💎28💎
Setibanya di Music Autumn, aku mengambil tempat di bawah sebatang pohon yang rendang walaupun daunnya telah kekuningan. Biasanya, aku akan melepak di taman rimbun luar sana bersama Mayu tapi sekarang, sini sajalah tempat aku. Maklumlah, tidak semua pelajar dapat ke sini.
Jadi, sekarang aku nak buat apa? Nak belajar? Sudah tiada mood. Kena halau dari kelas, hati tersakiti pula tu.
Jari-jemariku mula bergerak-gerak dan muzik mula muncul. Kelebihan kami di sini, tidak kiralah apa yang kami ketuk, kami tekan atau petik sekalipun, seandainya jiwa ditetapkan sepenuhnya kepada muzik, not-not halus akan muncul dan terbitlah satu lagu yang indah.
Namun, hanya lagu sedih yang hadir dari piano imaginasiku. Mengapa sehingga begini? Apakah aku terlalu bersedih? Kisah hidup aku di Muzika Melodia, haruslah gembira! Tempat ini tidak pernah mengundang rasa sedih.
Kalau bukan sebab Lilac, aku akan hidup aman. Nama keluargaku tidak akan menjadi ancaman. Ayah tidak perlu sentiasa ke luar negara, kakak dan abang boleh menggunakan pelbagai kelebihan yang ada dan mama pula... Tidak perlu hilang entah ke mana.
Aku hanya mampu memandang langit yang cerah. Bumbung yang lut sinar itu memaparkan satu cahaya matahari yang terang nan indah. Kesedihan aku bagaikan menghilang dengan hangat mentari yang menyinari wajahku. Walaupun begitu, air mataku tetap mengalir jatuh perlahan-lahan.
♪♪♪♪♪
Faron berjalan ke arah pintu masuk ke Music Autumn dengan penuh bersemangat sekali. Laju sekali langkahnya sehingga meninggalkan Olivia di belakang.
"Awak ni, semangat sangatlah! Sabarlah sikit. Hailey kata berkumpul pukul sebelas. Ini baru pukul sepuluh!" Olivia berkata dalam keadaan mengah.
Bersyukur jugalah kerana kelas vokal mereka tamat pada pukul lapan. Mengapa awal sangat? Kerana mereka harus ada di kelas itu pada pukul enam pagi. Mereka dipaksa kerana menurut guru mereka, suara lebih baik dipraktiskan mulai pagi.
"Faron!" Panggil Olivia namun panggilannya itu tidak dihiraukan oleh jejaka itu. "Aku tengok sejak dia jumpa budak perempuan tu, kurang sedikit keras kepalanya." Bisiknya pada diri sendiri pula. Dia bagaikan kelegaan.
Sebaik sahaja pintu gerbang ke Music Autumn dilihat Faron, terus sahaja dia berlari. Tetapi, lariannya terhenti apabila kelihatan seorang jejaka sedang duduk di tepi pintu tersebut dengan wajah yang disembamkan ke lutut.
"Rambut tu..." Olivia berdiri di sebelah Faron dan turut sama meneliti jejaka tersebut.
"Reuben Green, if I'm not wrong, right?" Soal Faron dan pertanyaannya itu membuatkan jejaka itu tersentak.
Dia terus sahaja mengangkat kepala dengan mata yang merah akibat baru sahaja menangis. Matanya yang sepatutnya berwarna hijau terang kelihatan malap.
"Yes... I... Am..." Balas Reuben seperti orang yang lifeless. "Thank you for... Remember me.... As Hailey's friend..." Sambungnya sambil cuba untuk berdiri dengan bantuan Olivia.
"Yeah, I know you because I see you frequently hanging out with Hailey and that one guy and that one girl from the Harmony Kingdom. Also, if I am not mistaken, you are the nephew of The Green's Cafe owner, right?" Tanya Faron panjang lebar. Sifatnya, memang suka menganalisis orang di sekelilingnya.
Reuben pada mulanya mengangguk-angguk kemudian, dia terpana sekejap sebelum menoleh ke arah Faron dengan laju. "That one girl from Harmony kingdom?! Who?!"
"Her name is... Kazue Mayu, I guess?"
Ternganga Reuben dibuatnya. "How the heck?!"
"Apa pasal kalian cakap dalam bahasa Inggeris ni? Encik Green, awak dari England ke?" Olivia bertanya sambil melihat susuk tubuh yang berada di hadapannya itu. Rambut bewarna perang, tinggi sedang-sedang dan mata bewarna hijau terang. Fuh, perfect!
"Saya dari London, okay?"
Faron memandang Reuben dengan pandangan blur. "London tu bukan England ke?"
Pada mulanya, Reuben ingin membidas namun dia terpaku seketika apabila otaknya bagaikan tidak dapat berfungsi.
"Sudah, sudah." Olivia menyelit. "Kenapa awak menangis di sini, Encik Green?" Dia bertanya sambil bercekak pinggang.
"Saya..." Reuben mula mengesat hidung. "Tak boleh masuk! Huwaa!!" Dia berkata sambil mengesat pula matanya dengan laju.
Suasana sunyi seketika sebelum Olivia dan Faron mula melepaskan tawa.
"Aduh, memanglah. Awak perlukan seseorang yang layak untuk memasuki tempat ini buat kali pertama bersama awak." Olivia sempat menepuk bahu Reuben buat beberapa kali. Jikalau dilihat betul-betul, badannya sedang terketar-ketar menahan tawa.
"Tapi... Haritu Min Hyuk ada cerita dekat saya yang dia masuk Music Autumn. Tiada pula dia kata kena ada companian yang boleh masuk! Hailey saya tahulah sebab ada awak, Faron!" Tutur Reuben sedih. Lagaknya tidak kurang seperti anak anjing yang ditinggalkan berseorangan.
Olivia mula berasa terkesan lalu mengusap kepala Reuben. "Ala puppy-puppy."
"Alah, gedik-gedik pula. Jomlah aku bawa kau masuk. Haih..." Keluh Faron sambil memicit batang hidung. Apa nak jadilah dengan mereka ini.
Sewaktu Faron mula ingin mengeluarkan suara, satu jeritan kedengaran dari jauh. Terus mereka mengalihkan tumpuan ke arah pemilik suara tersebut.
Kelihatan seorang gadis berambut kebiru-biruan sedang berlari dengan buku yang banyak di tangan kiri. Berbunyi-bunyi kasutnya yang sederhana tinggi itu apabila dia berlari pantas. Tangan kanannya pula melambai laju.
"Eh, Mayu?" Reuben bersuara.
"Chotto matte!" Laung Mayu sambil mempercepatkan langkahnya. "Nanti saya tak boleh masuk! Nasib baik kalian ada di sini."
"Eh... The lady from the Harmony Kingdom." Faron bagaikan terkejut sekejap.
Mayu berhenti berlari dan cepat-cepat menarim nafas. "Saya tahu yang sekarang baru pukul 10:20 tapi saya nak datang awal! Dengar cerita Hailey kena halau dari kelas tadi. Sebab tu, saya datang awal lepas baca mesej dia."
"Oh yeke? So, dia dah ada dekat dalamlah ni?" Olivia berkata lalu memandang pintu tersebut.
"Jomlah masuk. Lantaklah Min Hyuk tu. Pandai-pandailah dia nanti." Ujar Reuben yang sudah kepenatan. Memang sudah tidak kisah tentang sahabatnya yang seorang itu.
Faron mengangguk faham dan memberi signal kepada Olivia. Olivia membalas anggukan itu dan mereka berdua mula membuka suara.
Dua suara merdu bercantum menjadikan satu keharmonian yang sangat indah. Pintu tersebut segera terbuka dan mereka berempat melangkah masuk.
"Eh, Reuben, nande?" Soal Mayu yang mula kerisauan apabila melihat butiran jernih mula jatuh dari mata Reuben.
Jejaka itu terus sahaja menggosok matanya. "Suara mereka sedap sangat! Sebab itu saya na-" Apabila dia menoleh ke arah Mayu, gadis itu pun sebenarnya turut menangis. "Awak pun sama!"
"Saya tahu. Suara mereka memang sedap!" Kata Mayu lalu mereka pun menangis bersama-sama.
Sambil berjalan, mereka berbual antara satu sama lain bagaikan tiada apa di dunia yang membebani mereka. Bergelak ketawa sambil mencari kehadiran Hailey di Music Autumn.
"Mayu."
"Ya, Reuben?"
Reuben mula mendekati Mayu dan berbisik. "Faron kata awak 'The Lady of the Harmony Kingdom'. Maksudnya?"
"Ha?!" Mayu bagaikan terkejut apabila identiti sebenarnya terbongkar begitu sahaja. "Saya... Sebenarnya anak seorang bangsawan yang memiliki negara kecil yang tersendiri. My people call me 'puteri', tapi saya tak layak pun..."
Kini, Reuben pula terkejut. "Wow. Saya tak sangka."
Kemudian, mereka berdiam buat beberapa ketika.
"Kenapa namanya Harmony Kingdom?"
Mayu tertawa sebelum menjawab. "Kazue bermaksud harmony, blessing, etc... So, Harmony Kingdom-lah jadinya. Faham?"
"Faham-faham." Balas Reuben, terangguk-angguk. "Tapi macam mana si putera sekolah kita ni tahu ya?"
Mayu bagaikan tersentak seketika kemudian berkata dengan kekok. "Dia suka subjek Sejarah kot, haha."
Sekali lagi, Reuben mengangguk bagaikan burung belatuk. Atmosfera mereka kian sunyi apabila keempat-empat pelajar itu tidak lagi berbual namun lebih fokus dalam mencari Hailey.
"Mana perempuan tu, aduh." Keluh Faron sambil bercekak pinggang. Sudah penat dia berpusing-pusing di tempat itu.
Siulan yang terbit dari bibir Mayu menarik perhatian mereka. Tudingan jari gadis itu sedang menunjukkan seorang gadis berambut ungu sedang bersandar di sebuah pohon dengan tenang.
Keempat-empat pelajar itu berlari-lari ke arah Hailey yang tidak sedarkan diri itu. Mayu mengambil tempat di sebelahnya dan menyebut nama Hailey buat beberapa kali.
"Hailey?" Mayu mula risau dan bertindak dengan menggoncangkan tubuh sahabatnya itu. "Tidur mati ke?"
Olivia yang sedari tadi berdiri kini melutut di sebelah Hailey. Wajah gadis itu diteliti. "Bawah mata dia bengkak sikit macam baru nangis. Mayu, dia ada masalah ke?"
Mayu menggelengkan kepalanya lalu menjawab. "Tiada. Dia jarang nampak sedih. Selalu happy je dan suka bergelak ketawa. Dia tak pernah cerita apa-apa."
Mereka semua mendiamkan diri sambil merenung Hailey lama. Tidak lama kemudian, Faron mengambil langkah drastik. Dia mula berlari ke arah tasik.
"The Detector, pinjam sekejap ya air kau." Tuturnya lalu menakung air tasik itu menggunakan tangan. Apabila dia tiba di sebelah Hailey, air itu disimbahnya pada wajah gadis itu.
Terbatuk-batuk Hailey dibuatnya apabila dia mula tersedar.
Faron tersenyum sinis lalu bercekak pinggang di hadapan gadis itu.
"Lepas semua ahli kita dah jumpa, tiada lagi rahsia yang akan disimpan oleh kau."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro