💎36💎
"Eh, Olivia bertugas di bilik rawatan?" Tanyaku apabila terlihat Olivia sedang ligat mencari botol ubat. Kenapa mahu cari botol ubat? Aku tak cedera pun. Aku rasa, aku dah cederakan budak-budak yang kacau aku tu je.
Olivia mengeluh perlahan lalu membuat rolleyes. "Of course lah. Saya ni bukan sentiasa dapat masuk kelas, saya sibuk di sini. Lagipun, budak-budak kelas saya mudah sangat sakit tekak." Balasnya.
"Tapi aku tak pun?" Sibuk Faron yang mana menambahkan lagi kerimasan Olivia.
"Awak tu memang. Makhluk apa entah." Jawab Olivia garang. Uish, moody rupanya senior ni.
Kalau Faron makhluk apa entah, aku ni apalah agaknya? Aku lagi pelik sebab boleh guna banyak kelebihan kan?
Sambil mencari botol ubat, Olivia membebel sendirian. "Nasiblah tak lama lagi cuti. Dapatlah aku berehat sekejap."
Oh yalah, cuti semester nanti aku harus pulang ke Perancis untuk bertemu dengan ayah yang bakal kembali dari Itali. Inilah peluangku untuk bertemu dengan abang dan kakak!
Kemudian, kami akan ke rumah Mayu untuk memulakan tugas kami untuk Le Musique Concurrence. Tidak sabarnya!
"Ini pun dia." Kata Olivia lalu menunjukkan aku sebuah botol berwarna biru. Reuben dan Faron yang keliru hanya saling berpandangan sebelum menoleh ke arah ubat itu semula.
"Ini ubat untuk mengembalikan semangat. Nampaknya, awak guna kelebihan awak banyak sangat." Tutur Olivia sambil membuka tutup botol itu.
Aku guna tenaga banyak sangat? Aku rasa aku boleh buat lebih dari itu. Tapi mungkin sebab aku sudah tidak mempratikkannya jadi tenaga aku akan menjadi kurang.
"Cecair di dalam botol ini bukan untuk diminum."
"Jadi?"
"If I'm in an RPG game then I would be a healer in that world. Cecair ini akan bertindak balas apabila saya mula menyanyi." Balas Olivia dengan kening yang terjongket bangga. Apa fungsi kata-katanya yang sebelum itu tadi?
Faron ketawa sinis. "So, kau akan nyanyi healer incantation macam dalam cerita Rapunzel tu?" Ejeknya.
"Ha'ah, tapi dalam bahasa sayalah." Jawab Olivia yang langsung tidak terkesan dengan ejekan itu. "Latin American Spanish."
Kami semua terdiam seketika. Jikalau difikirkan balik, Olivia namanya memang berasal dari bahasa latin.
"Wait what? Kau latino juga ke?" Soal Faron yang terkejut. Olivia tidak menjawab malah menjeling jejaka itu dengan tajam.
Aku hanya memandang mereka tanpa reaksi. Oi, aku dah penat ni. Kalian berbual apa lagi? Mahu sahaja aku mecelah tetapi nanti dipandang apa pula.
"Okay." Olivia sudah mula bersedia untuk menyanyi.
"For que da fulgor,
(Flower that glow)
Con tu brillo fiel,
(With your faithfull shine)
Mueve el tiempo atrás,
(Move back time)
Volviendo a lo que fue,
(Going back to what it was)
Quita enfermedad,
(Take away illness)
Y el destion cruel,
(And the cruel destiny)
Trae lo que perdí,
(Bring back what I lost)
Volviendo a lo que fue,
(Going back to what it was)
A lo que fue,
(To what it was)."
Sambil menyanyi, Olivia melakukan pusaran pada botol itu lalu satu cahaya berwarna biru mula mengelilingi aku. Dia melakukannya dengan bersemangat sekali. Bilik rawatan itu juga dipenuhi cahaya biru terang.
Habis sahaja lagu tersebut, Faron dan Reuben memberikan tepukan yang kuat tanda terpegun. Aku pula tidak berasa penat lagi.
"Seri wajah awak telah pun kembali semula." Ujar Olivia sebelum memberikan aku secawan teh hijau. Aku mengambilnya lalu terlihat daun teh hijau yang tegak di dalam airku itu. Sekiranya Mayu berada di sini, pasti dia akan mengatakan yang aku akan ditimpa nasib yang baik.
Faron mengambil botol bewarna biru itu lalu meniliknya dengan penuh minat. "Kalau aku, boleh ke heal orang macam kau?"
"Boleh je kalau awak belajar." Balas Olivia malas. Dia bangkit dan kemudian mengemas segala botol yang telah disepahkannya.
"Kalau macam tu, aku nak belajar dengan kaulah." Ujar Faron dengan mata yang bersinar-sinar.
Olivia yang membelakangi kami hanya mengangguk faham. Jawapannya itu membuatkan Faron bersorak riang.
Aku pula hanya tersengih gembira melihatkan mereka yang berada di situ. Namun, Reuben yang kurang bercakap membuatkan aku rasa risau pula.
"Reuben, awak okey? Senyap saja." Tegurku.
"Okey je. Saya tak ada benda nak cakap pun haha." Jawabnya sebelum ketawa kecil.
Pada ketika itu, hatiku kuat menyuruh aku meletakkan Melody Caller ke telinga. Sebaik sahaja aku melakukannya, ia berbunyi nyaring tanda terdapat seseorang yang sedang menghubungi aku. Disebabkan tiada alat komunikasi bersama aku, aku tidak dapat mengetahu siapakah yang sedang memanggil.
Namun, bukan aku sahaja yang terkejut akan panggilan itu. Aku dapat melihat Reuben, Faron dan Olivia turut memaparkan wajah terkejut kerana mereka semua sedang memakai Melody Caller di telinga masing-masing.
"Siapa?" Faron membuat gerak mulut. Kami semua hanya menjongketkan bahu sebelum menekan Melody Caller untuk mengangkat panggilan.
"Hello. Ini Justin." Suara Justin muncul di hujung talian.
Aku menganggukkan kepala lalu membalas. "Kenapa, Justin?"
"Saya ada plan nak buat untuk malam ni. Jadi, saya nak kalian semua curi keluar dari dorm dan masuk ke Music Autumn. Malam ini juga."
Selepas itu, dia meletakkan talian dan kami berempat pun tersentak seketika. Malam-malam buta nak kena curi keluar dari dorm? Apa kes yang serius sangat sampai kena buat macam ini?
♪♪♪♪♪
Ethan berjalan dengan tenang mengelilingi pohon besar yang berada di tengah-tengah blok Izili. Tempat itulah satu-satunya tempat yang dapat dia meluangkan masa bersama Hailey. Hanya mereka berdua sahaja.
Tetapi, segalanya bakal terganggu setiap kali Faron ada berdekatan dengan mereka. Ethan fikir Faron bukanlah pesaing yang bakal mendatangkan apa-apa ancaman kepadanya kerana Hailey memang baik dengan semua orang.
Berkenaan dengan kejadian pada hari ini, dia merasakan itu bagaikan satu kejayaan baginya. Hailey telah menggunakan kelebihannya yang lain untuk mengugut dan menakutkan pelajar yang tidak disukainya. Walaupun Ethan pernah diugut sebegitu di pejabat guru pada awal tahun hari itu, Hailey hanya menunjukkan pelbagai alat muzik tetapi tidak menggunakan alat tersebut ke atas dirinya.
Ethan tersenyum puas. Dia yakin yang suatu hari nanti, Hailey akan kembali padanya meminta pertolongan. Maklumlah, hanya dia sahaja yang berpihak pada Hailey sekiranya Hailey bakal ditangkap oleh organisasi Lilac pada masa hadapan nanti.
Anggapnya sahajalah.
♪♪♪♪♪
"Awak yakin yang rancangan kita ini bagus?" Soal Min Hyuk kepada Justin yang baru sahaja menghubungi Lydia dan Talha.
Justin merebahkan dirinya pada sofa berdekatan. Dia menarik rambutnya ke belakang lalu menoleh ke arah Min Hyuk yang sedang duduk di kerusi kayu tidak jauh darinya. "Saya rasa, ya. Perkara ini perkara serius dan kita tidak boleh bawa main. Le Musique Concurrence bakal mendatang." Balasnya.
Di sudut ruang itu pula, Mayu sedang sibuk meneliti setiap buku yang berada di atas rak yang ada. "Justin, saya tak sangka pula yang awak akan ada bilik rahsia sendiri. Boleh buat host club sendiri ni kalau awak nak."
"Aduh awak ni Mayu, ini bilik kosonglah. Kalau nak buat kelab tersendiri pun boleh." Balas Justin lalu bermain dengan mindanya sendiri. Host club? Apa tu?
Mayu pula terkekek-kekek sendirian dari kejauhan. Yalah, sekolah besar, banyak bangunan, banyak bilik kosong, jadi pelajar boleh buat apa sahaja. Guru-guru di sini pun apa kisah.
"Hmmm..." Min Hyuk memandang ke luar tingkap. Dia terlihat seorang gadis berambut ungu berjalan ke luar bangunan bagi menuju ke dorm miliknya berseorangan.
Dalam diam, Min Hyuk tersenyum manis.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro