💎31💎
"So... Kita nak buat lagu apa?" Soal Mayu sambil mengacau teh. Gayanya sangat elegan sehinggakan apabila dia mengangkat cawan, jari kelingkingnya dikeluarkan.
Memang layak dipanggil puteri.
Aku? Nak jadi perempuan Perancis terakhir pun gini-gini, ada pula nak jadi puteri. Macam kelakar kalau bayangkan aku ni anak raja.
Tapi kalau nak cakap berkenaan keturunan kami, macam ada baur-baur bacang dengan keluarga diraja. Aku rasalah sebab ayah bekerja dekat sangat dengan raja atasan.
"Kalau nak cakap pasal lagu, kita kena tanya penyanyi-penyanyi kita dulu. Sebab kita yang akan bawa mereka nanti." Balas Reuben sambil merenung setiap pergerakan Mayu yang tidak biasa dilakukan oleh orang biasa.
Lydia mengangguk faham sebelum memandang Reuben yang duduk di sebelahnya. "Saya tak sabar nak mula! Dapat pula berkumpulan dengan kalian. Awesome!"
Sengihan janggal mereka berikan kepada Lydia. Aku hanya memberikan senyuman manis buatnya.
"Saya dah bosan menunggu. Bila kita nak mula pergerakan ke setiap rumah ahli?" Min Hyuk menyoal secara tiba-tiba.
Aik, dia memang ada dekat sini? Tak perasan pula bila dia senyap je.
"Saya nak ajak kalian ke rumah saya dahulu. Apabila saya menceritakan perkara ini kepada orang tua saya, mereka menjadi excited apabila mendapat tahu saya dapat menyertai Le Musique Concurrence. Melalui komunikasi saya dan Miharu semalam, saya mendapat tahu bahawa kita akan disambut dengan meriah sekali. Haih..." Mayu mengeluh sebelum menyembamkan wajahnya ke atas meja. Malu barangkali.
"Ahaha! Tidak mengapalah, Mayu. Lagipun, musim bunga bakal tiba. Saya dan Hailey teringin untuk melihat bunga Sakura." Tutur Lydia bagi menyedapkan hati Mayu. Gadis Jepun itu mengangkat kepalanya kemudian tersenyum manis.
Aku terus memandang Reuben. Jejaka itu sedang menyembunyikan wajahnya dengan memandang ke luar tingkap sambil membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajahnya. Apa dia fikir aku tidak nampak wajahnya yang kelihatan sedikit merah itu?
Seperti yang aku pernah cakap pada bab 1, senyuman Mayu mampu mencairkan lelaki.
Lagi pun, aku tengah seronok nak merasa ke Jepun jadi baik aku jangan kacau Reuben. Kalau hilang mood jejaka itu, hilang juga mood si Mayu. Yalah, seperti mana orang yang berkawan. Apabila kawan kita berasa sedih, kita juga akan turut bersedih.
"Saya ada kelas kejap lagi." Ujar Mayu sebelum melihat jam tangannya. "Bila lagi kita nak berbincang sebegini? Setiap orang lain-lain masa ada. Tak bestnya..." Keluhnya lagi.
Reuben segera menoleh ke arah Mayu. "Kelas? Sekarang dah petang, awak. Kelas awak malam ke?" Soalnya lalu disambuti dengan anggukan sedih daripada Mayu. "Bahayanya! Nanti kelas awak dekat blok dekat mana?"
"Blok Zariri."
"Uish, jauh tu dari sini. Saya temankanlah nanti."
"Eh, serious?"
"Serious!"
Kemudian, mereka berdua bersorak gembira sambil bertepuk tangan. Aku, Lydia dan Min Hyuk hanya memandang mereka sambil menyisip minuman kami.
Tu veux juste de l'attention,
Tu ne veux pas de mon cœur,
Tu n'aimes pas l'idée que je n'sois pas avec toi.
Semua tergamam apabila ringtone milik telefon aku tiba-tiba bergema di kafe tersebut. Mujur tiada ramai pelanggan pada ketika itu.
"Lagu Attention Charlie Puth dalam bahasa Perancis ke tu, Hailey?" Tanya Mayu yang terkejut seketika. Aku tersengih mengangguk sebelum mengeluarkan telefon pintarku dari beg cepat-cepat.
Aku berganjak dari tempat dudukku lalu duduk di meja selang dua dari meja mereka. Sambil itu, aku memandang ke luar sebelum menjawab menggunakan Melody Caller.
"Oui, allo (ya, hello)?"
"Um, hai Hailey! Józef di sini. Saya ingin memberitahu bahawa sekejap lagi kita akan ada kelas piano. Saya terlupa nak beritahu tadi. Maaf."
"Errr... Baiklah. Beritahu saya waktu dan tempat di mesej nanti. Saya sedang sibuk sedikit ni."
"Ah, maaf Hailey! Saya akan mesej awak sekejap lagi. Do Zobaczenia (Kita jumpa nanti)!" Balas Józef sebelum meletak panggilan.
Setelah menyangkut Melody Caller milikku ke belakang telinga semula, aku bangkit dari tempat duduk dan bergerak ke meja rakan-rakanku sebentar tadi.
"Hah..." Keluhku sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi lalu bersandar lemah.
Keempat-empat sahabatku yang tadinya berbual rancak kini melihatku dengan penuh hairan. Lydia menyuakan aku seketul biskut coklat yang tinggal di atas pinggan.
"Kenapa ni, Hailey?" Soal Lydia apabila aku mengambil biskut itu dan menggigitnya malas.
"Haa! Ni mesti sebab ada kelas nanti kan? Awak selalu berkelakuan macam ni kalau awak dapat khabar tentang adanya kelas." Tebak Mayu.
Aku mengangguk perlahan. Tepat sekali kata-kata Mayu itu. Apa yang aku sedar, kawan-kawan sekeliling aku ni merupakan orang-orang yang mengambil berat. Sebagai contoh, Mayu. Dia tahu sahaja apa yang aku fikirkan hanya dengan perlakuanku. Atau... Aku ni yang mudah dibaca sebenarnya?
Min Hyuk menepuk bahuku sebelum menayangkan senyuman nipis. Mengikut gayanya, aku faham bahawa dia sedang menyuruh aku agar bertabah. Demi menghargai usahanya untuk senyum, aku membalas dengan senyuman yang lebih manis.
Tiba-tiba sahaja dia berpaling laju dan melindungi wajahnya dengan belakang tangan. Aku yang malas nak ambil tahu, membiarkan sahaja dia.
"Dahlah, saya nak pulang dulu. Terima kasih ya semua temankan saya di sini. Saya bayarkan makanan kalian ya." Aku berkata lalu menuruni tangga.
Mayu, Lydia, Min Hyuk dan Reuben hanya membalas dengan anggukan. Terkejut kot sebab aku tetiba nak belanja mereka.
"Well, today is laundry day for me. Saya nak pergi basuh baju. Bye!" Ucap Min Hyuk pula sebelum mengangkat punggung dan berjalan pergi.
"Okay..." Balas mereka yang tinggal.
♪♪♪♪♪
"What are you doing here?"
"Aww, you're so cold, Darya."
Lydia kini sedang berbaring di atas lantai dorm yang dilitupi karpet lembut. Dia memandang ke syiling sambil mengangkat tangannya ke atas. Darya yang berada di atas katilnya hanya menjeling keberadaan Lydia di dorm-nya dengan penuh rimas.
"By the way, I got the permission from Hailey to come here and visit you."
"What did you say to her?" Soal Darya yang sudah mula menyinga.
Lydia tersenyum kecil sebelum membalas. "I said that we were friends."
"Since when?!"
"Since we were little kids. Come one Darya, we were childhood friends." Balas Lydia tenang walaupun Darya meninggikan suara terhadapnya.
Darya mengeluh kecil lalu menukar posisinya kepada berbaring. Matanya memandang syiling dengan renungan yang sangat mendalam.
"So, have you done anything to Hailey?" Tanya Lydia kepada sahabatnya itu.
"What do you mean? She's my friend!"
"Well, you're Lilac by the way." Ujarnya selamba.
Darya terdiam buat seketika. Dia memejamkan mata lalu mengeluh lagi.
"Darya, come join my side! The Emeralds are better than that Lilac of yours!" Ajak Lydia dengan penuh bersemangat. Sahabatnya itu, sudah bersamanya dari kecil. Tetapi disebabkan pemecahan puak-puak dan organisasi, mereka terpisah akibat fahaman yang berlainan. Bagaimanakah mereka berkawan sekiranya mereka berlainan negara? Everything can be if it's about business.
Keluarga mereka menjalin hubungan apabila perniagaan mereka menjalankan usahasama. Dari situlah Lydia dan Darya mengenali satu sama lain. Sekarang ini apabila berjumpa di sekolah ini, lain pula jadinya.
"Lydia, my old friend." Nada suara Darya yang seperti tiada perasaan itu mengejutkan Lydia. "I can't. I already in the Lilac since I was a kid. It's my family organisation. I can't jump out!" Tukasnya garang.
Kali ini, Lydia pula yang mengeluh panjang. Dia meniarap di atas lantai sebelum menyembamkan wajahnya ke atas tangan. "I know." Balasnya.
Kemudian, dia berdiri lalu mengambil tas tangannya yang ditinggalkan di atas meja Hailey. Sejurus itu, dia berjalan ke arah pintu dan membukanya perlahan-lahan. Sebelum dia melangkah keluar, dia sempat berpaling ke dalam seraya berkata.
"If you change your mind, tell me. No matter what the Lilac do to Hailey one day, I will do anything to save her. Even if it will cost my life."
Apabila hempasan pintu kedengaran, Darya duduk di atas katilnya lalu tertunduk seorang diri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro