💎76💎
"Selamat bertemu." Suara seorang pemuda yang sangat indah menyapa pendengaran apabila pandanganku jelas melihat seluruh kawasan yang berwarna putih. Tiada dinding, lantai mahupun siling. Segalanya putih.
"Duhai saudari, namamu siapa?" Soalnya lagi.
Suara dia kalau dengar, serius boleh cair. Lembut dan sangat gentle.
"Saya... Hailey Chanson." Balasku sambil memandang sekeliling. Sang pemilik suara masih belum kelihatan.
Seorang pemuda memunculkan diri secara tiba-tiba di hadapanku. Riak wajahnya tampak keliru, memandang aku dari atas sehingga ke bawah.
"Namamu Chanson?"
"Ya." Balasku yakin. Siapakah pemuda ini? Kacak sungguh.
Dia mendekatiku lalu mengelus rambutku sedikit. Kening kanannya dijongketkan sebelah tanda hairan.
"Duhai saudari, adakah kamu daripada keturunanku?" Soalnya sambil memandang wajah aku dalam-dalam. "Wajahmu persis wajahku."
Aku tersentak. Adakah dia ini... Lagenda itu?
"Tuan, Karlen Chanson?" Tanyaku pula padanya. Tangannya melepaskan rambutku pantas.
Dia mengangguk walaupun sedikit teragak-agak. Matanya yang bewarna indigo itu seperti menakung air mata.
"Jikalau kamu bertemu daku di sini... Bermakna CrystalVale sudah kembali ke tangan keluarga kita. Adakah Ochestra World berjaya diselamatkan dan dikembalikan seperti sedia kala?" Dia bertanya dengan penuh berharap. Tangannya menggenggam tanganku kemas.
Aku tersenyum manis. Dialah penyelamat kami, yang memberikan kelebihan ini buatku.
"Ya, Ochestra World berjaya diselamatkan." Balasku tenang. "Semuanya atas bantuan kuasa tuan. Terima kasih." Sambungku lagi.
"Oh tidak, dakulah yang harus berterima kasih." Ucapnya lalu membongkok sebagai tanda hormat. Tangan kanannya diletakkan di hadapan perut manakala tangan kirinya pula diletakkan ke belakang.
Aku melakukan perkara yang sama. Dialah yang seharusnya dihormati.
"Selepas ini, CrystalVale bakal jatuh ke tanganmu. Jagalah kerajaanku baik-baik. Sudah banyak yang kulakukan untuk membantu dunia. Daku harap, dirimu dan keluarga sejahtera sentiasa." Tuturnya dengan sopan. Senyuman pada bibirnya tidak lekang terhias manis.
"Semoga bertemu lagi wahai Hailey." Dia berkata sebelum menganggukkan kepalanya sekali.
Hanya anggukan dan senyuman mampu aku balas sebagai jawapan. Melihat keajaiban ini, tiada apa yang mampu ungkapkan dengan lebih lagi.
"Ya, semoga bertemu lagi... grand-père."
Pemuda itu melangkah jauh tanpa menoleh lagi. Sebaik sahaja langkahnya dilajukan, satu cahaya terang menyilaukan pandanganku.
Buka mata sahaja, aku kembali berdiri di hadapan pohon yang indah tersebut. Tanganku yang memegang batang pohon itu terlepas dengan sendirinya. Serta-merta sekuntum bunga bercambah dari tempat tersebut.
"Ark!" Aku hampir menjerit akibat terkejut. Kus semangat, aku ingatkan apalah tadi.
Aku mengusap dada bagi menenangkan diri. Setelah itu, aku segera menoleh ke arah kedudukan sahabat-sahabatku namun, tiada seorang pun di sini. Sempat lagi aku mengelilingi pohon tersebut bagi mencari ahli keluargaku tetapi keputusannya tetap sama. Aku seorang sahaja yang berada di sini.
"Pelik." Gumamku sendiri. Aku mencekak pinggang sambil mengamati keadaan sekeliling.
Kepala yang tidak gatal aku garu dengan penuh rasa hairan. Bukankah aku ke sini waktu malam dan keadaan taman ini tidak terurus? Mengapa di sini... Sebaliknya pula?
Tanpa membuang masa, aku berjalan ke arah istana dengan penuh yakin. 'Ini cuma mimpi', sangkaku. Kalau aku jalan-jalan pun tiada apa yang akan berlaku.
Istana yang menjadi tempat pertarungan kami tadi, lain sungguh rupanya. Adakah ini rupa sebenar istana itu? Cantik tidak terhingga keindahannya.
Bunga-bunga yang mewujudkan bau harum menghiasi sekeliling kawasan istana. Tugu berbentuk seorang pemuda terletak elok di bahagian perkarangan istana yang serba luas itu. Pohon renek yang dicantas cantik sehingga membentuk pelbagai bentuk alatan muzik menarik pandangan setiap yang memandang.
Jikalau bukan kerana magis muzik manipulasi raja itu, istana ini pasti menjadi tumpuan ramai. Tidaklah segan untuk aku sekeluarga tinggal di sini suatu hari nanti.
Tiada seorang pun yang aku jumpa di sini. Aku berjalan dengan riang hati. Sehinggalah... Suasana sekeliling menjadi kelam seperti senja.
"Karlen! Tak seronoklah magis muzik yang engkau berikan pada aku." Seorang lelaki menjerit di hadapan istana.
Pintu istana dibuka oleh dua orang pengawal. Karlen Chanson dalam pakaian diraja melangkah keluar bagi mendekati lelaki itu.
"Mengapa Dima berkata sedemikian? Bukankah magis muzik trombon yang saudara pinta hari itu?" Tanya Karlen dengan sopan sekali.
"Mereka yang lain boleh menyanyi! Aku teringin juga untuk ada kelebihan sebegitu." Pinta Dima Rai, sambil tangannya menggenggam palang pagar yang tidak dibuka untuknya.
Karlen tersenyum nipis lalu mengeluh kecil. "Tiada apa yang daku boleh lakukan. Setiap keluarga, sudah punyai satu kelebihan. Jika daku tidak bersikap adil, kerajaan ini bakal musnah." Balasnya lembut sekali.
Dima melompat tinggi lalu memanjat pagar tersebut. Para pengawal tiada di situ kerana mereka telah diarahkan untuk beredar. Tepat di hadapan Karlen, Dima mendarat turun.
"Tak payahlah bagitahu orang lain kalau macam tu. Bagi dekat aku saja." Ujar Dima bagaikan terdesak.
Riak Karlen berubah masam. "Daku sudah berikan apa yang diperlukan, apakah kamu tidak mahu bersyukur?" Soalnya geram.
Penumbuk dikepal oleh Dima. Gelangnya yang bewarna Lilac itu diputarkan laju seperti memanggil pertolongan. Sejurus itu, muncul sekumpulan manusia di luar istana lalu memanjat masuk.
"Tak adillah! Sedangkan pemegang magis muzik kompang pun boleh lebih daripada satu, kenapa kami tak boleh? Aku tahulah kau mempunyai semua kuasa. Tak payah nak berlagak sangatlah!" Marah Dima sebelum menyerang Karlen.
Pukulan gelombangnya itu menyebabkan Karlen terdorong ke belakang sehingga jatuh terduduk. Walaupun terkejut, dia masih cuba untuk beriak tenang.
"Dima, daku sudah beri kamu pelbagai keinginan. Kamu sudah pun menjadi pembantu diraja dan berada di sisiku. Apa lagi yang kamu inginkan?" Karlen bangkit sambil membersihkan bajunya.
"Hak sama rata seperti kau!" Jerit Dima lalu mengaktifkan magisnya.
Karlen mengelak segala serangan itu dalam keadaan yang agak tergesa-gesa. Hanya dengan tangan sahaja dia mampu menghalang segala magis yang diberikan.
"Magis ini daku berikan kepada kalian untuk digunakan agar dipermudahkan segalanya. Tetapi kalian menggunakannya untuk melawan daku? Yang memberi magis ini?" Karlen mula naik darah. Tangannya disuakan ke hadapan lalu menarik kolar Dima dari jauh.
Gayanya seperti menggunakan telekinesis sahaja.
"Kuasa daku, milik daku. Daku sudah beri, kamu tidak layak meminta lagi." Tutur Karlen keras. Pegangan itu dilepaskan.
Dima dan kumpulannya mengetap bibir. Mereka meluru ke arah Karlen serentak dan pantas.
"Ochestra sea, fifth song." Seru Karlen perlahan.
Dima tersentak apabila terlihat dirinya kini sudah berada di luar pagar istana. Dia cuba untuk memegang pagar itu sekali lagi namun malang apabila renjatan elektrik mengalir pada tubuhnya.
"Aduh! Apa yang kau buat ni?!" Suara Dima meninggi. Ahli kumpulannya yang lain pula sudah melarikan diri akibat ketakutan.
Karlen berpaling membelakang lelaki itu. "Kamu... Tidak lagi akan dibenarkan untuk memasuki istanaku." Ujarnya lalu melangkah masuk ke dalam istana.
Terketar-ketar Dima menahan marah di situ. Sebelum pintu istana tertutup, dia sempat menjerit kuat. "Akan aku balas dendam terhadapmu Karlen Chanson!"
Keadaan menjadi gelap seperti skrin televisyen yang sudah tertutup. Kini, suasana berubah tempat. Seorang pemuda sedang terbaring di atas katilnya dengan wajah cengkung.
"Tuanku Chanson, jangan tinggalkan kami." Seorang dayang istana menangisi keadaan pemuda itu bersama dengan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan dalam dakapannya. "Anak-anak ini sudah tiada ibu... Inikan pula akan ditinggalkan ayahnya."
"Jaga Harlow dan Kaelin baik-baik. Sumpah aku, jikalau mereka yang bertarung bersamaku hari itu meracuniku, akan mereka mati tanpa sebarang sebab. Aku bakal berjumpa isteriku... Terima kasih kerana berada di sisiku." Karlen berkata perlahan sambil mengukir senyuman kecil.
Karlen mengusap kepala anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. "Bawa anak-anakku ini lari sekiranya nyawa mereka dalam bahaya. Disebabkan aku, keluarga Chanson bakal menempuh bahaya sepanjang hidup mereka." Tuturnya sedih lalu mengembalikan tangannya semula ke atas katil.
Perlahan-lahan kelopak mata Karlen terkatup sendiri. Bayi yang berada dalam dukungan dayang itu menangis seperti tahu sahaja apa yang telah terjadi.
Suasana berubah kepada keadaan di luar istana. Dima dan beberapa orang ahli kumpulannya berpeluk tubuh bangga.
"Pasti lelaki itu sudah mati! Bagus anakku, kau memang licik sekali!" Puji Dima kepada seorang remaja lelaki sambil menepuk bahunya berkali-kali. "Aku harap kau jadi raja seterusnya." Katanya lagi.
Sedang mereka bergelak ketawa, magis yang terkumpul di sekeliling istana menyerang mereka secara tiba-tiba. Mereka sekumpulan tersentak lalu memuntahkan darah. Remaja yang berada bersama mereka terkejut kerana hanya dia tidak terkena apa-apa kesan.
"Papa, kenapa ni?" Soal remaja itu tidak faham tentang apa yang telah terjadi.
Dima tidak menjawab namun hanya mampu menuding ke arah istana. Mereka semua terkulai di situ setelah beberapa minit melawan kesakitan.
Remaja itu terduduk lemah. Bapanya meninggalkan dia begitu sahaja. Dia menoleh pantas ke arah istana lalu mengepal penumbuk dengan wajah garang kerana marah.
"Apa kau telah lakukan pada bapa aku, raja tak guna?! Keluarga Chanson ini tidak akan bahagia! Aku sebagai keturunan keluarga Rai, akan memastikannya." Kata remaja itu sambil mengetap bibirnya.
Tiba-tiba sahaja dia menoleh ke arahku yang berada di alam ini sebagai seorang penonton. Kenapa dia pandang sini? Aku berpaling ke belakang jika ada apa-apa yang sedang dilihatnya.
Tidak ada apa-apa. Tak akanlah dia boleh nampak aku kan?
"Sebelum itu... Aku akan hapuskan kau dulu!" Jeritnya sebelum meluru ke arahku.
Aku menjadi panik. Dia boleh nampak aku?
"Ochestra Sea, fourth song!" Aku menyeru dengan seluruh tenagaku akibat ketakutan yang teramat. Jantungku mengepam darah laju. Adakah ini mimpi atau bukan?
Pelbagai persoalan menerjah ke minda.
Tanpa sempat menjawab semuanya, aku sudah rebah ke atas tanah. Tercungap-cungap aku mengambil nafas. Tenaga aku tidak cukup untuk melakukan magis muzik tersebut setelah berlawan dengan seluruh tenagaku sebelum ini.
Derapan tapak kaki yang mendekat membuatkan aku pasrah. Apa nak jadi pun jadilah.
Mataku tertutup dengan sendirinya.
"---ley."
"Hailey."
"Dia okey tak?"
"Adik, bangun."
"Hailey Chanson!"
Aku bangkit lalu menarik udara kuat lalu terbatuk sendiri. Turun naik nafasku mengingatkan perkara tadi.
Segera aku melihat keadaan sekeliling. Tempat apa ni? Grand betul. Macam bilik dekat istana.
"Huh..." Aku menghela nafas lega. Segala yang terjadi tadi hanyalah mimpi. Syukurnya aku!
"Hailey!" Suara mama menjengah pendengaranku. Dia mendakap tubuhku erat. "Mama ingatkan apalah tadi."
Aku mengerutkan dahi. Apa sebenarnya yang terjadi?
"Kamu tahu tak kamu tak sedarkan diri berapa lama?" Soal abang.
Gelengan kepala aku berikan.
"12 jam! Nasib kamu masih bernafas ketika kami jumpa kamu. Kakak kamu ni dah nangis bagai nak bengkak mata." Abang berkata lagi sambil menuding ke arah kakak yang sudah teresak-esak menangis. Sudah hilang kejelitaan wanita itu dengan air mata dan hingusnya.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Tak fahamlah." Balasku dua patah.
"Kamu macam dah masuk alam lain. Setelah kami menyentuh pohon tersebut, kami dapat melihat sejarah penubuhan Ochestra World dan istana ini. Setelah itu, kami kembali sedar macam biasa. Tapi kamu? Masih kaku berdiri tegak sambil menyentuh pohon itu." Jelas ayah panjang lebar dari tempat berdirinya.
Kakak mengangguk laju. "Kami ingatkan kamu sudah tidak bernyawa. Tapi bila nampak masih bernafas, kami bawalah kamu ke salah satu bilik istana ini." Ujarnya dalam tangisan. "Nasib baik dayang istana ini baik-baik belaka."
"Hailey..." Sayup-sayup suara Mayu kedengaran. Aku dapat lihat ahli kumpulanku sedang duduk di sebuah meja tidak jauh dari kami sekeluarga.
"Saya ingat awak dah mati! Huwaaaa!" Mayu menangis kuat. Dia bangkit lalu berlari ke arahku dan memberikan aku satu pelukan erat.
Reuben menggeleng kecil. "Apalah cakap macam tu..."
"Hailey!!" Lydia pula berlari lalu mendakap aku.
Aku lemas!
"Saya hidup lagilah!" Balasku rimas sebelum menepuk perlahan belakang mereka berdua. Selepas mereka bergerak ke tepi, seorang demi seorang ahli kumpulanku memberikan dakapan kecil kecuali senior Talha.
Akhir sekali, Faron melepaskan pelukan dengan senyuman nipis. Matanya merah seperti baru sahaja lepas menangis.
"Eleh, nangis eh?" Ejekku padanya.
Daripada tersenyum, Faron mencebik geram. "Mana ada!" Marahnya.
"Ya, dia nangis." Sibuk ayah sambil tersengih. Satu bilik itu dipenuhi gelak tawa semua.
Bertambah merah wajah Faron apabila didedahkan sebegitu. Dia segera berpaling memandang ayah yang tersengih-sengih di sudut dinding. "Ayah ni!" Marahnya.
Tawaku terhenti. Aku memandang ayah dan Faron silih berganti. "Ayah?" Tanyaku hairan.
"Dah dia teman lelaki kamu kan, apa salahnya panggil ayah." Ucap ayah, tersenyum lebar. "Tapi kalau kamu berdua clash sebab ada pasangan lain, siap eh!" Amarannya tiba-tiba.
Aku menepuk dahi. "Ayah, we're still kids, okay?" Tuturku padanya. Kami masih budak sekolah, belum lagi nak fikir benda alah macam itu sekarang ini.
"Yelah-yelah." Balas ayah sambil berpaling ke tempat lain.
Kami semua hanya saling berpandangan lalu ketawa bersama.
Ochestra World, sudah kembali kepada kami. Apakah kisah kami selepas ini?
Oh, lupa pula ada Le Musique Concurrence yang bakal menanti!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro