💎52💎
"Ongaku-san, Ongaku-san, are you there?" Soalku pada sebuah pohon yang rupanya sedikit pelik tidak jauh daripada istana keluarga Mayu.
Lydia yang berdiri sedikit jauh daripadaku menguap panjang. "Hailey, dah sepuluh minit kita berada di sini. Cubalah awak tanya dalam bahasa Jepun. Manalah tahu dia muncul." Ujarnya.
Meremang bulu roma aku apabila perkataan 'muncul' disebut. Aku bukan tidak pandai berbahasa Jepun, namun aku takut dengan kemunculannya di hadapan aku. Sekiranya rupanya buruk, pengsan aku di sini.
Aku menoleh ke arah Lydia dan membelakangi pohon tersebut. "Awak nak balik, baliklah dulu. Saya ada banyak persoalan dalam minda saya. Walaupun boleh tanya hanya dua soalan, saya akan cuba merungkaikan semuanya. Awak tahu kenapa? Sebab saya nak tahu asal-usul keluarga saya!" Tuturku pada Lydia dengan bersemangat.
"Okey, okey. Relax, cik Chanson oi. Jeez, no need to be so serious." Balas Lydia dengan kerutan yang jelas di dahi. Dia benar-benar tiada mood akibat kantuk yang menyelubungi diri.
Rumput yang berada di atas lantai menjadi sasaranku. Aku duduk dan melutut sambil memandang Lydia yang sudah tertidur walaupun sedang duduk dengan tegak.
"Awak cari saya?" Satu suara halus menyoalku dari belakang. Aura dingin yang mula memenuhi suasana mendatangkan perasaan seram bagiku. Adakah 'dia' sudah muncul?
"Ongaku-san?" Aku cuba menyoal untuk mendapatkan kepastian.
"Hai'~?" Dia bertanya panjang.
Aku tidak berani untuk menoleh. Melihatkan Lydia yang tidak sedarkan diri itu meyakinkan bahawa aku kini berseorangan dalam menghadapinya.
"Jangan takut. Saya memang nak bercakap dengan awak seorang sahaja. Sebab itu saya lambat muncul. Pandanglah saya duhai penyelamat Ochestra World, Hailey Chanson." Suara itu berkata lagi.
Hah? Aku menoleh perlahan. Seorang perempuan berambut panjang dalam pakaian indigo sedang tersenyum memandangku. Wajahnya yang jelita tidak mendatangkan perasaan takut pada diriku pula.
"Awak ni... Bukan hantu ke?"
Ongaku-san tertawa tanpa suara. Dia memandangku sebelum menyertai aku yang sedang duduk di atas rumput. Dia menghadapku dan berkata. "Hantu apa awak?"
Aku terdiam. Ya tak ya juga kan? Hantu apa dia ini?
"Saya muncul sebab saya tahu awak ada soalan untuk ditanya. Silakan..." Pelawanya mesra.
Sepi mula mengelilingi kami apabila aku mendiamkan diri. Otakku ligat mencari soalan yang dapat menjawab segalanya.
"Siapakah saya?" Aku bertanya pendek. Aku pasti, jawapannya sangat mendalam.
Dia hanya duduk di hadapanku dan merenung anak mataku dalam-dalam. Senyuman nipis yang terbit di bibirnya membuatkan jantungku berdebar-debar menunggu jawapan.
"Awak, Hailey Chanson. Penyelamat Ochestra World. Mengapa saya berkata demikian? Jikalau awak tanya kepada semua makhluk mistik di dunia ini, mereka semua akan kenal awak." Jawabnya berbasa-basi. Namun, jawapannya tidak mendatangkan apa-apa penyelasaian bagiku.
Aku mencebik sambil memandangnya sebelum mengujakan lagi soalan. "Mengapakah saya dipanggil begitu?"
"Sebelum Ochestra World dipanggil 'Ochestra World', kuasa magis muzik belum wujud dan tiada satu manusia pun yang dapat menguasainya. Sehinggalah seorang insan yang namanya bermaksud 'lagu', telah muncul dan memberikan kemudahan tersebut kepada setiap manusia. Dia telah berjanji untuk menjaga keamanan dunia ini tidak kira manusia mahupun makhluk mistik."
"Tapi buat pengetahuan cik, ada segelintir manusia yang salah guna kuasa dan mewujudkan sebuah kelompok bertemakan nama bunga untuk membunuh mana-mana pemegang magis yang mempunyai lebih daripada tiga. Hal ini demikian kerana, mereka tidak bersetuju dengan cara pentadbiran dunia ini dan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan insan tersebut."
Ongaku-san menerangkan kepadaku panjang lebar. Aku hanya mendengar dengan tekun dan teliti.
"Siapakah insan tersebut?" Soalku, tidak segan.
Hanya senyuman manis dia berikan padaku. "Semua soalan awak telah saya jawab dengan jujur. Maaf cik, saya tak akan jawab lebih." Balasnya.
Alahai, susahlah macam ni. Dah sampai puncak cerita, tapi tergantung pula. Waduh, sampai bila aku akan terikat dengan rahsia ini?
"Jangan risau. Setiap rahsia yang cik tahu, akan terbongkar tidak lama lagi. Sabar sahaja. Masanya akan muncul." Nasihatnya bagaikan tahu sahaja apa yang difikirkan olehku.
Aku mengeluh perlahan kemudian mendongak bagi menghirup udara malam. Hatiku berat. Aku berasa sangat dekat dengan makhluk mistik yang berada di hadapanku ini.
"Adakah kita pernah berjumpa?" Sempat aku bertanya walaupun aku tahu dia tidak akan menjawab persoalanku.
Dia tersenyum. Senyuman yang amat manis dapatku lihat terbit dari bibirnya.
"Hanya awak sahaja yang tahu."
Cahaya yang begermelapan di sisiku tadi semakin menghilang. Apabila aku menoleh, tiada lagi bayangan Ongaku-san yang dapat kulihat. Nampaknya, tugasnya sudah selesai.
Namun entah mengapa, kehadirannya membuatkan aku senang. Seperti aku pernah berjumpanya pada suatu masa dahulu. Mungkin bukan aku, tetapi keturunanku yang terdahulu.
"Dah sudah ke Hailey?" Soal Lydia yang terjaga secara tiba-tiba. Terpisat-pisat dia menggosok mata.
Aku berdiri dan menghulur tangan untuk dia sambut. "Sudah. Jom kita pulang." Ajakku.
Meskipun keliru, Lydia tetap mengikut langkahku. Dia tersenyum dalam diam.
~~~~~~~~~~~
Kehidupan kami di Jepun telah berakhir dan kini tibalah masanya untuk kami berangkat pulang.
"Banyaknya barang anime awak, Hailey." Terbuntang mata Olivia melihat aku menyumbat segala barang di dalam sebuah bagasi lain.
Aku tersengih memandangnya. "Semalam kan kita pergi Akihabara. Memandangkan duit Jepun saya berlebih, saya boronglah segala yang saya suka. Bolehlah buat hiasan dalam dorm nanti kan? Tak pun bawa main dalam kapal terbang kejap lagi." Balasku.
Reuben menepuk dahinya kuat. "Ha'ahlah! Kita akan naik satu kapal terbang kan? Memandangkan kita semua akan berangkat ke Muzika Melodia terus." Ujarnya yang mana menyedarkan kami semua.
"Kita... Balik naik apa?" Suara Lydia sudah menggeletar apabila kami bagaikan hilang arah. Tidak akanlah tiada seorang pun yang tempah tiket untuk kita semua balik.
Tidak lama kemudian, Mayu muncul dengan passport kami di tangannya. "Ha lupalah tu. Kalian balik dengan private jet sayalah! Tak payahlah buat muka cuak sangat." Tegurnya dengan senyuman sinis.
"Allahu." Talha menampar wajahnya perlahan. Sungguh, kami semua lupa akan perkara itu.
~~~~~~~~~~~
Aku memejamkan mata sambil mendengar lagu kegemaranku. Entah bagaimana, tempatku di hadapan Min Hyuk pula. Walaupun sebuah meja memisahkan kami, aku tetap berasa janggal.
Sebenarnya, Faron membangkang perkara itu dan cuba untuk berunding dengan Min Hyuk. Tetapi, Min Hyuk menolak rundingan itu. Dia tidak mahu berubah tempat.
Kini, aku pun berasa bosan. Disebabkan perwatakan Min Hyuk yang gemar menyepi, aku mendengar lagu bagi tidak berasa sunyi.
Welcome to Wonderland, we've got it all
Potions and pastries that make you grow tall
Forests and cottages, castles and cards that can talk
Lagu itu sangat menenangkan walaupun mewujudkan perasaan sedih dalam diriku. Terasa satu emosi yang sukar ditafsirkan muncul di dalam hati.
Hidupku yang sepatutnya biasa-biasa, kini dipenuhi cabaran yang bakal mendatang. Walaupun aku tidak tahu bila, aku akan menanti untuk berhadapan dengannya. Aku teringin sekali lari dari dunia ini. Aku mahu hidup seperti orang biasa.
Mengapa aku dilahirkan sebagai seorang Chanson?
Suasana menyepi. Mindaku kosong seketika. Secara tiba-tiba, aku tersedar akan sesuatu yang tidak sepatutnya aku persoalkan itu. Aku patut bersyukur kerana aku masih hidup meski nama keluargaku itu melekat pada diriku.
Lagu yang berada di dalam telefonku diulang-ulang. Min Hyuk yang berada di hadapanku pula sudah tertidur kerana kebosanan. Kami masing-masing segan untuk berbual maka, tiada seorang pun yang membuka mulut.
Langit di luar kapal terbang kian hilang cerahnya. Hanya bintang sahaja yang memenuhi langit malam.
Lampu di dalam kapal terbang kini dimalapkan. Aku dapat lihat ahli kami yang lain ada yang sudah berlayar ke alam mimpi. Tetapi tidak semua, selebihnya seperti aku, sibuk mendengar lagu.
Fly me to the moon,
Let me play among the stars.
Let me see what spring is like,
On a, jupiter and mars.
Suara Olivia memenuhi kapal terbang. Aku menoleh ke arahnya yang berada di hujung belakang bahagian kanan kapal terbang. Dia menyanyi sambil memandang ke luar tingkap. Justin yang sudah tersengguk sambil berpeluk tubuh di bahunya dibiarkan.
Fill my heart with song,
And let me sing forever more.
You are all I long for,
All I worship and adore.
Satu suara pula muncul di bahagian belakangku. Sudah, Faron pula ikut menyanyi. Ini yang buat aku nak ikut menyanyi. Aku menggigit bibir bawahku agar suaraku tidak terkeluar.
Jika mahu main piano, aku akan ganggu orang lain pula. Bagi aku, suara lagi senang untuk guna kerana kalau nak guna alat muzik, badanku haruslah digerakkan. Kalau tak, mana nak ada feel kan?
"Hailey, tak mahu ikut sekali nyanyi ke?" Bisik Lydia yang duduk di bahagian sebelahku. Dia memusingkan kerusinya ke sisi bagi menghadap aku.
"Mengarutlah awak ni." Marahku padanya. Sudahlah tempat duduk kami bersepah-sepah, ada pula dia nak suruh aku ikut nyanyi. Nanti mereka perasan, habis aku.
Hanya sengihan Lydia berikan padaku. "Alah sekali-sekala. At the end, mereka akan tahu juga." Tuturnya bersahaja.
"Sudah, pergi tidur." Halauku geram.
Lydia mencebik. Dia segera berpaling dan memusingkan kerusinya menghadap hadapan semula.
Senyuman puas aku tayangkan sebelum memandang tenang ke arah setiap ahli kumpulanku. Tidak, sampai bila pun mereka tidak perlu tahu tentang aku. Seandainya pada masa itu aku terdesak, hanya aku sahaja yang berhak untuk memberikan kata putus.
~~~~~~~~~~~
Malam itu, kami tiba di Muzika Melodia dengan selamat. Masing-masing melangkah longlai ke dalam sekolah.
"Argh! Esok dah kena start kelas. Malasnya." Rungut Faron yang menarik bagasinya dengan penuh lemah gemalai.
Olivia menjelingnya tajam. "Apa malas-malas? Kita dah banyak rehat di Jepun. Pertandingan seterusnya bakal berlangsung tidak lama lagi. Kita harus menang! Kalau tidak, saya tak dapat merasa tteokbokki di Korea!" Marahnya.
Malam-malam begini, masih ada semangat lagi untuk menjerit-jerit. Aku pula yang penat tengok Olivia yang terlebih semangat itu.
"Rehat apa? Setiap malam kita main lagu je kerja. Saya ni nak hilang dah nafas saya." Mayu merungut sambil memeluk tangan Reuben dengan mata yang dipejam.
"Jangan risaulah. Kalau ada Hailey, pasti menang punya." Lydia berkata yakin.
Ha? Aku ternganga memandang Lydia.
"Hmm?" Justin menoleh memandangku dengan kening kanan yang sengaja diangkat. "Saya pegang kata-kata awak itu ya, Lydia." Ujarnya lalu berpaling ke arah Lydia dengan gaya yakin denganku tetapi sinis.
Ehhh?
Kini, kelapan-lapan ahli kumpulanku memandangku dengan senyuman senget. Mereka bagaikan menyalurkan satu tenaga untukku bagi menjayakan pertandingan kali ini.
Hal ini demikian kerana, akulah yang mencipta lagu, akulah yang mengarang lirik dan akulah yang mengajar mereka menggunakan not yang betul. Segalanya bermula dengan alasan yang tidak munasabah iaitu, aku gemar mempelajari muzik.
"Haih..." Aku mengeluh perlahan lalu membetulkan rambutku yang ditiup angin. Selepas itu, aku mengangkat kepala bagi memandang mereka yang dari tadi merenungku.
Senyuman kecil aku hadiahkan kepada mereka sebelum menayangkan wajah garang. "Kalau tak menang, siap ya kalian semua!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro