💎60💎
"Kita kena lawan!"
"Kau gila ke?!"
"Apa gila-gila?! Kan kita pernah lawan masa simulasi di blok Izili. Awak Melody Student kot! Tak akanlah benda macam ni tak boleh? Lagi-lagi dengan kelebihan awak tu." Bebelku kepada Faron yang tidak keruan di sisi aku.
Tanpa menunggu masa, cahaya ungu mula menerangi tangan kananku. "Piano Explosion!" Laungku lalu muncul papan piano yang mengelilingi aku secara tiba-tiba. Tanganku pantas menekan papan kekunci. Melodi yang menakutkan memenuhi tempat tersebut. Bukan setakat Seviries sahaja yang menjerit kesakitan, para pengunjung turut menjerit sekali.
Maafkan aku, ini sahaja cara yang boleh aku gunakan.
Namun, makhluk tersebut tidak mengundur diri. Kukunya yang tajam mula menghancurkan segala yang berada berdekatan dengannya.
"Ini real life. Bukannya simulasi lagi." Peringatku pada diri sendiri. Nafasku turun naik akibat ketakutan yang mula menyelubungi diri.
Hailey, kau ini seorang Chanson dan tugas kau adalah untuk melindungi Ochestra World. Apa guna wujudnya magis kalau engkau tida menggunakannya? Kuatlah Hailey, kau boleh!
Aku menarik nafas dalam. Melihatkan Faron yang masih diam tidak berganjak, aku mengambil keputusan untuk bertindak. Tanganku menyeluk satu botol kecil yang berada di dalam poket.
"This is for you!" Ujarku lalu melompat ke udara. Botol tersebut aku campak ke arah salah satu makhluk Seviries yang berlegar-legar di situ.
"Hailey!" Panggil Faron cemas. Aku menoleh ke arahnya. Kelihatan dia sedang menuding ke arah seorang jejaka yang duduk tidak jauh daripada makhluk Seviries yang bakal menyerangnya.
Aku menepuk dahi. Faron ini kan, dia bukannya nak tolong. Aku pula yang harus melakukannya.
Segera aku berlari ke arah jejaka tersebut dan menariknya sebelum makhluk tersebut sempat menyerang. Aku memandangnya geram. "Kenapa awak tak elak?" Soalku.
Dia tersengih lalu menggelengkan kepala. Kemudian, dia melakukan beberapa isyarat tangan yang tidak kufahami. Dia... Pekak?
"Terima kasih selamatkan anak saya." Seorang wanita muncul dengan tangisan yang bersisa di pipi. Dia memelukku dengan erat sekali. "Maaflah, dia tidak dapat mendengar. Disebabkan itulah dia tidak mengambil kisah tentang kehadiran makhluk tersebut."
Aku mengangguk faham. "Tidak mengapalah makcik, mujur saya sempat selamatkan dia." Ujarku bagi menenangkan hati wanita tersebut. Wanita itu tersenyum lalu membawa anaknya pergi.
Sekarang ini, aku tidak tahu ahli kumpulanku yang lain berada di mana. Apa yang aku pasti, aku dan Faron harus berlawan dengan makhluk-makhluk ini sebelum ia merayau di sekitar bukit yang menjadi tarikan pelancong ini.
"Faron Aden."Panggilku. "Kalau awak tak mahu lawan, baik awak cari mereka yang lain." Pesanku dengan mata yang mencerlung penuh semangat.
Setiap simulasi yang berlaku di blok Izili berlainan bagi setiap pemegang magis muzik. Sangka aku, Faron tidak pernah berdepan dengan makhluk ini dalam simulasinya!
Tidak sempat Faron membalas kata-kataku, aku terus mara ke hadapan. Walaupun aku tahu yang aku tidak boleh menggunakan kelebihanku yang lain, aku tetap akan berusaha.
"Hiyargh!" Jeritku lalu menghentak salah satu daripada makhluk tersebut dengan sebuah pasu bunga berdekatan. Selepas itu, aku mencampak lagi botol milikku sehingga pecah ke lantai. Suara merdu milikku menghancurkan mereka sehingga menerbitkan cecair likat di sekitarku.
Aku menjeling beberapa ekor lagi makhluk Seviries itu. Botol suara tinggal sedikit. Kalau habis, naya aku.
"Chanson?" Satu suara menegur aku.
Entah mengapa, aku berasa amat marah mendengarkan nama itu disebut. Tanpa berfikir panjang, aku membaling botolku kepada sang penegur. Namun, tiada bunyi pecah yang dapat aku dengari. Aku segera menoleh ke belakang.
"Wah, aku sudah dapat suaranya." Ujar seorang pemuda di sebalik jubah bewarna hitam. Membulat mataku apabila melihat pemuda itu sedang elok bersandar pada salah satu makhluk Seviries.
"Aku pun mahukan suaranya juga!" Seorang lagi pula muncul dari belakangnya. Berlari-lari dia ingin merampas botol kecil tersebut.
"Ah, ini aku punya. Kalau engkau mahu, mintalah daripada dia." Pemuda itu menampar lengan rakannya itu. Matanya yang bewarna kuning terang merenung aku penuh tajam.
Perlahan-lahan, aku melangkah ke belakang. Aku dapat merasakan bahawa mereka ini adalah daripada kesatuan Lilac yang ingin menangkap aku. Sudah, aku telah memberikan mereka sedikit suaraku.
"Engkau mahu ke mana, Chanson? Perlawanan kita belum selesai." Seorang gadis yang berpakaian sama dengan kedua orang pemuda itu, menyapa aku dari belakang. Tangannya mencengkam bahuku kemas.
"Kalian nak apa?!" Soalku keras. Aku bukan lagi gadis lemah seperti kalian jumpa sewaktu aku kecil. Aku kini sudah pandai berlawan, sudah bijak menggunakan pelbagai magis muzik.
Gadis itu tertawa kecil. "Hanya engkau sahaja yang bergerak ke mana-mana. Ahli keluarga engkau yang lain, belum dapat kami kesan. Selain daripada engkau yang kami mahukan, ada sesuatu juga yang kami dambakan. Professor Lucas, kau tahu? Beliau telah membongkar kehebatan suara unik milik keluarga Chanson. Berilah kepada kami kelebihan engkau itu!" Jeritnya sebelum cuba untuk menetak leherku.
Belum sempat dia berbuat demikian, aku melompat ke belakangnya terlebih dahulu. Terhuyung-hayang aku memperkemaskan kedudukanku.
"Banyak yang engkau tidak tahu. Tetapi perkara yang tidak engkau ketahui itulah yang memudahkan kami dalam menghapuskan keluarga engkau. Bapa engkau itu, satu hapak pun dia tidak tahu walaupun berketurunan Chanson. Datuk engkau yang pernah berkawan dengan Professor Lucas itu tidak pernah beritahu apa-apakah?" Pemuda itu pula berkata sinis.
Professor Lucas, pakar muzik di Ochestra World. Beliau sudah tidak bergiat dalam aktiviti yang melibatkan muzik. Tiada sesiapa lagi yang mengetahui kehebatan keluarga kami melainkan dirinya yang rajin mengkaji. Bagaimana rahsia keluargaku dapat Lilac temui? Apakah yang disembunyikan daripada kami?
Kehilangan mama, penyembunyian identiti dan pengejaran Lilac semuanya pasti berkaitan. Walaupun mama bukanlah warga Perancis, namun dia telah melakukan satu pengorbanan. Pengorbanan yang mana mencari sebuah kebenaran.
Bergenang air mataku. Ketiga-tiga insan berjubah hitam itu sudah tersenyum sinis ingin menyerang.
"Hailey!" Suara Justin bergema memanggil aku. Tidak kurang juga, sahabat-sahabatku semua berada di situ.
Habislah sekiranya semua terbongkar di sini. Aku belum bersedia!
"Hailey? Oh, itukah nama engkau? Baiklah Hailey, semoga kita berjumpa lagi. Kegembiraan dan ketenangan yang engkau rasakan ini tidak akan lama. Jadi, berseronoklah sepuas-puasnya. Hahaha! Selamat tinggal!" Tutur gadis itu sebelum menghilang bersama sahabat-sahabatnya. Makhluk Seviries yang sedari tadinya melakukan kehancuran juga telah hilang daripada pandangan.
Kaki aku terasa lemah. Terjelepok aku menyembah lantai.
Lydia pantas berlari ke arahku. Wajahnya merah menahan marah seperti tahu apa yang telah terjadi. "Awak okey?" Soalnya.
Aku menggeleng. Dia segera memeluk aku erat. Air mataku mula mengalir di pipi. Kenapa aku yang harus hadapi semua ini?!
Jika pulang ke sekolah, Ethan menunggu. Keluar dari sekolah pula, puak Lilac mencari. Tempat paling selamat buatku ialah pulang ke Perancis. Ya, bersembunyi sepertimana ahli keluargaku yang lain.
"Hailey..." Mayu turut melutut dan memeluk aku.
"Kau! Faron, kau- kau kenapa tak lindungi Hailey?!" Suara seseorang yang tidak kami sangka menjerit. Dia menolak tubuh Faron berkali-kali.
"Aku- aku..." Balas Faron tersekat-sekat.
Min Hyuk menolak Faron kuat sehingga menghasilkan gelombang dram yang menyebabkan Faron jatuh ke lantai. Sungguh, dia sangat bengang ketika itu.
"Kalau akulah yang dengan dia, dia tak akan jadi macam ni. Aku tahu kau anak keluarga Aden, kau yang paling kuat antara adik-beradik kau. Tapi kau bersikap macam pengecut. Kalau kau inginkan Hailey, jaga dia baik-baik! Sebab aku tahu, aku tak akan mampu!" Min Hyuk bersikap telus pada ketika itu. Dia merenung Faron yang sedang mendongak memandangnya.
Aku tersentak seketika. Min Hyuk... Suka aku?
"Sudah semua." Justin berkata dalam nada serius. Kami semua diam tidak bersuara.
Secara tiba-tiba, kami semua sudah berada di dalam van milik Talha. Adakah ini magis milik Justin?
"Kenapa awak tak gunakan magis ini awal-awal? Dekat sekolah boleh pula!" Tegurku yang baru sahaja teringat akan peristiwa-peristiwa di sekolah. Sudah banyak kali dia bawa aku ke mana-mana menggunakan magisnya itu. Kalian yang membaca, masih ingat?
Justin tersenyum kelat memandang aku. "Magis saya boleh guna untuk warp. Iaitu berpindah sekelip mata. Saya tidak boleh menggunakan teleportasi mahupun pengangkutan sebagaimana yang Lydia lakukan pada ketika itu." Balasnya. "Lagipun, pergerakan magis itu perlahan. Jadi, saya gunakannya di sekolah sahaja hehe." Sambungnya lagi dengan sengihan sebagai penutup.
"Ayo, kalau tak, tak payah saya guna kelebihan saya." Lydia berkata jujur sambil menepuk dahinya.
"Ajar saya senior!" Reuben pula menyibuk sambil mengangkat tangannya di hadapan Justin. Hanya anggukan sahaja yang Justin berikan sebagai balasan.
Talha dan Khawlah saling berpandangan. Mereka tidak dapat memproses apa yang baru sahaja berlaku. Segalanya berjalan dengan pantas sekali. Apakah yang sudah terjadi?
~~~~~~~~~~~~~~~~
Dipendekkan cerita, kami kini sudah berada di Singapura dan sedang berehat di ruang tamu rumah Lydia. Penat. Sungguh penat.
"Hailey, awak dah okey?" Soal Puan Maisie iaitu ibu kepada Lydia. Dia menghulurkan secawan teh Chamomile.
Aku tersenyum manis lalu mengangguk perlahan. Lydia menceritakan kejadian tadi dengan bersungguh-sungguh kepada emaknya walaupun dia tiada di situ. Walhal, akulah yang menghadapi semuanya seorang diri.
Mereka yang lain diminta untuk berehat di ruang tamu manakala aku pula dibawa ke dapur. Puan Maisie pastilah berasa risau sekiranya aku tercedera. Manakan tidak, dia juga merupakan salah seorang ahli Zamrud juga.
"Aunty jangan risaulah. Saya kuat." Balasku lalu menyisip teh.
"Kamu ni, sama macam mama kamu. Suka cakap macam tu." Tutur Puan Maisie dengan senyuman. Matanya redup memandang wajahku.
Aku mengerutkan dahi. "Aunty pernah jumpa mama saya?"
Tiada riak terkejut yang dipaparkan oleh wanita itu. Hanya senyuman sahaja yang dihadiahkannya buatku.
"Mummy, Hailey, Lady Beatrix kata kita kena tangguhkan dulu pergerakan kita ni. Kalau asyik jadi macam ni, kita terpaksa tarik diri." Kata Lydia yang muncul secara tiba-tiba di dapur.
Sebaik sahaja dia berkata sebegitu, aku dapat mendengar amukan dan rungutan daripada mereka yang berada di ruang tamu. Terutamanya Olivia yang sudah pun berada di tahun akhir.
"Kalau tidak, saya tarik diri. Disebabkan saya, semua jadi macam ni." Aku berkata pasrah. Sungguh, aku tidak minta untuk jadi begini.
Le Musique Concurrence, satu pertandingan yang tidak pernah aku sangka yang aku layak untuk memasukinya. Namun, segalanya terjadi begini akibat satu nama. Nama yang memiliki semua magis muzik di tangannya.
"Mana boleh macam tu! Kita semua ditakdirkan untuk jadi satu kumpulan. Jangan risau Hailey, saya akan lindungi awak. Walaupun saya bukanlah Melody Student, saya seorang yang terlatih dalam bertempur. Cuma masa tu, saya sibuk kacau Min Hyuk daripada menganggu awak dan Faron. Maafkan saya." Lydia membongkokkan dirinya di hadapan aku.
Aku memandang Puan Maisie lalu menoleh ke arah Lydia semula. "Sesungguhnya, saya menerima kemaafan itu." Balasku, santun.
Lydia bangkit lalu memelukku riang. Namun di sebalik gayanya itu, dia sedang merenung Justin yang melihat kami penuh curiga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro