💎51💎
Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyelinap masuk melalui tingkap bilikku menerbitkan perasaan damai. Semalaman kami berusaha mencari lagu dan bermain alat muzik, maka hari ini kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan di bandar Ueno.
Aku memandang ke tingkap. Suasana di hadapanku yang dipenuhi tumbuhan yang indah sangat mengasyikkan. Peluang ini tidak aku lepaskan dengan menyanyikan sebuah lagu.
"I swear to live longer... To hold our secrets dearly... The family for me to protect... Safety is our destiny." Nyanyiku perlahan sambil menikmati tiupan angin yang sangat lembut. Di Perancis, jarang sekali aku dapat merasakan kedamaian.
Aku mengandaikan aku merasa begini kerana keselamatan aku terjamin. Aku yakin dan aku pasti, tiada ancaman yang dapat memasuki tempat ini dan menyerang kami. Aku bersyukur yang aku satu kumpulan dengan ahli yang baik-baik.
Ktak! Tombol pintu dipusing dan pintu terbuka secara tiba-tiba. Aku segera menutup mulut menggunakan tangan. Risau sekiranya ada yang menelinga nyanyianku itu tadi.
"Hailey! Sudah bangun? Jom makan!" Lydia mucul di muka pintu dengan senyuman lebar. Dia sudah bersiap cantik untuk perjalanan kami nanti.
"Lydia... Awak tak reti ketuk pintu ke?" Soalku apabila aku perasan hanya dia di sana.
Lydia menyengetkan kepalanya tanda tidak mengerti. Nampaknya, tiada sesiapa yang mendengar suaraku tadi. Fuh, lega.
Tanpa membuang masa, aku berlari keluar dan menutup pintu. Kemudian, kami bergerak menuruni tangga dan bertemu dengan Faron dan Talha di separuh perjalanan. Bilik para lelaki berada di tingkat bawah manakala para gadis pula berada di tingkat atas.
"Yo." Tegur Faron apabila terlihat kami berdua menuruni tangga. "Lif ada, tangga juga kalian guna."
"Orang nak fit. Kalau asyik guna lif je mana nak sihat." Talha menegur tatkala Faron mahu melangkah ke tempat lain. Terhenti langkah jejaka itu.
Faron memandang Talha dan mencebik. "Yalah-yalah."
♪♪♪♪♪
Sewaktu kami semua bergerak ke dapur, kami dapat lihat yang Tuan Kazue sedang memotong daun pudina bersama Reuben sambil berbual kecil. Bukankah ini sepatutnya tugas pihak masakan?
"Papa-san nak berkenalan dengan si Reuben tu dengan lebih mendalam tu yang ajak buat kerja sama-sama tu. Reuben tu suka je bila buat kerja berkenaan masakan. Maklumlah, ada kafe keluarga sendiri." Bebel Mayu di sebalik dinding. Dia turut mengintai perbuatan kedua-dua lelaki itu.
"Wah, nampaknya Mayu dah ada boyfriend. Jealousnya!" Lydia berkata riang. Malu-malu Mayu dibuatnya.
Olivia, Justin dan Min Hyuk berdiri di belakang kami dan memandang hairan terhadap perbuatan kami yang mencurigakan itu. Mayu segera tersedar dan mengajak kami semua untuk makan di dapur.
"Papa-san! Reuben! Kemas semua ni. Jom makan sekarang." Tegas Mayu dengan gaya yang penuh comel. Cepat-cepat Tuan Kazue berserta Reuben bangkit dari duduk dan membersihkan daun-daun pudina yang memenuhi meja.
Sejurus itu, makanan dihidang oleh pihak dapur. Apabila sajian berada di hadapan aku, aku terliur habis. Sedapnya!
Mungkin bagi mereka biasa sahaja. Tapi bagi aku yang jarang makan makanan sebegini, aku memang teruja. Sudahlah kini sudah berada di negara idaman aku, dapat pula merasa makanan Jepun dia bawah tanggungan Tuan Besar sebuah tempat. Bukan itu sahaja, di dalam istana pula itu.
"Itadakimasu!"
♪♪♪♪♪
Perjalanan pagi itu sungguh menyeronokkan. Perut kenyang, hati senang. Dapatlah kami shopping dan melihat permandangan di Jepun.
"Kita akan ke Ueno. Di situ, dapat kita tengok macam-macam. Tengok bunga sakura, shopping, main muzik-" Mayu berkata bagi menarik perhatian kami.
"Main muzik?" Soal Olivia, teruja. Pantang benar apabila ada peluang untuk menyanyi.
Mayu ketawa tanpa suara. Dia mengangguk dan menjawab. "Ya. Di Ueno Park, ada tempat kalau kita nak buat performance."
"Tapi sebelum tu... Shopping dulu boleh?" Min Hyuk tiba-tiba bersuara. Kami semua memandangnya terkejut. Mamat korea ni suka shopping?"
"Err... Boleh-boleh! Memang nak buat tu dulu hehe." Mayu membalas. Dia tersenyum nipis.
Setelah itu, suara Justin memecahkan kejanggalan. "Jaga diri, jangan hilang, jangan sesat. Kalau ada apa-apa masalah, telefon saya. Kalau boleh, jangan jalan seorang-seorang. Pastikan ada seorang dua dengan awak. Nanti pukul 12 tengah hari atau 1 petang, berkumpul di tembok nama Ameyoko."
"Jangan sampai saya yang bahagikan kumpulan nanti." Tutur Justin dengan lebih serius. Matanya mencerlung kami tajam.
Kami semua terangguk-angguk faham. Menakutkan!
Sebaik sahaja kereta yang kami naiki berhenti di hadapan Ueno Park, kami turun dan berjalan secara berkumpulan kecil untuk ke Ameyokocho Sreet.
"Sini ada kebab! Jom Hailey!" Ajak Lydia seronok. Ya, aku dan Lydia berjalan berdua. Mengapa aku tidak dengan Mayu, sahabat baikku? Kerana dia sibuk berjalan bersama teman lelakinya itu, Reuben.
Kalau kalian nak tahu benda kelakar, Reuben dan Mayu sebenarnya berniat untuk berjalan berpegangan tangan. Tapi di sebabkan renungan Talha yang tajam, mereka menjadi gerun untuk berbuat demikian.
"Perlahanlah sikit jalan tu. Langgar orang kang." Tegurku pada Lydia yang berlari-lari anak menarikku. Tidak sabar sungguh budak ini.
Apabila sudah dapat apa yang dihajati, kami bergerak menuju ke beberapa kedai bagi melihat barang-barang yang ada. Di sini, aku tidak dapat lihat barang anime. Sangat jarang untuk aku jumpa kecuali beberapa mesin Gasha Pon.
"Jangan risaulah Hailey, nanti kita ajaklah Mayu pergi Akihabara. Kita ada beberapa hari lagi di sini." Ujar Lydia sebelum menggigit kebab miliknya. Selepas itu, dia memuji keenakan kebab tersebut.
Aku hanya mengeluh dan tersengih. Tahu-tahu aje yang difikirkan olehku.
Secara tiba-tiba, Lydia menarikku kuat sehingga kami berdua terhumban di belakang beberapa buah kotak yang terletak di antara ruang-ruang kedai. Lagat kami seperti sedang menyembunyikan diri daripada orang jahat pula.
"Ada apa?"
Lydia menutup mulutku menggunakan tangan kananku yang sedang memegang kebab. Cincinnya ditunjukkan padaku. Warna hijau zamrud tersebut menyala terang.
"Ada Lilac di sini." Katanya serius.
Aku menjongketkan kening seraya memandang sekeliling. Walaupun begitu, dapatkah mereka mengenali aku? Kalau Ethan tu mungkinlah sebab dia suka intip aku. Setakat pura-pura orang biasa, tiada hal-lah. Identiti aku dirahsiakan penuh kot.
"Boleh ke mereka cam saya?"
"Saya rasa tak kot sebab identiti awak sebagai anak terakhir dalam keluarga Chanson memang satu info rahsia. Tapi saya takut, warna rambut ungu awak tu menarik perhatian mereka." Balasnya dengan mata yang melilau ke sana ke sini.
Kami semua mendiamkan diri. Selepas itu, aku terlihat sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian. Aku menyentuh bahu Lydia bagi menarik perhatiannya. Kemudian, aku senyap-senyap berjalan ke dalam kedai tersebut dengan pantas.
"Hailey!" Bisik Lydia kuat. Terkejut dia apabila aku berlari meninggalkannya.
Jangan risau Lydia. Aku boleh menghasilkan magis halimunan dengan nyanyianku. Selagi ahli kumpulan yang lain tiada di sini, aku selamat untuk menggunakannya. Hanya kelebihan yang lain sahaja menghalang kemampuanku dalam menghasilkan magis halimunan.
Lydia menungguku di situ dengan sabar. Apabila kelibatku masih belum kelihatan, dia mula menjadi risau. Sedang dia merenung kedai tersebut dengan lama, satu sentuhan pada bahunya mengejutkan dirinya.
"Bonjour." Ujarku padanya dengan sengihan.
Membulat matanya melihat aku. "Woah, awak ke tu, Hailey?"
Anggukan aku hadiahkan buatnya. Aku berdiri dan berpusing-pusing di dalam lorong yang sunyi itu. Tidak mengapa, lorong ini ditutupi dengan kotak-kotak maka tiada sesiapa yang dapat melihat kami.
"Awak nampak lain pula. Dengan rambut ungu yang diikat bun dan disembunyikan di bawah topi, baju dress biru, awak kelihatan sangat comel. Awak kan selalu pakai baju fesyen ganas tapi bila pakai macam ni mesti Faron jatuh pada awak." Lydia sempat berjenaka.
Aku hanya tersenyum. Jika aku bising-bising di sini lagi suka dia sakat aku. Biarlah hanya hati dan perasaan aku sahaja yang tahu.
"Sayalah keluarga Chanson yang paling stylish awak pernah jumpa. Berbanding yang lain, saya sentiasa extra. Hahahah!" Pujiku sendiri. Biasalah, aku kan.
"Sudahlah. Jom kita keluar." Ajak Lydia apabila kami sudah mengambil masa yang lama berada di situ. "Nak dekat pukul 12 dah ni."
Kami berjalan berdua sambil berbual kosong. Sambil itu, kami fokus dan peka terhadap keadaan sekeliling. Hal ini demikian kerana, cincin milik Lydia menyala tidak habis-habis. Adakah mereka ramai? Adakah mereka mengepung kami? Ataupun... Adakah mereka sedang mengekori kami?
"Lydia, hari itu Mayu ada cerita dekat saya pasal Ongaku-san. Saya rasa nak pergi jumpa dialah." Aku berkata bagi menghilangkan rasa kekok.
"Serius? Awak tak takut ke? Kalau dia makan kita macam mana?" Balas Lydia, tidak percaya. Mengarut sungguh idea sahabatnya itu.
Aku berpeluk tubuh. "Haha, kita ada magis. Bukannya apa sangat pun."
"Yalah Hailey. Saya teman awak malam ini. Tapi kalau 'hantu' tu dah start buat sesuatu, saya tinggalkan awak dulu." Lydia berkata jujur.
"Kata je pelindung saya. Penakut!" Marahku padanya. Dia hanya ketawa geli hati.
Langkah kami dilajukan tatkala tembok nama Ameyoko mula terbentang di layar mata. Namun, belum sempat kami tiba di situ, dua orang lelaki telah menghalang laluan kami.
"Woah!" Aku hampir terjatuh kerana hilang keseimbangan akibat tidak sempat menghentikan langkahku tadi. Tanpa dipinta, salah seorang daripada dua orang lelaki itu menyambut aku sebelum aku menyembah lantai.
"Are you okay?" Dia bertanya dengan prihatin sekali.
Aku berdiri tegak dan menolaknya perlahan. "Ya, saya okey. Terima kasih."
"Hey, saya perhatikan awak berdua ni dari tadi. Awak berdua comellah." Ujar seorang lagi pula.
Kami berdua saling berpandangan. Nampaknya kami berdua fikir benda yang sama.
"Maaflah, kami sibuk sekarang ni. Kami pergi dulu ya." Lydia berkata bagi pihak kami. Sejurus itu, dia menarik tanganku dan berlalu pergi.
Meskipun kami memaparkan wajah serius, kedua-dua lelaki itu masih mengekori kami.
"Hailey, awak hati-hati tau. Mereka berdua itu daripada organisasi Lilac. Cumanya, mereka tidak tahu tentang awak. Jangan sampai mereka perasan." Bisik Lydia padaku. "Itulah awak, comel sangat kenapa? Kan dah kena ngorat."
"Eh, salah saya pula." Ucapku sambil berjalan laju dengannya. Bukan salah aku mempunyai wajah yang manis bukan?
Namun aku tertanya-tanya, adakah kedua-dua lelaki itu mengikuti kami dari awal ataupun selepas aku menghasilkan penyamaran? Aku pun tidak pasti.
♪♪♪♪♪
Sedang dua ahli The Blue Sillhouete melarikan diri demi keselamatan mereka, ahli yang lain kini sudah berada di bawah tembok besar Ameyoko. Kehilangan dua orang ahli mereka itu telah mendatangkan satu kerisauan.
"Mana mereka berdua ini?" Mayu sudah menggigit kuku. Sudah hampir 30 minit mereka berada di situ namun tidak nampak pun batang hidung Hailey dan Lydia.
"Saya sudah cuba untuk hubungi mereka. Tiada talian yang diangkat." Min Hyuk menekan butang telefonnya berkali-kali. Riak wajahnya yang sentiasa tenang kini sudah berubah.
Olivia sudah tidak senang duduk. "Kalau begini, kita teruskan sahaja persembahan kita. Saya sudah tidak sabar untuk nyanyi ni."
"Teruskan tanpa pemain piano dan seorang lagi pemain gitar? Boleh ke?" Tanya Talha.
Faron menangguk. "Boleh. Kita tukar sajalah lagu. Ini persembahan suka-suka. Bukannya untuk Le Musique Concurrence kan?" Jawabnya.
Justin mengerutkan dahinya. Jelas riak marah dan risau terbit di wajahnya. Namun apakan daya, hendak mencari pun sudah kesuntukan masa.
"Ayuh, kita teruskan sahaja. Kalau sampai habis persembahan kita mereka tidak muncul, baru kita cari mereka. Okey?"
Mereka semua mengangguk tanda setuju dengan cadangan Justin. Inilah Ochestra World, dunia yang mementingkan muzik berbanding rakan-rakan mereka yang hilang itu.
Haih...
♪♪♪♪♪
"Janganlah lari. Kami belanja awak berdua makan, boleh?" Kedua-dua lelaki yang mengejar kami itu masih cuba untuk mencari perhatian kami.
Penatlah macam ni. Sudahlah hampir sesat. Apabila tiba di bawah tembok Ameyoko, hilang pula kumpulan kami itu. Aku dapat rasakan telefon berdering-dering namun aku tidak mampu untuk mengangkatnya kerana sibuk melarikan diri.
Sudahlah, aku tidak mahu terlibat dengan apa-apa berkenanan Lilac lagi. Atuk sudah tiada di dunia ini. Aku sudah tiada penyelamat. Hanya organisasi Zamrud sahaja mampu menjadi tempat aku bergantung.
"Boleh tak jangan ikut kami? Rimaslah!" Tutur Lydia yang sudah naik berang. Sungguh, dia benci dengan kedua-dua lelaki itu. Bukan hanya kerana mereka mengekori kami, tetapi kerana mereka daripada organisasi Lilac juga.
Mereka berlawanan. Mereka tidak boleh bersama ataupun berkawan. Ya, itu motifnya.
Namun berkenaan hal Darya, dia akan tetap cuba untuk menarik semula sahabatnya itu ke arah kebaikan. Lydia tahu di sudut hati sahabatnya itu, dia tidak mahu menjadi pelapis Lilac. Dia tidak mahu menjadi keluarga kepada ketua organisasi tersebut.
"Kenapa? Awak berdua sudah ada teman lelaki ke? Janganlah begitu. Jomlah, orang nak belanja makan kot. Bukannya nak buat apa." Lelaki-lelaki tersebut masih mahu mencuba nasib.
Ugh, geramnya! Aku segera menarik tangan Lydia dan berlari. Kami berlari dan berlari sehinggalah tiba di Ueno Park. Melihat kedua-dua lelaki itu masih mengejar kami, aku berlari lagi ke dalam sehinggalah kami tiba di hadapan Shinobazu Pond yang sepatutnya sunyi, kini dipenuhi ramai orang.
Mengapa ramai? Kerana ada sekumpulan remaja sedang memainkan lagu di sana. Dengan tiupan angin yang lembut, kelopak bunga sakura dapat aku lihat sedang menghiasi persembahan mereka. Malangnya, aku dan Lydia tidak ada di situ.
Di seberang jalan, aku dapat melihat dua orang lelaki tersebut sedang tercari-cari akan keberadaan kami. Aku sekali lagi menarik tangan Lydia dan mendekati kumpulan kami yang sedang memainkan alat muzik.
"Awak, masa mereka berada di puncak lagu, awak masuk ikut sana dan saya masuk ikut sini. Disebabkan kita tak sempat nak siapkan alat muzik, kita hanya guna magis kita. Boleh?" Cadangku bersemangat. Jikalau kami menghilangkan diri dalam keramaian, pasti lelaki-lelaki tersebut tidak dapat menjumpai kami, bukan?
"Boleh!" Jerit Lydia dan berlari ke sebelah kanan kumpulan kami bagi mengambil posisi.
Walau aku kalut kerana risau dijumpai oleh kedua-dua lelaki tersebut, aku masih cuba fokus dengan persembahan kumpulanku itu. Setibanya di puncak lagu, aku dan Lydia berlari masuk dan menggunakan magis kami untuk memainkan alat muzik masing-masing.
Wajah terkejut ahli kami paparkan namun akhirnya sebuah senyuman terbit di bibir mereka. Semakin rancak lagu dimainkan apabila kedua-dua ahli mereka yang hilang kini berada di hadapan mata. Lega!
Faron menoleh ke arahku yang berada di sebelahnya. Mungkin hairan dengan pemakaianku yang lain daripada biasa. Pergi sini pakai baju lain, bila buat persembahan baju lain pula.
Hanya senyuman nipis aku berikan buatnya.
♪♪♪♪♪
Persembahan kami mendatangkan kegembiraan buat semua. Kami tidak meminta duit namun kami meminta mereka semua agar menyokong kumpulan kami untuk terus mara ke pertandingan terbesar dunia.
Sedang mereka mengemas segala alatan muzik, aku dan Lydia hanya menonton dari tepi.
"Kenapa kalian lambat?" Tanya Justin tegas. Dia tidak memandang kami kerana dia sedang sibuk menyimpan violin miliknya. Tapi aku tahu, dia marah.
"Kami... Umm..."
"Ha! Itu pun awak berdua. Punyalah kami cari tadi." Dua suara yang tidak mahu kami dengar muncul di halwa telinga.
Seorang lelaki berantai lilac dan seorang lelaki bergelang lilac melangkah ke arah kami. Sempat lagi tu betul-betulkan baju dan rambut.
Seorang daripada mereka datang dan memegang tangan aku. "Jom. Kan saya dah janji nak belanja awak. Pleaselah jangan tolak." Rayunya.
Aku merenungnya tajam. Hati aku sedang membara panas. Berani betul dia pegang seorang perempuan yang darjatnya lebih tinggi daripada dia?
Lydia pula berkesempatan untuk bersembunyi di belakang Mayu.
"Saya-"
Belum sempat aku bersuara, Faron dan Min Hyuk datang kepada aku dan mencengkam tangan lelaki tersebut serentak. Masing-masing menunjukkan wajah garang kepada lelaki itu.
"Kau, berani betul ya kacau girlfriend aku?" Faron bertutur sinis. Meski hanya menipu, dia tetap mahu melindungi ahli kumpulannya.
Min Hyuk yang berada di sebelah kiri aku pula tercengang memandang Faron.
"Kau pula pegang tangan aku kenapa?" Tanya lelaki itu kepada Min Hyuk apabila dia tidak sanggup bertemu mata dengan Faron.
Pada mulanya, Min Hyuk bagaikan tidak tahu apa yang mahu diperkatakan. Tetapi setelah terlihat keadaan Lydia yang sedang bersembunyi di belakang Mayu, dia bersuara. "Tu. Nampak girlfriend aku kat sana tu? Kerja kalian berdualah kan menyebabkan mereka menjadi takut?"
Terketar-ketar lelaki itu apabila terdapat dua orang remaja sedang mencengkam kuat tangan miliknya. Dia pantas menarik tangannya semula dan menjeling sahabatnya yang sedang menganggu Lydia di belakang Mayu itu. Isyarat rahsia dibuat olehnya dan selepas itu mereka berdua pergi.
"Alah, awak berdua bukannya siapa-siapa pun. Huh, perempuan rambut biru tu lagi cantik!" Sahabat lelaki itu berkata sambil menuding ke arah Mayu yang sedang menyembunyikan Lydia di belakangnya. Reuben segera menghalang Mayu daripada dilihat oleh lelaki itu.
"Lah, ada boyfriend juga ke?" Ujarnya geram. Dia dan sahabatnya berlari pergi tanpa memandang kami lagi.
Keadaan menjadi senyap seketika.
"Patutlah hilang. Kena kejar rupanya." Ujar Talha lalu menyambung mengemas alatan muziknya. Dia membawa tiga alatan muzik kerana ketiga-tiga alatan muzik tersebut boleh dimainkan olehnya.
Olivia memandang kami kosong. "Lydia elok pula bajunya. Awak Hailey, sampai tukar semuanya."
"Dia kan ratu fesyen. Begitulah fi'ilnya." Potong Lydia. Yalah, tak akanlah aku nak cakap yang aku sedang menyamar.
Faron merenungku dari atas ke bawah. "Hmm, not bad." Pujinya.
"Aish, apa tengok baju orang." Marah Talha lalu memukul jejaka itu perlahan. Selepas itu, mereka berdua bertengkar kecil.
Dalam kebisingan itu, Lydia menghampiri Min Hyuk yang sedang memandang jauh ke arah tasik. Teratai yang memenuhi tasik tersebut menjadi permandangan yang indah.
"Min Hyuk." Panggilnya.
"Ya?"
"Terima kasih selamatkan saya." Lydia berkata sopan dan menundukkan kepala. Dia merehatkan tangan di atas penghadang yang mengelilingi tasik tersebut di sebelah Min Hyuk.
Min Hyuk hanya mengangguk sebagai balasan. Wajahnya kelihatan sedikit merah kerana malu akan perbuatannya yang tidak berhati-hati itu. Niatnya untuk menyelamatkan Hailey, namun lain pula jadinya apabila Faron sudah bersuara dahulu.
"Tapi kan, saya tak suka awak. Saya minta maaf." Lydia berkata nakal. Cheeky sungguh gayanya.
Tersentak Min Hyuk di situ. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Lydia. "Saya tahulah! Saya bukannya suka awak pun."
Aku hanya melihat mereka berbalah dari kejauhan dengan senyuman. Comel sungguh.
"Kalaulah aku ditakdirkan untuk dibunuh hari ini, aku sanggup demi keselamatan kawan-kawan aku." Gumamku sendiri. Aku bersyukur kerana kedua-dua ahli Lilac tersebut tidak mengenali aku.
"Awak cakap dengan siapa ni?" Tanya Faron yang sebenarnya sedang berdiri di belakangku dari tadi.
Aku terus sahaja berpaling ke belakang. Jejaka ini, kalau tak menyibuk tak sah!
"Ish, sibuk sajalah awak ni!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro