🍒18🍒
🏫☀️
[Carnival]
Keadaan di sekolah hari ni sangat meriah kerana kami mengadakan karnival selepas sekian lama tak buat.
Selepas bincang bergaduh semua tu, akhirnya kelas kami mengambil keputusan untuk jual air.
Aku sebagai pelajar yang baik hati dipaksa menjaga kedai manakala yang lain merayap ke tempat lain.
Takpe. Aku budak baik.
😑
"Hyebin, biar aku gantikan kau. Kau pergilah jalan-jalan" pelawa Gaeul yang baru balik dari bersiar-siar.
Dia pun sama je dengan diorang.
"Takpelah. Aku boleh buat"
"Ala nak merajuk pulak. Pergi je lah sana" ujar Gaeul sambil menolak aku keluar dari gerai kami.
Aku mencebik.
"Yela~"
Aku tanggalkan apron lalu beri pada Gaeul.
"Aku pergi dulu. kalau ada apa-apa, jangan panggil aku~"
Aku berjalan keluar dari bangunan sekolah lalu pergi ke padang sekolah.
Ramai pelajar berada di padang.
Semua orang nampak gembira, tapi aku...
Hurm...
Yang tahu, tahulah.
Aku berjalan-jalan tanpa hala tuju sehingga aku terjumpa Sunwoo bersama Haeun.
Mereka berdua sedang buat video tiktok di taman sekolah.
Aku perhatikan mereka dari jauh.
Kalau ikut gerak geri mereka, mereka seperti rancang nak buat video dance challange sebab diorang sibuk berlatih sesuatu seperti tarian.
Tapi...
Perlu ke diorang sentuh macam tu?
Apa semua ni??
"Diorang buat Domino Lovers Challange" kata seseorang.
Aku pandang sebelah aku.
H-Hyunjae?
Hyunjae ni salah seorang geng Sunwoo.
Dia juga tiktoker yang cukup terkenal.
Tapi content yang dia buat adalah hanya nyanyian.
Nyanyiannya sangat merdu sebab tu videonya selalu lalu di fyp.
"Bukan ke awak yang patut buat challange tu dengan Sunwoo?" Soalnya.
"Apa maksud awak?"
"Challange tu sesuai untuk couple. Bukan ke awak Yeochin dia?"
"Ma-Macam mana awak tahu saya Yeochin dia?!" Soalku terkejut.
Hyunjae masukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya sambil mengeluh kecil.
Dia merenung wajahku.
"Bukan ke terlalu jelas?"
Aku...tak faham.
"Apa yang jelas?"
Tanpa berkata apa-apa, Hyunjae memegang tangan aku.
"Gelang ni"
Aku pandang gelang yang aku pakai.
Aku masih bingung.
"Walaupun awak tak tunjuk muka awak, tapi gelang ni awak tak sembunyikannya." Ujarnya.
Mataku membulat.
Aku speechless.
B*dohnya aku!
"Siapa je yang tahu?!"
"Ermm...kitaorang je mungkin"
Woahhh....
Jadi betullah geng-geng Sunwoo dah tahu.
Aku betul-betul speechless sekarang ni.
Rasa macam nak terjun bangunan je.
"Kebelakangan ni, Sunwoo banyak luangkan masa dengan Haeun. Awak tak cemburu ke?" Soal Hyunjae direct.
Aku terdiam seketika.
Aku kembali memandang mereka.
"Cemburu? Siapa je yang tak cemburu"
"Kalau macam tu, takkan awak nak duduk diam je? Sekarang ada orang ketiga dalam hubungan korang"
Sekali lagi aku terdiam.
"Saya...tak tahu nak buat apa."
Aku dengar keluhan berat Hyunjae di sebelahku.
"Kalau saya jadi Sunwoo, saya akan jaga awak dengan baik. Beri kasih sayang saya sepenuhnya pada awak. Saya akan bersama dengan awak tak kira di mana jua" ujar Hyunjae.
Aku pandang Hyunjae keliru.
Kenapa dia cakap macam tu.
Kenapa aku rasa ada maksud lain disebalik apa yang dikatakan tu?
Adakah aku seorang je yang rasa macam tu?
"Kalau awak tak tahu nak buat apa dengan hubungan korang, baik awak pergi dari sini. Lagi teruk kalau awak terus tengok mereka berduaan di sini. Kalau awak tak kisah, saya boleh bawa awak jalan-jalan tengok gerai yang buka hari ni"
Aku pandang Sunwoo lalu pandang Hyunjae.
"Kajja"
Betul apa yang Hyunjae katakan. Baik aku ikut dia dari terus mencemarkan mataku melihat benda yang tidak sepatutnya.
•••
🏫☀️
[Next Day]
"Hyebin, happy birthday" ucap Gaeul sambil berlari memeluk aku.
Nasib tak jatuh.
Pagi-pagi dah buas.
"Gomawo~"
"Hyebin, Sunwoo...ada wish atau bagi hadiah pada kau tak?" Soal Gaeul sambil memperlahankan suaranya.
"Tak"
"Dia tahu tak hari ni birthday kau?"
"Entahlah"
"Hurm... takpe-takpe. Kau fikir je positif. Dia nak buat surprise tu. Kau tunggu je"
Aku mengangguk kepalaku percaya dengan apa yang Gaeul katakan.
"By the way, kau...dah tengok video tiktok baru Haeun?"
"Belom kenapa?"
Gaeul menghulurkan telefonnya pada aku menunjuk video tiktok baru Haeun.
"Ouh yang ni."
"Kenapa? Kau dah tengok ke?"
"Semalam aku nampak diorang buat challange ni dekat taman sekolah"
Gaeul speechless.
"Kalau macam tu, kenapa kau biarkan diorang buat challange tu. Kau tahu tak, disebabkan challange tu ramai orang ingatkan Haeun tu Yeochin Sunwoo. Kau tak cemburu ke??"
"Entahlah Gaeul. Aku dah penat memikirkannya"
"Habis tu kau nak mengalah ke? Kau nak biarkan Haeun rampas Sunwoo dari kau?"
"Gaeul, kalau Sunwoo betul-betul sukakan aku dia takkan buat aku macam ni. Kalau dia sayangkan aku, dia tak buat semua tu."
Gaeul tidak dapat berkata-kata.
"Aku nak nasihatkan kau tapi tak layak sebab hubungan aku dengan bekas Namchin aku pun tak berapa baik. Takpelah, kau buatlah apa yang terbaik untuk korang berdua"
"Kalau aku minta putus--"
"Andwae! Kau tak boleh putus macam tu je. Selagi boleh selesaikan masalah ni, baik kau selesaikan secepat mungkin. Aku tak nak kau menyesal nanti"
Aku menundukkan kepalaku.
Aku tak boleh fikir benda lain selain putus dengan Sunwoo.
Menyesal?
Aku mungkin akan menyesal nanti.
Tapi...
Kalau Sunwoo tak suka aku lagi, aku akan rasa lebih sakit.
•••
🌙🌃
Aku berjalan menuju ke alamat yang diberikan oleh Sunwoo.
Dia kata dia ingin berjumpa dengan aku.
Kalau betul tekaan aku, dia mungkin ingin buat kejutan sempena birthday aku.
Kalai itu yang dia rancang, pandangan aku pada dia mungkin akan berubah.
Alamat yang diberi oleh Sunwoo, membawa aku ke restoran BBQ di Gangnam.
Dengan perasaan berdebar-debar, aku mengendap bahagian dalam restoran itu dari luar.
Aku mencari kelibat Sunwoo.
Aku...
Jumpa dia!
Aku nampak dia sedang menyusun lilin di atas kek.
Tanpa aku sedari, aku tersenyum melihat moment itu.
Dia...
Ingat birthday aku.
Aku nampak Sunwoo menelefon seseorang. Tidak lama itu telefon aku berbunyi.
Nama sunwoo tertera di atas screen telefon aku.
Aku dengan hati yang berbunga mengangkat panggilan itu.
+Yobosaeyo?
-Yobosaeyo. Hyebin awak dah ada dekat mana?
+Saya dalam perjalanan.
-Okey bagus. Jangan lambat tau. Nanti saya rindu awak.
+Haha. Okey~
Aku menamatkan panggilan itu dengan senyuman lebar.
Aku pandang Sunwoo yang sedang gementar di dalam.
Aku tertawa melihatnya.
Aku cuba mengawal wajahku lalu berjalan masuk ke dalam restoran itu.
Langkahku terhenti.
Aku...
Ternampak Haeun jalan ke arah Sunwoo.
Kenapa dia ada dekat sini?
Apa dia buat dekat sini?
Bukan ke ini perjumpaan untuk kita berdua je?
Kenapa mesti ada dia??
Aku...
Speechless.
Aku juga hampa dengan Sunwoo.
Cukup-cukuplah berdua-duaan di sekolah.
Takkan dekat luar pun nak berduaan.
Ini dah melampau!
Aku mengelap mataku yang hampir mengalirkan air mata.
Aku tinggalkan tempat itu dengan segera.
Semasa aku melarikan dari situ, aku terlanggar bahu seseorang.
Pemilik bahu itu sempat memegang aku sebelum aku jatuh mencium tanah.
"Hyebin?"
Aku mendongak memandang pemilik bahu itu.
"Hyunjae?"
"Gwenchana?" Soalnya.
"Nae. Maafkan saya."
"Kenapa mata awak merah? Awak menangis?"
Aku mengelap mataku lalu pergi dari situ.
Aku berlari mengejar lampu hijau untuk lintas jalan.
"Hyebin! Jakkaman!"
Aku menghiraukan panggilan Hyunjae dan terus mengejar lampu yang masih hijau itu.
Pinn!!!!!!!!
Aku menoleh kiri aku kelihatan sebuah lori memandu laju ke arah aku.
"Hyebin!!!!"
💥
Pandanganku perlahan-lahan bertukar gelap.
•••
🏥🌙
[Hospital]
Tit tit Tit
Aku membuka mataku perlahan-lahan.
Kepalaku yang berdenyut-denyut, menyukarkan aku untuk membuka mataku dengan betul.
Aku di terangi dengan lampu yang melekat di siling.
Bau ubat-ubatan menusuk di hidungku.
"Hyebin? Hyebin, kamu dah sedar?"
Aku pandang Ommaku di sebelah.
"Omma" panggil ku lemah.
"Hyebin! Syukurlah kamu dah sedar. Dokter!"
Ommaku berlari keluar memanggil dokter dengan senyuman lebar.
Seorang lelaki mendekati aku.
"Hyebin"
Aku mendongak memandangnya.
Sunwoo.
Sunwoo datang dengan wajah yang sedih.
Ada kotak kek di pegangannya.
Tanpa berkata apa-apa, dia terus memeluk aku.
Tapi aku sempat menolaknya.
Dia pandang aku terkejut.
"Nugusaeyo?(siapa awak?)"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro