Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍒22🍒

🏫☀️
[Hyosun High School]

Pak!

Aku menghayun rotan ke meja sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kelas.

"Kenapa lambat masuk kelas ni?! Awak tahu kan sekarang waktu matematik. Subjek apa sebelum ni?" Marahku sambil bercekak pinggang.

"Subjek sukan saem" beritahu Nam Onjo.

"Siapa yang mengajar kamu sukan?"

"Saem Sunwoo"

Aku tidak dapat berkata-kata apabila nama Sunwoo disebut.

"Sunwoo saem yang lepaskan kamu lambat?" Soalku untuk kepastian.

Mereka semua mengangguk kepala dengan wajah ketakutan.

Haish. Kenapa mesti dia.

"Okey takpe. Saya akan cakap dengan Sunwoo saem nanti. Semua boleh duduk" kataku mengalah.

•••


[Bilik mesyuarat]

Semua guru berkumpul di bilik mesyuarat selepas dapat arahan dari pengetua Lee.

"Baiklah semua. Musim bunga akan tiba tidak lama lagi. Seperti tahun sebelum ini, kita akan buat karnival. Untuk tahun ni, saya akan beri peruntukan lebih untuk buat karnival yang besar-besaran. Saya harap cikgu-cikgu semua dapat sediakan karnival ini dengan baik"

Kami semua mengangguk kepala terima dengan arahannya.

"Itu sahaja yang saya ingin maklumkan pada awak semua. Jika ada apa-apa masalah, terus sahaja berhubung dengan saya"

"Baiklah"

Selepas Pengetua Lee keluar dari bilik mesyuarat itu, saem Kim mengambil alih.

"Mari kita bahagi tugas." Kata Saem Kim.

"Untuk menjimatkan masa, Apa kata kita buat tugas yang sama seperti sebelum ni?" Cadang saem Park.

"Baik saya setuju. Tapi kali ni kita ada orang baru." Kata Saem Kim sambil memandang ke arah Sunwoo.

"Saya akan terima je mana-mana tugas" ujar Sunwoo.

"Kalau macam tu, saem Sunwoo tolong saem Hyebin--"

"BWO?!"

Secara automatik aku menjerit terkejut.

Semua orang pandang aku.

"Hyebin kenapa? Awak tak nak buat dengan Sunwoo?"

"Ah? Erm, T-Tak. Saya akan buat dengan Sunwoo" kataku pasrah.

"Okey bagus. Kita dah boleh maklumkan pada pelajar. Ouh ye. Saya ada sesuatu nak cakap dengan kamu semua. Kebelakangan ni, kecoh dengan perogol bersiri yang sedang aktif di persekitaran ini. Minta pelajar untuk berhati-hati ketika pulang ke rumah. Begitu juga dengan cikgu-cikgu perempuan." Ujar Saem Kim risau.

Kami semua mengangguk kepala tanda faham.

•••


"Sunwoo" panggilku.

Sunwoo menghentikan langkahnya lalu memalingkan wajahnya ke arah aku.

"Nombor telefon awak" kataku.

"Nombor telefon saya?" dia pandang aku bingung.

"Kita akan berkerjasama nanti. Jadi saya nak nombor telefon awak untuk mudah kita berkomunikasi"

Sunwoo menganggukan kepalanya tanda faham.

"Telefon awak" mintanya.

Tanpa berfikir panjang aku terus beri telefonku.

Tidak lama itu dia beri semula telefonku.

"Saya dah simpankan nombor telefon saya dekat telefon awak" beritahunya.

"Gomawo" ucapku.

Baru sahaja aku nak pergi, dia tiba-tiba menahan aku.

"Hyebin jakkaman"

Aku pandang dia dengan wajah kosong.

"Awak balik naik apa?" Soalnya tiba-tiba"

"Bas"

"Biar saya hantarkan"

"Kenapa pulak? Saya boleh balik sendiri"

"Awak dah dengarkan apa yang Saem Kim cakap tadi. Ada perogol bersiri dekat sini. Bahaya awak balik seorang-seorang" ujarnya.

"Tak pe. Saya dah biasa balik sendiri. Lagipun dalam bas tu bukan ada saya seorang. Jadi perogol bersiri tu takkan ada dekat situ. Apapun terima kasih sebab risaukan saya. Saya akan baik-baik sahaja. Ouh ye, lain kali jangan lepaskan pelajar lewat. Saya juga nak mengajar mereka. Bukan awak seorang je yang nak mengajar" kataku dan berlalu pergi.

Selepas aku pergi jauh dari dia, aku melepaskan keluhan lega.

Aku tadi buat-buat beranikan diri je.

Aku tak tahu kenapa kewujudan dia ni membuatkan aku ingin larikan diri dari dia. Aku...rasa berdebar-debar apabila ingin bercakap dengan dia.

Walaupun dah 7 tahun berlalu, tapi perasaan itu masih ada di dalam diri aku.

•••


🌙🌃
[Jihwaja Restoran]

Aku tarik nafas dalam-dalam, lalu lepas.

Aku nervous gila sekarang ni.

Walaupun dah lama aku berkawan dengan Si Hyunjae ni, aku tak pernah jumpa keluarga dia lagi.

Ni dah macam nak jumpa mak mertua pulak.

Hyunjae keluar dari keretanya lalu bukakan pintu kereta untukku.

Aku keluar dari kereta dengan perasaan gugup.

"Mana Omma dengan Appa awak?" Soalku sambil melihat sekeliling.

"Diorang dah ada dekat dalam" beritahunya.

"Ha? Dah dekat dalam? Aduh macam mana nii"

"Kenapa awak nervous sangat ni? Relexlah... jumpa Omma dengan Appa saya je"

"Awak cakap senanglah. Tahu tak saya rasa macam tengah jumpa dengan mak mertua je"

"Kalau macam tu, awak anggap je lah itu mak mertua awak" ujar Hyunjae dengan sengihan.

Aduh dia ni.

Tolong jangan buatkan aku berdebar-debar boleh tak.

Aku dah lah nervous tambah pulak dengan ayat dia macam tu.

"Jom masuk" ajak Hyunjae.

"Okey jap-jap"

Aku tarik nafas dalam-dalam, lalu lepas.

"Okey jom-- eh Hyunjae sekejap"

Aku pegang tangan Hyunjae erat.

Hyunjae pandang aku keliru.

"Bukan ke awak nak saya berlakon macam Yeochin awak. Takkan nak jalan macam tu je" ujarku.

Hyunjae tersenyum lalu mengangguk kepalanya.

"Kajja"

Akhirnya aku dan Hyunjae bergerak masuk ke dalam restoran makanan tradisional Korea itu.

"Itu Omma dengan Appa saya" katanya sambil bawa aku ke tempat Omma dan appanya berada.

Uish, makin teruk nervous aku ni.

"Omma, Appa ni Hyebin" kata Hyunjae memperkenalkan aku pada Omma dan appanya.

Omma dan appanya sambut aku dengan sangat baik.

"Woah cantiknya. Patutlah Hyunjae tolak anak kawan Omma." Kata ommanya sambil tersenyum pada Hyunjae.

Hyunjae memandang ke arah lain menahan malu.

"Hyebin, duduklah" pelawa appanya.

"Baiklah"

Aku duduk di sebelah Hyunjae.

Rasa kecik je aku duduk dekat situ.

Lain macam aura Omma dengan Appa Hyunjae ni.

Vibe-vibe orang kaya nak dikatakan.


•••

Aku ni orang yang suka makan.

Tapi kalau dalam keadaan ni, makanlah paling aku benci sebab nak kena cover-cover.

Nanti tak pasal Omma dengan Appa dia terkejut tengok betapa lahapnya aku.

Aku hanya mendiamkan diri sambil mendengar perbualan Hyunjae bersama dengan Omma dan appanya.

Disebabkan aku terlalu khusyuk dengar perbualan mereka, aku tidak perasan yang aku termakan cili.

Uish! Dia punya pedas tu tak boleh nak bawa bincang.

Padahal kecik je cili tu.

Aku capai gelas air aku lalu minum sampai habis.

Tapi masih pedas!

Eottokaeee

"Hyebin okey tak ni?" Tegur Hyunjae yang perasan kelakuan anehku.

Omma dan appanya turut pandang aku.

Aduh malulah aku.

Aku duduk dekat dengan Hyunjae lalu bisik padanya.

"Saya nak air. Saya termakan cili. Pedassss"

Hyunjae tergelak kecil lalu angkat tangannya memanggil waiter.

"Saya nak 1 cawan susu"

"Baiklah"

"Kenapa ni? Kamu okey ke Hyebin?" Soal Ommanya risau.

"N-Nae. Saya baik-baik je" kataku segan.

"Dia termakan cili" beritahu Hyunjae yang masih menahan gelak.

"Lah... Kamu tak boleh makan pedas ke?" Soal Ommanya.

"T-Tak adalah. Saya boleh je makan pedas. Tapi kalau makan cili terus, saya tak tahan"

Ommanya mengangguk kepala tanda faham.


•••

[Haneul Park]

"Terima kasih tau" ucap Hyunjae.

"Sama-sama" balas ku sambil memandang ke arah langit.

"Ouh ye tadi Omma awak ada bisik sesuatu dekat awak. Dia cakap apa?" Soalku ingin tahu.

"Betul ni awak nak tahu?"

"Mestilah. Mana tahu awak mengumpat pasal saya"

"Hahaha. Taklah. Tapi betul ni awak nak tahu?"

"Iyeee. Cakap je lah"

"Omma saya cakap...bila nak kahwin"

"Bwo? Yelah tu Omma awak cakap macam tu"

"Betullah. Ingat saya tipu ke"

"Saya tak percaya"

"Okey. Kalau macam tu saya telefon Omma saya. Awak tanya dia sendiri--"

"Janganlah sampai telefon. Tapi betul ke Omma awak tanya tu?"

"Iye. Ingat saya nak tipu ke"

"Habis tu awak cakap apa?"

"Saya cakap...tunggu awak"

"Tunggu saya? Kenapa nak tunggu saya pulak?"

"Awakkan dah jadi Yeochin saya di depan mata Omma dan appa saya. Jadi saya cakaplah tunggu awak yang tentukannya. Kalau ikut saya, bulan depan juga saya kahwin dengan awak"

Aku be like: what the--

"Okey gurau-gurau"

Aku mengelengkan kepala lalu sambung pandang langit.

"Macam mana dengan Sunwoo? Awak ada tegur dia?"

"Sunwoo? Erm...ada juga kitaorang cakap-cakap pasal hal sekolah."

Hyunjae mengangguk kepala tanda faham.

"Hyunjae. Bukan ke dulu awak kawan dengan Sunwoo?"

"Ye, betul. Kenapa?"

"Saya perasan lepas awak selalu bersama dengan, saya dah tak nampak awak lepak atau cakap dengan Sunwoo. Awak putus kawan dengan dia ke?" Soalku.

Aku sebenarnya nak tahu sangat pasal hubungan diorang ni.

Dah lama aku nak tanya tapi tak kesampaian.

"Ermm..entahlah. nak cakap putus kawan macam tak. Kitaorang macam semakin lama semakin berjauhan. Mungkin sebab...--erm tak ada apalah"

"Mungkin sebab apa? Cakaplah"

"T-Tak ada apa. Awak lupakan yang tu."

Adakah disebabkan aku?

Adakah hubungan persahabatan mereka rosak akibat aku??












TBC

Author dh start belajar
So...
Author akan UPDATE lambat.

Ingat nak habiskan fanfic ni sebelum bulan 3, tapi tak sempat pulak.

Lagipun fanfic ni dh nk sampai penghujung. Author akan cuba UPDATE secepat mungkin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro