Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎34💎

Seminggu kemudian...

"Reuben, cepat!!" Jerit Mayu yang berdiri di hadapan dorm Reuben.

Bagaimana dia boleh memasuki bahagian dorm lelaki? Dia menyamar dengan memakai topi bagi menyorokkan rambutnya. Bagi menyembunyikan tubuhnya yang feminin, dia bertindak untuk memakai baju yang berlapis-lapis agar gaya maskulin terserlah.

"Mayu... Awak ni berani mati betul. Kalau pengawal tu nampak macam mana?" Soal Reuben yang masih membetul-betulkan rambutnya. "Boleh je kan kalau guna magis awak tu kasi nampak halimunan?" Soalnya lagi sambil mengunci pintu.

Rengusan marah Mayu berikan kepada Reuben lalu berpeluk tubuh. "Kalau saya halimunan, awak tak nampak saya. Lagipun, saya bukannya pandai guna magis tu lagi." Marahnya.

Selepas itu, dia mula berjalan laju sambil menghentakkan kaki tanda protes. Terkejar-kejar Reuben yang berada di belakangnya.

"Mayu, kejaplah." Tegur Reuben yang terkedek-kedek berlari.

Mayu membuka segala jaket yang dipakainya lalu dimasukkan ke dalam beg. Topi yang berada di atas kepalanya dibaling tepat ke atas kepala Reuben yang sedang berlari di belakang. 

"Kejap apanya? Kita nak tengok duet Hailey dengan Faron hari ini. Cepatlah!"

🎤🎤🎤🎤

Gemuruh yang aku tunggu-tunggu kini dirasai. Suara-suara pelajar baharu termasuklah yang datang bagi melihat kami membingitkan suasana. Kalau aku kena main gitar sekarang ni, sudah lama aku peluk erat-erat gitar itu. Namun, aku harus memainkan lagu di grand piano yang berada di luar sana!

Sekejap-sekejap aku intai penonton melalui langsir pentas. Sekejap-sekejap, aku mundar-mandir di belakang pentas yang sibuk ini. Apabila sudah penat, aku duduk pula di atas sebuah kontena yang penuh dengan kostum.

"Hailey, relaxlah. Kita akan dengar ucapan pengetua dululah nanti." Tegur Faron lalu mengambil tempat duduk di sebelahku.

"Saya relaxlah ni." Balasku bersemangat. Faron hanya tersenyum melihat aku.

Sebagai seorang yang berketurunan Chanson, aku haruslah berani apabila berada di hadapan pentas. Itu mesti apa yang kalian fikirkan bukan? Tetapi aku sudah lama tidak beraksi sebegini. Aku harap waktu Le Musique Concurrence nanti aku baik-baik sahaja.

Apa yang aku sudah pasti sekarang ini, Faron sudah bersedia dengan suaranya. 

Tepukan gemuruh mula kedengaran di luar sana apabila pengerusi majlis menjemput tuan pengetua untuk naik ke pentas. Sambil mendengar pengetua berucap, aku bermain dengan jari yang akan menekan papan kekunci nanti.

Secara tiba-tiba, Faron menarik kepalaku agar berehat di atas bahunya. Aku yang berasa terkejut terus mengangkat kepalaku namun dia menariknya semula.

"Kau ni, jangan degil boleh tak? Relax. Aku tahu kau nervous." Tegasnya lalu meletakkan tangannya ke atas kepalaku agar aku tidak melawan semula.

Tapi, benar apa yang dia kata. Aku memang nampak sangat tidak relax sekarang ini. Dalam kebingitan suara pengetua di mikrofon, aku dapat mendengar dia sedang bersenandung perlahan. Memang sangat menenangkan.

"FH, you'll be on stage in five minutes." Suara Puan Lily kedengaran di sebalik dinding nipis. Faron menjawab bahawa kami sudah bersedia.

Beliau panggil kami FH? Suka-suka saja bagi nama gabungan dekat orang.

Apabila kami sudah dipanggil untuk bersedia, aku meregangkan tubuhku dan jari-jemariku. Sewaktu aku memusingkan badan bagi menghilangkan sengal pinggang, aku dapat lihat seseorang sedang memerhatikan kami dari pintu belakang. Melihatkan aku tersedar dengan kehadirannya, dia segera berlari pergi.

Perkara terakhir yang aku dapat lihat ialah kasut miliknya yang bewarna merah jambu bertumit tinggi. Dan, aku kenal kasut itu.

🎤🎤🎤🎤

Aku diarahkan untuk menaiki pentas dahulu sebelum Faron. Jadi, sebelum aku menaiki pentas, rambutku telah didandan kemas oleh salah seorang pekerja belakang pentas. Sebelum mengambil tempat di hadapan piano, aku mengibaskan kain sekolahku terlebih dahulu agar tidak mengganggu pergerakanku nanti.

Walau dalam ketakutan, aku masih sempat melihat ke tempat penonton. Mayu ada... Reuben ada... Min Hyuk ada... tak lupa juga Lydia.

Aku rasa kan, semua tahun satu ada di sini termasuklah yang baharu.

"Dipersilakan Faron Aden dan pemain pianonya, Hailey!" Ujar pengerusi majlis. Tepukan gemuruh diberikan apabila Faron mula memunculkan diri dari sebalik langsir.

Jeritan-jeritan kecil mula membisingkan lagi majlis apabila Faron sudah mencapai mikrofon dan bersandar pada pianoku sebagai gaya permulaan persembahan.

"Itulah Faron Aden, putera sekolah ini!"

"Saya tahu, saya tahu!"

"Kyaa! Kyaa!"

Nasib baiklah aku sedikit terlindung jadi aku sempat membuat rolleyes. Menyampahnya budak-budak baru ni. Menyampah lagi dekat si mamat depan aku ni. Budak-budak yang baru nak sekolah dekat sini pun kenal kau. Siapa je yang tak kenal? Hish.

Satu cahaya di hujung pentas muncul menandakan aku sudah mendapat isyarat untuk mula. Senyuman manis aku terbitkan sebelum menekan papan piano dengan penuh profesional.

Mikrofon itu dilambung-lambung ke udara oleh Faron sehinggalah tugasnya untuk menyanyi tiba. Dia bergerak ke tengah dan mula menyanyi.

I'm not suprised,
Not everything lasts,
I've broken my heart so many times,
I stopped keepin' track.

Talk myself in, 
I talk myself out,
I get all worked up,
Then I let myself down.

I tried so very hard not to lose it,
I came up with a million excuses,

I thought, I thought of every possibilities.

And I know someday that it'll all turn out,
You make me work so we can work to work it out,
And I promise you kid, that I'll give so much more than I get,
I just haven't met you yet!

Setibanya di ayat terakhir itu, dia menuding ke arahku dengan senyuman sinis tetapi manis. Apa maksudnya? Walau aku masih tertanya-tanya, aku masih teruskan melodi tanpa lelah. Apa-apa pun, aku tidak mahu berasa terganggu.

I might have to wait,
I'll never give up,
I guess it's half timing,
And the other half's luck.

Wherever you are,
Whenever it's right,
You come out of nowhere and into my life.

And I know that we can be so amazing,
And baby your love is gonna change me,
And now I can see every possibility.

But somehow I know that will all turn out, 
You make me work so we can work to work it out,
And I promise you kid, I'll give so much more than I get,
I just haven't met you yet!

They say all's fair,
In love and war,
But I won't need to fight it,
We'll get it right,
And we'll be united.

Kali ini dia mengenyitkan matanya ke arahku apabila ayat terakhirnya disebut. Nasib baik jariku tidak terkejut sehingga berhenti menekan papan piano. Mujur aku masih bersikap cool.

Adakah ini sebagai gimik persembahan? Lagipun, dia yang beria-ria usulkan lagu ini kepada aku. Nasib baiklah lagu ini riang dan ria sahaja jadi aku boleh lihat yang semua penonton sedang enjoy sambil menggoyangkan tubuh mereka mengikut rentak lagu.

Yang berada di belakang sekali, sudah ada yang menari. Dia bahagian pelajar beruniform lain pula, mengikut menyanyi sekali.

And I know that we can be so amazing,
And baby your love is gonna change me,
And now I can see every single possibility.

And someday I know that it'll all turn out, 
And I'll work, to work it out,
Promise you kid, I'll give you more than I get,
Than I get, Than I get, Than I get.

Oh, you know it'll all turn out,
And you'll make me work so we can work to work it out,
And I promise you kid, to give so much more that I get,
I just haven't met you yet!

Dia berpusing ke arah piano secara drastik dan menyuakan tangannya ke arahku. Aku yang tidak mahu berasa janggal hanya menyengetkan kepala dan menghadiahkan senyuman yang paling manis yang aku boleh buat.

Dia tersenyum semula lalu memetik jari. Beberapa orang pelajar yang memakai uniform yang sama dengannya menaiki pentas dan menjadi penyanyi latar untuknya. Eh, tak tahu pun ada?

I just haven't met you yet,
Oh, promise you kid,
To give so much more than I get.

I said love, love, love, love, love, love, love,
I just haven't met you yet,
Love, love, love, love, love, love,
I just haven't met you yet.

Kali ini, dia tidak menuding ke arahku tetapi menghalakan tudingannya ke arah penonton. Berpeluh-peluh dia kerana disinari cahaya pentas yang terang. Sudahlah banyak pergerakan yang dilakukannya walaupun benda tu tak penting pun. Buat kau lebih tercungap-cungap adalah. Haih, mamat ni.

Apabila aku sudah tamat menekan papan piano, dia melambaikan tangannya padaku lalu membuat gerak mulut.

"I just haven't met you yet."

Kemudian, dia berpaling ke arah penonton semula dan membuat tunduk hormat. Aku yang terpana seketika cepat-cepat berdiri dan turut membuat tunduk hormat. Tepukan yang paling gemuruh untuk hari ini menjadi penghias seisi dewan.

Selepas itu, aku segera berlari ke belakang pentas dengan wajah yang disembunyikan dengan tangan. Jadi... lagu tu dia nyanyi untuk aku ke?!

🎤🎤🎤🎤

"Goodness gracious, he sang it for you!"Jerit Mayu yang menunggu aku sehingga keluar dari belakang pentas.

Wajahku yang sudah reda dari kepanasan kini menjadi merah semula. Aku memegang tangan Mayu dan menundukkan kepala.

"Muri, muri, muri (tidak mungkin, tidak mungkin, tidak mungkin)." Tutur aku kepadanya dalam bahasa Jepun. Berpinar-pinar rasanya mata ini apabila terkena cahaya pentas, tambah lagi dengan jantung yang berdegup pantas.

Aku tidak mahu percaya tentang fakta yang belum pun jadi fakta itu. Dia nak nyanyi untuk aku? Jangan harap. Sudahlah poyo, berlagak, penyebab aku kena baling tomato, campak bento aku. Tapi, dialah yang selamatkan aku daripada pakcik guard, tolong aku, jadi kawan aku. Hmm, kisah silam jangan dikenang.

"Ya! Dia asyik point kat awak. Bukan saya tak nampak wajahnya yang kelihatan sangat gembira apabila awak membalas semula senyumannya tadi." Ujar Mayu sambil melompat gembira. Mata-matanya bersinar-sinar bagaikan baru sahaja menonton drama cinta.

"Hahaha... Entah-entah dia main-main saja." Aku masih cuba untuk menafikan.

Mayu mencucuk-cucuk bahuku sambil tersenyum nakal. Aku pula menepis tangannya berkali-kali. Saja je nak sakat aku.

"Hailey." 

Aku dan Mayu menoleh setelah mendengar suara itu. Seorang pelajar perempuan sedang bersandar di dinding sambil menyilangkan tangan. Hujung koridor yang gelap itu membuatkan kami tidak dapat melihat wajahnya.

Namun, aku kenal kasut itu. Kasut merah jambu tadi!

"Ikut aku kejap." Panggilnya.

"Kalau dia tak nak?!" Mayu menghalang aku di belakangnya. Dia tidak mahu aku dibuli seperti dahulu lagi.

Senyuman sinis pelajar itu ukirkan. "Kalau dia tak nak?" Ulangnya sebelum melayangkan tangannya ke udara.

Sebuah penjara berdinding piano terbentuk mengelilingi Mayu yang telah dipisahkan dari aku. Terketar-ketar Mayu dibuatnya.

"Hailey... Saya... Tak boleh usik." Kata Mayu yang merapatkan tangannya ke dada. Dia tidak mahu memegang dinding itu. Sekiranya dilakukan juga, satu renjatan akan diberikan kepadanya. Inilah undang-undang Ochestra World. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelebihan yang berbeza, jangan berani-berani untuk menyentuh alatan muzik yang muncul dari tanda lahir mereka.

"Saya boleh. Tapi maaf Mayu, saya nak dengar apa yang dia nak dulu." Tuturku pada Mayu yang seperti ingin menangis.

Aku berdiri di sebelah penjara buatan itu sambil bercekak pinggang. "So, apa kau nak?" 

"Ikut aku, aku kata!" Kata pelajar perempuan itu tegas. Tangannya menggamit aku keras.

Demi tidak membahayakan Mayu, aku bersetuju untuk mengikutnya pergi. Sebelum melangkah, aku memberikan senyuman nipis kepada Mayu tanpa tidak mengapa.

Apabila kami sudah hilang disebalik koridor yang gelap itu, dinding piano itu pecah dan melepaskan Mayu. Tanpa membuang masa, Mayu segera berlari keluar dari belakang pentas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro