Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎63💎

"Sesi ziarah kamu sekumpulan ke Venezuela dan Chile akan diteruskan. Namun kali ini, setiap daripada kamu akan disediakan pengawal terlatih oleh pihak Muzika Melodia." Ujar Lady Beatrix setelah memanggil kami untuk ke pejabatnya pada hari itu.

"Pengawal? Tapi saya dah minta pater (ayah) sediakan pengawal dia untuk jaga kami di rumah saya nanti." Balas Faron sambil berpeluk tubuh. Inilah kali pertama aku mendengar suaranya selepas seminggu tidak bersua muka.

Lady Beatrix mengeluh kecil. Beliau mendepakan tangan di atas meja. "Begini, kalian akan dijaga sepanjang perjalanan kalian ke sana. Lagipun, kalian gemar berjalan-jalan kan? Jadi, pengawal khas itulah yang akan menemani kalian." Katanya sebelum mula membetulkan duduk. Kakinya disilangkan.

Kami semua mengangguk faham kecuali Olivia yang sibuk menunduk sambil memegang dagu. 

"Tapi Lady Beatrix, rumah saya tidak boleh dijejaki oleh orang luar kecuali dengan keizinan bapa saya." 

Lady Beatrix tersenyum mendengar kata-kata Olivia. "Kita suruhlah mereka tidur luar. Sekiranya ada rumah tumpangan di sekitar kawasan itu, rezeki merekalah." 

"Tapi my lady, keluarga saya tinggal di pulau persendirian. Memang tak ada hotel." Olivia menjawab lalu mendongakkan kepalanya memandang wanita itu.

"Kalau macam tu, kita suruh mereka tidur atas kapal." 

Membulat mata kami mendengarkan hal itu. Tak ke kejam nak suruh orang yang jaga kita tidur dekat tempat yang tidak selesa?

"Biar betik?" Soal Reuben, terkejut. Sepanjang hidupnya, tidak pernah dibuat orang berkenaan hal itu.

"Huh, kamu je yang tak pernah buat. Tahu tak berkenaan raja dunia kita dari CrystalVale? Ada ke dia suruh pengawal yang tiada tempat tinggal tidur di dalam kandang kuda milik istana? Bersyukurlah saya sudah sediakan kapal untuk berehat. Bukan kapal biasa-biasa. Kapal eksklusif gitu." Lady Beatrix berkata sinis. Gayanya seperti memandang rendah kepada orang bawahannya.

"Dah tahu kerajaan kita jahat, janganlah ikut pula jadi rakyat yang jahat." Bisik Talha di bawah nafasnya. Justin yang berada di sebelah menutup mulut menggunakan belakang tangan bagi menahan tawa.

Laju sahaja mata Lady Beatrix menjeling mereka berdua. Tertunduk-tunduk kedua pelajar tahun dua itu takut.

"Baiklah, itu sahaja yang saya mahu beritahu hari ini. Kemas baju. Dua hari lagi kamu bakal bergerak."

"Aduh, baju tak basuh lagi!" Rungut Faron sambil mencengkam rambutnya. Jelas riak kecewa terhias pada wajahnya.

"Kisah pula aku." Sibuk Min Hyuk dengan wajah dingin.

Faron mengetap rahangnya tanda marah. Dia segera melangkah keluar dari pejabat tersebut.

Min Hyuk turut melangkah keluar apabila tumpuan kami semua diberikan kepadanya.

"Haish, apalah nak jadi." Keluh Lady Beatrix sebelum menggeleng kecil melihat kami yang tinggal ini terpinga-pinga.


~~~~~~~~~


"Reuben, Mayu!" Panggil Lydia yang termengah-mengah mengejar pasangan itu.

Mayu dan Reuben yang sedang seronok berbual menoleh. Wajah hairan mereka paparkan melihat Lydia yang sedang tersengih-sengih memandang mereka. "Ya, nak apa?"

"A- Ada nam- nampak Min Hyuk?"  Soal Lydia, gugup.

Kedua-dua pasangan itu terdiam seketika sebelum memandang satu sama lain dengan senyuman yang sukar ditafsir. Mereka berbincang sekejap sambil membelakangi Lydia. Melihatkan perkara itu, jantung Lydia berdetak hebat.

"Di studio muzik 56A. Saya rasa dia ingin menenangkan diri dengan bermain dram di sana." Balas Reuben dengan senyuman.

"Baiklah, terima kasih!" Tutur Lydia sejurus itu meminta diri. Tanpa menoleh ke belakang lagi, dia terus berlari ke tempat sepatutnya.

Kbang! 

Pintu studio itu Lydia hempas dengan kuat. Belum sempat dia mengatakan apa-apa, dua batang drum stick melayang ke wajahnya laju.

"Aduh!" Adunya sambil mengurut wajah. Terkelip-kelip matanya memandang seorang jejaka Korea yang kebetulannya duduk elok di hadapan sebuah dram milik studio itu.

"Nak apa datang sini?" Tanya Min Hyuk, geram. Elok sudah dia ingin bermeditasi di sini, kacau pula seorang gadis yang tidak tahu erti privasi.

Berbunyi-bunyi kasut tinggi Lydia yang melangkah ke dalam studio. Dia merapati Min Hyuk dan menarik lengan lelaki itu. Min Hyuk tercengang tidak bergerak.

"Awak ni, tak boleh relax langsunglah."

"Macam mana saya nak relax kalau awak kacau saya dekat sini?" Balas Min Hyuk yang cuba untuk merentap tangannya.

Lydia tidak ingin mengaku kalah. Dia tetap menarik lengan Min Hyuk sehinggalah lelaki itu berdiri. 

"Awak ikut saya. Kalau tak, saya tak mahu belanja awak dessert." Ugut Lydia yang tidak kurang juga kuatnya.

Min Hyuk tidak mengalah malah menarik tangannya semula. Namun, tanpa sedar dia sudah pun mengikuti Lydia sehinggalah ke The Green's Cafe.


~~~~~~~~~


Keseorangan, itulah apa yang aku rasakan sekarang ini. Kini aku termangu di tengah-tengah taman. Ke mana sudah si Lydia ini pergi?!

Mayu memang tidak selalu bersama aku sebelum berjumpa dengan Reuben lagi. Bila jadi macam ni, bertambah sunyi aku apabila Lydia tidak ada di sini. Jadi, aku nekad. Aku nak pergi cari Faron.

"Hailey, hello." Sapa Arthit yang kebetulannya lalu di sebelah aku. Aku tersenyum seraya membalas sapaannya.

"Ada nampak Faron tak?" Sempat lagi aku menyoal. Hanya gelengan menjadi jawapan si jejaka Thailand itu.

Aku berjalan lagi mengelilingi semua bangunan. Lagi, lagi dan lagi. 

"Ada nampak Faron tak?"

"Kau tanya aku pahal?!" 

Memang sudah mereng aku ni sampai Audrey pun aku pergi tanya. Aku bukan apa, aku risau dengan dia yang asyik menghilangkan diri. Kot-kot jatuh sakit sebab rindu aku ke? Eceh, perasan lebih pula aku ni.

"Cari Faron ke tu~?" Suara Olivia meleret bertanya. Aku berpaling pantas secara refleks. Ark! Sakit leher aku diperlakukan begitu. Oh leher, maafkanlah aku.

"Ha, sakit leherlah tu."  Tebak Olivia, tersengih. Dia menarik tanganku agar duduk di sebuah kerusi berdekatan setelah berjam-jam melangkah ke sana sini tanpa henti.

Aku tersenyum sumbing. Untuk bercakap dengan Olivia ni, memang jarang sekali. Tapi apa boleh buat, dia sahaja yang sudi menemani aku hari ini.

"Kalau nak mudah cari si putera sekolah tu, tempat pertama yang harus awak tuju ialah blok Izili. Sebab apa? Sebab itu tempat pelajar-pelajar elit. Dan yang pastinya, Faron ialah budak elit." Olivia bersuara sebagai permulaan.

Aku hanya mendengar. Tak ke aku ni budak elit juga?

"Second, saya dengar daripada Justin yang Faron tengah sibuk berlatih menguatkan diri atas sebab tertentu. Jadi, pastinya dia banyak habiskan masa di situ." Sambung Olivia lagi. Tangannya memegang bahuku lembut. "Maka, silalah ke sana sekarang."

Terangguk-angguk aku membalas. Baiknya dia membantu aku.

"Terima kasih Olivia." Ucapku seraya membongkokkan tubuhku sedikit.

"Halah, tak ada apalah. Saya tengok Faron asyik termenung je dalam kelas. Walaupun saya pelajar tahun 3, saya masih kena ambil kisah dengan junior-junior saya." Olivia bangkit dari duduk. Matanya melilau memandang ke segenap tempat.

"Oh Cruz!" Panggilnya sebelum berlari ke arah seseorang. Kelihatan Cruz berhenti berjalan selepas seseorang memanggilnya dari kejauhan.

Aku kembali bersemangat setelah mendapat clue yang diberikan oleh Olivia. Ayuhlah kita bergerak!

Tiba sahaja di blok Izili, aku meronda setiap tingkat bagi mencari kelibat sang gerangan yang sepatutnya.  Cepatlah muncul. Kaki aku dah lenguh ni!

"Hailey, yoohoo." Aku dapat mendengar suara Ethan dari belakang memanggil aku. Aku buat tidak endah malah melilau ke tempat lain.

Namun, derapan kakinya menandakan bahawa dia mengekori aku. Semaklah dia ni.

"Hailey..."

"Hailey."

"Hailey Chans-"

"Faron!" Jeritku gembira apabila terlihat Faron berada tidak jauh dariku. Cepat-cepat aku berlari meninggalkan Ethan di belakang. Sungguh, semua panggilannya tadi aku buat pekak sahaja.

Ethan kini sedang berdiri dengan tangan yang dihulurkan ke hadapan. Niatnya tadi untuk memegang tangan si gadis tetapi telah ditinggalkan terlebih dahulu. Apakan daya, nasib badan.

"Dia ni kan, dah berani tinggal-tinggalkan aku." Ethan berbisik marah. Dia menyeluk poket lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya menaip laju.

"Kau tunggu, Hailey Chanson."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro