Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💎26💎

"Mari kita lihat." Ujar Olivia pada pagi itu di Music Autumn. Dia mengeluarkan sebuah tablet.

Kini, aku, Olivia dan Faron sedang berada di Music Autumn dan kami sedang duduk di atas rumput yang dipenuhi.... daun luruh.

"Kita dah ada dua penyanyi dan seorang pemain piano. Sekarang, kita perlukan dua orang pemain gitar, seorang pemain seruling, seorang pemain biola, pemain dram, dan... pemain kompang." Kata Olivia dengan senyuman manis walau pada akhirnya tersekat sedikit. "Ini untuk melengkapkan penyertaan kita ke Le Musique Concurrence." Sambungnya.

"Pemain kompang?!" Aku bertanya dengan hairan sekali.

"Kompang tu apa?" Faron pula menyoal.

Aku soal bukan sebab aku tidak faham. Tetapi kerana pelik.

Olivia terus sahaja memukul kepala Faron dengan sehelai kertas yang digulung. "Kompang pun tak tahu ke? Search sendiri dekat google!" Marahnya.

"Mana kita nak cari semua tu?" Aku menyoal apabila line seperti clear.

Olivia menghadiahkan senyuman kepadaku lalu menayangkan tabletnya kepadaku.

"Begini, apa yang saya dapat, hanya kita bertiga sahaja dapat dikesan. Bermakna, ahli kita yang sepatutnya belum mencuba di Music Autumn. Tapi masalahnya, orang paling rare untuk cari ialah pemain kompang!"

"Iya aku?" Satu suara menyambut dari belakang.

Aku terus sahaja menoleh. Biasanya orang cakap 'iya saya', tapi ini dia cakap 'iya aku'. Kalau begini, tidak lain dan tidak bukan...

"Senior!" Faron menyebut teruja lalu berdiri dan berlari ke arah Talha.

Belum sempat tangannya memeluk senior itu, satu alat muzik yang unik terkena wajahnya terlebih dahulu.

Faron segera memegang wajahnya akibat kesakitan. Dengan penuh kekok, dia memandang Olivia.

"Okay Faron, itulah sebuah kompang." Terang Olivia sambil menuding ke arah alat muzik yang terapung di hadapan Talha yang sedang sibuk mengunyah roti.

Anggukan kecil diberikan oleh Faron sebelum dia mengambil tempat di sebelahku semula. Aku hanya tersengih melihat keadaannya.

"Merah muka aku!" Jerit Faron.

"Itulah, siapa suruh kacau." Balas Talha lalu duduk tidak jauh dari Olivia.

Oh, aku sedar. Ada halal gap di situ.

"Any idea who would it be?" Olivia menyambung perbincangan kami semula. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk skrin tablet.

Mindaku ligat berfikir. Siapa ya?

Aha, sahabat-sahabatku! Min Hyuk pun tidak sempat untuk cek semalam. Aku boleh memanggil mereka semua nanti.

Yang aku paling berharap, bukan Ethan yang bakal menjadi pemain gitar kumpulan kami.

"Sekejap, kenapa kita perlukan pemain kompang?" Soal Faron sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak semena-mena jeritan kecil dari jauh kedengaran.

Aku segera menoleh. Lah, rupa-rupanya ada beberapa orang stalker sedang melihat aksi comel Faron. Comel? Garu kepala sahaja kot.

"Masa zaman saya terpilih dahulu, tiada pemain kompang yang dapat kami jumpai. Tidak tahulah mengapa." Balas Olivia dengan cebikan.

"Saya rasa senior Talha ada kelebihan lebih daripada satu." Tuturku dengan penuh profesional sambil menjeling Talha.

Aku sudah berkecimpung dalam bidang ini selama beberapa tahun. Pastilah aku sudah tahu!

"Uhuk!" Talha yang sedang mengunyah rotinya tercekik. Faron terus sahaja menepuk belakang seniornya itu.

"Aha! Saya pernah terbaca. Seorang pemain kompang sangat rare untuk dijumpai kerana dia pasti mempunyai kelebihan yang lebih dari satu. Tidak kiralah tiga atau dua. Jadi Talha, apa kelebihan awak?" Olivia mula bersikap seperti penyiasat.

Keluhan kecil Talha berikan sebelum berpeluk tubuh. "Aku boleh main tamborin dan harp." Jawabnya tanpa reaksi.

"Selain tu?" Faron menyoal dengan penuh kekaguman.

"Ish, kamu ni." Talha memukul bahu Faron. "Aku boleh main satu dua je. Aku bukannya Chanson." Katanya.

Mendengarkan nama itu, aku bagaikan tersentak. Seram sejuk aku dibuatnya.

"Aha- ha..." Aku ketawa janggal. "Senior pergilah cuba cek dekat 'The Detector' tu. Manalah tahu satu kumpulan?"

Faron terus sahaja berdiri dan menarik tangan Talha. "Jom!!" Laungnya lalu berjalan laju menuju ke arah tasik.

Tergapai-gapai Talha meminta pertolongan.

Aku dan Olivia hanya saling berpandangan lalu ketawa kecil.

♪♪♪♪♪

Di dorm...

Aku meniarap di atas lantai yang ditutupi karpet sambil menekan pen di daguku berkali-kali.

Buku yang ditulis nama-nama ahli Le Musique Concurrence aku tatap lama.

"Hailey... Talha... Faron... Olivia... Bla bla bla..." Gumamku lalu menukar posisi kepada perbaringan.

Darya memunculkan wajahnya dari katil di tingkat atas. Dia melihat keadaanku dengan penuh hairan.

"What are you doing, Hailey?" Soalnya. "U tebya vse normal'no (Awak okey)?" Dia menyoal lagi.

Aku memandangnya lalu tersengih. Bukan apa, aku tak faham sebenarnya!

Kebanyakan pelajar di sini, mereka hidup berpuak-puak. Mereka lebih suka berkumpulan dan berkawan dengan pelajar yang sama bangsa. Oleh itu, senanglah untuk mereka berkomunikasi dan melakukan aktiviti. Namun, pelajar lain bakal diketepikan.

Tapi apa yang aku lihat, sifat itu tidak ada pada Darya.

"Just... checking the names of my Le Musique Concurrence members." Balasku.

"You're got into one?!!"

"Um... Yes?"

"Lucky! I got slammed dunk out of the Music Autumn ya know?!" Kata Darya dengan penuh semangat lagi. Tiada riak kecewa malah gembira untukku.

Uish, tidak sakitkah kena campak keluar dari tempat istimewa tersebut?

Wajah kesakitan aku paparkan.

"Tadaima! Ah, Hailey-chan to Darya-san wa nani ni tsuite hanashi shi te i masu ka (Apa yang kalian cakapkan)?" Suara Mayu menerjah telinga apabila dia membuka pintu dorm dengan laju sekali.

"Err... Kami sedang bercakap tentang Le Musique-"

"Le Musique Concurrence ka?!" Terus sahaja Mayu menerjah ke arahku.

Aku terus mengangguk laju akibat kejutan yang teramat.

"Wah! Awak dapat jadi Melody Student dan sekarang awak dapat masuk Le Musique Concurrence? Just, who are you really, Hailey?" Laju bibirnya menutur kata-kata.

Terketar-ketar aku dibuatnya. Mahu jawab apa ini?

"Hailey-chan wa sugoi! Hontoni sugoi!" Dia melompat-lompat teruja. Tidak lama selepas itu, Darya mengikutnya pula.

Aduhai, apalah nak jadi dengan roommate-ku ini.

♪♪♪♪♪

Petang itu, aku menghadap komputerku dengan penuh bersemangat. Sementara Darya pergi berjoging dan Mayu pergi ke kafeteria, lebih baik aku mengambil peluang ini untuk mencari ahli baru.

Krak! Aku meregangkan jari jemariku di hadapan komputer.

Sejurus itu, aku meletakkan alat istimewa kepunyaan setiap pelajar di telinga. Senyuman lebar aku ukirkan.

"Music Caller, On!" Ucapku.

"Calling on Justin La Muzika."

Tit... Tit... Tit...

Tit! Muncul wajah Justin di skrin komputerku. Riak wajahnya kelihatan terkejut apabila melihatku.

"Bonjour!" Tegurku ramah.

Dia tersentak seketika sebelum menjawab. "B- bonjour!"

"Kenapa telefon saya? Siap buat video call pula tu." Keluhnya sambil memandang sekeliling.

"Saya nak tanya, sudah cuba di Le Musique Concurrence?"

"Ha?! Saya tidak pernah cuba di sana. Tiada masa saya untuk ke sana semata-mata untuk memasuki satu pertandingan."

"Alah senior, bolehlah! Untuk saya please?"

Keluhan kecil Justin berikan sebelum mengusap wajahnya. Kemudian, dia memandangku serius.

"Awak terpilih ya? Patutlah beriya-iya mahukan saya."

"Mana ada saya mahukan senior. Entah layak entah tidak." Balasku dengan mimik wajah jengkel. Geli pula aku.

"Cuba sahajalah! Please... Esok ya jumpa saya." Ajakku lagi.

Dia menyandarkan diri pada kerusi miliknya. "Haih, yalah-yalah." Akhirnya, mengalah juga si Justin ini.

"Yeay! Merci Beaucoup (Terima kasih banyak-banyak)!" Tuturku gembira lalu memutuskan talian.

Yahoo! Seorang sudah dapat aku cekup!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro