Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎66💎

"Hailey, Lydia, apa yang kalian berdua buat semalam?" Tanya Olivia pagi itu di meja makan.

Aku dan Lydia yang enak mengunyah makanan hampir terserdak mendengar soalan itu. Olivia perasan ke yang kami keluar semalam?

"Kami buat apa semalam?" Lydia membalas dengan soalan. Wajah keliru ditayangkannya.

Semua yang berada di meja makan saling berpandangan. Selepas itu, mereka memandang kami berdua yang kebetulannya duduk sebelah menyebelah.

"Saya nampak awak masuk rumah pukul dua belas malam. Apa yang kalian buat di luar?" Olivia bersuara lantang. Wajahnya bagaikan ingin marah.

Ketat juga ya peraturan rumah ini. Haih, tak tahu pula akan ada yang perasan akan perbuatan kami semalam. 

"Kami... Pergi ambil angin dekat tepi pantai semalam. Katanya malam-malam duduk dekat tepi pantai boleh hilangkan rasa serabut." Balas Lydia jujur dan bersemangat. Tiada riak takut ditunjukkan olehnya. 

"Pergi pantai? Malam-malam? Kalau ada yang kena telan ombak nanti macam mana? Tahu tak bahaya?" Bebel Olivia panjang. Dia seorang sahaja yang bising di sini. Mereka yang lain diam sahaja.

"Kami err..." Tujuan aku bersuara untuk menggantikan Lydia. Yalah, asyik dia sahaja yang bercakap dan lindungi aku. Macam tidak adil pula. Tetapi malangnya, aku tidak dapat berkata apa-apa.

Jadi demi meminta pertolongan, aku melirik ke arah Justin yang berada di bahagian hadapanku. Bagaikan memahami, dia berpaling ke arah Olivia yang tidak lekang merenung kami.

"Sudahlah tu... Janji mereka selamat di sini. Mereka pelajar tahun satu, Liv. Niat ingin tahu itu lebih tinggi berbanding niat menjaga keselamatan mereka. Sudah, makan ya semua." Justin bersuara lembut. 

Barulah kurang sedikit wajah ketat Olivia itu. Fuh, terima kasih Justin. Engkaulah hero aku sekarang ini.

Aku menghadiahkan satu senyuman buat Justin dan senyumanku itu dibalas juga dengan senyuman daripadanya. Lepas ni, bolehlah aku cerita dengan dia tentang penemuan aku dengan Aqualivy. Tapi, waktu itu Lydia haruslah tiada dengan aku.

"Faron?" Sebut Reuben tiba-tiba. Kami semua menoleh ke arah sang gerangan yang dipanggil. Kelihatan Faron sedang menguis pinggan menggunakan garpu dengan penuh bosan.

"Faron, awak okey tak?" Mayu pula menyoal.

Hairan, mamat ini diam saja. Bukanlah nak cakap yang dia ni selalu bising ke apa tapi wajahnya sugul. Seperti ada sesuatu yang menganggu fikirannya. 

"Faron Aden!" Talha menepuk bahu jejaka itu sambil memanggil namanya kuat. 

Faron tersentak sehingga menyebabkan garpu miliknya jatuh ke atas lantai. Terpinga-pinga dia di situ memandang semua orang.

"Kau kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Min Hyuk kasar walaupun berbaur sedikit risau. 

Tiada jawapan yang diberikan oleh Faron. Adakah kerana hari ini, dia berasa susah hati? Dia tidak mahu pulang ke Chile?

"Awak tak mahu balik ke?" Soalku dengan berani. Bertambah terkejut riak yang ditayangkan olehnya.

Lydia menjengulkan wajahnya dari sisiku. "Entah. Tak nak tunjuk Hailey dekat family ke? Bakal ahli keluarga tu." Sambutnya dengan usikan.

"Aish, apa cakap macam tu." Marah aku padanya. Orang nak serius, dia main-main pula budak ni.

Terletus tawa Faron mendengar kata-kata Lydia. Kami semua yang dari tadinya ketat menayangkan wajah risau kini sedikit lega. Ingatkan apalah yang serius tadi. 

Setelah puas ketawa, Faron mengeluh perlahan. Dia mengangkat wajah lalu bersuara. "Saya okey saja nak balik Chile tapi...."

"Tapi?"

"Kakak sulung saya ada di rumah."


~~~~~~~~~~~


Perjalanan kami ke Chile sungguh lancar dan sekali lagi para pengawal kami tidak dibenarkan untuk memasuki kediaman milik Faron. Mujur sekali tempat tinggal Faron tidak jauh dari bandar. Dengan itu, pengawal-pengawal Muzika Melodia yang bertugas harus mencari rumah tumpangan yang berdekatan.

Kami berbual riang. Seronok, itulah apa yang aku rasakan. Sehinggalah kami tiba di kediaman Faron yang tidak kurang besarnya seperti istana milik Mayu.

"Besarnya!" Mayu bersuara terkejut. Tidak sedar yang dia itu pun dua kali lima sahaja.

Seronok juga kan kalau ada rumah sebesar istana? Berbentuk istana, berukiran istana dan mempunyai pembantu yang bagaikan dayang istana. 

Bukan keluarga aku tak mampu ya. Kami perlu mengekalkan low profile agar tidak dijumpai Lilac dan tidak dikenali orang ramai. 

"Seronoknya kan kalau ada rumah macam istana." Gumamku sambil mendongak tinggi ke arah bangunan yang berada di hadapanku kini.

Tanpa aku sedari, Justin dan Lydia yang berada tidak jauh dariku tersenyum penuh makna. 

"Uwoah! Kawan-kawan Faron sudah sampai!" Suara seseorang menarikku semula ke alam realiti.

Kami berlapan tergamam melihat seorang wanita berambut midnight blue menghampiri kami. Senyumannya yang manis menyerlahkan lagi kejelitaan miliknya. Sungguh menawan.

"Ha, which one is yours, Faron?" Tanya wanita itu teruja. Dia terlompat-lompat kecil di sebelah Faron yang sudah mengeluh kesal. 

"Yang ini?" Wanita itu mula bergerak ke arah Mayu. Dia memandang Mayu dan Faron berulang kali. Faron memicit batang hidungnya sambil menggeleng perlahan.

Reuben berdehem kecil sebelum menarik Mayu ke sisinya. Terangguk-angguk wanita itu setelah melihat Mayu yang tersipu-sipu.

"Is this the one?" Soal wanita itu lagi seraya menuding ke arah Olivia yang berada di hadapannya. Faron yang berada di belakang jadi malu sendiri apabila Olivia bergerak ke belakang Justin.

Wanita itu mengetuk jari telunjuknya pada dagu sambil memandang ke atas. Tidak lama kemudian, dia begerak pantas ke arah Lydia pula.

"Mesti yang ini kan?" Tanya wanita itu dengan mata yang bersinar-sinar.

"Errr..." Terkulat-kulat Lydia di situ sambil memandang sekeliling. Apabila terlihat Min Hyuk berada di belakangnya, dia terus sahaja berlari ke arah jejaka itu dan memeluk lengannya. "Hehehe." Dia ketawa janggal.

Maka, tinggallah aku sendiri di hujung barisan. Emmm, kenapa kalian semua tinggalkan aku lepastu pandang aku dengan pandangan yang pelik?

"So that's mean, she is the one!" Jerit wanita itu pada mereka yang lain sambil menuding tepat ke wajah aku. Faron tertunduk lega manakala yang lain pula mengangguk mengiyakan.

Wanita itu meneliti wajahku dengan serius sekali. Tangannya mengelus rambutku berkali-kali.

"Awak Chanson?" Dia bertanya lepas.

Bagai nak tercabut jantung aku dari tempatnya.

"Tidak." Jawabku tenang. "Saya warna rambut ni." Sambungku lagi dengan senyuman.

Anggukan kecil wanita itu berikan padaku sebagai balasan. "Nama keluarga?" Soalnya lagi. 

Sekali lagi, nafasku bagaikan terhenti.

"Classified." Sampuk Lydia yang tiba-tiba muncul di hadapanku. Serius budak ni memang berani.

"Okey...?" Keliru wanita itu membalas. "Anyways, jom masuk dalam!" Ajaknya teruja sebelum memegang tanganku dan menarik aku sekali ke dalam rumah mereka yang serba mewah.

Semua melangkah masuk kecuali beberapa orang yang masih tinggal di luar atas sebab tertentu.

"Woopsies, maafkan saya. Tak sengaja buat macam tu tadi." Lydia memohon maaf pada Min Hyuk akan perbuatannya tadi. Pegang anak teruna orang tanpa sebab, tidak malu betul.

Dengan wajah beku, Min Hyuk tunduk memandang Lydia. Dia merenung gadis itu tajam sebelum melangkah masuk dan sempat membalas. "Apa-apa sajalah."

Lydia tersengih sendiri lalu mengekori Min Hyuk dari belakang.

"Jadi... Itu ke sebab kamu tak nak balik rumah?" Tanya Talha yang berada di luar lagi bersama Faron. Mindanya masih cuba untuk memproses apa yang telah terjadi.

Faron menepuk dahinya. "Ya..." Tuturnya lemah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro