MBSI: 09🎬
Aku mengalih pandangan aku ke arah lain apabila aku melihat Hyunsuk masuk ke dalam kelas.
Aku tak mampu nak pandang dia.
Aku dapat rasakan yang Hyunsuk datang ke arah aku.
"Haneul..." panggil Hyunsuk dengan nada yang lembut.
Aku memandangnya.
"Boleh tak awak lupakan apa yang saya cakap semalam? Saya tak nak hubungan kita jadi rengang" katanya.
Aku terdiam. Aku pun tak nak hubungan aku dengan Hyunsuk jadi rengang. Sebab dia satu-satunya kawan aku dekat sini.
"Okey. Kita jadi kawan je" kataku sambil menghulurkan tangan.
Akhirnya Hyunsuk tersenyum lebar.
Dia balas salaman aku.
"Okey. Kita kawan"
-
Aku dan Hyunsuk berjalan bersama menunju ke bilik seni memandangka sekarang waktu pendidikan seni.
Semasa kami menunju ke sana aku terserempak dengan Hyunjae Oppa.
Aku melambai tangan ke arahnya secara senyap-senyap.
Hyunjae pov.
Semasa aku nak pergi padang bersama Younghoon, aku terserempak dengan Haneul.
Haneul melambai tangan ke arah aku. Baru sahaja aku nak balas lambaiannya, mata aku teralih pada seorang lelaki yang berada di sebelah Haneul.
Kenapa Haneul bersama dengan dia?!
-
Hyunjae melihat sekeliling sebelum masuk ke dalam tandas.
Hyunjae menutup mengunci pintu lalu terus menerjah ke arah seorang lelaki yang sedang basuh tangan.
Hyunjae menghempapkan tubuh lelaki itu di dinding dengan kasar.
"Jauhkan diri kau dari Haneul" amaran Hyunjae dengan pandangan yang tajam.
Lelaki itu sengetkan kepalanya dan balas pandang Hyunjae.
"Apa hak kau nak halang aku bersama Haneul? Kenapa? Kau suka dia?" Balas lelaki itu sambil menolak Hyunjae untuk membebaskan diri.
Hyunjae terdiam.
"Haneul milik aku. Kau jangan kacau hubungan kitaorang" amaran Lelaki itu pulak dan berlalu pergi.
Hyunjae mendengus kasar lalu menendang pintu bilik air.
-
Tok! Tok! Tok!
"Masuk"
Hyunjae masuk ke dalam bilik Haneul dengan segannya.
"Oh? Oppa. Kenapa Oppa datang ke bilik Haneul?" Soal Haneul yang berada di meja belajarnya.
Hyunjae datang dekat ke arah Haneul dengan teragak-agak.
"Hmmm....Haneul...kenal Hyunsuk?" Soal Hyunjae.
"Hyunsuk? Kenal. Waeyo?"
"Macam mana Haneul kenal dia?" Soal Hyunjae ingin tahu.
"Dia ketua kelas Haneul"
"Ouh...apa Hubungan Haneul dengan Hyunsuk?"
"Chingu. Waeyo Oppa? Kenapa Oppa tanya pasal dia?" Soal Haneul pelik.
"Betul Haneul dengan Hyunsuk hanya chingu?" Soal Hyunjae lagi untuk kepastian.
"Nae."
"Ouhh..okey. emm...Oppa nak masuk bilik Oppa dululah. Selamat malam"
"Oppa" panggil Haneul.
Hyunjae hentikan langkahnya.
Apabila dia hendak berpusing menghadap Haneul, tiba Haneul mencium pipi Hyunjae.
Hyunjae menjadi beku di situ.
"Oppa mesti cemburukan Haneul asyik rapat dengan Hyunsuk. Sebab tu Oppa tanya pasal dia. Ala Oppa...Haneul tak lupakan Oppalah" kata Haneul sambil mengusap kepala Hyunjae dengan keadaan menjengketkan kakinya.
-
Haneul memegang pipinya yang dicium oleh Haneul sebentar tadi.
Jantungnya tak henti-henti berdegup dengan laju.
Mengingati moment itu membuatkan dia tidak dapat nak duduk diam.
Kadang kala dia akan tersenyum sendirian dan menampar dirinya untuk sedarkan diri.
Nampaknya, selapas Haneul mencium pipinya dia terus jadi tak betul.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro