SP-Ramadhan with you
" Abang– " Perlahan dia menarik hujung baju sang suami.
" Ye sayang. " Lembut lelaki itu menjawab.
" Abang, please no~ "
" Sayang~ " Makin lembut suara lelaki itu, makin susah dia nak lepaskan lelaki itu.
" Abang, takkanlah ab– "
" Tak boleh sayang. " Haikal menolaknya perlahan supaya dia duduk di atas katil saiz king mereka itu. " Sayang dengar sini eh. Abang pergi tiga hari je, tak lama pun. " Hana memuncungkan bibirnya selepas lelaki itu menghabiskan kata-katanya.
Tiga hari JE ? TIGA HARI JE ?!
Cerita dia macam ni, Haikal terpaksa pergi ke Kedah atas sebab business selama tiga hari dan sekarang dah hampir dengan 1 ramadhan. Lagi dua hari je nak ramadhan.
Siapa je tak nak berpuasa bersama suami ? Memanglah ada anaknya yang sorang tu teman dia dekat rumah tapi nak suami I jugaaaaa. At least hari pertama ramadhan tu sama-samalah.
" Sayang, don't make that face. You make me feel guilty. " Lelaki itu memicit kedua-dua belah pipinya dengan tangan besar lelaki itu. " YOU SHOULD ! " Suaminya hanya menggeleng kecil lalu meneruskan aktivitinya mengemas baju.
Apa guna bersuami tapi puasa sorang-sorang ?! Tak mauuuuuu ahhhhhh. Hana menghempas badannya ke atas katilnya. Stress. Mukanya dibenamkan dibantal supaya dia dapat menahan air matanya. Kalau dia menangis pun, tak keluar bunyi.
" Sayang– " Perlahan lelaki itu menepuk bahunya. Dia tak bergerak walaupun sedikit.
" Sayang, jangan buat abang macam ni. " Perlahan-lahan lelaki itu memeluk pinggangnya. Fikir sweet ke ?! " Baby sayangg~ " Dia menolak lelaki itu ke tepi supaya lelaki itu menjauh darinya. " Pergilah, pergi. Tinggalkan Hana sorang dekat rumah. Tak balik pun takpa. "
Dia bukan nak kata apa, tapi dia betul-betul tak dapat tahan air matanya dari mengalir. " Alah baby bucuk, janganlah nangis. " Lelaki itu segera mengesat air matanya yang deras mengalir. "Okay macam ni. Abang pergi dua hari je, lagi sehari tu abang suruh orang lain ganti abang. Okay ? "
Dia perlahan-lahan memalingkan wajah ke arah suaminya. " Promise ? " Sambil mengesat air mata serta hingus yang meleleh, dia mengeluarkan jari kelingkingnya.
" Promise ! " Dah pinky promise, tak boleh nak ingkar okay ?!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro