Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎53💎

Kicauan burung yang menemani perjalanan aku untuk ke kelas pada pagi ini mewujudkan rasa aman. Aku rasa aku tak perlu risau tentang pertandingan akan datang kerana semua lagu, lirik dan persembahan telah aku karang dan menyimpan pelanku itu dengan rapi.

Tetapi, aku dapat merasa tekanan dan beban yang aku pikul. Kenapalah Lydia pergi berkata macam itu?

Ugh, kepala aku sakit. 

"Ethan! Awak nak pergi mana?" Suara Audrey dapat aku dengari dari sisi. Aku segera berlari dan melompat ke belakang semak. 

Dari sebalik semak, aku dapat lihat Ethan sedang berjalan tenang sambil diikuti oleh empat orang gadis. 

"Saya nak pergi perpustakaan. Kenapa?" Soal Ethan pada Audrey dengan suara yang dalam.

"Nanti jom makan sama-sama!" Ajak Audrey disambut dengan anggukan serentak daripada sahabat-sahabatnya.

Aku memandang geram. Perempuan ni kan... Tak dapat Faron, kejar Ethan pula. Apa masalah dia ni?

"Kenapa? Awak sudah ada Faron. Pergilah dengan dia." Tanya Ethan dengan senyuman sinis. Meskipun begitu, senyuman tersebut tidak dapat dilihat oleh gadis-gadis yang berada di belakangnya itu kecuali aku.

Hentakan kaki diberi oleh Audrey dengan kuat. "Biarlah dia itu. Awak janganlah tolak pelawaan saya. Nanti rugi tau kalau tak spend time dengan gadis tercantik di sekolah ini." Tuturnya gedik.

Aku menepuk dahiku. Perasannya!

"Maaflah." Ethan berpaling menghadap mereka dengan senyuman yang kononnya ikhlas. "Saya sudah ada girlfriend." Katanya tegas.

Namun, kata-katanya itu tidak mematahkan semangat Audrey untuk terus mengajak Ethan keluar bersamanya. Senyuman manis tidak lekang dari bibir Ethan. Aku tahu, senyumannya itu dipaksa. Dia bukannya sebaik yang orang sangka.

Sejak Olivia sibuk dengan The Blue Silhouette, gelaran duet terbaik sekolah bagi Olivia dan Ethan sudah kurang disebut oleh orang. Mereka berdua tidak lagi membuat persembahan bersama-sama. Disebabkan itu, ramai gadis cuba untuk mendekati Ethan.

Sebenarnya, Olivia pernah suka akan Ethan kerana perwatakannya yang baik dan gentleman gitu. Tidak seperti Faron yang suka memaksanya untuk nyanyi bersama.  Selepas dia bertemu dengan Justin di dalam kumpulan kami, sifatnya lebih terbuka dan lebih bersifat matang seperti Justin. Itulah apa yang aku dengar daripada Faron.

"Intai apa tu?" Satu suara muncul dari belakang aku. 

Aku terdiam sekejap lalu menoleh. Kelihatan Justin sedang tersenyum sambil melambai lembut ke arahku.

"Panjang umur." Sebutku secara tiba-tiba.

"Aih, fikir pasal saya ke?" Dia bertanya sebelum ketawa kecil.

Aku turut tertawa bersama dan menggeleng. "Tak adalah."

"Oh ya Hailey, kita akan ada mesyuarat Melody Student nanti. Nak ikut?" Justin menyoal sebelum membetulkan buku yang berada di tangannya dan berjalan pergi.

Tanpa berfikir panjang, aku mengikut berjalan di sisinya. "Melody Student pun ada mesyuarat?"

"Mesyuarat suka-suka. Kita ni bukannya special sangat nak ada kelab sendiri bagai. Mereka yang lain suka buat mesyuarat sendiri-sendiri untuk eratkan hubungan. Kadang-kadang ajak satu sama lain untuk buat test simulasi di blok Izili." Terangnya padaku. 

Oh begitu. Aku mengangguk tanda faham. Seronok juga ya kalau dapat buat kawan baru?

"Yo Hailey!" Deseran kasut menghadirkan asap di hadapan kami. Faron yang berhenti di hadapan kami dengan penuh gaya tersenyum nakal.

"Hailey je?" Usik Justin.

"Hello, Justin." Ucap Faron dengan malas. Dia memandang aku lalu tersenyum lebar. "Kelas kau lepas ni kelas apa?" Soalnya.

Aku menilik buku yang sedang dipegang olehku. Tertera nama mata pelajaran seterusnya. "Kelas 'Multiple Music'. Kenapa?" Jawabku.

"Yes! Kita sama kelas. Jom." Ajak Faron dan kemudian menarik tanganku. Tanpa diarah, aku terpaksa mengikut lariannya menuju ke bangunan sebelah.

Kini, tinggallah Justin seorang di situ terpinga-pinga.


~~~~~~~~~~


"Kita kena buat assignment sama-sama?" Tanyaku pada Faron apabila mendengar tugasan yang telah diberikan oleh guru kami pada hari itu.

"Yeah! Sebab itulah ia dipanggil Multiple Music. Kita kena buat kerja secara berkumpulan." Ujar Faron teruja. Matanya bersinar-sinar memandang aku.

Aku memandang ke tempat lain sambil menjawab. "Okey..."

Kami berdua kini sedang duduk di sebuah meja yang terletak sedikit jauh daripada mereka yang lain bagi melakukan perbincangan. Setiap kumpulan satu meja namun, hanya kumpulan kami sahaja yang memiliki ahli yang sedikit. Hal ini demikian kerana, pelajar yang sampai awal diminta untuk membuat kumpulan dahulu.

Jadi, kami haruslah menunggu mereka yang lain untuk hadir ke kelas. Menyesal pula aku ikut Faron. Tapi nasib jugalah dapat satu kumpulan dengan orang yang aku kenal.

"Kenapa kumpulan kita sikit je orang eh?" Faron bertanya naif.

"Awak punya pasallah! Semua orang yang nak join, semua awak tolak. Last-last, kita berdua je yang tinggal. Ish!" Aku memarahinya. Mana tak sendu, dia tolak semua orang yang nak masuk kumpulan kami.

Kami berdua hanya mendiamkan diri. Pandang syiling, pandang pintu, pandang meja. Itulah sahaja yang kami lakukan.

"Oi kumpulan sana tu, kami dah mula bincang. Kalian? Melangut?" Ejek sebuah kumpulan yang berada berdekatan dengan kumpulan kami.

Aku merehatkan kepalaku di atas telapak tangan sambil berpaling ke arah yang bertentangan. Malas aku nak layan.

Faron menjeling kumpulan tersebut dan berpura-pura hendak menyerang mereka menggunakan kelebihannya. Mereka yang tiada ahli yang berkelebihan untuk menyanyi, terus terdiam.

"Yohoo, tak mahu ajak saya?" Satu suara yang amat kami kenali muncul di halwa telinga. Kami menoleh serentak maka terlihatlah Mayu yang sedang tersenyum sehingga menampakkan gigi di sisi kami. Sempat lagi dia melambai sambil membetulkan beg tangan miliknya.

"Mayu! Yeay!" Sorakku lalu bangkit dan memeluknya. Faron pula hanya mendongak memandang kami dengan wajah dingin. Namun aku tahu, dia turut gembira apabila ahli The Blue Silhoutte akan melakukan kerja kursus bersama-sama.

Aku menulis nama Mayu ke dalam kumpulan kami menggunakan sebuah tablet. Sejurus itu, namanya terpapar di papan hitam sebagai ahli kumpulan kami.

"Hello, masih ada ruang?" 

Sedang kami berbincang, muncul seorang lagi yang kami kenal. Boleh teka siapa?

"Darya!" Aku dan Mayu berkata teruja. Kami segera mengangguk laju dan menulis namanya sebagai ahli kumpulan kami.

Faron mengerutkan dahinya lalu menoleh ke arah Darya. "Siapa ni?" Soalnya.

"Darya, roommate kami." Mayu mengenalkan Darya. "Darya, ini Faron." Sambungnya lagi. 

Darya mengangguk faham. Sungguh, pastilah dia mengenali lelaki itu. Putera sekolah kot

"Apa kelebihan kau?" Tanya Faron sambil menyandarkan dirinya pada kerusi. Kedua belah tangannya pula diletakkan di belakang kepala.

Sunyi sepi. Aku dan Mayu memandang Darya. Bagus juga soalan Faron itu. Kami pun tidak pernah tahu kelebihan roommate kami yang seorang ini.

"Saya... Saya pandai... Saya main trombon." Jawab Darya sambil memandang ke tempat lain. Kelebihannya dalam memainkan alat muzik itu tidaklah hebat mana maka dia berasa malu untuk menjawab.

Terkebil-kebil mata kami memandangnya. Jarang untuk bertemu dengan orang yang berkemahiran sebegitu kerana seorang pemain trombon gemar berada dalam kelompok sendiri. Sekiranya ada antara kalian yang terlihat sekumpulan manusia yang sering meluangkan masa bersama, itulah mereka pemain trombon.

"Patutlah tak selalu ada kat bilik, tak selalu lepak dengan kami dan awak tak banyak bercakap." Mayu berkata lepas. Tak fikir langsung sebelum bercakap sahabat aku yang seorang ini.

"Eh- It was nice. Tapi orang yang kalian kata 'jarang' jumpa tu ialah penyanyi. Seperti aku." Faron berkata bangga sambil menuding ke arah dirinya menggunakan ibu jarinya.

Kami menjelingnya tajam. Sudahlah di sini, dia seorang sahaja lelaki. Tidak malukah bersikap demikian? Lagi-lagi di hadapan orang yang baru dia kenal. Disebabkan Darya ada di sini, aku dan Mayu jadi malu sendiri. 

"Okay class, kita akan mulakan pembelajaran kita sekarang." Miss Thompson bersuara bagi menghentikan sesi jeling menjeling kami itu.

Miss Thompson mara dan berdiri di hadapan papan putih. Untuk pembelajaran hari ini, kami telah diarahkan untuk mencipta sebuah lagu dan membentangkannya di hadapan kelas. Lagu ini bukan lagu biasa-biasa tetapi, lagu yang boleh digunakan untuk melawan musuh. Lagu yang punyai aura dan magis tersendiri.

"Apakah? Kuranglah tenaga kita nanti." Rungut Faron.

"Hei, kita di sini bukan setakat belajar muzik. Kita belajar magis. Magic for war and combat!" Balasku kegeraman.

Bam! Mayu mengetuk meja menggunakan penumbuknya. 

"Sudah! Jangan berperang mulut. Nanti saya kahwinkan awak berdua baru tahu!" Marah Mayu tidak segan. Biarlah satu dunia mendengar suaranya demi mendiamkan dua orang sahabatnya yang suka bertengkar tanpa sebarang alasan.

Melihatkan keadaan kami yang terdiam dengan wajah yang merah, Darya mengemam bibirnya dengan sedaya upaya agar tidak terkeluar tawa. Menarik sungguh kumpulan kami pada pandangannya.

Bunyi pada Melody Caller mengejutkan semua yang berada di situ. Nampaknya, akan ada satu berita bakal disampaikan melalui Melody Caller. Aku menyarungkannya pada telinga manakala mereka yang lain sudah lama memakainya.

Aku nak pakai sentiasa? Rimaslah. Jadi, aku selalu sangkut belakang telinga sahaja sehinggalah masa memerlukan untuk aku memakainya.

"Kepada ahli kumpulan The Blue Silhoutte, sila ke pejabat Lady Beatrix sekarang. Kepada ahli kumpulan The Blue Silhoutte, sila ke pejabat Lady Beatrix sekarang." Suara itu bergema di telinga kami.

Mayu dan Faron sudah saling berpandangan dengan mata yang dibesarkan. Aku pula menggaru kepala yang tidak gatal seraya melihat rakan kelas yang sudah memandang kami dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Kita ada buat salah ke?" Soalku janggal.

"Entah. Jomlah cepat." Faron berkata lalu menarikku untuk berdiri.

Kami bertiga berjalan ke arah pintu dengan tenang. Selepas itu, Mayu meminta diri daripada Miss Thompson dengan sopan sekali. Sebaik sahaja menutup pintu kelas, kami terus memecut laju dengan segala tenaga yang ada.

Kini di dalam kelas, Darya ditinggalkan bersendirian. Dirinya pula menjadi perhatian ramai. Nampaknya, kerja ini haruslah dilakukannya seorang sementara menunggu sahabat-sahabatnya hadir semula.

"Apalah nak jadi." Bisik Darya sebelum menulis sesuatu di atas kertas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro