Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎55💎

"Lepas ni kita pergi Korea?!" Olivia bertanya teruja setelah aku hadir ke The Green's Cafe bersama sehelai kertas yang diberikan Lady Beatrix kepadaku beberapa minit lepas. Cawan miliknya yang mengandungi kopi dihentakkan ke atas meja dengan perlahan.

Min Hyuk membulatkan matanya apabila semua ahli memandangnya. Terbantut niatnya untuk menghirup teh. Tidak selesa sekiranya diperhatikan.

"Saya nak shopping!" Mayu pula berkata. Dia dan Olivia melompat gembira.

Justin mengurut dahinya sambil menggeleng kecil. Orang ingin bertanding dan bersedia, perkara itu pula yang difikirkan mereka. Terutamanya Olivia yang sememangnya paling tua antara mereka.

Lydia menjeling ke arahku. Dia berbisik perlahan dalam nada mengusik. "Awak nak menyamar lagi macam di Jepun?"

"Ugh." Aku menyembamkan wajah ke meja tatkala memori yang memalukan itu menusuk ke minda. Tidak, aku tidak mahu mengingatinya lagi.

"Wait, kalau ikut tarikh ni..." Reuben mendekatkan wajahnya pada kertas tersebut. "Dalam dua minggu lagi?! Kita baru sahaja pulang. Tinggalkan pelajaran, banyak benda nak catch up." Rungutnya sebelum melabuhkan kepalanya ke bahu Mayu yang sedang mengunyah kek. 

Kertas yang berada di tangan Reuben dirampas oleh Talha. Pelajar tahun 2 itu mencebik lalu membaca kertas tersebut. "Pasal pelajaran tak payah kisah. Kalian dapat masuk sini sebab kalian pandai, ingat tu! Lagipun, kita akan menerima kelas online." Ujarnya tegas.

"Itu lagi malas!" Faron mengeluh sambil berbaring di atas sebuah sofa dengan tangan yang didepakan.

Kami harus ke luar negara selang dua minggu bagi mempercepatkan kerja kami dalam menyertai Le Musique Concurrence. Segalanya telah disusun cantik oleh Lady Beatrix. Jika difikirkan, segalanya sempurna. Waktu belajar dan waktu berlatih dijadualkan cantik tiada cela.

Jadi, sekiranya kami tidak mengikut jadual tersebut, semuanya akan cacat sedikit. Hal ini demikian kerana, semuanya sudah diatur dengan cantik sekali. 

"Le Musique Concurrence nanti itu... Kita akan pakai seragam sekolah atau random? Kalau tak, saya nak design baju." Aku memberi cadangan dengan senyuman. Sambil itu, aku mengeluarkan sebuah buku nota dan sebatang pen.

Seronok! Aku suka gila design baju. Mostly baju aku, aku design sendiri. Tetapi disebabkan kami (keluarga Chanson) harus berlagak seperti orang biasa untuk tidak menimbulkan prasangka terutamanya di pandangan orang ramai, baju 'emo' aku sahajalah yang aku pakai. 

"Well, peringkat pertama, kita dah lepas dan kita pakai baju sendiri masa tu. Peringkat kedua, kita menang tanpa sengaja. Untuk Le Musique Concurrence, saya tidak pasti. Memandangkan banyak sekolah di situ, boleh jadi kita kena pakai baju sekolah." Justin menjawab sambil menghala pandangannya ke luar tingkap. Burung yang berterbangan di luar lebih menarik perhatiannya.

Akhirnya, kami semua tenggelam dalam dunia masing-masing. Aku menoleh ke arah Justin yang berada di sebelah kiriku. Dia termenung sendiri. Sejak kebelakangan ini, aku lihat dia kurang menumpukan perhatian. Apakah yang sedang mengganggu minda ketua kumpulan kami ini?

"Justin." Panggilku.

Dia mengambil masa sebelum menoleh ke arahku setelah dipanggil berkali-kali. "Ya?" Soalnya sambil mengerutkan dahi.

"Awak okey?"

"Emm, saya okey. Kenapa?" Tanya Justin tatkala pandangan risau aku berikan padanya.

Aku mengalihkan pandangan kemudian membalas. "Bukan apa, awak nampak macam space out banyak." Teh yang berada di hadapanku aku kacau perlahan. Nafas dalam aku tarik sebelum menyambung. "Kalau awak ada masalah, beritahulah saya. As a fellow... Parisians?" 

"You guys live in paris?" Lydia muncul di belakang kami. 

"Eh... Not really. Justin is." Balasku senada. Aku? Tinggal di Perancis. Tempat? Tiada sesiapa yang tahu.

Justin menjongketkan kening. "Macam mana awak tahu?" Soalnya hairan.

"Lucky guess." Jawabku bersahaja. "Lagi pun, you look like one." Sambungku lalu menoleh ke arah lain. Malas mahu memanjangkan cerita.

Lydia dan Justin saling berpandangan. Macam tu pun ada?

Tok! Tok!

Talha mengetuk meja bagi mencari tumpuan kami. Kami semua terus menoleh ke arahnya.

"Ya?" Tanya Olivia yang sibuk berbual bersama Min Hyuk walaupun jejaka itu langsung tidak mahu diganggu.

"Sesi melepak kita ni dah habis ke? Aku nak keluar." Ujar Talha sambil menuding ke arah pintu menggunakan ibu jarinya.

Faron yang sedang menyelesakan diri di atas sofa segera bangkit dan menepuk meja. "Nak pergi mana?" Soalnya teruja.

"Aku nak pergi solat. Dah masuk Zohor ni. Kamu, jangan ikut." Talha berkata sebelum keluar lalu menutup pintu.

Kami semua merenung pintu yang telah tertutup. Senior Talha yang beragama Islam, lain sedikit daripada kami bukan?

"Brother Talha, awesome kan?!" Lydia bersuara tiba-tiba. Tangannya dijulangkan ke udara.

"Yeah, he is awesome. Tapi kan, tak pernah nampak dia guna kelebihan kompang dia betul-betul. Dia selalu guna kelebihan yang lain." Tutur Reuben yang menongkat kepalanya menggunakan dagu.

"Tak akanlah nak main kompang dalam band kita ni." Tukas Min Hyuk pula.

Anggukan setuju diberi Justin. "Tapi dia Melody Student. Skill berlawan dia mesti hebat." Katanya serius.

"Dia Melody Student?!" Aku dan Faron menyoal serentak. Kami memandang satu sama lain sebelum memandang ke arah Justin semula.

"Yup." Balas Olivia lalu menghirup tehnya. "Dia antara pemain kompang terbaik di sekolah kita ni. Cuma, kita tak pernah nampak dia berlawan." Sambungnya sambil menekankan perkataan 'kita' itu. Mungkin untuk menyatakan bahawa warga sekolah yang lain pernah melihat jejaka itu berlawan.

Aku dan Faron saling berpandangan lagi. Tabik sungguh kami dengan senior kami yang seorang itu!


~~~~~~~~~~~~~~~~


"So, bila awak nak ke luar negara lagi?"

Daun leluruh gugur mencecah tanah. Suara para pelajar yang berbual mewujudkan suasana hingar bingar. Boleh teka kami di mana? Ya, kami di Music Autumn.

Aku memeluk lutut mendengarkan soalan Ethan. Mengapa dia nak tahu?

"Tak pasti lagi." Balasku sebagai berbasa-basi. Wajahnya tidakku pandang.

"Oh? Okey." Balasnya dengan senyuman sinis. Walaupun aku tak nampak, gaya dia balas itu memang sangatlah sinis.

Perbualan aku pada hari ini tidak banyak sejak dia memaksa aku untuk mengikutinya. Sebaik sahaja aku keluar dari The Green's Cafe, dia telah menunggu di luar. Nak tak nak, ikutkan sajalah. Nanti, pelbagai ragam dan ugutan bakal dia ajukan pada aku.

"Awak nak tahu tak, haritu, Audrey kacau saya. Sibuk sangat nak luangkan masa dengan saya." Katanya apabila aku sudah mula hilang minat untuk berada di situ.

"Oh yeke?" Soalku bosan.

"Lah, tak jealous ke?" Ujar Ethan dalam nada terkejut. Dia membulatkan matanya padaku.

Aku sekadar menjeling. "Buat apa? Awak bukannya boyfriend saya pun."

"Ala... Hailey..." Rengeknya manja. Geli tahu tak? Aku hanya merehatkan kepalaku ke atas lutut sambil memandang ke arah yang bertentangan.

Bunyi daun luruh yang dipijak sangat dekat denganku. Aku mengangkat kepala lalu memandang sang gerangan yang berdiri di hadapanku kini.

"Hailey." Panggilnya.

"Cruz?" Balasku terkejut. Dia berada di sini? Bagaimana?

Jangan bersangka buruk Hailey. Mungkin dia layak berada di sini tapi cuma kau sahaja yang tidak tahu.

"Ada kawan kau nak jumpa kau tapi dia dekat luar. Disebabkan dia tak dapat masuk, dia minta aku panggilkan aku." Terangnya apabila wajah hairan sudah aku tunjukkan. 

Aku mengangguk perlahan. "Kenapa dia tak call saya guna Melody Caller?" Soalku padanya. Cruz menjongketkan bahunya sebagai jawapan.

Demi menyelamatkan diri, aku bangkit dan berterima kasih kepada Cruz. Aku segera mengemas barangku seraya mengucapkan selamat tinggal kepada Ethan. Belum sempat dia berkata apa-apa, aku telah memecut dahulu.

"Bye!" Jeritku sebelum menghilang.

Ethan menyandarkan dirinya pada batang pokok. Telefon bimbitnya dikeluarkan sebelum menaip sesuatu dengan pantas sambil tersenyum sinis. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro