💎69💎
Angin yang membawa udara sejuk mencengkam tubuh setiap pelajar di Muzika Melodia. Mereka yang baju sekolahnya berlengan pendek sudah berlengan panjang manakala pelajar perempuan yang memiliki skirt pendek sudah berkain labuh. Suasana hiruk-pikuk seperti biasa.
Ethan mengemas segala barangnya di dalam lokar dan di dalam beg. Dia tersenyum senang sebelum bersiar-siar di sekolah tanpa memasuki kelas.
Matanya tertancap pada jadual kumpulan The Blue Silhouette yang terlekat di papan kenyataan sekolah. Perkara ini dilakukan bagi memudahkan para guru dan pelajar-pelajar yang ingin berjumpa dengan mereka. Dengan ini, mereka tahu waktu kumpulan itu di luar sekolah dan di dalam sekolah.
Ethan tersenyum sinis.
Kemudian, dia sambung aktiviti mengelilingi sekolah tersebut. Tanpa menghiraukan mereka yang memandang, dia bermain-main dengan anting-anting miliknya yang bewarna lilac.
Sedang dia seronok menghirup udara sejuk, seorang gadis Russia yang sedang berjalan menarik perhatiannya. Segera dia mendekati gadis itu.
"Hello little miss Lilac." Tegurnya sambil cuba untuk menyaingi langkah gadis itu.
"Please don't call me that." Balas Darya garang. Dia berjalan dengan wajah serius seraya memeluk buku yang dibawanya.
Jawapan dan riak Darya itu membuatkan senyuman Ethan bertambah lebar. "Tonight ought to be interesting. Wanna come?" Soalnya pula.
Darya berhenti berjalan. Dia menarik nafas dalam sebelum merenung anak mata Ethan dalam-dalam. "No."
"Alright. But I really hope you don't miss the show." Tutur Ethan jelik lalu melangkah pergi.
Hilang sahaja kelibat Ethan dari pandangan mata, Darya serta-merta menyandarkan diri ke dinding tanda pasrah. Hatinya tidak sanggup untuk menerima apa yang bakal berlaku.
"I'm really sorry... Hailey."
~~~~~~~~~~
Penerbangan kami menuju ke Muzika Melodia memakan masa yang agak lama. Para pengawal yang bertugas sudah nyenyak tidur di ruang pesawat belakang. Penat mereka mengalahkan kami. Macam mereka pula yang jaga kami di sana. Ceh!
Awan yang berarak sudah kurang kelihatan. Nampaknya, kami akan tiba di Muzika Melodia pada waktu malam.
Apabila aku berkalih dari tingkap, aku dapat lihat mereka yang lain sedang berbual gembira. Seronok bercerita tentang Perancis yang bakal kami kunjungi nanti. Destinasi terakhir kami dan mungkin... penyembunyian identiti terakhir buat aku.
Jujur aku kata yang aku tak sabar nak balik sekolah. Banyak benda aku boleh buat demi membantu menyelesaikan kes keluarga aku dalam diam. Dengan adanya Lady Beatrix, segalanya bakal jadi mudah.
Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati?
~~~~~~~~~~
Jet khas milik keluarga Faron mendarat di kawasan lapang yang telah tersedia oleh pihak sekolah untuk kegunaan para guru. Tapi Faron apa kisah, putera sekolah kan? Dia buat saja. Lagipun dah malam, tak akan ada orang perasan punya.
Kami menuruni tangga dengan berhati-hati. Nyaman sungguh udara di kawasan pulau ini. Lain daripada yang lain.
Namun, gelora hati aku masih menyatakan sesuatu yang buruk bakal berlaku.
"Sudah siap semua? Jom kita masuk sekolah." Ajak Faron, mesra. Para pengawal yang sudah berlari masuk ke dalam Muzika Melodia sambil bersorak lega tidak dihiraukannya.
Hanya bunyi langkah kami bergema di kawasan itu. Jalan masuk ke Muzika Melodia tidak dapat kami lihat namun cahaya sekolah tersebut sudah bersinar dari kejauhan. Sunyi dan sepi.
"Well, well, well. Look what we have here?"
Beberapa derapan tapak kaki menghampiri kami sekumpulan semakin kuat. Insan yang bersuara tiada pada pandangan mata kerana pakaian mereka yang gelap bak suasana malam.
"Balik waktu macam ni... Tak bahaya ke?" Soal Ethan yang sudah melangkah ke kawasan yang sedikit terang. Senyuman sinis terhias di bibirnya.
Sekarang ini, kami telah dikelilingi oleh sekumpulan manusia yang berpakaian gelap. Tetapi, alat perhiasan mereka yang bersinar keungguan masih dapat dilihat dengan jelas.
Mereka ini semua daripada organisasi Lilac!
"Dan kau..." Ethan mendekati aku dengan sepantas kilat. "Kembalilah ke tangan aku semula!" Laungnya persis seorang gila. Magis muziknya dilayangkan ke udara.
Pada ketika itulah aku sedar bahawa, tempat yang kami pijak ini bukan lagi pulau yang terletaknya Muzika Melodia. Negara asing itu aku tatap dengan penuh terkejut.
Ini ialah... CrystalVale.
Negara yang sepatutnya keluarga aku takbir.
Aku dibawa ke sini untuk dibunuh...
Tidak, aku dibawa ke sini untuk aku ambil semula hak aku!
Jadi, tak akan aku sia-siakan peluang ini. Aku akan bawa pulang seluruh keluarga aku dengan selamat!
"Argh!"
Malangnya, aku ditarik di bawah cengkaman Ethan yang kuat. Faron sudah menjerit amarah agar dia melepaskan aku.
Satu cahaya hitam yang muncul di belakang Ethan membentuk sebuah portal. Dia bersama beberapa orang pengikutnya yang lain menarik aku masuk sekali ke dalam cahaya tersebut.
"Faron!" Jeritku seraya menghulurkan tangan.
Faron segera berlari pantas lalu mencapai tanganku. Buat seketika, kami berdua lenyap dari pandangan.
"Hailey! Faron!" Mayu menjerit nyaring. Mengalir air matanya tatkala dua insan yang dianggapnya sebagai sahabat hilang di hadapan mata.
Ahli Lilac yang masih tinggal mendekati mereka semua. Bukan sedikit, malah bertambah. Keenam-enam pelajar itu di mana, mereka sendiri pun tidak tahu. Inikan pula mahu membuat masalah?
"Ingat, kita dah belajar macam mana nak berlawan. Sekali mereka tumbuk, dua kali kita balas. Okey?" Pesan Olivia serius walau sekadar berbisik.
Cahaya magis yang terbit daripada tiga orang yang berkelebung menarik perhatian mereka semua. Melihatkan cahaya yang terang-benderang di sebalik kegelapan itu, menimbulkan perasaan takut pula pada mereka.
"Haih..." Talha mengeluh malas. Dia kini melangkah ke depan bagi berhadapan dengan tiga orang pengguna magis muzik itu.
"Bismillah..." Ucapnya lalu mendepakan tangan ke hadapan dan meregangkan jarinya. Dari kiri, depanya itu digerakkan ke kanan bagai menyapu angin. Maka terserlah-lah lima buah kompang di hadapannya tiba-tiba.
Pap pap! Pap pap! Pap!
Kompangnya itu diketuk mengikut irama. Libasan angin mula menampar setiap mereka yang cuba untuk menganggu mereka.
"Woah, first time saya nampak senior Talha guna kelebihan dia yang ini." Reuben bersorak teruja.
"Rugi Faron tak dapat tengok." Sambung Min Hyuk pula dengan senyuman senget.
Justin melihat segenap arah yang bakal diserang oleh pihak musuh. "Berpecah!" Arahnya keras.
Bagaikan tahu apa yang harus dilakukan, mereka berpecah hebat. Sehinggalah Lydia dan Min Hyuk ditinggalkan berdua untuk berlawan dengan tujuh orang musuh.
"Mereka ini berpecah untuk berlawan ke untuk larikan diri?" Tanya Lydia hairan. Aduh, tak pasal-pasal kena tinggal.
"Entahlah." Min Hyuk menjawab lemah. "Biarlah mereka. Sekarang ni, kita kena fikir kita." Sambungnya lagi yang galak melirik ke arah tujuh orang insan yang berpakaian serba hitam. Mereka seperti sudah mahu menyerang.
Lydia tersenyum bersemangat. Tangannya digerakkan dengan penuh gaya sebelum melompat tinggi dan hilang dibawa udara. Min Hyuk pula tercengang kerana menganggap Lydia sudah meninggalkannya.
"Guess what? You mess with the wrong girl, peeps." Suara Lydia menerjah dari belakang mereka semua. Tatkala berpaling, seorang gadis dapat dilihat sedang berdiri di atas sebuah pili bomba dengan sebuah sabit besar di atas bahunya.
Sabit itu berupa dan bercorakkan ala-ala sebuah gitar. Cahaya magis muzik dari sabit itu cerah bersinar. Tetapi, bentuknya yang bagaikan alatan membunuh itu cukup menggerunkan bagi mereka yang memandang.
Senyuman yang ditayangkan oleh Lydia sungguh menyeramkan. Tangannya memegang erat alatan yang dicipta melalui magis muziknya itu.
"I'm a huntress baby!" Jeritnya lalu melompat ke arah musuh sambil mengangkat tinggi alat tersebut. Cahaya bulan yang terang di belakang menambahkan lagi gimik aksi gadis itu.
~~~~~~~~~~
Justin membantu Talha dan Olivia dalam melindungi diri mereka daripada ditangkap. Tepukan pada bahunya membuatkan dia tersentak.
"Justin, ini botol kecil yang saya terjumpa di atas jalan. Rasanya tadi ada terjatuh dari poket Hailey." Reuben memberikan sebuah botol kecil kepada Justin. "Maybe boleh guna? Just in case kan. Got it, 'just-in' case?" Soalnya lagi lalu menahan tawa.
"Reuben, tak kelakarlah lawak awak." Tegur Mayu tanpa perasaan. Tak jadilah lawak si Reuben yang ingin menggunakan nama Justin sebagai jenaka.
Botol kecil itu Justin ambil lalu dimasukkan ke dalam poket. Ya, dia sangat arif bagaimana untuk menggunakan botol itu kerana dia pernah terlihat Hailey menggunakannya.
"Sudah, pergi main jauh-jauh. Nak lawan, lawan. Kalau rajin pergi cari Hailey dan Faron." Kata Justin bagaikan ingin marah. Cepat-cepat mereka berdua berlari meninggalkan kumpulan itu.
Sekarang ini... Bagaimana dia ingin menghubungi gadis Perancis itu?
Segala cara untuk memusnahkan kerajaan palsu ini berada dalam tangannya.
Tetapi, dia memerlukan seorang Chanson untuk melakukannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro