[PROLOG EDITED VERSION, 8 APRIL 2020]
Kindly to read it again if you want!!
Note: Bab yang dah diedit tak banyak mana pun. Ada certain bab yang masih kekal sama macam dulu. Ayat dutch lady tu masih ada, maklumlah tulis cerita ni masa jiwa pun dutch lady hehe
Maafkan seketul naerisya :D
A/N: Cringe ada di mana-mana. Kalau tak berniat nak baca, boleh tutup section ini dan buang story ni dari library anda.
Story ni ditulis pada zaman tak berapa rajin nak menulis ayat elok-elok HAHAHAHA 😂😌
Btw!
Korang boleh check story saya yang lain. Story-story tu dah diperbaharui dan diperhalusi-- cewah ahhahaha
- The Fallen Dahlia (#1)
- The Secret Sakura (#2)
- Nemophile (New Story)
Itu sajeee, selamat membaca!
"WHY? Why did you do this to me, Fia? Apa besar sangat ke kesalahan tu sampaikan aku tak layak untuk dapat kemaafan daripada kau?"
"You already know the reason why I did this to you! Kaulah punca segala-galanya. Kalau semua tu tak berlaku, aku tak akan jadi macam ni," balasnya sedikit kasar. Kecil besar, kecil besar anak mata itu merenung wajah si sahabat. Dadanya berombak ganas.
"Benda yang jadi tu dekat luar kawalan aku. Aku minta maaf sebab aku tak sengaja. Kenapa kau tak nak cuba faham keadaan aku? Kenapa kau tak nak terima kemaafan aku?" Soalan dilemparkan bertalu-talu pada si sahabat yang tayang wajah tidak berperasaan.
Seketika kemudian, senyuman sinis terbit dari bibir gadis yang dipanggil Fia.
"Bukan senang nak telan apa yang kau dah lemparkan dekat aku. Kau tahu tak apa yang aku rasa selama tiga tahun? Kau tak tahu dan kau tak pernah nak ambil tahu. Semuanya aku tanggung seorang diri. By the way, kau tahu apa kesilapan besar yang pernah aku buat?" tanya Fia perlahan. Kakinya menapak mendekati si sahabat. Lama dia tatap anak mata hitam itu.
"Aku silap besar sebab berkawan dengan orang yang salah. Aku menyesal sebab percayakan orang macam kau. Dan aku tak pernah tahu yang kawan baik aku rupanya tak ikhlas berkawan dengan aku. Kawan baik yang paling aku sayang, yang aku percaya rupanya ada niat nak bunuh aku. Nak tikam belakang aku," sambung Fia, kedengaran sedikit kecewa namun ayat 'nak bunuh aku' sengaja ditekankan.
Dia dah penat.
Cukuplah. Dia dah tak mampu untuk tanggung semua keperitan.
"No, Fia. Aku tak maksudkan benda tu. Aku..." Bicara rakan Fia tergantung di hujung rengkung. Seakan tidak mampu untuk dia menyambung ayat itu.
"See, kau ragu-ragu dengan diri kau sendiri. Maknanya memang betullah apa yang aku kata tadi. It's okay. Thank you so much sebab buat aku macam ni," kata Fia lembut tetapi si sahabat cukup tercengang dengan ayat itu.
Berubah air muka si sahabat. Menggeletar badannya dalam mencerna kata-kata Fia. Tepat menusuk ke dalam kalbu.
Beberapa saat kemudian, akhirnya dia mengerti. Dia tahu kata-kata itu ditujukan kepadanya dengan begitu sarkastik dalam nada ayat yang diselaputi dengan kelukaan yang amat dalam.
Fia mengeluh kasar sambil mata tajam melawan panahan arus mata si sahabat, cuma untuk seketika. Dan tanpa kata, dia terus melangkah pergi meninggalkan sahabatnya tanpa langsung menoleh ke belakang lagi.
Penamat untuk semuanya.
Dan dia tidak akan berundur lagi walaupun ketika itu, dia dapat melihat raut wajah si sahabat sudah dibayangi dengan kesedihan. Hatinya cuba dikeraskan, tidak mahu terasa dengan 'pemergian' ini.
Perlahan-lahan, bayangan Fia semakin menghilang dari pandangan matanya. Tubir mata si sahabat terasa sedikit berair dan panas.
Atau dalam erti kata mudah, ianya tidak dapat ditahan lagi. Maka akhirnya, setitis 'mutiara berharga' meluncur laju menuruni pipi si gadis. Teresak-esak dia menangis kerana menyesali kesilapannya suatu dahulu yang menjadi punca kepada keretakan hubungan persahabatan mereka berdua.
Semua itu takkan boleh berundur lagi.
Peluang itu dah tak ada...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro