menarik nafas dalam-dalam. "Haifa risaukan aku? Hmm... tapi dia kan dah tahu aku dah kahwin."
Adhwan mengangguk. "Betul. Tapi kau kena hati-hati, bro. Jangan sampai Zahra salah faham nanti."
Riaz tersenyum nipis. "Aku tahu, Wan. Aku akan pastikan semuanya okay. Sekarang ni, yang penting Zahra. Aku taknak sebab ni nanti dia fikir yang bukan-bukan walaupun dia tak tahu hal ni."
"Kadang aku kesian tengok si Haifa tu," kata Adhwan dengan nada yang sedikit serba salah.
Riaz menghela nafas perlahan. "Aku faham, Wan. Tapi aku tak boleh buat apa-apa. Aku dah ada Zahra sekarang, dan aku tak nak lukakan hati sesiapa."
Adhwanmengangguk perlahan. "Ya, aku tahu. Cuma harapnya Haifa boleh terima kenyataan dan move on. Lagi cepat lagi bagus."
"InsyaAllah, aku doakan yang terbaik untuk dia. Aku pun harap dia boleh jumpa kebahagiaan dia sendiri," jawab Riaz.
"Ha lagi satu kau tahu kan minggu depan uni ada buat majlis makan malam sekali dengan pelajar-pelajar."
Kuih seri muka di atas meja di capai laju oleh Adhwan. Dari tadi lagi dia dok perhati kuih itu, tunggu masa sahaja nak ambil. Almaklum lah kuih kesukaan dia. Risau takut Riaz ambil, lantas dia masukkan ke dalam mulutnya.
Riaz tersenyum melihat itu. Dah jadi bapak orang pun masih perangai budak-budak.
"Oh, yang tu," balas Riaz, teringat kembali. "Majlis makan malam yang gabungkan pensyarah dan pelajar tu kan? Aku ingat."
"Ya, betul," Adhwan mengesahkan. "Kali ni mereka buat besar-besaran sebab nak raikan kejayaan pelajar juga. Semua pensyarah kena hadir, dan kau kena bawa Zahra sekali. Lagi best kalau dia datang. Boleh lah pelajar-pelajar kenal isteri Sir Hay diaorang ni."
Riaz tersenyum kecil. "InsyaAllah, aku akan bawa Zahra. Lagipun, bagus juga kalau dia dapat jumpa pelajar-pelajar aku. Boleh kenal dunia aku kat tempat kerja."
"Aku bawa bini aku, kau bawa bini kau,"
Riaz mengangguk. "Setuju. Boleh lah diaorang dua berkawan."
Adhwan ketawa. "Betul-betul. Tak sunyi sikit diorang kalau kita sibuk malam tu."
"Dah kau makan lah. Kejap lagi ada class kan."
Adhwan angguk kepala. Dia menghabiskan makanan nya namun masih sempat tangannya mencapai kuih seri muka yang masih berbaki satu di dalam pinggan kecil. Habis sahaja kuih dalam mulut, baru lah dia makan mee goreng yang dia pesan.
*
*
*
*
"ABANG, tadi sayang ada singgah Watson. Sayang ada beli Clay stick Skintific," kata Zahra sambil mencapai plastik berwarna hijau. Petang tadi dia keluar, alang-alang tu dia singgah Watson nak beli pencuci muka saja, bila sampai sana bukan setakat satu barang dia beli tapi banyak. Susah kalau jadi perempuan kan, tak pernah tetap pendirian.
Riaz terhenti seketika dari bermain telefon, lalu alih muka memandang Zahra yang sedang duduk di meja solek.
"Beli clay stick? Untuk apa, sayang? Muka sayang ni tak payah pakai apa-apa pun dah cantik dah," kata Riaz dengan nada memuji.
Zahra tersenyum malu. Sejak dia berkahwin dengan Riaz, tak pernah sekalipun Riaz tidak memuji dia. Setiap hari mesti ada saja kata-kata manis untuk nya. Mana tak bertambah sayang dia pada Riaz kalau macam ni sekali Riaz treat dia.
Betul orang cakap, jika kamu bertemu dengan orang yang tepat sampai tua pun kamu adalah ratunya. Jangan cari lelaki yang kamu cintai, tapi carilah lelaki yang mencintaimu kerana lelaki yang mencintaimu akan memperjuangkan apa pun itu asalkan dapat buat dirimu bahagia.
Dan sekarang Zahra bertemu dengan seorang lelaki yang tepat dalam hidupnya.
"Ish abang ni sempat lagi kan. Sayang saja je beli nak try sebab sayang tengok ramai cakap best. Teracun dalam tiktok."
Riaz tersenyum sambil menggelengkan kepala. "Tak apa lah sayang. Beli je apa yang sayang nak, abang tak kisah, janji sayang happy. Nanti sayang try lepastu bagitahu apa result dia macam mana tau."
Dia hanya menyokong apa sahaja yang Zahra suka. Tak ada langsung terdetik di hatinya untuk melarang Zahra untuk buat apa-apa. Kalau isterinya happy, dia turut rasa happy. Kebahagiaan dia ada pada Zahra.
"Sayang nak abang try jugak, boleh? Sebab tu lah sayang beli dua warna. Hijau untuk abang, pink untuk sayang." ujar Zahra sambil memandang Riaz, dengan muka yang comel sambil menunjukkan dua clay stick itu.
Riaz terkejut tetapi masih tersenyum. Taknak hampakan permintaan isterinya. Lalu dia terus angguk sahaja kepala tanda setuju.
"Boleh sayang. Untuk sayang semua boleh."
Zahra terus menarik tangan Riaz masuk ke bilik air.
"Jom! Sayang pakaikan untuk abang."
Riaz hanya mengikut Zahra dari belakang. Dah macam lembu cucuk hidung je dia malam ni. Untuk isteri punya pasal kan, sanggup lah.
"Sebelum sayang pakaikan mask untuk abang, abang kena ikat dulu rambut abang." suruh Zahra. Rambut Riaz agak panjang sedikit di bahagian depan, disebabkan itulah dia meminta suaminya untuk mengikat terlebih dahulu.
Riaz hanya mengikut permintaan isterinya. Getah rambut kecil berwarna pink milik Zahra diambil lalu mengikat rambutnya ke atas.
"Okey done."
Zahra mula pakaikan clay stick berwarna hijau pada Riaz. Riaz rasa sejuk saja bila clay itu terkena pada mukanya. Dia pandang Zahra.
"Macam ni ke rasanya pakai mask? Abang rasa muka abang dah macam nak jadi hulk pulak." Dia ketawa kecil melihat mukanya di cermin.
Zahra tersenyum sambil terus meratakan clay di muka Riaz. "Mana ada hulk kurus macam abang."
Riaz ketawa lagi, sambil tangannya merangkul pinggang Zahra.
"Okey dah siap abang."
"Now your turn sayang. Abang pulak pakaikan untuk sayang." Riaz mencapai clay stick berwarna pink. Plastik dicabut lalu penutup dimuka.
Zahra mengangguk kepala, rambutnya sudah disanggul tinggi.
Dia mula sapu lembut di muka Zahra, hati-hati supaya tak terkena pada mata dan bibir Zahra. Zahra memejam mata, serahkan sepenuhnya muka dia pada suaminya.
"Dah siap!" Clay stick ditutup lalu disimpan di belakang cermin.
Zahra mula membuka matanya. Nak tergelak dia tengok Riaz pakaikan mask untuk dia.
"Abang! Kenapa comot sangat ni."
Riaz hanya tersengih senget. "Hehehe sorry sayang, abang tak pandai lah nak pakaikan cantik-cantik."
Zahra mengusap lembut rambut suaminya. "Tak apa abang, sayang tak marah pun."
"Abang, sayang nak ambil gambar kita dua ni. Macam seronok je tengok kita berdua dengan muka macam ni."
Riaz setuju. "Boleh-boleh. Nanti abang pose comel."
Zahra keluar sekejap untuk mengambil telefon. Dia kembali dengan telefon ditangan dan tersenyum lebar.
"Okey, abang, siap-siap ye!" kata Zahra cakap sambil mengatur telefon untuk ambil gambar.
Klip! Klip!
Dia mengambil beberapa keping gambar, ketawa melihat Riaz dengan muka berwarna hijau.
"Abang comel ya abang." puji Zahra sambil melihat gambar itu.
Riaz tersenyum manis pandang muka isterinya. Senyuman bahagia. Gelak tawa mereka bergema dalam bilik air.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro