Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎49💎

Sudah seminggu berlalu maka... Masa untuk ke airport!

"Huwaa! Sekejapnya adik balik..." Kakak berkata sedih sambil mengesat air matanya berkali-kali.

Aku yang mahu masuk ke balai pelepasan berasa tergugat seketika. Aduhai, bukankah baru sahaja kita minum-minum di Starbucket dan berjanji untuk tidak nangis?

"Kakak simpan air mata tu nanti okey? Saya tak akan pulang sehinggalah tiba masa kumpulan saya untuk ke Perancis. Maka dengan itu, bersabarlah ya. Kita boleh buat facetime. Tak pun, curi masuk sekolah macam abang buat." Kata-kata terakhir itu sengaja aku kuatkan. Terdiam abang dibuatnya apabila ayah mula menjeling tajam.

"Alah! Kakak nak ambil cutilah masa kamu balik tu." Kakakku berkata sendu.

Aku memberikan pelukan buat mereka seorang demi seorang. Selepas itu, aku mengundur diri dengan memberi nasihat kepada setiap ahli keluargaku agar menjaga diri baik-baik. Pergerakan Lilac yang semakin rancak merisaukan aku. Bila-bila masa sahaja mereka boleh menjumpai kami.

"Kalau ada masalah, jangan lupa call abang!" Pesan abang sebelum aku menghilangkan diri.

Yalah, hanya dia sahaja yang tahu bahawa aku berada di bawah pengawasan salah seorang ahli Lilac iaitu Ethan.


~~~~~~~~~~~~~~~


Menaiki pesawat peribadi yang telah disediakan oleh Mayu membuatkan aku berasa janggal. Sudahlah aku seorang sahaja di sini!

"Justin, awak naik apa?" Gumamku sendirian sambil memandang ke luar tingkap. 

Walaupun sedikit bosan tanpa teman, aku tetap berpuas hati dengan layanan yang diberi. Makanan sedap, anak-anak kapal yang kelakar serta cerita yang disiarkan di televisyen juga menarik.

Dapatlah juga aku tengok Love Live, hehe.

Oops, dah dapat arahan untuk pakai seatbelt. Pesawat bakal mendarat. Jepun bakal aku lawat!


~~~~~~~~~~~~~~~


Setibanya di lapangan terbang Haneda, aku mengambil bagasi di tempat yang sepatutnya dan berangkat keluar. Sejuk, nyaman dan damai. Teknologinya juga canggih!  

"Pergh, serentak!" Suara Faron yang aku dengar dulu apabila aku tiba di ruang menunggu yang telah diberitahu oleh Mayu buat kami semua. Beberapa  buah kerusi di dalam ruang yang ditutupi cermin kaca telah tersedia cantik untuk kami.

Serentak? Serentak apa?

"Serentak kalian sampai ya?" Min Hyuk pula bersuara. Aku segera menoleh dan terlihat Lydia yang sedang tersenyum di sebelahku.

"Lah, kenapa tak tegur saya?" Tanyaku pada Lydia. Sepanjang perjalanannya tadi, dia mengekor aku dari belakangkah?

Lydia melabuhkan punggung ke sebelah Reuben lalu membetulkan keudukan bagasinya. "Saja. Nanti awak lari kalau saya tegur. By the way, mana Justin dan olivia?" Ujarnya mengubah topik.

"Saya nampak Olivia pergi toilet tadi." Suara Justin yang tiba-tiba muncul mengejutkan kami semua di situ. 

Dalam kekejutan itu, kami dapat mendengar kekecohan berlaku di luar. Kami melihat melalui cermin kaca tersebut sebelum tiga orang daripada kami iaitu aku, Faron dan Justin bergegas ke tempat kejadian.

"Sumimasen." Ujarku meminta untuk menyelit di antara mereka yang sedang mengerumuni tempat itu. Kelihatan seorang gadis terbaring di atas lantai dengan darah yang memenuhi kepalanya. Dia tidak sedarkan diri.

"Liv!" Jerit Faron lalu melutut dan berniat untuk mengangkat Olivia. Namun, perbuatannya terganggu apabila Justin sudah berbuat demikian terlebih dahulu.

Justin mendukung Olivia lalu menoleh ke arah aku dan Faron. "Aku dan yang lain-lain pergi rawat dia. Kalian berdua, cari punca!" Laungnya lalu berlari laju ke ruang menunggu.

Aku dan Faron saling berpandangan. Kami mengangguk serentak dan meneruskan pencarian.

Faron berlari ke tingkat atas manakala aku pula membantu tukang cuci membersihkan darah tersebut sambil mencari-cari apakah yang menyebabkannya pengsan sehingga begitu. Apabila tompokan darah semakin kurang, aku dapat lihat sehelai kertas berada di atas lantai. Keliling kertas itu dipenuhi glitter bewarna keungguan.

Kertas itu sahaja yang aku nampak. Benda yang jatuh atas kepala Olivia itu tiada pula.

Aku mengangkat kertas tersebut dan seraya itu Faron memanggil aku dari tingkat atas. "Hailey!"

"Apa?" Aku mendongak.

"Ada orang campak  pasu bunga dari tingkat atas!"

"Pasu bunga? Pasu bunga dalam airport?!" Soalku kepelikan. 

Tanpa menghiraukan Faron yang sedang giat menyambung penyiasatannya semula, aku membuka lipatan kertas tersebut dan membaca apa yang tertulis di atasnya. Apa yang tertulis di situ membuatkan aku terkejut bukan kepalang.

Heh? You found me?  I found you dear. Well, well, well, little Chanson prodigy. You will be in my hands sooner or later.     -Lilac-

Aku meronyokkan kertas itu kuat-kuat lalu menyimpannya di dalam poket. Air mata yang hampir keluar aku tahan dengan bersungguh-sungguh. Apa yang aku buat sampai kawan-kawan aku pun kena sekali?

"Kenapa?" Bisikku sendirian. Keluarga aku tak pernah mengganggu keamanan negara ini. Kami malah bersembunyi agar tidak ditemui. Jadi, mengapa?

Tangan seseorang hinggap di bahuku tanpa aku sedar. Aku menoleh pantas akibat terkejut. 

"Hailey, jom." Ajak Faron sambil menuding ke arah Mayu yang sudah pun tiba di lapangan terbang. Wajahnya serius memandang kami.

Aku mengangguk dan mengikuti langkahnya.


~~~~~~~~~~~~~~~


"Tak apa, sikit saja ni. Saya terkejut. Sebab tu terpengsan." Olivia bersuara apabila kami tergesa-gesa membawanya menaiki kereta (limousine) milik Mayu untuk membawanya ke hospital. 

"Sikit? Sikit apa sampai berdarah macam tu?!" Talha berkata cemas. Segala jenis bandage dicampaknya pada Reuben yang berada berdekatan dengan Olivia.

"Senior, sakitlah!" Marah Reuben lalu mengambil bandage tersebut dan diletakkan ke tepi. Bukan dia yang rawat Olivia pun. Baik campak pada Min Hyuk sebab dia yang sedang merawat.

Aku merenung ke luar. Otakku penat, jiwaku kosong. Disebabkan aku, seorang sahabatku telah tercedera. Selepas-selepas ini, apa pula akan jadi?

"Ugh..." Aku mengurut kepala apabila terlalu banyak yang difikirkan. Ini bermakna, ada Lilac yang mengikuti aku di mana-mana. Tetapi, siapakah?

"Awak okey?" Tanya Min Hyuk yang kini berada di sebelah aku setelah dia merawat Olivia. Aku memandangnya dan mengangguk. "Saya okey..." Balasku pendek.

Suasana di dalam kereta menjadi senyap. Tiada sesiapa bersuara kerana tiada topik yang mahu dibincangkan.

"Eh? Eh? Sakuralah! Sakura!" Suara Lydia mula memecahkan kesunyian. Dengan penuh semangat, aku memandang ke luar tingkap. Ha'ahlah! Aku tak perasan pun tadi. Itulah, layan perasaan lagi.

Pepohon yang dihiasi bunga bewarna merah jambu memenuhi kaki lima. Kuntuman bunga yang tidak pernah aku lihat kini berada di layar mata. Wah, indahnya dunia!

Mayu tersenyum bangga. "Hehe, dapat juga kalian tengok ya? Kalau dapat pergi Ueno Park, lagi banyak!" 

"Really? Nak tengok!" Reuben berkata riang. Kami semua memandang Mayu dan terangguk-angguk setuju.

Pandangan seronok Mayu tunjukkan. "Kalau Olivia dah baik dan kita sempat bincang semuanya malam ni, esok juga saya bawa kalian semua!" Tuturnya. 

"Hooray!" Kami semua bersorak gembira.

Oleh itu, rasa sedihku kurang sedikit. Aku berharap esok tiada lagi tragedi yang terjadi seperti hari ini.

Duhai rakan-rakanku, aku akan bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang berlaku kepada kalian akibat organisasi bernama Lilac.  

Tunggulah satu hari nanti, bukan Lilac yang memusnahkan keluarga kami. Namun keluarga kami yang bakal memusnahkan mereka. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro