🍒24🍒
🏫🌙🌃
Karnival masih di teruskan dengan persembahan lain.
🎶🎶🎶
Telefonku berbunyi.
Nama Hyunjae terpapar di skrin telefonku.
Dah kenapa telefon aku. Dah tahu aku sibuk dengan karnival ni.
Aku pergi ke belakang dewan untuk jawab panggilan itu.
"Yobosaeyo. Awak nak apa?"
"Eh. Orang telefon pun marah."
"Mana ada marah. Kenapa ni telefon saya?"
"Saya nak tanya, awak ada dekat sekolah lagi ke?"
"Ye, ada. Kenapa?"
"Okey saya on the way~"
"Se--"
Tak sempat aku nak habiskan kata-kataku, dia tamatkan panggilan.
Kuang ajar kamu.
Kenapa tiba-tiba nak datang sini pu--
Bahuku terhincut terkejut dengar bunyi sesuatu seperti ada sesuatu yang terjatuh.
Aku pandang ke arah pokok yang tidak jauh dari aku.
Aku nampak sesuatu yang bergerak-gerak disitu.
Aku mengecilkan mataku untuk melihat lebih jelas.
Tidak lama itu, aku nampak susuk tubuh keluar dari di sebalik pokok itu.
Aku cepat-cepat menyembunyikan diri.
Aku mengintai sedikit melihat ke arah susuk tubuh tu.
Melihat dari pandanganku, dia kelihatan seorang lelaki.
Aku tak dapat melihat wajahnya kerana dia pakai hoddie bersama topi.
Siapa lelaki tu?
Kenapa dia lompat masuk dari tembuk tu?
Pelajar ke?
Aku terus mengintai lelaki itu.
Lelaki itu melihat sekeliling lalu berlari ke arah bangunan belajar.
Aku keluar dari tempat persembunyianku.
Kenapa dia pergi ke sana?
Mana ada orang dekat sana.
Ni mesti ada pelajar yang nak buat benda lain dekat sana sementara semua orang ada dekat padang.
Takpe, takpe.
Siap kalau aku jumpa diorang!
•••
Aku kembali ke padang.
Aku nampak Sunwoo yang sedang bergambar dengan pelajar-pelajar perempuan seperti seorang idol.
Walaupun beberapa tahun telah berlalu, dia masih popular seperti dulu.
Untunglah handsome...
Aku berjalan mendekatinya.
Nampak je kewujudan aku, pelajar-pelajar itu berlari pergi seperti jumpa haiwan buas.
Hmm...
"Hyebin, awak pergi mana? Sayangnya awak tak tengok persembahan saya." Ujarnya dengan wajah hampa.
"Wajib ke saya tengok?"
"Mestilah. Untuk mengembalikan memori lama..." Ujarnya dengan suara yang sangat lembut.
Aku tiba-tiba rasa lemah dengar suaranya.
"Memori lama? Apa maksud awak?"
"Saya tahu..."
Aku bingung tambah cemas.
"Tahu apa?"
"Awak tak hilang ingatan"
Aku speechless.
Aku membeku tak bergerak.
"Saem"
Suhyuk, Namra dan cheongsan datang ke arah kami dalam keadaan cemas.
"Kenapa ni?" Soal Sunwoo.
Aku pulak masih dalam proses untuk mengembalikan diri aku semula dari kejutan itu.
"Onjo hilang" beritahu Suhyuk.
Dengar sahaja perkataan hilang, aku terus sedar.
"Bwo hilang? Awak pasti dia hilang?" Soalku.
"Dia tadi pergi tandas. Tapi sampai sekarang dia tak kembali. Saya telefon dia pun, dia tak jawab" beritahu Cheongsan.
"Dia pergi tandas mana?"
"Dekat bangunan belajar sebab tandas dekat canteen penuh"
Bangunan belajar?!
"Berapa lama dia hilang?" Soal Sunwoo pula.
"Ermm...lebih kurang 2 jam"
Aku tiba-tiba teringat lelaki yang aku jumpa dekat belakang sekolah.
Aku juga teringat tentang perogol bersiri yang pernah saem Kim katakan beberapa hari lalu.
Selepas mengingati benda tu, aku mula rasa tidak sedap hati.
Aku betul-betul berharap apa yang aku fikirkan ni tidak terjadi pada waktu ini.
"Hyebin, wae? Awak tahu sesuatu?" Soal Sunwoo yang mungkin perasan perubahan riak wajahku.
"T-Tak ada apa. Biar saya cari Onjo--"
"Biar saya ikut" kata Sunwoo yang turut ingin pergi denganku.
"Takpe. Saya boleh pergi sendiri." Halangku.
"Tapi--"
"Awak, Suhyuk, Namra dengan Cheongsan cari dekat tandas lain. Mana tahu dia ada dekat sana. Saya cari dia dekat bangunan belajar sekejap" kataku lalu berlari ke bangunan itu.
•••
Keadaan di dalam bangunan belajar sangat sunyi dan gelap.
Ada je lampu yang terpasang tapi tak banyak.
Aku membuka touchlight di telefon aku.
Aku mula berjalan masuk ke dalam dengan berhati-hati.
Semakin dalam aku masuk, semakin laju degupan jantung aku.
Betapa takutnya aku, aku kena pastikan anak murid aku selamat.
Apabila aku tiba di tingkat 1, aku terdengar sesuatu terhempas tidak jauh dari tempat aku berada.
Aku terdiam seketika lalu berjalan mendekati ke arah bunyi itu.
Bunyi itu datang dari bilik seni.
Baru sahaja aku nak buka pintu bilik seni itu, aku terdengar jeritan seseorang seakan-akan mulutnya di tutup dari dalam bilik itu.
Aku sekali lagi kaku.
Aku sangat pasti jeritan itu kepunyaan Onjo.
Aku simpan telefon aku lalu bersandar di dinding.
Aku cuba tenangkan jantung aku yang berdegup dengan laju ni lalu mengendap di celahan bawah pintu.
"Ahh---"
Onjo!
Itu memang Onjo!
Onjo bersama lelaki yang aku nampak dekat belakang dewan tadi!
Onjo tengah bergelut melepaskan diri dari lelaki tu!
Aku berdiri lalu melihat sekeliling aku.
Alat pemadam api menjadi tatapan aku.
Aku ambil alat pemadam api tu lalu berdiri di depan bilik seni tu.
"Lepaskan!!!---"
Onjo! Saem datang selamatkan kamu!
Aku dengan tekat buka pintu bilik itu dan terus tolak lelaki itu dengan alat pemadam api itu.
Selepas lelaki itu terjatuh aku cepat-cepat angkat Onjo dan bawa dia pergi.
Baru sahaja aku nak keluar dari bilik tu, aku dipeluk oleh lelaki itu dari belakang.
"Saem!!" Jerit Onjo yang sudah berada di luar bilik seni.
Aku bergelut cuba melepaskan diri.
Pegangan lelaki itu sangat kuat.
Aku tak mampu lepaskan diri sendiri.
Onjo datang cuba lepaskan aku.
"Onjo jangan!"
Lelaki itu menendang Onjo sehingga jatuh.
"Onjo gwenchana?!!!" Jeritku yang masih dalam pelukan lelaki itu.
Onjo dalam kesakitan.
Aku cuba cari cara lain untuk lepaskan diri.
Tingkap menarik perhatian aku.
Aku tarik lelaki itu sekali ke arah tingkap itu.
Aku menendang tingkap itu sekuat hati sehingga pecah.
Untuk pengetahuan korang, padang dimana tempat mereka berkumpul hanya depan bilik seni je.
Selepas aku berjaya pecahkan tingkap tu, aku menjerit sekuat hati aku.
"Tolongggg!!!! To--"
Lelaki itu menutup mulut aku.
Ah!
Apa patut aku buat sekarang?!
Bahuku terhincut apabila tiba-tiba kepala lelaki itu di pukul dengan kayu penyokong kertas seni.
Lelaki itu akhirnya rebah dan aku bebas.
Sebaik sahaja lelaki itu terbaring, wajah Sunwoo menjadi tatapan aku.
Aku...
Terkedu.
Aku pandang kayu penyokong kertas lukisan yang berada di tangannya.
Dia...
Selamatkan aku.
TBC
Sorry korang. Lama sangat tinggalkan fanfic ni sampai author dh tak ingat jalan cerita sebenarnya. Author akan cuba habiskan fanfic ni sebelum raya, then publish fanfic baru.
My IG:
hxrxsixm
Boleh follow my IG to know more about me😁hehe.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro