Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎85💎

Malam yang indah nian mula membuka tirainya. Dendangan lagu dari dewan dapat aku dengari dari luar. Cuaca redup, tidak panas dan tidak sejuk. Sedang-sedang sahaja gitu.

"Cantik kan bulan malam ni? Mengambang penuh menyinari taman yang ada ini." Faron bermadah sendiri. Matanya jelas bersinar melihat langit gelap dihiasi bintang.

Aku tersenyum kecil memandangnya. "Cantik, macam saya kan?" 

"Eh, sejak bila pandai perasan sendiri ni?" Soal Faron lalu tertawa kuat.  Dia mencapai rambutku dan bermain dengannya.

"Awaklah yang ajar benda bukan-bukan dekat kawan saya yang seorang ini. Tunggu satu hari nanti, saya balas dendam." Sibuk Lydia yang tidak jauh dari kami. Secawan air cocktail dipegangnya.

Faron segera menoleh lalu menjegilkan matanya pada Lydia. Lydia sekadar mengerling sebelum melihat ke tempat lain dan meneguk minumannya.

Pintu dewan yang terkuak itu memberi pandangan meriah terhadap suasana di dalam. Masih belum ada yang memulakan tarian memandangkan Lady Beatrix belum hadir bagi memberikan kata-kata aluan. Acara ini rasmi, maka kami memerlukan orang penting untuk ada bersama.

"Sampai bila kalian mahu duduk luar?" Justin yang melangkah ke arah kami bertanya. Tali lehernya dibetulkan setelah selamat sampai di sisi kami.

"Ramai sangat dekat dalam jadi saya rimas."  Balasku yang sedang berpeluk tubuh. Walaupun ada pendingin hawa di dalam, namun rasa panas akan hadir jika semuanya memenuhi dewan.

Justin mengangguk setuju dengan kata-kataku itu. "Betul juga tu. Kita tunggu tarian mula baru masuk sebab nanti akan ada ramai yang keluar untuk ambil angin. Tapi nanti masa acara betul-betul start, kita sekumpulan kena ada dekat dalam tau. Oncle Jeremie minta."

"Alah, malasnya!" Rungut Lydia. 

Aku sekadar menepuk bahunya perlahan serta memberikan anggukan kecil. Serius aku malas untuk berinteraksi dengan orang dekat dalam. Kalau ada yang menghulurkan tangan dan ajak menari, apa harus aku buat? Tak akanlah mahu tolak mentah-mentah.

"Hailey kalau tak nak join menari tak apa, jangan risau." Justin memberikan jaminan apabila terlihat aku yang sudah berubah riak wajah. "Faron ada ni ha. Tengok muka dia tu, garang semacam bila nampak ada orang tengok awak." Sambungnya lagi.

Faron yang pada mulanya sedang menjeling seorang pelajar lelaki segera berbuat biasa. Dia bersiul kecil seperti tiada apa pun yang berlaku.

"Yalah." Jawabku, tersengih. "Oh, mana yang lain?" Soalku pula bagi mengubah topik.

"Mereka ada di dalam." Justin membalas kemudian mencapai secawan cocktail daripada seorang pelayan yang mengelilingi taman itu dengan sedulang air di tangan. 

"Jadi..." Lydia berpeluk tubuh sambil menjongketkan kedua-dua keningnya. "Awak tinggalkan Olivia di dalam seorang diri?" 

Hampir tersembur minuman Justin dipersoalkan sebegitu. Tiada angin, tiada ribut, dia bakal terserdak akibat terkejut.

"Dan awak, tinggalkan Min Hyuk?" Jawab Justin dengan soalan pula.

Belum sempat Lydia ingin membuka mulut untuk marah, aku sudah melangkah bagi berdiri di antara mereka berdua. "Sudah, cukup. Pergi masuk dalam sekarang." Arahku bagi meleraikan pergaduhan.

"Tapi-"

"Masuk, sekarang." Suara aku tinggikan untuk menambahkan ketegasan. Kedua-dua insan dari puak Zamrud itu mencebik kecil kemudian berlalu pergi. Lega aku apabila mereka tidak bertekak di hadapan aku.

Inilah yang terjadi apabila manusia gemar untuk tidak mengaku tentang perasaan sendiri. Meski kita sendiri yang tidak sedar, akan ada mereka yang lain sedar akan perkara itu. Jika bukan pada kata-kata, pasti pada perbuatan mahupun bahasa tubuh.

Lagu rancak dari dalam dewan semakin lama semakin perlahan. Bunyi mikrofon ditepuk lembut dapat kami dengari dari luar. Nampaknya, Lady Beatrix telah tiba bagi merasmikan majlis.

Keadaan dewan yang sunyi sepi itu hanya digamatkan dengan suara Lady Beatrix yang memberikan kata-kata aluan, penghargaan dan pelbagai nasihat. Kami yang berada di luar sekadar mendengar dan melihat wanita itu dari pintu yang terbuka. Bukan kami berdua sahaja di sini, ada lagi pelajar lain namun tidak ramai jumlahnya.

"Kenapa tak masuk dalam?" Bisik Hudson di antara aku dan Faron. Hampir-hampir sahaja kami tersadung ke belakang akibat kejutan yang tiba-tiba ini.

"Dalam panas." Jawabku dengan bisikan juga. Hudson terangguk-angguk faham.

Aku kembali mendengar ucapan Lady Beatrix sebelum mengerutkan dahi tanda hairan. "Kenapa oncle ada dekat sini? Kerusi oncle dekat sana." Tutur aku sambil menuding ke arah kerusi kosong yang seharusnya menjadi tempat duduk pemuda itu.

Hudson tersenyum nipis sebagai jawapan. "Ada sebab oncle cari kamu ni, Hailey."

~~~~~~~~~~

Kerusi yang banyak memenuhi dewan sudah sedia disusun pada bahagian sisi dewan agar dapat diduduki oleh pelajar yang tidak ingin mengambil bahagian dalam acara tarian. Bahagian tengah dewan pula, lantainya berubah gelap dan tempat yang dipijak pelajar akan bercahaya putih dan biru. Lampu-lampu yang menyinari dewan ini tidak terhasil dengan teknologi, malah dengan magis muzik. Cahayanya indah di dalam buih-buih muzik tamborin yang terapung.

"Wow, hebatnya. Tapi tak macam guna banyak tenaga ke?" Reuben bertanya sendiri. Matanya meliar melihat sekeliling.

"Hey, wanna dance, Mr Green?" Seorang gadis menghampiri Reuben. Dia tersenyum nipis sambil menghulurkan tangannya pada Reuben.

Reuben tidak tahu untuk berkata apa dan hanya mendiamkan diri sebelum Mayu menyampuk masuk. "Maafkan saya. Saya lambat!" Tutur gadis itu yang seperti baru sahaja lepas berlari.

"Eh, tidak apa." Reuben segera berdiri dari duduk seraya menenangkan Mayu. "Maafkan saya, saya sudah ada pasangan menari." Pohonnya pada gadis yang mengajaknya tadi.

Namun, dengan satu kemaafan itu tidak membuatkan gadis itu segera pergi. Dia tetap berdiri di situ dengan tangan yang dihulurkan sambil menghentakkan kedua-dua belah kakinya dalam gaya mengada-ngada. 

"Alah, sekejap saja. Marilah! Kawan-kawan saya ada tunggu encik di sana." Ajak gadis itu lagi, tidak mahu mengalah. Sahabat-sahabatnya yang dinyatakan itu pula tersenyum-senyum dari kejauhan apabila perasan diri mereka diperkatakan. 

"Saya sudah ada-"

"Jom!" Gadis itu masih tidak berputus asa dan mencapai tangan Reuben untuk membawa jejaka itu mengikutinya.

Tangan gadis itu tiba-tiba sahaja berasa pedih apabila bunyi seruling kedengaran. Terlepas pegangannya tatkala Mayu menguatkan lagi magis muziknya.

"Jangan sentuh teman lelaki saya!" Arahnya keras. Dengan angin seruling yang diciptanya, tangan gadis itu ditolak kuat.

Gadis itu mengangkat tangan untuk menampar Mayu. Segera Reuben menahan dan merenung tajam.

"Dia baru sahaja lawan dengan angin, awak dah sakit. Awak nak cuba lagi kelebihan dia yang lain? Atau, awak nak tunggu puteri Chanson di sana itu datang ke mari?" Ugut Reuben. Gadis ini tidak sedarkah mereka ini siapa dan dari kumpulan apa?

"Tch." Gadis itu mendesis. Dia menarik tangannya semula lalu berlari pergi ke kumpulannya. Apa lagi, ditertawakanlah oleh sahabat-sahabatnya itu.

Mayu tersenyum apabila Reuben benar-benar melindunginya. "Awak." Panggilnya. "Gadis itu nampak sangat cuba mempergunakan awak. Nanti dia akan menunjuk-nunjuklah tu dekat kawan-kawan dia bila dapat menari dengan awak." 

"Saya tahu. Sebab itu, saya tak jawab apa-apa masa dia mula-mula tanya tadi." 

"Okeylah, jom kita ke dance floor." Reuben menarik tangan Mayu. Mayu hanya mengangguk setuju walau hatinya berdetak hebat kerana jejaka itu tidak tahu bahawa dia memang tidak pandai menari.

Pijak kaki pun pijak kakilah.

Di suatu sudut dewan pula, seorang jejaka Korea sedang merenung satu pasangan secocok yang sibuk berbual bersama Hudson di muka pintu. Jelas kekesalan pada wajahnya apabila melihat seorang gadis berambut ungu menggenggam tangan pasangannya sedari tadi.

Sedih, tatkala melihat orang yang disukainya bersama orang lain. Geram, kerana tidak berani untuk mengaku perasaannya dari awal. 

"Huh..." Min Hyuk mengeluh kecil seraya bermain dengan rambutnya. Sungguh dia ingin orang itu bersama dengannya sekarang ini.

"Awak okey tak?" 

Wow, baru minta sudah muncul.

Min Hyuk menoleh ke arah Lydia lalu mengangguk kecil. "Ya, saya okey."

Lydia menyentuh bahu Min Hyuk bagi menenangkan jejaka itu. Dia mengerling ke arah Hailey dan Faron yang berada tidak jauh dari mereka. Hatinya bagai mendapat tahu apa yang dilihat oleh Min Hyuk sebentar tadi.

"Apa yang lepas, kita lepaskan. Melihat kebahagiaan orang lain yang bahagianya tidak bersama kita, memang perit. Tetapi jika kita pegang pada masa lampau terlalu lama, masa depan tiada peluang untuk memberikan kegembiraan pada kita kalau tangan kita penuh dengan memori lama. Fokus dengan apa yang ada sekarang." Pesan Lydia, lembut sekali.

Sepi menghambat mereka berdua sebelum Lydia bersuara lagi bagi menghilangkan keadaan kekok itu. "Jomlah, menari dengan saya." Ajaknya lalu menarik tangan Min Hyuk perlahan.

Pada mulanya, Min Hyuk tidak mahu berganjak dari tempatnya. Setelah anak matanya terlihat pasangan secocok itu bergerak ke pentas menari, dia segera mengikuti langkah Lydia dengan senyuman nipis.

Talha yang melihat dari jauh sekadar bersandar di dinding seraya berpeluk tubuh. Dia sungguh tiada minat dengan aktiviti sebegini.

"Haih, forever alone ke cik abang?" Usik Emran dengan segelas air oren di tangan. Talha menjeling tajam ke arah sahabatnya itu.

"Entahnya cik abang ni. Emran, ayuh kita bawa dia menari bersama kita." Asraf pula menyibuk dan menarik tangan Talha dengan kuat.

"Aku tidak berminat." Balas Talha seraya merentap tangannya semula. 

Asraf dan Emran memandang satu sama lain seperti sedang memikirkan satu rancangan yang sama. Tidak lama kemudian, Emran tersenyum kecil apabila terlihat sekumpulan pelajar perempuan tidak jauh dari mereka.

"Talha, awak lebih rela duduk di sini sambil ditenung oleh sekumpulan gadis di sana atau sertai kami untuk menari?" Emran mula memancing minat Talha.

Kerutan dahi jelas terlihat pada dahi Talha. Dia menoleh ke arah sekumpulan gadis yang dinyatakan. Kelihatan dua orang gadis bertudung dan tiga orang gadis tidak bertudung sedang melihatnya sambil berbisik-bisik gedik.

Nampaknya, ada juga peminat si Talha ini ya!

"Aku lebih rela duduk luar. Bye!" Kata Talha malas lalu berjalan ke luar dewan. Terkedek-kedek Emran dan Asraf mengejar sahabat mereka yang seorang itu.

Memang mampuih ler kalau dia makan hati.

Dari bahagian deretan kerusi, Justin dan Olivia sedang berbual rancak. Tidak perlu menari bersama, dapat berbual pun sudah cukup untuk membuat seseorang itu berasa gembira.

Itulah yang Olivia rasakan. Selagi Justin berada di sisinya tanpa dipinta, dia akan menjadi orang yang paling gembira di dunia.

"Awak tak minat menari?" Tanya Justin.

Olivia menoleh ke arah orang ramai kemudian menggeleng kecil. "Bukanlah tak berminat. Cuma, tiada sesiapa yang mahu mengajak saya." Jawabnya, telus.

"Jika begitu..." Justin menghulurkan tangannya. "...May I?"

Senyuman manis tersungging di bibir Olivia mendengar ajakan itu. Tangannya diangkat bagi menyambut huluran Justin.

Namun, mereka telah terlambat. Lagu perlahan yang dipasang telah berhenti menceriakan suasana. Huh, apa jadi?

"Kenapa ni?" Justin segera mencari punca tatkala lampu dewan menjadi malap secara tiba-tiba.

Lady Beatrix yang berada di atas pentas turut terkejut dengan apa yang telah berlaku. Tangannya tidak bergerak bagi mengawal keadaan dewan menandakan perkara yang berlaku ini di luar kuasanya.

Pelajar yang mengawal muzik dewan menjadi tuduhan para pelajar yang lain termasuklah pelajar yang mengawal cahaya dewan menggunakan magis mereka. Semuanya menggeleng tanda tidak mengerti.

Jika bukan mereka, hanya ada seorang sahaja yang mampu berbuat demikian. Kerana dia seorang sahaja yang mempunyai kelebihan untuk mengawal semua alatan muzik sama ada miliknya atau milik orang lain.

Tidak lain dan tidak bukan, Hailey Chanson.

Tumpuan diberikan kepada seorang gadis berambut ungu yang sedang memejamkan mata di sudut dewan dengan tangan yang digerakkan-gerakkan seperti sedang mengawal kumpulan Ochestra. Dia membuka mata dan tersenyum apabila sedar akan pandangan yang diberikan khas untuknya.

"Biar saya yang ambil alih ya." Pintanya dengan wajah yang dicomelkan. 

Satu cahaya lampu disuluh pada seorang pemuda yang berada di tengah-tengah dewan itu dengan sebuah mikrofon di tangan. Gayanya bagai sudah sedia untuk menyanyi.

"Oncle Jeremie? Menyanyi?" Justin sudah tidak senang duduk. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Bukan ke magis muzik dia... Bukan menyanyi?" Ujar Olivia dengan mata yang membuntang akibat terkejut.

Hudson berjalan ke arah pentas, merenung Lady Beatrix yang terpaku di situ. Dia tersenyum nipis lalu memetik jarinya bagi memberikan ruang untuk lagu dimulakan.

"Okay my lady, let's give it a try."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro