Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍒26🍒

[dinner]
🌃🌙

Seorang demi seorang tiba di restoran BBQ yang telah kami sewa untuk 1 malam.

Mungkin pengetua dalam mood baik, jadi dia belanja semua guru untuk makan malam.

Dia bagi kad dia je, tapi dia tak datang pun.

Baguslah macam tu, bolehlah kitaorang enjoy. Tak perlu nak cover-cover.

Aku tiba di sana tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat.

"Hyebin sini!" Panggil Hari sambil lambai tangan padaku.

Aku balas lambaiannya lalu pergi ke arahnya.

Baru je aku nak duduk depan Hari...

"Sunwoo, Yura sini!" panggil Hari.

Aku ingin pandang Sunwoo tapi aku tahan.

Matlamat aku adalah untuk tidak pedulikan dia dan pastikan hubung kami hanya untuk kerja je. So...yeah.

Aku duduk dan terus keluarkan telefon aku. Kalau tidak nanti mata aku melilau tengok sekeliling lepastu terpandang dia.

Semasa aku sedang fokus bermain dengan telefon aku, aku dapat rasa seperti deria spiderman kerusi di sebelah aku di tarik.

Disebabkan aku terlalu ingin tahu siapa yang duduk di sebelah aku, aku pun memalingkan wajahku...

Tepat-tepat waktu dia duduk, mata kami bertembung.

"Annyeonghasaeyo" sapanya sopan.

"A-annyeonghasaeyo" balasku lalu memalingkan wajahku ke arah lain.

Kenapa sebelah aku juga di dudukkkk

Haish!

•••

🍺🍲

Baru sahaja aku nak habiskan sisa makanan aku, tiba-tiba ada sesuatu yg agak keras jatuh di bahu aku.

Aku pandang sebelah dengan riaksi terkejut dan sakit.

Hmm...

Sunwoo.

Sunwoo yang mabuk letakkan kepalanya di atas bahu aku.

"Sunwoo dah mabuk sangat tu. Bukan ke dia baru minum sikit?" Ujar Heedo.

"Rasanya dia mudah mabuk kot" ujar Yurim.

Sunwoo mudah mabuk?

Aku baru tahu.

"Hyebin..." Sebut Sunwoo yang dalam keadaan mabuk tu.

Aku pandang dia.

"Mianhae..." Sambungnya.

Aku terkejut dengan maafnya yang tiba-tiba.

"Hyebin, Sunwoo ada buat salah dengan kau ke?" Soal Jiung.

Semua orang yang berada di meja itu pandang kami dengan wajah tertanya-tanya.

"T-Tak adalah" kataku gagap.

"Eh, dia menangislah" kata Jiung terkejut.

Semua orang mula pandang aku sesuatu.

Lah kenapa dia tiba-tiba menangis ni.

Tolong jangan buat aku nampak orang jahat boleh tak.

Baru sahaja aku nak alihkan kepalanya dari bahuku...

"Hyebin...mianhae...jinjja mianhae...saya...menyesal sebab buat awak macam tu. Saya masih cin--"

Aku cepat-cepat tutup mulutnya dengan cemas.

"Cin apa?" Soal Heedo ingin tahu.

Masing-masing pandang aku seperti aku alih siaran drama yang diorang tengah tengok.

Masing-masing pandang aku tak puas hati waktu aku tutup mulutnya.

"Em...aku rasa lebih baik aku bawa dia balik. Hehe" kataku sambil mengangkat Sunwoo bersiap sedia untuk bawa lari dia.

"Tapi kau tahu ke rumah dia dekat mana?" Soal Heedo.

Mataku terkebil-kebil.

"Tak" kataku dengan jujurnya.

"Aku tahu rumah dia dekat mana. Nanti aku hantar alamat rumah dia dekat kau" kata Yura.

Aku pandang Yura gembira.

"Gomawo. Aku bawa dia balik dulu ye. Jumpa esok~"

Aku ambik telefonnya yang berada di atas meja lalu bawanya keluar dari restoran itu.

Aku papahnya sehingga di tepi jalan untuk cari teksi.

Lama juga aku berdiri dekat situ, tapi tak nampak pulak teksi lalu.

Waktu aku tak perlukan teksi, banyak pulak teksi muncul. Waktu aku perlukan nya, tak muncul-muncul pulak

Hmm...

Sakit dah kaki aku papah Sunwoo lama-lama.

Jadi aku terpaksa dudukan dia dekat bawah.

Sorry sunwoo.

Nasib muka handsome, kalau tak mesti orang ingat kau gelandangan.

Aku mencangkung di sebelahnya betulkan jacket yang dipakainya memandangkan sekarang cuaca sejuk.

Aku pandang wajahnya.

Aku ambil sapu tangan di beg tangan aku, lalu lapkan bekas air matanya yang mengalir.

Aku perhatikan setiap sisi di wajahnya.

Masih sama seperti dulu...

Aku menggeleng kecil kepalaku lalu berdiri semula.

"Hyebin..." Aku pandang Sunwoo semula.

Dia bangun sambil berpaut di tiang.

Dia berdiri di depan aku dalam keadaan tidak stabil.

"Saya...cintakan awak" luahnya lalu jatuh ke arah aku.

Nasib aku sempat sambut dia.

Aku memeluknya menahan dia dari jatuh ke bawah.

Dia...

Cintakan aku?

Patut ke aku percayanya?

Aku tak boleh makan dengan kata-kata nya begitu sahaja.

Aku dah serik.

Aku memandang ke kiri lalu ternampak sebuah teksi datang ke arah kami.

Aku cepat-cepat lambai tanganku untuk tahan teksi itu.

Akhirnya ada juga teksi.

Aku buka pintu belakang lalu bawa masuk Sunwoo perlahan-lahan ke dalam teksi.

Disebabkan!

Aku terpijak kaki sunwoo, Sunwoo dengan aku sekali termasuk dalam teksi itu.

Tapi!

Kedudukan kami sangat tidak sedap memandang waktu tu.

Aku terbaring atas Sunwoo di tempat duduk belakang itu.

Sunwoo yang dah mabuk teruk memang dah tak sedarkan diri.

Aku pula yang tanggung malu di sini.

Tak pasal-pasal pakcik teksi tu tengok drama free.

Aku hanya mampu tersengih pada pakcik tu.

Aku cuba bangun tetapi!

Aku tersalah step then jatuh atas Sunwoo sekali lagi!

Tapi kedudukan kali ni lebih teruk dari sebelum ni.

Apa yang terjadi ialah...

Bibir aku mendarat betul-betul di tepi bibir dia!

A-Aku speechless.

Aku tidak bergerak seketika di dalam kedudukan itu kerana aku terlalu terkejut.

Jantung aku terus berdegup laju.

Selepas kau kembali pada dunia realiti, aku cepat-cepat bangun dan terus keluar dari teksi itu.

Dada aku dah naik turun, naik turun dah.

Aku tutup pintu belakang lalu pergi ke tempat pakcik tu.

"Hantar dia dekat alamat ni. Tolong...pastikan dia selamat sampai. Kamsahamnida" kataku sambil hulurkan kertas yang sudah aku tulis alamat rumahnya pada pakcik itu.

"Ah, baiklah"

Tak pasal-pasal aku dengan Pakcik tu jadi kekok.

Aku terus tunduk kepalaku menahan malu sehingga teksi itu hilang dari pandangan aku.

•••

🏠
[Rumah]

Aku baring di atas katil aku lalu termenung jauh.

Aku...

Tak boleh lupakan kejadian itu.

Tanganku perlahan-lahan menyentuh bibirku.

Argh!

Apa yang aku fikirkan ni??

Aku mengelengkan kepalaku lalu menutup mataku untuk tidur.

Tidak lama itu, tiba-tiba muncul bayangan kejadian tadi di dalam fikiran aku.

Aku masih dapat rasakan sentuhan lembut di bibirku.

Argh! Gila aku dibuatnya!

Macam mana aku nak lupakan semua ni?!!!!







TBC

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2022 KORANG🤲🏻❤️

Sempena bulan Ramadhan ni...author akan hentikan seketika fanfic ni buat sementara waktu.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro