💎37💎
Suasana malam yang sunyi mendatangkan perasaan gerun kepada setiap pelajar yang pulang lewat. Bebayang di bawah cahaya yang mengelilingi jalan ke sekolah bergerak-gerak perlahan. Jikalau dilihat betul-betul, di sebalik semak yang dicantas cantik, terdapat lima bayangan hitam sedang meniti arus malam.
"Kenapa kita kena tunggu sini?" Lydia bertanya sambil menyandarkan diri pada tembok yang mengelilingi sekitar kawasan Muzika Melodia. Semak yang sedikit tinggi itu dapat menyembunyikan keberadaan mereka daripada dilihat orang.
"Berapa kali saya nak cakap, kalian ada tak yang pandai menggunakan magis halimunan?" Soalku geram. Mereka semua menggelengkan kepala.
"Jadi, kita kena tunggu Faron. Dia sahaja pelajar tahu satu yang saya tahu pandai menggunakan magis itu." Balas aku sejurus itu mendapat anggukan daripada mereka.
Mayu mendekati aku lalu ketawa kecil. "Fu fu fu, macam mana awak tahu tentang itu, Hailey?"
Sebaik sahaja Mayu bertanyakan tentang hal itu, mindaku mengimbas semula sewaktu aku termasuk ke laluan dorm lelaki kerana tidak prihatin terhadap keadaan sekeliling. Pada ketika itulah, aku menyaksikan magis tersebut.
"Saya tahulah!" Jawabku berdalih. Tidak mahu aku memandang Mayu yang tersengih bagaikan kerang busuk.
Reuben hanya ketawa melihat pergaduhan kecil kami manakala Min Hyuk pula bermasam muka. Dia berasa tidak puas hati setiap kali nama Faron dibabitkan bersama aku.
"Maaf, aku lambat." Faron tiba dengan berlari lalu melompat masuk ke belakang semak.
"Tak apa, janji dapat masuk sekolah." Lydia berkata dan kemudian bangkit dari duduk. Dia berdiri menghadap kami semua seraya mengangkat kening. "Apa lagi? Jomlah. Nanti senior-senior kita tu tunggu."
Kami semua segera bertindak dan membetulkan posisi masing-masing. Inilah masanya untuk Faron menggunakan kelebihannya.
Jikalau aku, sangat mudah sekiranya magis halimunan digunakan menggunakan suaraku. Tetapi untuk menggunakannya melalui piano invisible, amat sukar. Aku masih belum menguasainya lagi.
"Okey, aku nak mula dah ni. Kalian jangan jalan lambat-lambat. Nanti terkeluar daripada medan magis aku, habislah." Beritahu Faron dengan tegas. Dia berdehem perlahan.
Apabila suaranya mula bergema, kami bergerak pantas dan memanjat pagar sekolah. Aku saja guna perkataan 'panjat' kasi nampak gempak. Walhal kami sekadar menggunakan kelebihan kami sebagaimana kami selalu menggunakannya di platform.
Malangnya, Mayu, Reuben dan Lydia tidak mahir menggunakan kelebihan tersebut tanpa kewujudan platform. Benar, kelebihan itu hanya boleh digunakan apabila platform disediakan sahaja. Namun, kami pelajar handal. Melody studentlah katakan.
Min Hyuk tu aku rasa bonus baginya walau tiada cop melody student kerana dia masih boleh menggunakan kelebihannya tanpa platfom. Tetapi, hanya aku dan Faron harus bergilir membantu mereka yang lain kerana dia masih belum mempunyai tenaga yang cukup.
"Faron, jangan berhenti menyanyi. Saya tolong awak kejap." Ujarku sambil menolak Reuben untuk naik ke atas sementara Faron pula menariknya kuat. Tersekat-sekat nafasnya dapat kulihat dari bawah. Aku faham, aku juga tidak dapat mengekalkan kekuatan suara bersama magis buat masa yang lama sekiranya terdapat beban yang aku bawa.
Tiba sahaja di dalam perkarangan sekolah, kami berlari pantas bagi menuju ke Music Autumn. Kasihan pula apabila melihat Faron sedang berusaha sedaya upaya agar nyanyiannya masih berjalan lancar. Kalau dia tiba-tiba berhenti, nak tak nak aku terpaksa gunakan kelebihan aku pula.
"Guérisseur vocal." Sebutku perlahan lalu menghalakan tanganku ke arah Faron. Aku tahu yang kelebihanku ini tidaklah kuat mana tetapi aku harus berusaha. Faron yang pada mulanya sudah lelah kembali kuat semula untuk menyanyi.
Yes! Magis voice healer aku berjaya. Nampaknya, aku dah boleh gantikan tempat Olivia di bilik rawatan. Ceh, gurau je.
Kami segera berlari ke dalam bangunan agar cepat tiba ke tempat yang ditujui. Pintu kayu Music Autumn dapat kami lihat sebelum masing-masing menggunakan kelebihan secara serentak supaya pintu itu terbuka untuk kami.
Sebaik sahaja kami melangkah ke dalam, aku sempat menyambut Faron yang sudah hampir rebah ke lantai yang dipenuhi dedaun luruh.
"Faron, okey tak ni? Jangan mati!" Lydia yang panik terjerit-jerit di sebelahku. Wajahnya jelas menunjukkan riak risau.
"Kepala hotak kau! Aku penat jelah. Yelah, aku je yang kena nyanyi memanglah! Adoi, kau ni." Faron membebel panjang walaupun dia masih cuba untuk berdiri dengan sokongan aku. Sorry Faron, aku tak dapat nak bantu kau walaupun kelebihan aku ada pelbagai.
Lydia tersenyum lega apabila Faron sudah kembali seperti biasa. Dari kejauhan, aku dapat melihat Talha dan Justin sedang berlari-lari ke arah kami manakala Olivia pula sedang bersandar pada pohon berdekatan.
"Meh sini." Talha menarik tangan Faron lalu diletakkan di bahunya. Selepas itu, aku terdengar Talha memukul tangan Faron berkali-kali. "Haram! Haram!" Marahnya pada Faron yang hanya tersenyum janggal.
Aku tersenyum puas. Marah dia lagi, senior Talha! Tak tahu malu betul. Kerja dia nak usik aku je. Kan aku pernah cakap dulu yang aku tidak pernah disentuh lelaki secara sengaja?
"Kamu duduk sini dengan Olivia." Arah Talha lalu meletakkan Faron di sebelah pohon yang memisahkannya daripada Olivia. "Itulah kau orang, lain kali guna kelebihan tu berpada. Lagi-lagi kamu ni Faron, guna magis itu untuk enam orang sekali gus. Olivia guna untuk seorang sahaja tetapi kalau guna suara, memang akan penat."
"Lain kali, minta tolong aku dengan Justin sebab kami berdua sudah mahir menggunakan magis itu. Alat muzik tidak mendatangkan penat pada salur pernafasan kami." Bebel Talha panjang lalu menoleh ke arah Mayu yang seperti sudah bersedia untuk mengatakan sesuatu. "Kecuali kamu, Mayu. Sebab kamu pemain seruling." Potongnya cepat.
Tanpa aku sangka, senior Talha boleh bebel panjang macam ni. Senior Talha.... sangat cool!
"So, apa yang kita nak buat di sini?" Tanya Min Hyuk yang sudah mengambil tempat di atas lantai.
Justin mengarahkan semua ahlinya untuk membentuk sebuah bulatan agar senang untuk berbincang. Wajahnya kelihatan serius.
"Saya dengar, akan ada lima kumpulan dari sekolah kita yang akan menyertai Le Musique Concurrence untuk peringkat pertama." Justin membuka bicara. "Tetapi terdapat kumpulan yang mempunyai tiga penyanyi dan ada juga kumpulan yang mempunyai seorang pemain trombon."
"Jadi, apa masalahnya?" Soal Reuben yang tidak tahu apa.
Keluhan panjang Justin lepaskan sambil meraup wajahnya berkali-kali. "Haih, ini mesti kalian tidak banyak ambil tahu kan? Untuk memasuki Le Musique Concurrence, setiap kumpulan kena seimbang dan sama rata pemainnya dengan kumpulan lain. Tetapi, tahun ini ia tidak seimbang! Nasib baik kumpulan kita antara yang normal. Adakah The Detector telah melakukan masalah?"
"Eh, dari yang ramai-ramai saya nampak dekat dalam Music Autumn ni, hanya lima kumpulan sahaja yang masuk?!" Aku bertanya, tidak faham. Ramai kot pengunjung Music Autumn, tapi sikit sahaja yang masuk ke Le Musique Concurrence?
"Tak semua yang ada dekat dalam ni, mahu masuk Le Musique Concurrence. Lagi pun, ramai je yang dapat masuk sebab mereka tidak cuba lagi kelayakan mereka diThe Detector tu." Ujar Justin yang sedang menoleh ke arah tasik yang berada di tengah-tengah Music Autumn.
Suasana menjadi sunyi apabila tiada sesiapa yang mahu berbicara. Masing-masing menunggu Justin kerana dialah yang memanggil kami semua ke sini.
"Buat pengetahuan semua, peringkat pertama untuk pertandingan ini jatuh pada seminggu sebelum cuti semester." Suara Justin memecahkan kesunyian.
Apakah?! Kenyataannya itu membuatkan kami semua terpana.
"Alah! Kalau kita tak lepas, nanti tak dapatlah saya nak ke rumah Mayu! Lebih teruk, saya tidak dapat ke rumah semua orang!" Rungut Lydia yang sudah berjurai air matanya.
"Kita akan lepas." Olivia bersuara setelah merehatkan diri buat sekian lama. "Kumpulan kita seimbang. Lagi pun, ini tahun terakhir saya. Saya yakin tahun ini akan mendatangkan nasib yang baik untuk kita." Tuturnya dengan penuh yakin.
Kami semua memandangnya dengan pandangan kasihan. Sudahlah berada di tahun akhir, jikalau kalah pasti mendatangkan kekecewaan yang teramat baginya.
"Lagi pun, ahli saya tahun ini semua nampak berpotensi belaka." Pujinya dengan senyuman yang manis namun lemah.
Akhirnya, kami tersenyum gembira. Tidak mengapa senior, kami akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pertandingan ini. Apa sahaja!
"Jadi, latihan keras kita akan bermula dari esok." Ucap Justin bersahaja.
Sekali lagi, kami semua terpana. Tidak!!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro