💎61💎
Tiga hari berada di Singapura tidak mendatangkan banyak kebaikan kepada kami. Masing-masing lebih banyak melayan perasaan dan mengurung diri. Terutamanya Faron yang membiarkan aku tergantung sepi.
Daripada apa yang aku lihat, hanya Justin dan Olivia sahaja yang banyak memajukan diri dengan duo mereka itu. Mayu juga kadangkala mengikut langkah mereka memandangkan dia seorang yang gemar bermain seruling bersama seorang pemain violin. Seperti yang semua tahu pula, di mana ada Mayu, di situ ada Reuben.
Min Hyuk? Aku tidak tahu ke mana tetapi sering kali dia menghilangkan diri. Apabila dia menghilang, Lydia turut menghilang. Barangkali gadis itu memberi sesi kaunseling kepada jejaka Korea yang seorang itu.
Kini, aku tinggal seorang diri. Merenung nasib yang hujungnya tidak pasti. Hanya purnama yang indah menemani aku malam ini.
"Tengok apa tu?" Justin menegur aku dari belakang. Kemudian, dia mengambil tempat di sebelahku.
Aku tidak menjawab malah mengfokuskan renunganku pada air pancut yang menghiasi taman milik rumah keluarga Lydia ini. Malas mahu diganggu. Itu apa yang aku rasakan sekarang.
"Janganlah macam ni, Hailey. Awak ada sewaktu saya serabut dan sekarang ini, biarlah saya pula yang bantu awak." Ujar Justin lagi dengan lembut sekali. Dia mencabut jaket yang dipakainya lalu diletakkan ke atas bahuku. Dingin malam yang mencengkam tubuh kini kurang aku rasakan.
"Saya..." Tiada apa yang dapat aku luahkan. Sesungguhnya, semua masalahku adalah sulit. Lydia sahaja menjadi pendengar setiaku. Namun, sekarang ini ada yang lebih memerlukan bahunya. Aku boleh jaga diri sendiri.
Pandangan mataku yang terarah pada air pancut itu masih tidak aku alihkan. Mulut ingin berbicara tetapi hati kata jangan.
Cahaya bulan membiaskan satu sinaran bewarna hijau dari sisiku. Mataku terpejam akibat dipanah cahaya tersebut. Aku terus menoleh ke arah datangnya cahaya tersebut. Kelihatan sebuah cincin zamrud berada dalam pegangan Justin.
Membulat mataku melihat perhiasan yang ditunjukkan di hadapanku itu. Cincin milik organisasi Zamrud!
"Aw- Awak... Awak curi Lydia punya cin- cincin ya? Ha- Hahaha... Saya bagitahu dia nanti kang." Ugutku dengan senyuman yang terketar-ketar.
"Ha'ah saya curi." Balas Justin bersahaja. Dia tersenyum nipis. "Banyaklah saya nak curi. Kenapa awak tak beritahu yang awak Chanson?!" Soalnya keras tiba-tiba.
Aku tersentak seketika. "Chanson tu apa?" Tanyaku pula.
Ark! Kenapa kau jawab macam tu Hailey?
"Nak menipu pun agak-agaklah." Justin berkata sebelum ketawa besar. Sempat lagi dia menyimpan cincin tersebut semula ke dalam poketnya.
Dengan penuh dramatik, aku berdiri di hadapannya dengan tangan yang dicekak ke pinggang. "Kenapa awak cakap macam tu? Beri saya sejuta sepuluh alasan yang saya ialah keturunan tersebut!" Jeritku sambil menuding tepat ke batang hidungnya.
"Pertama, awak tiada nama keluarga. Kedua, awak pakai sarung tangan. Ketiga, Perancis ialah destinasi terakhir untuk sesi ziarah menziarahi kita ni. Keempat, rambut awak warna ungu!" Ujar Justin dengan penghabisan yang sedikit kuat. Tangannya mengalihkan tudinganku daripadanya.
"Apa kena mengena pula?!" Ternganga aku mendengar jawapan terakhirnya itu. Kalau dekat dunia ni ada orang warna rambut macam aku, boleh buat camouflage kan?
"Awak fikir saya tak tahu ke yang abang awak datang sekolah masa awal tahun hari tu?" Balas Justin tegas. Riaknya bagaikan ingin marah tetapi tidak.
Aku terdiam memandangnya. Mamat ni gila tahu semua benda!
"Buat pengetahuan awak, saya anak kepada ketua organisasi Zamrud yang sekarang. Anak pertama tau. Err... Memang anak pertama pun sebab saya anak tunggal. Anyways, saya tak pernah tahu pun tentang kewujudan anak terakhir Chanson." Bermulanya bicara Justin mengenai dirinya yang tidak pernah kuketahui selama ini.
"Saya jadi curiga selepas terdengar perbualan pembantu-pembantu ayah saya mengenai pencarian dan pengawasan seseorang. Berkenaan pembongkaran rahsia kerajaan, kekacauan dan segalanya yang berlaku. Semuanya tepat ke nama keluarga awak tu."
"Saya bakal menjadi ketua seterusnya dan pastilah saya bijak menganalisis. Saya jadi curiga tentang awak sejak test simulasi di blok Izili. Tak akanlah keluarga Chanson suka-suka nak bagi botol suara tu dekat orang. By the way, pengetahuan tentang kemajuan organisasi saya sekarang ni, saya tidak tahu. Kenapa? Semuanya dirahsiakan daripada saya hanya kerana untuk menjaga keselamatan saya." Ulasnya panjang lebar.
Aku membuang pandanganku ke arah bulan yang menemani perbualan kami ini. Penjelasannya aku tangkap satu persatu dengan sempurna.
Patutlah sewaktu aku bertanyakan Lydia mengenai Jeremie La Muzika, dia hanya tersenyum kecil sambil menjongketkan kening. Oh, inilah rahsia dia rupanya.
Tapi mengikut penceritaan Justin, nampaknya Lydia tidak tahu bahawa Justin sudah tahu tentang aku. Niat gadis itu juga seperti ahli organisasi Zamrud yang lain. Merahsiakan kewujudan aku untuk menjaga keselamatan Justin agar tidak terlibat dalam masalah ini.
"Ergh, saya bukannya budak kecil lagilah." Keluh Justin sebelum menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan. "Malunya bila nampak lemah depan insan yang sepatutnya saya lindungi."
Aku tersenyum geli hati. Nak lindungi aku buat apa? Aku yang patut lindungi dia. Aku lebih kuat.
"Dahlah, saya nak masuk dalam. Cerita banyak-banyak pun tak ada guna since saya tak boleh nak buat apa-apa. Kalau père (bapa) saya tahu saya bertindak, memang kena bebel. Tak sanggup saya." Tutur Justin lalu berdiri. Seluarnya yang berdebu dikibas-kibas.
Dia melangkah pergi meninggalkan aku. Sebelum dia menghilangkan diri, dia sempat menoleh ke arah aku dengan senyuman. "I'm looking forward to hear you sing one day, little miss."
Kabus malam menyertai perjalanannya yang mana membuatkan dia seolah-olah berlalu seperti angin. Aku memejamkan mata sambil mendongak ke langit. Perkara ini tidak aku sangka, namun aku dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.
Jikalau begini, semakin dekat misi aku dalam membongkar rahsia dan sejarah keluarga aku. Kurang sudah serabutku. Saat ini, sudah ada seorang lagi yang berpihak kepada aku.
Namun, kalau semuanya bersahabat dan membantu aku hanya kerana nama keluargaku, adakah itu boleh dikira sebagai satu keihklasan? Sekiranya Lilac dapat aku tumpaskan, adakah mereka akan masih bersama aku sehingga hujung nyawa?
"Kenapa... Aku fikir macam ni?" Bisikku sambil menarik jaket yang membalut tubuhku malam itu.
Eh, jaket? Alamak! Nanti nak kena pulangkan dekat Justin pula. Aduh, apa fikir si Faron nanti?
"Hailey... Oh, Hailey..." Sayup-sayup suara Lydia memanggil namaku dari kejauhan. Aku tidak menjawab malah memencilkan diri.
Derapan tapak kaki semakin menghampiri menandakan bahawa Lydia akan menemui aku tidak lama lagi. Jaket milik Justin itu segera aku ikatkan ke pinggang.
"Lah, kat sini rupanya awak. Punyalah saya mencari." Lydia berkata lega. Dia mendekati aku yang sibuk merenung air pancut yang tidak henti-henti menemani aku dari tadi.
"Hai Lydia. Kenapa cari saya?" Tanyaku sambil menoleh ke arahnya yang sudah mengambil tempat di sisiku. Rambutnya yang sering diikat kini dibiarkan beralun ditiup angin.
Dia berpaling ke arahku lalu tersengih. "Saya ada sesuatu nak tunjuk dekat awak."
~~~~~~~~~~~
Berderap-derap bunyi dedaun dan ranting-ranting yang memenuhi perjalanan kami ini. Aku mengikut sahaja langkah Lydia yang bersungguh-sungguh memegang tanganku agar tidak tertinggal di belakang.
"Dah sampai." Kata Lydia sebelum membuka pintu rumah hijau itu lalu menarik aku supaya melangkah ke dalam. Aku panggil rumah hijau. Tapi sebenarnya tidak.
Tempat ini banyak tumbuhan dan haiwan tetapi semuanya disimpan di sebalik cermin kaca. Termasuklah tumbuhan yang paling aku benci iaitu Fairy Courts.
"A- Apa- Apa... Kenapa awak tarik saya ke sini? Jangan bawa saya dekat Fairy Courts! Jangan! Jangan!" Terjerit-jerit aku yang cuba untuk melepaskan diri dari pegangan Lydia. Malangnya, gadis itu hanya memekakkan telinga.
Dia menolak aku ke dalam kurungan tumbuhan durjana tersebut. Tumbuhan itu bukan setakat satu dua. Tetapi, ada lima!
"Awak nak bunuh saya ke?! Keluarkan saya cepat!!" Aku mengetuk cermin yang memisahkan kami berkali-kali. Terserlah wajah terujanya apabila tumbuhan Fairy Courts semakin menghampiri aku dari belakang.
Perempuan ni dah tak betul agaknya! Dia bukan setakat tak betul dekat sekolah je, dekat rumah pun sama rupanya. Sampai bela tumbuhan pelik-pelik.
"Lydia!" Laungku sekuat hati. Aku berpaling bagi melihat kedudukan aku sekarang. Waktu ini, aku hanya mampu bersandar pada dinding cermin manakala lima makhluk itu pula beria-ria bergerak ke arah aku.
Panik! Aku tak tahu nak guna magis muzik yang mana satu. Aku blank!
"Stop!" Arahku seraya memejamkan mata tatkala kelima-lima Fairty Courts itu berada hanya beberapa langkah dariku.
Senyap, sunyi dan sepi. Tiada bunyi pergerakan yang dapat aku dengari.
"Pfft- Ahahahaha! Betullah sangkaan saya! Mereka akan dengar cakap awak." Lydia bersuara riang di belakangku. Walaupun dilindungi cermin, aku dapat mendengar suaranya dengan jelas.
Aku membuka mata. Lima tumbuhan Fairy Courts kaku tidak bergerak. Aik?
"Spin!" Arahku lagi.
Tidak aku sangka, kelima-lima tumbuhan tersebut mengikut arahanku dengan patuh sekali. Mereka berpusing-pusing sehinggalah jatuh akibat kepeningan.
Lydia ketawa terbahak-bahak melihatkan adegan itu. Dia yang suka, aku yang merana. Apa lagi, aku terus sahaja menghantar diriku keluar menggunakan magis muzik seruling. Bahunya aku cengkam kuat dari belakang.
"Hic!" Lydia berdecit takut. Tangannya menggigil-gigil menyentuh tanganku yang mencengkam bahunya.
Aku menghadiahkan senyuman yang menakutkan. Walaupun dia berada di hadapan aku, pantulan wajahku dapat dia lihat melalui cermin yang mengurung tumbuhan-tumbuhan itu tadi.
"Kalau saya yang campak awak masuk dalam tempat tu, apa jadi ya?" Tanyaku dalam nada seram.
"Ampun cik muda, saya tak akan buat lagi!!"
~~~~~~~~~~~
"Maafkan anak aunty. Dia memang macam tu."
Kini, Lydia bersama Puan Maisie sedang duduk melutut di hadapan aku manakala aku pula berdiri menghadap mereka sambil berpeluk tubuh. Ya, aku rasa bersalah kerana memperlakukan mereka sebegitu tetapi hati aku menggelegak marah sekarang ini.
"Lain kali, tanya dulu sebelum buat apa-apa. Ini tak, campak anak dara orang macam campak daging masuk kandang harimau! Nasib baik Hailey berhati perut. Kalau tak, memang habislah kamu dikerjakan Fairy Courts tu." Marah Puan Maisie sambil memukul peha Lydia berkali-kali. Anaknya itu hanya diam menunduk.
Aku melabuhkan punggung di hadapan mereka. Keluhan kecil aku lepaskan.
"Kenapa keluarga Aunty bela benda macam ni? Kan bahaya."
Puan Maisie yang sedang mengusap kepala Lydia mengangkat kepalanya. Dia tersenyum kelat. "Organisasi Zamrud ada banyak bahagian. Kami dari kumpulan yang bertanggungjawab dalam menangkap makhluk-makhluk mistik seperti ini untuk dijadikan kajian." Balasnya jujur.
"Kenapa mereka tak serang saya? Padahal itu tumbuhan liar kot." Soalku ingin tahu.
Lydia yang pada mulanya mendiamkan diri segera memandang aku dengan mata yang bersinar. "Saya dengar perbualan awak dengan Ongaku-san masa tu! Betul dia kata, semua makhluk mistik di Ochestra World kenal awak. Awak memang benar penyelamat Ochestra World."
Kata-kata Ongaku-san mula bermain dalam kepalaku. Betul juga apa yang Lydia cakap tu.
"Tapi, kenapa makhluk Seviries hari itu serang saya?" Berkerut dahiku mengenangkan kejadian lepas di Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Puan Maisie dan Lydia saling berpandangan. Masing-masing membuat gaya berfikir.
"Mungkin awak tak beri arahan pada dia? Ataupun, itu hasil daripada magis muzik seseorang yang dapat mewujudkan jelmaan sebiji seperti makhuk mitos kuno." Balas Lydia, pintar sekali.
Mataku melirik ke arah kurungan Fairy Courts tersebut. Kelima-lima tumbuhan menjalar itu bagaikan sedang memandang aku dengan penuh kasih sayang. Ada apa dengan kisah nenek moyang aku dahulu dengan makhluk di dunia ini?
Segalanya pasti terbongkar tidak lama lagi. Aku yakin!
"Sudahlah, pergi tidur! Apa malam-malam merayau pula." Marah Puan Maisie, garang.
Tanpa membuang masa, kami berdua pun terus memecut ke rumah utama keluarga Robert.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro