Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍒06🍒

🏫

Aku tidak duduk senang.

Mataku hanya memandang ke arah Sunwoo yang duduk di tempatnya.

Aku perlu tahu kebenaran yang sebenar!

Tapi untuk dapatkan kebenaran tu, aku perlu tanya dengan Sunwoo sendiri.

Tapi...

Aku tak beraniii

Eottokae???

"Yah, Hyebin. Sejak bila kau suka gigit kuku ni" tegur Gaeul.

Aku pandang kuku yang berada di mulutku.

Aku cepat-cepat turunkan tanganku dan kembali pada realiti.

"Kenapa kau nampak nervous sangat? Ada apa-apa berlaku ke?"

"Nervous? T-Tak adalah." Kataku lalu terpandang Sunwoo yang berjalan keluar dari kelas.

"Gaeul. A-Aku nak pergi ke tandas sekejap" kataku lalu keluar dari kelas mengikut Sunwoo dengan tergesa-gesa.

•••

Aku mengikut Sunwoo dari belakang senyap-senyap.

Apabila Sunwoo belok masuk lorong ke kanan, aku cepat-cepat merapatkan jarak kami supaya aku tak terlepas Sunwoo.

Sebaik sahaja aku masuk ke lorong itu, kelibat Sunwoo terus hilang.

Pelik.

Jarak kitaorang tak jauh pun.

Aku memanjangkan leher ku mencari kelibat Sunwoo.

Cepat betul dia menghilang.

Huh...

Lain kali je lah.

Baru je aku nak pergi dari situ, tiba-tiba ada satu tangan yang menarik aku masuk ke dalam bilik seni.

Aku cuak dan takut memikirkan jika ada orang ingin menculik aku.

Tapi...

Ianya Sunwoo.

Sunwoo mengunci pintu bilik seni dan kembali ke arah aku.

"Maaf sebab buatkan awak terkejut" katanya rasa bersalah.

Aku menghela nafas kecil.

"Gwenchana. Saya tak apa-apa"

"Jadi...kenapa awak ikut saya?" Soal Sunwoo.

"Nae?" Aku agak loading disitu.

Aku lupa yang aku ikut Sunwoo tadi.

"Awak nak cakap sesuatu dengan saya ke?" Soal Sunwoo lagi.

Aku patut tanya dia tujuan sebenar dia ingin aku jadi Yeochin dia.

Aku pandang wajahnya.

Aku dah sediakan soalan untuk tanya dia.

Tapi, aku tak dapat nak buka mulut dan tanya soalan tu!

Eottokae??

"Wae? Awak rindukan saya?" Soal Sunwoo dengan senyuman di bibir.

What--

"A-Aniyo. Sa-Saya...cuma nak...tanya khabar awak"

Apa yang aku cakap ni!

Ini bukan apa yang aku inginkan!

Kenapa dengan kau ni Hyebin!

Sunwoo tergelak kecil.

"Betul ke awak cuma nak tanya khabar saya?" Soal Sunwoo tidak percaya sambil mendekatkan wajahnya dengan wajahku.

"B-Betullah" kataku sambil menoleh ke arah lain.

Sunwoo mengangguk kecil kepalanya sambil menjauhkan semula wajahnya.

"Kalau itu yang awak nak tanya, saya baik je." Ujar Sunwoo.

Aku tak boleh duduk berduaan dengan dia sini. Jantung aku berdegup bagaikan nak gila sekarang ni.

Aku perlu pergi.

"Hyebin, jakkaman" halang Sunwoo.

Aku memandangnya.

"Boleh tak kalau saya bagitahu tentang hubungan kita pada kawan-kawan saya?" Soal Sunwoo teragak-agak.

"Kawan-kawan awak?"

"Nae. Eric, Hanknyen, Changmin, Chan--"

"Andwae"

Gila ke nak bagitahu diorang.

Budak-budak famous tu??

Memang taklah.

Kalau dia bagitahu dekat diorang, aku pasti akan dipermainkan oleh mereka.

Dah lah sekarang ni aku ragu-ragu dengan niat Sunwoo yang ingin jadikan aku sebagai Yeochin dia.

Tak boleh. Tak boleh.

Aku tak setuju.

"Sunwoo. Tolong jangan bagitahu sesiapa tentang hubungan kita. Hanya kita berdua je yang tahu."

"Wae?" Soal Sunwoo dengan wajah yang agak sedih.

Serba salah pulak aku tengok muka dia tu.

"Sebab...ianya terlalu awal. Kita tunggu lama sikit. Please jangan bagitahu sesiapa lagi" Rayuku.

Sunwoo merenung wajah aku seketika lalu mengangguk kecil kepalanya.

Aku menghela nafas lega.

Nasib dia setuju.

•••

"Hyebin, kau nak aku teman kau pergi kedai telefon tak?" Soal Gaeul.

"Tak payahlah. Kau kan dah janji dengan Ria nak pergi buskin robbins tu. Kau pergi je lah. Aku boleh pergi seorang"

"Kalau kau cakap macam tu, tak pelah. Kalau ada apa-apa, call je aku"

"Nae~"

Baru je aku nak berjalan pergi, tiba-tiba--

"Hyebin!"

Aku menoleh ke arah suara yang menyebut namaku.

Kelihatan Sunwoo berlari ke arah aku.

Dia panggil aku ke?

"Kaja" ujarnya secara tiba-tiba.

Aku pandang dia bingung.

"Kaja? Pergi mana?"

"Kedai telefon"

"Kedai telefon? Awak nak ikut saya pergi ke kedai telefon ke?"

"Nae"

Aku terdiam seketika.

Aku tak salah dengar kan?

"Tapi, bukan ke awak cakap dengan Eric yang awak ada hal?"

"Memang pun"

"Habis tu kenapa awak tak pergi?"

"Nak pergilah ni" ujarnya.

"Nae?"

Aku cuba memikirkan apa yang dikatakan oleh Sunwoo.

Jakkaman...

"Hal yang awak maksudkan tu...kedai telefon yang saya nak pergi ke?"

Sunwoo menganggukan kepalanya.

Okey...

So, dia nak ikut aku?

"Kaja" kata Sunwoo yang paling teruja nak pergi.

"N-Nae. Kaja"

•••

Aku dan Sunwoo duduk termenung jauh sementara menunggu screen telefon aku ditukar.

Banyak pulak customer hari ni, terpaksalah kitaorang tunggu lama sikit.

Tapi...

Agak janggal duduk berduaan dengan Sunwoo di sini.

Lebih janggal lagi kalau ada orang yang mengenali Sunwoo.

Aku rasa macam nak pergi je dari situ.

"Hyebin" panggil Sunwoo di sebelah aku.

"Jom pergi cafe dekat depan tu" ajak Sunwoo sambil menunjuk ke arah cafe yang berada di seberang jalan.

Fikir-fikir... lebih baik lepak dekat cafe tu. Boleh isi perut sambil tunggu telefon aku siap baiki.

"Kerae(baiklah). Kaja"

•••

Ingatkan dah lari ke cafe ni, aku rasa lebih selesa sikit.

Dekat sini pun ada orang yang mengenali Sunwoo.

Ini baru famous dalam tiktok, belum lagi kalau dah jadi artis.

Sejak kami masuk ke dalam cafe, banyak mata yang memandang kami.

Aku rasa lepak dekat kedai telefon tadi lebih baik dari dekat sini.

Apa nak buat...

Dah terlepas untuk aku ubah fikiran aku.

Sepanjang berada di dalam cafe itu, aku hanya ikut Sunwoo seperti orang suruhan.

Selepas air kami sampai, aku hanya beri tumpuan pada air aku.

Aku langsung tak dapat nak angkat wajahku kerana aku tak nak mereka lihat atau ingat wajahku.

Tak pasal-pasal aku kena kecam nanti.

"Hyebin" tegur Sunwoo.

Aku mengangkat sikit wajahku memandang Sunwoo.

"Awak nak air lagi?" Soalnya.

"Nae?" Otak aku loading.

"Air awak tu...dah habis. Awak tentu haus sangat" ujarnya sambilbil tunjuk ke arah air minuman aku.

Mataku terkebil-kebil lalu pandang air aku.

Uish!

Siapa yang habiskan air aku ni.

Aku asyik memikirkan perkara lain sampai tak perasan yang aku terus minum air aku sampai habis.

"Awak nak saya order air lagi satu?" Soal Sunwoo yang sudah mengangkat punggungnya.

"T-Tak perlu."

"Betul ni?"

"Nae"

Sunwoo mengangguk kecil kepalanya lalu kembali duduk di tempatnya.

Dia terus merenung wajahku seperti ingin kata sesuatu padaku.

"Awak ada sesuatu yang nak cakap dengan saya ke?" Soalku.

"Ermm...sebenarnya saya ada sesuatu yang saya nak buat kalau saya dah ada Yeochin" beritahunya.

Risau aku mendengarnya.

Apa pulak dia nak buat...

"Boleh tak letakkan tangan awak dekat tengah-tengah"

Dalam keadaan bingung aku letak juga tangan aku di tengah-tengah meja.

"Jangan gerakkan tangan tau" amaran Sunwoo.

Lah risauu

Nak buat apa pulak dengan tangan aku.

Aku terus memerhatikannya.

Dia membuka sesuatu di telefonnya lalu meletakkan tangannya di atas tangan aku seperti sedang berpegangan.

Degupan jantung aku bagaikan terhenti seketika.

Untuk kali pertama, tangan kami saling bersentuhan.

Aku punya terkejut tu sampai aku tak boleh nak gerakan tubuhku. Beku.

Dia seperti ada kuasa ice yang boleh membekukan aku.

📸

Sunwoo mengambil gambar tangan kami yang saling bersentuhan.

Selepas dia mengalihkan tangannya, barulah aku dapat menggerakkan tubuhku.

Aku pandangnya dengan pandangan tertanya-tanya.

Selepas beberapa minit berlalu--

"Hyebin, tengok ni" Sunwoo menghulurkan telefonnya padaku.

Halaman Instagram terpapar di skrin telefonnya.

Aku merenung skrin telefonnya cuba memahami apa yang dia cuba ingin tunjuk padaku.

Dia cuba berlagak dengan followers dia yang banyak ke?

Tahulah famous. Huh!

Bulat mataku apabila melihat gambar yang diambilnya tadi di post di Instagramnya.

sunsunwoo Day1💕

"Jangan risau. Orang takkan kenal awak" ujar Sunwoo.

"Betul ni? Awak pasti?"

Sunwoo mengangguk kepalanya.

Walaupun dia cakap macam tu, aku tetap risau.





















TBC

JUYEON BIRTHDAY 🎉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro