Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎64💎

"Rimaslah! Tahu tak rimas? Rimas!!" Lydia menjerit kepada pengawal terlatih miliknya yang telah diarahkan oleh Lady Beatrix untuk menjaga kami. Terkebil-kebil pengawal itu melihatnya yang bising membebel.

"Nampaknya, dia tak biasa dijaga oleh seseorang." BisikJustin dengan senyuman senget. Dia berpeluk tubuh memandang Lydia yang sibuk meluahkan isi hatinya pada pengawal yang tidak tahu apa.

Aku yang berada di sebelahnya pula tersengih. "Memanglah. Sudah tugas dia jaga orang. Bila dia pula yang dijaga, siapa tak rimas kan?" Balasku semula. Kemudian, kami berdua ketawa serentak.

"Apa yang suka sangat budak-budak Perancis ni? Tak sabar nak balik?" Mayu menegur kami yang sedari tadi berbisik sesama sendiri.

"Kita dah sampai Venezuela. Of course lah tak sabar nak balik. Lepas pergi ke Chile, kita akan ke sekolah. Dua minggu selepas itu, berlepaslah kita ke Perancis." Jawab Justin bersahaja. Matanya mengerling pada pengawal yang berdiri di belakangnya. Pengawal itu tersenyum nipis.

Tidak lama kemudian, Olivia muncul bersama Faron yang menemaninya bagi mengelilingi lapangan terbang itu. Mereka berdua menghampiri kami lalu duduk kepenatan. Dua orang pengawal Muzika Melodia pula setia mengekori di belakang.

"Kejap lagi, pengawal saya akan datang untuk angkut beg." Tutur Olivia perlahan. Pengawal yang berada di sisinya itu mencebik. Sudah ada pengawal disediakan, mahu juga pengawal sendiri.

"Jangan jealous~" Ejek Faron pada pengawal itu. Apa lagi, belum sempat aku hempuk si Faron tu, Talha dah buat dahulu.

Min Hyuk mengeluh perlahan apabila kumpulan kami mula membuat bising. Dia menyarungkan topeng mulut agar kurang sedikit rasa malunya itu. 

"Hey, do you know how to fight?" Reuben memulakan bicara bersama pengawal miliknya.

Pengawalnya itu menoleh ke arahnya lalu mengangguk. "Do you know how to fight, Mr Green?" Soalnya pula dengan senyuman sinis.

Reuben berdecit geram. Dia tidak membalas namun riak wajahnya itu mengundang senyuman jengkel pada semua pengawal yang ada.

"Not all of us doesn't know how to fight, though. Try fight with us, the Melody Students. Let see who will win." Sampuk Faron, nakal. Bibirnya pula menguntum senyuman sinis. Gayanya pula bagaikan memandang rendah kepada pengawal yang disediakan.

"Pfft, look who's talking." Ejek pengawalku apabila sahabatnya tidak menjawab. Aku rasa, dia ingin mengungkit tentang perkara yang terjadi sewaktu kami berada di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Viral jugalah kejadian itu di kalangan pelajar di sekolah.

Biasanya, Faron akan melawan. Namun kali ini, dia hanya berpeluk tubuh sambil tersenyum kecil. "I know and I've changed. Right, dear?" Dia bertanya padaku dengan kenyitan mata.

Aku melakukan rolleye lalu mengangguk tanda mengiyakan. Dia tersenyum gembira.

"Sudahlah. Bila kita nak pergi? Saya sudah rimas ni." Sibuk Lydia yang muncul di sebelahku secara tiba-tiba. Aku dapat lihat pengawal miliknya ditolak agar berdiri jauh darinya.

"Okay, jom kita gerak!" Olivia berdiri dengan tangan yang dijulang ke udara. "Nak sangat tunjuk hebat kan? Bawa bagasi kami." Arah Olivia kepada pengawal-pengawal itu sebelum berlalu pergi. Nampaknya, dia tidak jadi untuk menggunakan pengawal keluarganya.

Kami semua bergerak ke hadapan tanpa menoleh lagi. Melihatkan para pengawal yang terkial-kial membawa beg kami itu, aku tersenyum.

Kalau dengan Olivia, kau janganlah main-main.


~~~~~~~~~~


Pasir pantai menjadi santapan mata kami ketika tiba di pulau persendirian tersebut. Kini, bagasi milik kami dibawa oleh pengawal keluarga Olivia pula memandangkan pengawal yang dihantar oleh pihak sekolah tidak boleh menjejaki tempat ini. Mereka ditinggalkan di atas kapal yang terletak elok di persisiran pantai.

"So, kita datang sini hanya untuk berlatih?" Tanyaku apabila bunyi ombak mula menjadi halwa telinga.

"Yes. No shopping and no sight seeing. Just training." Balas Faron dengan jari telunjuk yang digerakkan ke sana dan ke sini.

Mayu mengeluh kecil. "Huh, bosan." 

"Bosan apa? Saya boleh ajar kalian semua teknik yang pernah saya belajar. Kita boleh lawan guna gelombang muzik, alat muzik sendiri atau pun mencipta sebuah alat baharu daripada magis muzik kita!" Lydia berkata teruja sambil berlari mengelilingi kami seorang demi seorang. Akhir sekali, dia sambung berjalan di sisi aku semula.

"Alat baharu?" Soal Talha, pelik. Selain alat muzik, mereka boleh cipta benda lain?

Justin ketawa tanpa suara. Dia menoleh ke arah Lydia sebelum berpaling ke arah Talha. "Macam ni." Sebutnya sambil menggerakkan tangannya penuh gaya.

Cahaya perang menyinar pada tangannya setiap kali jarinya memetik udara. Sedikit demi sedikit objek itu dapat kami lihat terhasil pada tangannya. Maka, muncullah sebuah alat memanah yang bentuk dan rekaannya serba sedikit seperti sebuah violin.

"Woah!" Kami semua bersorak serentak. Buat pertama kalinya, aku nampak sesuatu yang baharu.

"Crazy! Macam mana boleh buat?" Reuben menilik objek yang berada pada tangan Justin itu. 

Lydia menghampiri Justin lalu merehatkan tangannya di atas bahu jejaka tersebut. "Tak semua magis muzik boleh buat dan tak semua orang ada tenaga yang banyak seperti kami. By the way, sekolah tak akan ajar buat benda macam tu sebab tak ada guna pun. Baik guna magis muzik sepenuhnya kan?" Soalnya pula sambil tersengih ke arah Justin.

Budak Lydia ni memang berani betul. Dia tak tahu ke yang Justin dah tahu tentang dia ni bekerja untuk Zamrud? 

"Kalau macam tu, forget it lah. Buang masa je belajar benda tu kalau tak ada guna." Tutur Min Hyuk malas. Dia memasukkan tangan ke dalam poket seluar seraya berjalan ke hadapan.

"Memang pun. Saya saja je nak tunjuk hebat." Balas Lydia lalu ketawa galak. Justin yang berada di sebelahnya hanya menggeleng perlahan.

Kami meneruskan perjalanan menuju ke kediaman milik Olivia. Besar dan nyaman. Tiada banyak pembantu rumah kelihatan. Kami yang berada di sini pun tidaklah berasa seperti diperhatikan.

"Psst, Lydia. Boleh ajar saya teknik tu nanti?" Bisikku pada Lydia tatkala gadis itu mula bergerak ke sebelahku.

"Buat apa? Magis awak sudah melebihi segalanya." Balasnya tidak puas hati.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal lalu tersengih. "Eheh, saja. Okey janganlah pandang saya macam tu. Saya pun nak beraksi dengan alatan yang hebat juga. Macam dalam anime ke-"

"Awak ni..." Lydia sempat mencubit pipiku. "Otaku sejati betul." Usiknya sambil menyenggol bahuku pula.

Heh, Hailey kan? Itu perkara biasa.

"Baiklah. Perempuan naik lif sini dan lelaki naik lif sana. Nah, kunci bilik masing-masing." Ujar Olivia seraya mencampak sekeping kad kepada setiap orang.

"Semua boleh rehat di bilik masing-masing tapi... Pukul lima nanti saya nak semua ada di pintu depan dalam pakaian yang sesuai untuk berlawan. Faham?" Olivia berkata tegas persis seorang anggota polis.

"Faham!" Balas kami semua serentak dan seirama.


~~~~~~~~~~


Matahari mula terbenam mewujudkan pemandangan yang indah buat kami semua yang baru sahaja menamatkan latihan pada petang itu. Bayu pantai menghembus lembut tubuh kami yang sudah pun kepenatan. 

"Itu sahaja untuk hari ini. Esok-esok kita berlatih untuk persembahan kita pula. Le Musique Concurrence tak lama lagi ya." Pesan Olivia lalu melangkah meninggalkan kami terlebih dahulu. Mikrofon yang berada di tangannya dimasukkan ke dalam beg kecil yang tersangkut pada pinggangnya.

Nak tahu apa yang Olivia buat dengan mikrofon tu? Ya, dia gunakan untuk berlawan. Bukan itu sahaja, mikrofon tersebut juga digunakan untuk menjerit pada pelajar tahun satu yang disangkanya sedang bermain-main.

Tapi memang betul pun. Kami main air laut adalah.

"Yo, Min Hyuk. Lawan nak?" Ajak Faron tiba-tiba.

Min Hyuk yang sedang enak menikmati air laut tersentak. Dia menoleh ke arah Faron lalu tersenyum sinis. Nampaknya, cabaran diterima.

Aku dan Mayu melihat dari tepi. Reuben juga turut berada di sebelah Mayu menandakan dia tidak mahu turut serta.

"Ehem ehem." Faron berdehem bagi menyediakan suaranya apabila perlu. Walaupun ini perlawanan yang tidak harus menggunakan kuasa, namun persediaan mesti ada.

"Hiyargh!" Min Hyuk memulakan serangan. Dia berlari ke arah Faron lalu cuba untuk menumbuk wajah jejaka itu. Tanpa dia sedari, Faron menepis tangannya dengan lembut sekali.

Faron melompat ke belakang. Dia tersenyum senang.

"Betullah apa yang Justin katakan. Dia dah banyak berubah." Bisik Mayu padaku.

Kedua-dua jejaka itu merenung satu sama lain. Keadaan semakin tegang dari sebelumnya. Dalam sekelip mata, perlawanan sebenar sudah pun bermula.

Berdebu-debu tempat kami berdiri di situ akibat pasir pantai yang dipijak dan ditendang banyak kali. Melihatkan Faron dan Min Hyuk yang masih berlawan, tiada tanda lagi bahawa mereka akan berhenti dalam masa terdekat.

"Hah!" Faron bergerak ke hadapan bagi menendang Min Hyuk namun jejaka korea itu terlebih dahulu mengelak. Pada ketika Min Hyuk cuba untuk menumbuk Faron, satu figura melompat dari udara ke arah mereka.

Boom! Debu mula menghadkan penglihatan kami.

"Apakah?" Soal Min Hyuk dan Faron serentak sambil memandang figura yang berada di hadapan mereka itu. Seorang gadis yang sedang mendepakan tangan ke arah mereka tersenyum kecil.

Aku terpana. Lydia? Apa benda dia buat ni?

"Awak kena ingat-" Lydia mula bermain pasir di tengah-tengah. "-Sayalah yang paling kuat di sini." Jeritnya sebelum melompat tinggi dan melagakan kepala kedua-dua jejaka itu.

"Aduh!" 

Maka, Faron dan Min Hyuk pun jatuh ke atas pasir dengan dahi yang sudah pun benjol.

"Kenapa awak buat macam tu?" Marah Faron seraya menumbuk tanah. Matanya tajam merenung Lydia. 

"Ini baru lawan saya yang tak ada lencana Melody Student. Awak nak lawan dengan senior kita?!" Tanya Lydia dengan suara yang seakan menjerit. Ibu jarinya diarahkan ke belakang menandakan dia sedang menuding ke arah Justin.

Kelihatan Justin sedang memandang kami semua dengan wajah bengis. Jarinya yang bergerak-gerak sambil berpeluk tubuh itu bagaikan menyuruh kami pulang dengan cepat.

Tanpa berlengah lagi, kami semua terus sahaja berlari melepasi ketua kumpulan kami itu. Selepas meninggalkan Justin di belakang, kami ketawa geli hati. 

Seronok pula apabila hanya kami (pelajar tahun satu) meluangkan masa bersama-sama.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro