Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍒14🍒

🏫☀️
(Class)

Tok! Tok! Tok!

Aku pandang ke arah pintu kelas.

Membutang mataku melihat Sungkyun berada di pintu kelas kami.

"Hyebin, saya nak jumpa awak sekejap" ujarnya dari pintu kelas.

Semua orang di dalam kelas itu memandang aku terkejut.

Aku tahu ianya mengejutkan.

Aku juga sempat bertentangan mata dengan Sunwoo semasa berjalan keluar dari kelas.

Wajahnya kelihatan sedikit tidak gembira.

"Kenapa awak nak jumpa dengan saya?" Soalku padanya.

"Saya harap saya tak menganggu awak, tapi boleh tak awak tolong saya sesuatu?"

"Awak nak saya tolong apa?"

"Ermm...awal tahun ni kan saya sibuk dengan jadual lakonan saya. Jadi pelajaran saya banyak yang tertinggal. Saya risau sebab ujian tidak lama lagi. Kalau awak sudi, boleh tak awak ajarkan saya?"

"Boleh je. Tapi saya bukan pandai sangat. Saya cuba ajar apa yang saya tahu"

"Woah jinjja?! Gomawo~ jadi...bila kita nak mula?"

"Ermm...habis sekolah ni. Awak okey tak? Atau awak ada hal lain?"

"Tak saya free hari ni"

"Okey nice. Kita jumpa habis sekolah ni"

"Okey"

Sungkyun lemparkan senyuman padaku lalu berjalan pergi.

Aku masuk ke kelas dan sekali lagi aku bertentangan mata dengan Sunwoo.

Riak wajahnya menunjukkan dia kelihatan cemburu.

Aku rasa serba salah dengannya.

•••


(Canteen)

Aku pandang Sunwoo yang berada tidak jauh dari meja aku.

Aku tak nampak senyuman dia hari ni.

Dia kelihatan sangat murung hari ni.

Apa patut aku buat??

Aku letakkan sudu lalu ambil telefon aku di sebelah aku.

Nama Sunwoo aku cari.

--jom kita jumpa dekat taman selepas makan ni

Selepas aku hantar chat padanya, aku angkat kepala memandang Sunwoo.

Sunwoo membaca pesanan aku lalu memandang aku.

Dia cuma pandang aku sekilas pandang lalu sambung makan.

Aku mengeluh berat.

•••


(School park)

Dari jauh aku nampak tubuh Sunwoo yang membelakangi aku di taman sekolah

Perlahan-lahan aku berjalan mendekatinya.

Apabila aku berada di belakangnya, aku menutup matanya cuba mengusik dia dengan berharap dapat menukar mood dia.

Tidak sempat aku nak bermain dengan dia, dia mengalihkan tanganku dari pandangannya.

Dia pandang aku sekilas lalu pandang ke arah langit.

Aku mengeluh berat.

Aku duduk di sebelahnya dan terus memandang wajahnya .

Walaupun dia cuba menghiraukan aku, aku terus pandang dia.

Tidak lama itu, dia pandang aku dengan wajah annoying.

"Jangan terus pandang saya macam tu" ujarnya dengan wajah kemerahan.

Aku tersenyum.

"Wae? Awak berdebar-debar ke?" Soalku sambil mendekatkan lagi wajahku dengan wajahnya.

Wajah Sunwoo semakin kemerahan.

Baru je aku nak sambung mengusik dia, dia tiba-tiba memeluk aku.

"Kenapa Sungkyun jumpa awak tadi?" Soal Sunwoo yang masih memelukku.

"Dia cuma minta saya ajar dia je"

"Ajar dia? Kenapa dia tak minta tolong rakan sekelas dia je? Kenapa mesti awak"

"Erm...entahlah."

Sunwoo melepaskan pelukan itu.

"Dia mesti cuba mengorat awak" teka Sunwoo dengan wajah cemburunya.

"Mengorat? Tak mungkinlah." Nafiku.

"Saya ni lelaki tau. Saya tahulah teknik lelaki nak mengorat yeoja" ujarnya tak puas hati.

"Owh yeke...tapi saya tetap tak rasa dia minta pada saya..."

"Kalau macam tu, saya akan teman awak jumpa dengan dia nanti"

•••


(Library)

"Eh? Kau Kim Sunwoo yang tiktoker tu kan?" Soal Sungkyun pada Sunwoo.

"Yup. Aku Kim Sunwoo"

"Tapi...kenapa kau ada dekat sini juga?"

"Aku minta Hyebin ajar aku juga" ujarnya sambil pandang tajam ke arah Sungkyun.

Aku pandang Sungkyun serba salah.

"J-Jom duduk" ajakku.

Baru je Sungkyun ingin tarik kerusi di sebelah aku, Sunwoo terlebih dahulu merampas kerusi itu lalu duduk.

Sungkyun memandang Sunwoo semacam lalu duduk berhadapan denganku.

Aku rasa tak sedap hati dengan suasana ni...

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

•••


🌙

"Dah lewat malam. Hyebin biar saya teman awak balik" pelawa Sungkyun.

Aku pandang Sunwoo lalu pandang Sungkyun.

"T--"

"Biar aku yang teman dia" potong Sunwoo.

"Menyusahkan kau je. Biar aku yang teman dia" balas Sungkyun.

"Tak menyusahkan pun." Ujar Sunwoo dengan senyuman.

Sungkyun mengeluh kecil lalu mengangguk kepalanya.

"Kalau macam tu, jaga dia dengan baik. Jumpa lagi esok. Hyebin gomawo"

"N--"

"Jangan risau. Aku akan jaga dia dengan baik. Baliklah, pasti kau penat" halau Sunwoo.

Sungkyun sekali lagi mengeluh kecil.

"Hyebin kajja" ajak Sunwoo sambil pegang tangan aku.

Aku tersenyum lalu menganggukan kepalaku.


🌙🌙🌙

"Mulai esok saya dah mula sibuk dengan latihan bola sepak. Saya harap awak tak berkawan rapat dengan Sungkyun tu. Jangan bertegur sapa dengan dia pun lagi bagus" ujar Sunwoo.

"Nae, arraseo. Jangan risau, saya takkan pandang lelaki lain selain awak."

"Okey. Saya percayakan awak."

"Saya juga akan percayakan awak."

"Hyebin, awak tahu tak malam tadi saya mimpikan awak"

"Awak mimpi saya? Kita buat apa je dalam mimpi awak tu?" Soalku tertanya-tanya.

"Erm...awak pakai gaun warna putih yang sangat cantik... Awak menghias rambut awak...awak kelihatan sangat cantik dan bersinar di dalam mimpi saya"

"Woah jinjja? Lepastu apa jadi?"

"Appa awak pimpin awak kepada saya... Lepas tu saya sarungkan cincin di jari awak..."

Aku tergamam mendengar tentang mimpi yang dialami oleh Sunwoo.

Mengikut mimpi yang Sunwoo ceritakan tu, seperti kami berada di majlis perkahwinan.

"Hyebin"

Aku pandangnya.

Dia memegang kedua-dua tangan aku.

Dia merenung mataku dengan senyuman yang manis.

"Dalam mimpi pun saya berdebar-debar, apatah lagi jika ianya betul-betul terjadi. Saya harap hubungan kita berkekalan lama sehingga...saya dapat sarungkan cincin di jari awak"

Aku tersenyum malu.

"Saya juga harapkan begitu"












TBC







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro