💎73💎
Sepanjang perjalanan, kami menyelinap dari satu bilik ke satu bilik istana membuatkan aku rasa kurang selesa terhadap mata-mata yang memandang. Sejak aku memberitahu identiti sebenar aku... Aku rasa aku dapat dengar jantung mereka yang berdetak hebat.
Errr... Teruja sangat tu.
"Guys, relax boleh tak?!" Aku menoleh pantas apabila aura renungan mereka semakin kuat. Pandang aku dari belakang macam nak tembus kepala.
"Macam mana saya nak relax?! Saya tak sangka yang saya berkawan dengan adik Keane Chanson. Kalau boleh, saya nak menjerit tahu? Selama ni... Saya travel dengan awak tanpa saya tahu identiti awak!" Mayu mula membuat bising. Matanya bersinar-sinar memandang aku.
Adoi, apa aku nak buat ni. Menyesal pula aku bagitahu.
"This will be a good opportunity for us to win Le Musique Concurrence." Olivia bersuara sambil bercekak pinggang. Bibirnya tidak dapat ditahan daripada tersenyum.
Ah, itu juga satu masalah.
Aku menepuk dahi sebelum mengeluh perlahan. "I don't think we will win because of me..."
"What?!" Terkujat maksud aku, terkejut Olivia menjerit. Tak apa, Justin ada di sebelah untuk menekup mulutnya.
"Well... Since Le Musique Concurrence itu sendiri bermula daripada keluarga mereka... Ini membuatkan kumpulan kita serta-merta disqualified." Balas Justin lalu melepaskan Olivia yang sudah mengacah untuk menggigit tangannya.
"What?!!!" Reuben pula menjerit kuat. Mayu segera menampar teman lelakinya itu. Maka, Reuben pun mulalah mengada-ngada merungut.
Min Hyuk yang berada di sebelah sekadar mengeluh perlahan. Wajahnya diraup tanda kesal.
"Janganlah bagitahu identiti kamu dekat para penilai kalau macam tu." Saran Talha seraya berpeluk tubuh.
Mereka yang lain menganggukkan kepala tanda setuju. Kakak, abang dan mama yang hanya berdiam diri membuatkan aku terkulat-kulat seorang diri. Nampak sangat mereka tak mahu masuk campur hal ini. Aku sudah besar, aku harus selesaikannya sendiri.
"Awak semua tahu kenapa saya dibawa ke sini?" Aku mula bersoal jawab.
Mereka menggeleng.
"Saya sekeluarga dibawa ke sini untuk dibunuh. Awak tahu sebab apa?"
Masing-masing menunjukkan wajah terkejut sebelum menggeleng laju terhadap soalanku.
"Ini negara CrystalVale iaitu negara yang mentadbir Ochestra World. Negara ini, keluarga saya yang patut tadbir tapi telah diambil oleh mereka yang tidak berhak. Jadi, saya, kakak, abang dan mama sedang mencari ayah. Lepas tu, kami boleh ambil semula takhta ini." Jelasku panjang lebar.
"Dan....?" Tanya Lydia pura-pura tidak faham. Sempat aku menjelingnya tajam.
"Kalau keluarga saya dapat semula negara ini, identiti saya akan terbongkar. Jangan haraplah saya nak jadi salah seorang peserta Le Musique Concurrence. Awak rasa, seorang yang mahir main semua alat nak berlawan sekali? Tak adillah kan?"
Semua yang berada di situ terdiam akan kekerasan dalam nadaku. Aku tertekan sangat sekarang ni, boleh faham tak?
"Maaf." Pohonku tatkala wajah muram mereka aku tatap seorang demi seorang. "Saya tak patut beritahu identiti saya sebelum Le musique Concurrence." Sambungku, tertunduk lemah.
Satu tangan menyentuh bahuku lembut. Apabila aku mendongak, wajah Faron menyapa pandangan. "Bukan salah awak. Salah si mamat Ethan tu yang bawa awak ke sini. Kalau tak semua ni tak akan terjadi. Dia ingat bawa awak ke sini, dia akan menang. Tapi sebenarnya... seluruh puak Lilac sudah tersalah langkah." Ujarnya manis sekali.
Kini, barulah mereka yang lain bagaikan tersedar dari mimpi. Keluarga aku bukanlah sesuatu yang harus diagungkan dan dimarahi apabila tidak dapat melakukan sesuatu yang mereka inginkan. Kami hanya manusia. Walau dengan kelebihan yang ada, semuanya adalah anugerah tuhan.
"Kita dah sampai." Suara Hudson memecahkan kesunyian. Oh, lupa pula dia ada dekat sini dengan kami sekali. Nasib baik dia jalan depan sekali. Kalau tak, mahu mengamuk tengok aku macam kena buli di sini.
Tapi, sampai mana? Aku tengok tempat ni macam sama saja.
"Magis muzik manipulasi rupanya, haih..." Keluh Hudson. Gayanya bagaikan sudah malas terhadap apa yang terjadi. "Kejap." Pintanya lalu mendepakan tangannya ke hadapan. Dia mula menggunakan magisnya untuk mematahkan magis pihak musuh.
Dinding yang pada mulanya kosong itu sudah mula menunjukkan rupa sebenarnya. Pintu gerbang yang besar terhias di layar mata. Nampaknya, di sinilah terletaknya ruang utama dan singgahsana.
Suara-suara yang berteriak di dalam menarik perhatian kami. Mereka bertekak bagai ingin tercabut anak tekak.
Tingkap berdekatan menjadi sasaran aku. Selepas itu, kami semua mengintai dari tempat yang sama.
Seorang lelaki berjanggut dalam pakaian diraja sedang meninggi suara dengan seorang lelaki yang amat kukenal. Berani dia herdik ayah aku macam tu?
Dasar raja tak guna. Nanti bila ayah aku ambil takhta tu semula, akan aku minta untuk pancung engkau raja palsu!
"Uish, intai apa tu?" Suara jengkel Ethan terbit dari belakang.
Aduh, salah kami juga kerana tidak berjaga-jaga. Tengok-tengok dia dah bawa satu geng.
"Kenapa nak sibuk?" Aku bercekak pinggang menghadapnya.
Dinding yang berada di belakang kami mulai retak. Tidak lama kemudian, roboh semuanya lalu lenyap dari pandangan. Sekarang ini, keberadaan ayah dan lelaki berjanggut itu jelas di hadapan mata.
"Oops, terkuat pula magis saya." Hudson berkata dalam nada 'konon'nya tidak sengaja walau wajahnya menayangkan riak sebaliknya.
"Hailey?!" Ayah menjerit terkejut akan kehadiran anak bongsunya di sini. Sangkanya, aku telah selamat berada di Muzika Melodia.
Aku hanya melambai mesra. "Hai ayah..."
"Oho, ini ke anak terakhir yang kau sayang sangat tu? Wajahnya tak ubah seperti Karlen Chanson, pemegang magis muzik pertama di dunia ini. Wajah itu... meskipun seorang gadis... Membuatkan darah aku menggelegak apabila teringat arwah nenek moyang aku yang dibunuh olehnya semata-mata untuk menjaga dunia ini!" Tempiknya tepat ke arah aku.
"Macam mana pula dia boleh tahu wajah lagenda lama tu? Gila ke apa." Faron separa berbisik. Aku hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Karlen Chanson itu, aku sendiri pun tak pernah jumpa.
Bunyi pasu terjatuh dari belakang singgahsana menggamit perhatian kami. Kelihatan Professor Lucas dan Logan terkedek-kedek memunculkan diri.
"Kau... Kau pernah baca buku aku kan? Sebab tu kau tahu wajah dia." Ujar Professor Lucas, tenang. "Kalau bukan sebab datuk mereka dan puak Zamrud, tak banyak aku tahu tentang kerajaan palsu ini."
Sunyi. Peluh merintik dari dahi sang pemegang takhta.
"Eh, Logan!" Laung Lydia yang baru sedar akan kehadiran lelaki itu. Logan yang disangkanya tidak melakukan tugas dengan baik sedang tersenyum ke arahnya.
"Ah, sudahlah! Tuanku, kenapa kita tak terus berlawan sahaja? Saya malas mahu membuang masa. Saya ingin pulang ke sekolah semula." Suara Ethan memecahkan suasana yang kian mengendur itu.
Lelaki berjanggut itu tersenyum senget mendengar saranan orang bawahannya itu. Gelombang magisnya mula bermain-main di tangan.
"Kalau macam tu..." Tuturnya lalu melangkah melepasi ayah. "Aku mula dengan kau!" Dia separa menjerit seraya meluru ke arah aku laju.
Serius, laju gila macam kilat. Aku tak sempat buat apa, tahu-tahu dia sudah ada di depan mata.
Aku menggunakan lengan untuk menahan impak tersebut. Tunggu dan tunggu... Eh, tak sakit pun?
"Papa!" Jeritan tiba-tiba dari hadapan aku mengejutkan aku.
Seorang gadis sedang menahan magis lelaki itu dengan magis muziknya. Bunyi trombon yang bingit menguasai suasana.
"Don't you dare hurt my friends!" Jeritnya lagi lalu menolak lelaki itu kuat sekali. Tergolek ke belakang lelaki itu dibuatnya.
Hidungnya berdarah akibat hentakan yang kuat. Namun, perbuatan gadis itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berdiri. Lengannya yang berurat-urat itu mengelap darah yang kian kering di hidung.
"To be betrayed by my own daughter... What do you think you're doing, Darya?!" Lantang suaranya menjerkah gadis yang berada di hadapan aku ini.
Ethan tertawa kuat tatkala melihat wajah aku yang bagaikan tidak percaya. Sungguh, aku terpempan. Jantungku bagaikan terhenti seketika.
Darya, sahabat aku... Anak kepada ketua organisasi Lilac?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro