💎83💎
Suasana di hadapan Eiffel Tower tidak sesak seperti selalu memandangkan musim sejuk melanda ketika ini. Ada juga pelancong yang hadir untuk bergambar, tetapi kebanyakannya pulang awal kerana tidak tahan dengan tahap kesejukan ini meskipun tidaklah bersalji seperti selalu.
Tetapi apa yang tidak seronoknya, aku terpaksa memakai pakaian yang sedikit tertutup agar tiada sesiapa yang mengenali aku. Jika tidak, kejadian yang sama akan berlaku seperti di lapangan terbang London hari itu.
Apabila ingin mengambil gambar, barulah aku selak sedikit scarf yang menutupi wajah agar dapat dilihat. Apa guna ambil gambar kalau orang tak dapat kenal kita, bukan?
"Hailey, sini!" Panggil Lydia bersama kamera di tangan. "Saya nak hantar gambar kita dekat Instamelody." Sambungnya lagi setelah aku menghampirinya.
"Eish, buat apa?"
Lydia tersengih lalu menunjukkan aku akaun Instamelody-nya. "Well, bolehlah saya jadi popular sebab kawan dengan seorang puteri."
"Itu pula yang difikirkannya. Awak ni, macam mempergunakan saya pula." Tegurku rimas. Lydia terus-menerus mengambil gambar kami tanpa mendengar teguranku itu.
Justin melangkah ke arah kami sambil memaparkan sebuah akaun yang tidak dikenali di Instamelody. Akaun baru nak up rupanya. Eh, cantiknya logo pada gambar profile akaun tersebut. Namun, mengapa gambar pertama akaun itu seperti aku kenal sahaja?
"Apa ni, Justin?" Tanyaku, hairan.
Dia tersenyum kecil. "Ini akaun khas kita The Blue Silhouette, di sebuah apps bernama Instamelody. Di sini, peminat akan tahu bila kita akan membuat persembahan, aktiviti sempoi kita dan kita dapat menyebarkan positive vibe dengan lagu ciptaan kita. Alah, macam artis-artis di luar sana tu." Jelasnya pada kami berdua.
"Oh, begitu...." Faron tiba-tiba muncul antara kami. "Bermakna, kami kena tahulah password untuk akaun ini kan? Kalau tak, macam mana nak hantar gambar dan story?" Sibuknya.
Daripada tersenyum, Justin berubah riak wajah. "Amboi, tak adanya ya. Saya yang akan pegang akaun ni dan saya yang akan approve apa yang kalian ingin hantarkan. Nanti tak pasal-pasal akaun ini penuh dengan swafoto awak yang perasan kacak ni." Marahnya.
"Hmph, bersangka buruk." Faron berpeluk tubuh lalu berlari ke arah Min Hyuk dan Reuben yang sedaya upaya membuat gaya untuk bergambar. Datangnya Faron, pelbagai aksi dan riak wajah diajarnya pada mereka berdua.
Talha sekadar melihat dari jauh sehinggalah Faron sendiri yang menarik seniornya itu agar menyertai mereka. Tidak jauh dari mereka pula, kelihatan Mayu yang sedang berusaha mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar Olivia.
"Tak join girlfriend awak tu, Justin?" Tanya Lydia, nakal.
"Habis tu, awak tak nak join boyfriend awak pula?" Justin memulangkan paku buah keras seraya menuding ke arah Min Hyuk. Bibirnya diketap-ketap kerana geram.
Aku yang berada di tengah menyembunyikan tawa di sebalik tangan yang menutup mulut.
Wajah Lydia berubah masam. "Berapa ratus kali saya nak cakap yang saya dan dia tak ada apa-apa pun." Gertaknya tegas.
Justin bercekak pinggang sebelum merenung Lydia dengan tajam. "Tahu pun. Ingat, saya ni bakal ketua organisasi Zamrud dan awak itu orang bawahan saya. Buat masalah, saya pecat awak." Tuturnya kemudian berlalu pergi, menuju ke arah Olivia dan Mayu.
Tiba sahaja di sana, dia ditarik oleh Olivia agar bergambar bersama. Mayu yang memegang kamera sudah mula mengusik-usik.
"Ish, main ugut-ugut pula!" Lydia menghentakkan kakinya ke atas rumput.
"Yalah awak, nakal sangat nanti, saya sendiri yang boleh pecat awak." Aku pula sengaja menambah bara.
Bertambah-tambahlah hentakan kaki Lydia itu. "Janganlah berkomplot dengan dia. Tak nak kawan." Katanya dalam nada merajuk lalu berlari ke arah Min Hyuk. Tangan jejaka itu dipeluk kemas seperti ingin menyuruh jejaka itu agar memujuknya.
"Pelik-pelik je, aduhai..." Gumamku sendiri. Berdirinya aku di tengah-tengah kawasan itu sambil melihat setiap gelagat ahli kumpulanku yang pelbagai rupa.
"Apa ni Lydia, curi girlfriend aku lepastu tinggalkan dia seorang-seorang." Marah Faron yang sedang berlari ke arahku. Tanganku ditarik agar langkah aku mengikuti langkahnya. "Jom, kita ambil gambar. Kang kalau kau pindah ke apa, aku ada juga benda nak tengok."
"Oi, jaga mata!" Jerit Talha yang kebetulannya mendengar kata-kata Faron itu.
Faron tertawa kuat. Suka benar dia apabila ditegur Talha sebegitu. Lagi ditegur, lagi dia nak buat.
"Saya nak kita buat gaya love dekat tengah-tengah ni." Cadang Faron kemudian meletakkan kameranya ke atas lantai. "Nanti, Eiffel Tower ni akan berada pada tengah-tengah bentuk love kita itu."
Dia berlari ke sebelahku dan membetulkan posisi. Tangannya terdapat sebuah butang kecil bagi mengawal masa kamera untuk mengambil gambar. Tanpa membuang masa, aku pun membuat gaya yang diingininya.
Klik!
"Cantik!" Puji Faron setelah mengambil kameranya semula.
Selepas itu, kami ambil lagi beberapa gambar sebagai kenang-kenangan. Masa yang ada ini, haruslah kita gunakan dengan sebaik mungkin kerana hanya memori sahaja yang bakal tinggal untuk kita suatu hari nanti.
"Berkumpul sini!" Arah Justin dengan tangan yang diangkat ke udara bagi menarik perhatian kami yang berkumpul secara rawak agar dapat melihatnya dari jauh. Mendengarkan arahan itu, kami berlari-lari anak ke arah Justin.
"Nak apa?" Tanya Mayu yang baru sahaja habis bergambar bersama Reuben.
Justin tersenyum sambil menuding ke arah sebuah alat digital yang terapung di hadapan kami. Rupa macam kamera... Tapi adakah itu sebuah kamera?
"Senyum!" Sebut Justin tiba-tiba. Tidak mengisahkan orang yang memandang, kami sekumpulan kelam-kabut mengambil posisi dan tersenyum gembira.
Sebuah skrin hologram muncul di hadapan kami dan terpaparlah imej kami sekumpulan yang bagaikan sedang meluangkan masa yang paling gembira dalam hidup kami. Senyuman manis jelas terhias di bibir masing-masing. Bagi menambahkan perisa, Eiffel Tower benar-benar berdiri teguh di belakang kami.
Adakah kami akan berseronok seperti ini lagi dalam masa akan datang?
"Alat apa tu, Justin?" Tanya Min Hyuk ingin tahu.
"Saya dapat daripada Lady Beatrix. Lebih kurang macam hadiah penghargaan? Dengan ini, kita sekumpulan dapat ambil gambar bersama dan hantarkannya di Instamelody." Balasnya seronok sambil menekan butang yang terdapat pada alat tersebut. Serta-merta gambar yang diambil terus dimuat naik ke Instamelody.
Sekejap sahaja, jumlah pengikut dalam akaun tersebut bertambah. Kalau ikutkan, baru dua gambar yang Justin hantar termasuklah hari ini. Amboi, ada yang siap bertanya-tanya tentang ahli kumpulan kami ada tak yang single pringle.
"Okey, tutup!" Justin segera menutup telefon pintarnya setelah banyak notifikasi masuk.
"Lepas ni, jom kita pergi lawat Louvre Museum. Habis semuanya, kita balik ke rumah saya dan jom study!" Saran Justin sebelum bergerak menuju ke keretanya.
Kami semua hanya mampu mengeluh perlahan di situ. Namun tidak apalah, belajar sungguh-sungguh, bakal mendapat ganjaran yang lumayan pada pengakhirannya.
~~~~~~~~~~~
"Kenapa saya kena belajar alatan muzik yang lain walaupun saya tak boleh main?!" Keluh Reuben seraya merenung buku muziknya itu. Tangannya ligat menyalin fakta dan jawapan.
"Hmm, nak buat macam mana? Lagipun, apa yang kita pelajari ni basic je. Kamu belum lagi belajar alat muzik lain secara mendalam." Balas Talha sambil membaca tiga buah buku secara bersilih ganti. "Dan aku, kena belajar tiga!" Sambungnya lagi.
Reuben tersengih melihat Talha yang bertungkus-lumus menghafal setiap satu fakta yang dibacanya. Maklumlah, ada tiga kelebihan kan, apa boleh buat?
"Hailey pula macam mana?" Soal Mayu pada aku. Dia kelihatan hairan apabila melihat aku bagaikan tenang sahaja meskipun bersepah-sepah buku di atas lantai studio muzik itu.
Aku mengangkat kepala bagi memandangnya. "Saya? Saya... Kena belajar semua." Balasku, tersenyum. Jari telunjuk aku angkat lalu dituding ke arah kepala. "Dan semuanya, ada di dalam ini."
"Budak pandai, untunglah." Rungut Faron.
"Kalau tak pandai, tak boleh awak masuk Muzika Melodia, Faron." Aku menjeling Faron yang berada di sisi. Merungut saja dari tadi. Habis tu selama ni, dia belajar macam mana?
Kami kembali menumpukan perhatian pada bacaan kami. Hanya bunyi selakan muka surat sahaja yang dapat didengari pada ketika ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro