Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎44💎

Cuti yang kian hadir membuatkan setiap penghuni Muzika Melodia tertunggu-tunggu untuk pulang ke tanah air masing-masing. Bagi kami yang tercalon untuk ke Le Musique Concurrence, harus bersedia untuk menziarahi rumah ahli pada cuti minggu kedua.

"Darya, okaerinasai (selamat pulang)!" Ucap Mayu apabila Darya muncul di pintu dorm bersama beberapa bagasi miliknya.

"Spasibo (terima kasih)." Balas Darya yang sedang berusaha menarik segala beg pakaiannya. Aku segera beralih dari katil lalu membantunya.

Sambil mengemas barang-barangnya, aku sempat menyoal. "Macam mana bertukar tempat dengan Lydia? Okey?"

Darya tersenyum nipis sebelum menjawab soalanku. "Bolehlah. Budak-budak bilik dia sama bising je macam dia. Pening saya."

Aku hanya membalas dengan tawa. Kalau sebilik dengan Lydia pun dah pening, inikan pula sebilik dengan empat orang yang macam Lydia? Fuh, kita yang introvert pun boleh jadi extrovert.

"Okey, saya sudah siap! Saya akan ke kelas sekarang. Jumpa nanti semua." Ujar Mayu kepada kami sebelum melangkah keluar dengan gembira sekali.

Mana tak gembiranya? Le Musique Concurrence kami dah menang, lepas tu Reuben pula ajak dia keluar makan sama-sama. Sebenarnya, Reuben ajak aku dan Min Hyuk sekali. Tapi Min Hyuk ada hal dan aku pula ada misi melepak bersama Lydia.

"Okeylah Darya, barang awak sudah saya kemas. Jadi, saya nak keluar dulu. Bye!" Aku berkata mesra lalu menepuk bahu Darya perlahan dan melangkah keluar.

Hanya anggukan yang diberikan Darya kepadaku.

~~~~~~~

Matahari terik di atas kepala. Walaupun begitu, taman yang sentiasa menjadi tempatku ini amat redup kerana dipenuhi pohon-pohon yang rendang. Untuk duduk di sini lama-lama, boleh. Tapi kena tahan sikit sekiranya ada ulat pokok yang jatuh tiba-tiba atas kepala.

Ceh, gurau je.

Tapi serius, aku pernah kena dulu.

"Hailey, awak nak tahu sesuatu tak?" Tanya Lydia sebagai pembuka acara melepak kami. 

Aku panggil lepak. Padahal aku tengah pegang buku mata pelajaran sejarah.

"Apa dia?" Jawabku walaupun tidak memandangnya yang sedang meniarap di atas bentangan tikar yang kami bentangkan di atas rumput.

Lydia tersenyum apabila melihat aku yang dari tadinya memandang buku kini mencuri memandangnya sekali-sekala. Dia meletakkan buku ke tepi lalu menongkat dagu.

"Awak tahu tak yang puak Zamrud ini, ada di mana-mana?"

"Yang saya tahu, awak seorang je yang suka jalan merata-rata. So saya nampaklah awak di mana-mana." Balasku acuh tak acuh.

Dia menepuk dahinya kuat. "Aish, mengarut jelah awak ni. Sebanyak mana pun orang kami, orang Lilac ada lebih lagi. Dekat sekolah ni pun, dah berapa orang."

Terbuntang mataku mendengarnya. Ada berapa orang? Kalau ramai, tak ke mampus kalau semua tu tahu yang aku ni Chanson?

"Berapa orang?!" Terjerit aku di situ. Lydia yang tadinya sedang sedap-sedap tergolek di atas tikar, terus terduduk akibat terkejut.

"Apa awak ni jerit-jerit?! Terkejut saya!" Marahnya sambil mengusap dada. 

"Dah tu, awak yang terkejutkan saya dulu." 

Dia memandangku sekilas lalu mengeluh perlahan. "Jangan terkejut sangatlah awak. Sikit je. Tak sampai lima orang pun. Sebab tu, saya bernasib baik dapat satu kumpulan dengan awak supaya dapat lindungi awak dari dekat!" Katanya tegas.

"Kalau awak nak tahu, setiap ahli keluarga awak ada ahli Zamrud sebagai orang terdekat tau. Cuma tahu tak tahu je." Tuturnya lagi sebelum membuka botol minumannya dan meneguk air.

Buku yang sedang aku pegang itu, aku pandang lama. Ini bermakna, ayah, kakak dan abang berada dalam keadaan selamat. Cuma mama saja, yang aku tak pasti keberadaannya. Aku harap, dia turut dilindungi.

"Lagi satu, kami ada kaji sejarah keluarga awak. Buat masa ni, apa yang kami tahu ialah... Awak boleh pinjamkan salah satu kelebihan awak kepada orang lain." Terang Lydia dengan senyuman.

Laju aku menoleh ke arahnya. Apakah? Ini kali pertama aku mendengarnya!

"Biar betul?" 

Dia mengangguk. "Kalau tak percaya, cubalah."

"Okey, awak teringin nak main apa?" Tanyaku setelah menyusun buku elok-elok dan bersedia untuk menggunakan kuasa.

"Saya dah lama teringin nak cuba kalimba. Tapi setiap kali saya main, lagu dia, fuh... boleh pekak orang." Katanya sedih.

Aku memejamkan mata dan cuba untuk memfokuskan sesuatu. Untuk mencari apa yang tersirat, aku harus menjelajah setiap pelosok ruang kuasa yang aku boleh buka. Apa yang aku boleh lihat ialah, kuasaku boleh buat lebih daripada sekarang.

"Jumpa." Ucapku. Tatkala aku membuka mata, tanda lahir berbentuk kalimba muncul di sebelah tanda lahirku yang berbentuk piano. Aku mengetuk tanda itu dua kali menggunakan dua jari lalu mengangkatnya ke udara dan kedua jariku itu dituding ke arah Lydia.

Selepas itu, tanda lahir Lydia yang berada di lengan berubah kepada bentuk kalimba. Namun, di tanganku masih terdapat dua tanda lahir di situ. Satu berbentuk piano dan satu berbentuk gitar. Nampaknya, seseorang itu harus memberikan kelebihannya buat seketika untuk meminjam sesuatu kelebihan daripada aku.

"Hebat!" Lydia menjerit sendiri. Dia sempat mengeluarkan sebuah kalimba dan memainkannya dengan sempurna. 

Dalam kesibukan kami mencari idea untuk pertandingan akan datang, aku berasa gembira kerana kami masih mendapat peluang untuk meluangkan masa dan mengalami keseronokan seperti ini. Kerana dahulu aku sering berseorangan. Kini, aku sudah punya teman.

"Agaknya, awak boleh tak gunakan kuasa kalimba tu selain daripada main lagu?" Tanyaku ingin tahu.

Lydia meletakkan jari telunjuknya ke dagu tanda berfikir. "Hmmm, saya cuba."

"Saya main buat je tau. Saya akan ikut kata hati saya." Ujarnya lagi. Kalimba ilusi miliknya itu dicampak ke atas. "Kalimba dust!" Sebutnya lalu debuan jingga yang meletus daripada kalimba tersebut jatuh menimpa kami.

"Piano protection." Seruku pula bagi membentuk pelindung kerana aku takut debuan tersebut berbahaya. Dan ya, debuan yang menyembah bumi telah membakar sedikit rumput-rumput yang memenuhi kawasan tersebut. Kepulan asap kecil dapat kami lihat.

Selesai semuanya, keadaan kembali seperti biasa. Kami sempat memandang satu sama lain lalu ketawa geli hati apabila merasakan segala apa yang kami lakukan itu sebagai hiburan. Seronoknya cuba benda baru!

Krak! Bunyi ranting kayu dipijak dapat didengar di sebelah kami. Spoil mood betullah.

Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang memandang kami dengan senyuman sinis. Matanya yang bewarna oren itu merenung kami berdua tajam.

"Wah, bestnya cuba try test something new." Katanya mengejek. Dia melihatku dan menghadiahkan sebuah senyuman yang aku rasakan boleh buat orang cair tapi bukan aku.

Selepas itu, dia menoleh ke arah Lydia yang berwajah serius dengan cebikan hina.

"Kau ni siapa?"



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

*Character for today : Lydia Robert!*

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro