Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎70💎

Bilik yang serba besar dan terdapat sebuah pentas di tengah-tengahnya. Lantai bilik tersebut pula diliputi karpet lembut. Hanya terdapat beberapa tingkap kecil yang berada di dinding. Gaya sudah macam sebuah bilik untuk orang membuat persembahan kecil.

Aku dan Faron dicampak ke atas pentas tersebut. 

Aduh! Belakangku yang terhentak terasa perit sekali. Faron yang berada di sebelah turut mengadu kesakitan.

Aku mendongak ke atas. Pentas itu telah mengurung kami dengan sebuah dinding kaca yang menghalang kami dari keluar. Pengudaraan masih elok buat kami namun perasaan terkurung ini membuatkan aku rimas. Cuba kalian bayangkan kalian kena kurung dalam satu botol kaca? Begitulah rasanya!

Faron mengetuk dinding itu keras. "Woi, apa kau nak ha?!" Marahnya.

"Aku tak nak kau. Aku nak budak perempuan sebelah kau tu." Ethan berkata nakal. Bertambah bengis wajah Faron.

"First, awak kata awak hanya ahli main-main dalam Lilac. Tapi tengok sekarang, awak berkerja untuk menangkap saya. Second, awak kata saya teman wanita awak. Tapi kenapa awak buat macam ni?!" Aku bersuara geram. Sungguh, aku dah banyak sangat bersabar dengan dia ni.

Ethan ketawa kecil. "Kau dah banyak sakitkan hati aku! Kita putus." Ucapnya sambil memejamkan mata seraya berpeluk tubuh. Apabila sunyi menerpa, dia membuka sebelah mata bagi mengintai keadaanku.

"I'm fine with that." Balasku setelah dia memandang aku. Aku menghadiahkan senyuman sinis buatnya.

Jawapanku itu mengundang tawa para pengikut Lilac yang lain. Mereka memandang Ethan dengan pandangan 'kan dah kena'.

"So, awak nak apa dengan saya? Mana keluarga saya?" Aku kini bertindak serius. Tiada meninggi suara, tiada menangis dan tiada riak ketakutan yang terpapar. Hanya, kedinginan menguasai emosi aku.

"Pasal keluarga kau, aku tak tahu mereka di mana. Tapi sebab aku bawa kau ke sini adalah kerana ini." Ujar Ethan sambil menayangkan sebuah botol kecil padaku. Ya, itulah botol yang mengandungi suaraku. Mungkin dia sempat mengambilnya dari aku.

Faron mengerutkan dahi dari kejauhan. "Apa benda tu?" Bisiknya pelik.

"Aku nak lagi. Sebelum aku sendiri yang kelar leher kau untuk aku ambil kotak suara kau, baik kau bagi kami semua apa yang kami nak sekarang." Ugut Ethan. "Tak pun, kawan kau tu yang akan jadi mangsa." Gertaknya lagi bagi menakut-nakutkan aku.

Macam boleh je nak ambil kotak suara aku. Yang dia ni koyak sangat, apahal? Orang lain tak bercakap pun. Dia je yang membebel dari tadi.

Mungkin dia ketua untuk misi kali ini? Hm, mungkin.

"Kalau macam tu..." Aku berjeda sebelum menyambung kata-kata aku. "Faron, awak mainkan piano tu." Arahku sambil menuding ke arah sebuah piano berdekatan.

Ternganga Faron dibuatnya. Gayanya seperti sedang menyatakan bahawa aku sudah hilang akal. Tidak, sayangku Faron. Jawapan aku tidak akan straightforward.

Aku memegang tangan Faron sambil mengangguk yakin. Tanpa dia sedar, kami telah pun bertukar kelebihan.

"You can do this."

"As you wish, my princess.

Dia bangkit lalu bergerak ke arah piano tersebut kemudian duduk dengan penuh berkarisma. Tangannya dan jari-jemarinya diregangkan untuk memanaskan badan. Amboi, gaya macam professional je.

"Hailey, kau buat apa dekat tanda lahir aku?" Tanya Faron setelah perasan akan perubahan pada tanda lahirnya. Aku tidak tahu di manakah ia, tapi aku tahu, mesti dekat tempat yang agak terbuka.

Aku tersengih padanya. "Kita tukar tempat sekejap ya." Tuturku lembut seraya menunjukkan tanganku yang sudah bertukar tanda lahir dengannya.

"Apakah-"

"Sudah. Buat sajalah apa yang dia suruh, jangan banyak tanya. Hailey tu special lagi daripada engkau. Jangan nak perasan sangat." Tegur Ethan yang sudah rimas melihat drama kami di situ. 

Faron menjeling Ethan tajam. Tanda lahir yang berada pada lengannya yang ditutup dengan lengan panjang dilihat. Perlahan-lahan dia menghela nafas bagi mencari keyakinan.

"Ehem." Aku berdehem di mikrofon berdiri di hadapanku ini. "Lagu saya, awak jangan sakit hati ya." Pesanku dengan senyuman yang manis sekali.

Background music yang lain, aku boleh cover dengan kelebihanku yang lain. Maka, ayuh kita mulakan.

Lagu bermula dengan rancak. Bagaikan tahu-tahu sahaja lagu apa yang aku inginkan. Untunglah, mempunyai teman lelaki yang taste lagunya sama dengan kau.

I don't know why,
You think that you could hold me,
When you couldn't get by by yourself.
And I don't know who,
Would ever wanna tear the seam of someone's dream.

Baby, it's fine, you said that we should just be friends,
Well I came up with that line and I'm sure,
That it's for the best,
If you ever change your mind, don't hold your breath.

Botol-botol kecil yang banyak tersedia di hadapan pentas kami ini dipenuhi satu-persatu. Aku tidak tahu formula apa yang mereka lakukan untuk mewujudkan sesuatu begini, tapi semua ini akan hilang sekejap lagi.

'Cause you may not believe,
That baby I'm relieved,
When you said goodbye, my whole world shined.

Hey hey hey!
It's a beautiful day and I can't stop myself from smilin',
If we're drinkin', then I'm buyin',
And I know there's no denyin'.

It's a beautiful day, the sun is up, the music's playin',
And even if it started rainin',
You won't hear this girl complainin',
'Cause I'm glad that you're the one who got away,
It's a beautiful day.

Habis sahaja rangkap itu, aku menjeling ke arah Ethan dengan kenyitan mata. Seperti tahu bahawa lagu ini ditujukan padanya, Ethan mengetap bibirnya geram.

It's my turn to fly, so boys, get in line,
'Cause I'm easy, no playin' this girl like a fool,
But now I'm alright,
You might've had me caged before, but not tonight.

And you may not believe,
That, baby, I'm relieved,
This fire inside, it burns too bright,
I don't wanna say "so long", I just wanna say "goodbye".

Aku menoleh ke belakang. Aku dapat lihat yang Faron sedang memimik nyanyianku tanpa suara. Namun, tangannya lincah menekan papan piano.

It's a beautiful day and I can't stop myself from smilin',
If we're drinkin', then I'm buyin',
And I know there's no denyin'.

It's a beautiful day, the sun is up, and music's playin',
And even if it started rainin',
You won't hear this boy complainin',
'Cause I'm glad that you're the one who got away.

Aku mengambil mikrofon tersebut dari tempatnya lalu bergerak ke hadapan. Wajah aku dan Ethan hanya terpisah dengan dinding kaca. Senyuman sinis aku tayangkan penuh makna buatnya.

'Cause if you ever think I'll take up,
My time with thinkin' of our break-up,
Then you've got another thing comin' your way,
'Cause it's a beautiful day.

Tangannya memegang dinding kaca itu marah. Manakala aku di dalam pula seronok menari tanpa gangguan sesiapa.

Beautiful day,
Oh, baby, any day that you're gone away,
It's a beautiful day.

Melodi piano Faron habiskan dengan hebat sekali. 

"Tepat ke batang hidung, hahah!" Seorang daripada pengikut Lilac berkata lalu ketawa bersama mereka yang lain.

Aku tersenyum senang. Tangan Faron aku tarik menyuruhnya berdiri. Seraya itu, aku mengembalikan semula kelebihannya.

"Dan sekarang..." Aku menarik nafas dalam sebelum menggerakkan tanganku ke hadapan cermin itu. Serta-merta tanda lahirku berubah kepada bentuk seruling. 

Bunyi seruling menguasai tempat tersebut sebelum angin yang dikawalku merampas semua botol kecil yang berada di luar dinding tersebut. Ethan yang sedang seronok menilik botol itu satu persatu itu terkejut apabila botol tersebut terapung dari tangannya.

"These are mine, thank you." Ujarku lalu membiarkan botol-botol itu terapung di udara agar tidak dapat diambil orang sementara aku cuba untuk melepaskan diri.

Kini, tanda lahirku bertukar pada bentuk sebuah cello. Dengan segala pengetahuan yang ada, aku melakukan magis muzik yang sama seperti Justin dan Lydia pernah tunjukkan pada kami. 

Cahaya ungu mula melingkari tanganku pantas. Cello yang asalnya muncul di hadapanku tiba-tiba berubah kepada bentuk sebuah hammer yang jelas ukirannya.

Woah, jadi! Nasib aku baik hari ini.

"What the?! Macam mana dia buat macam tu?!" Seorang lelaki botak bertanya kepada rakan perempuan di sebelahnya. Dia benar-benar terkejut.

Aku menongkat dagu pada tangkai hammer yang terbalik itu. Senyuman lebar aku berikan. "Nama keluarga, kekayaan... Tidak boleh membeli skill ya. Jadi, kita kenalah berlajar sendiri." 

Selepas itu, aku melayangkan hammer tersebut ke arah cermin kaca yang mengurung kami. Apa lagi, pecah berderailah semua.

"Tahu tak kelebihan kalian semua tu, daripada aku juga. Kalau aku ambil balik boleh, hmm?" Sengaja aku mencari pasal. Botol-botol kecil yang terapung itu aku masukkan ke dalam poket satu persatu.

Ethan sudah menjerit marah. Misinya untuk menangkap aku tidak jadi. Sudah lama dia menunggu saat ini namun, sifat licik milik si kecil Chanson tiada tandingannya.

Yalah, berapa lama dia jaga rahsia identiti dia tanpa sesiapa tahu buat masa yang lama?

"Bersyukurlah aku layan kau dengan baik selama ni. Jadi, dengarlah cakap aku!" Jerit Ethan yang sudah berlari ke arahku. Terkejut aku dengan serangan yang tiba-tiba itu.

Aku berlari ke tepi lalu menarik tangan Faron yang sangat-sangatlah clueless sekarang ini. 

"Swifty Sound!" Aku menyeru papan luncurku dan melompat ke atasnya. "Cepat naik!"

Faron turut melompat ke atas papan luncur yang telah aku sediakan untuknya. Kami segera melarikan diri dengan kesempatan yang ada.

"Tak guna! Kejar mereka!" Arah Ethan yang sempat berlari ke arah pintu. Mereka yang lain berlari pantas mengejar dua orang pelajar itu.

~~~~~~~~~~

Semakin lama mereka di luar, semakin berkurang tenaga yang ada. Walaupun sudah banyak musuh yang mereka tumpaskan, tetapi tiada lagi tanda yang mereka akan dapat berehat.

Talha sudah termengah-mengah berlawan. Ketiga-tiga kelebihannya digunakan sekaligus bagi melindungi mereka yang lain. Kini, dia sendiri sudah lelah dan penat.

"Tak boleh jadi ni." Gumam Justin. Dia menyarungkan cincin zamrudnya ke jari lalu satu butang ditekan. "This is Justin La Muzika, I demand a back up." Pintanya serius sambil membelakangi mereka yang lain.

"Justin!" Olivia menjerit memanggil Justin yang baru sahaja menamatkan taliannya. Satu kastenet bakal melayang ke wajahnya.

Justin menarik Olivia ke belakangnya lalu melindungi mereka berdua dengan bayangan magis violin. Pandangannya tajam menikam pada gerangan yang menyerang.

"Aku tak fahamlah apa yang nak dilawankan sangat. Tahu tak puak kalian nilah yang menyebabkan Olivia berparut di kepala? Dasar tak guna." Justin sudah mula hilang sabar. Peristiwa di Jepun mula bermain di mindanya.

Namun, kata-katanya tidak memberikan sebarang kesan. Musuh-musuh tetap menyerang bertubi-tubi.

"Apa yang bising-bising ni?!" Satu suara menjerit dari belakang. Perhatian kini teralih padanya. 

Seorang lelaki berpakaian sebagai staff diraja datang memeriksa. Hujung pedangnya dihunus pada semua yang ada di sini.

"Kalian serang budak?!" Jeritnya lagi. 

"Hudson, buat apa dekat sini? Macam mana pembantu khas diraja boleh keluar malam-malam macam ni? Macam dah tak ada pengawal." Salah seorang daripada pihak musuh berkata.

Hudson menjongketkan bahu. "Saya dengar bising, saya keluar. Baliklah rumah, nanti buat masalah dekat sini, rakyat nampak. Tercalar nama negara ini nanti." Tegurnya sopan.

"Oncle Jeremie?" Soal Justin menggunakan pelat Perancis. Dia cuba menyelit untuk melangkah ke hadapan.

Tersentak Hudson di situ. Matanya membulat melihat anak buahnya berada di hadapan mata. "Justin? Que fais-tu ici (Apa yang awak buat di sini)?" Soalnya.

"Huh?" Sekumpulan musuh itu keliru. Mereka melihat Justin dan Jeremie silih berganti.

Hudson mengeluh kecil. Nampaknya, anak jagaan Lady Beatrix sudah terlepas ke tangan yang salah. Sekarang ini, dia pula yang harus memikul tanggungjawab itu.

"Kalau macam ni, memang saya kena hantar kalian semua balik. Untuk dilaporkan pada tuanku, macam tak adil pula. Maklumlah, kalian kan organisasi kesayangan baginda. Nanti jatuh pula nama Lilac kan?" Hudson mula bermain kata-kata.

"Dia tahu kita?! Perisik! Pembelot diraja! Hudson penipu!" Laung salah seorang dari pihak musuh. Mereka sekumpulan cuba untuk menyerang Hudson secara serentak.

Analisis pergerakan dilihat satu persatu oleh Hudson. Mudah sekali dia mengelak serangan mereka tanpa membalas. Hanya menggunakan magis dan refleksi untuk mempertahankan diri.

"Nama aku, bukan Hudson. Aku Jeremie. Jeremie La Muzika. Ingat tu." Ujar Hudson sambil memandang rendah kepada mereka yang sudah terlentang di atas lantai akibat kesakitan. Walhal, dia tidak membalas. Jelas sangat yang kesakitan itu datang dari mereka sendiri.

Kemudian, dia berpaling ke arah Justin. Wajah marah ditayangkan pula. "Apa yang kalian buat sampai boleh sampai sini?!"

"Bukan salah saya. Tiada sesiapa pun yang beritahu saya tentang misi menjaga anak terakhir Chanson. Tengok sekarang ni, dia dah kena tangkap. Salah siapa?" Justin membalas pula. Salah diakah mereka dibawa ke sini?

Hudson mengeluh kecil. Betul juga apa yang dikatakan oleh anak buahnya itu.

"Hailey mana?"

"Oncle mesti perasan kan Hailey tak ada?"

Sekali lagi Hudson mengeluh kesal. 

"Macam mana nak bantu dia? Kita pun tak tahu dia di mana. Bukan dia saja, anak keempat keluarga Aden pun turut terlibat sekali. Sekarang ni, kita kena fikir macam mana nak cari cara untuk bawa ahli keluarga Chanson ke pohon utama istana tu." Tutur Justin yang sibuk menuding ke arah istana yang tidak jauh dari mereka. 

Bagi menenangkan anak buahnya yang sudah membebel itu, Hudson meletakkan tangan ke atas bahunya. "Aku bersyukur kau selamat." Katanya lalu memeluk Justin.

Justin tidak membalas pelukan itu. Dia hanya mencebik geram.

Terutamanya apabila ahli kumpulan yang lain berada di belakang.

"Pasal tu, jangan risau. Katheriane ada lah tu cara dia." Pesan Hudson dengan senyuman selepas melepaskan pelukan. Justin mengangguk faham.

"Kamu semua tunggu sini. Aku nak tengok jalan masuk istana clear ke tak." Kata Hudson lagi sambil melihat wajah-wajah yang tidak dikenalinya seorang demi seorang. 

Anggukan kecil diberikan mereka semua.

"Ada dua orang dah pergi dulu jadi saya tak tahu mereka di mana. Nanti saya call mereka." Beritahu Justin jujur.

Senyuman kecil tersungging di bibir Hudson. Bagus sungguh anak buahnya ini. Mempunyai ciri-ciri seorang ketua yang berdedikasi.

"Kejap, Lydia mana?" Tanya Hudson apabila sedar akan kehilangan gadis itu. Seorang Zamrud pula tu.

"Hailey! Tunggu saya!" Lydia menjerit sambil meninggalkan mereka semua di belakang. Lampu istana yang malap-malap menjadi arah jalannya.

Hudson menepuk dahi kuat. "Aduh, dia ni..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro