SP- Ramadhan with you (2)
Azan maghrib yang berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka bagi hari pertama berpuasa. Encik Zikrul yang sedari tadi menatap anak perempuannya itu akhirnya melepaskan keluhan berat.
" Hana, tak eloklah tatap je makanan tu. Makanlah. Kesian perut Hana lapar nanti. Nak pergi terawih lagi. " Hana mengangkat kepalanya memandang ke arah Encik Zikrul. Dia hanya mampu memuncungkan bibirnya tanda dia tidak mahu makan.
" Takda mood. " Jawapan pendek dari Hana itu membuatkan Encik Zikrul mengeluh sekali lagi. " Faris, makan eh. " Wanita itu mengucup perlahan dahi anaknya dengan senyuman yang jelas sekali dibuat-buat.
Dia tahu anaknya itu kecewa bila suaminya tak dapat balik untuk berbuka bersama tapi tak perlu sampai menyeksa diri.
" Hana naik dululah. " Makanan diatas pinggan Hana yang langsung tak terusik itu dipandang lama oleh Encik Zikrul. " Awak call Haikal sekarang, tanya dia dekat mana. "
Haikal memang sudah beritahu akan pulang hari ini untuk berbuka bersama tapi mungkin jalan terlalu sesak sehingga terlambat sedikit.
" Asalamualaikum, Haikal. Dah sampai mana ? " Encik Zikrul menyuruh isterinya membuka loud speaker agar dia dapat mendengar perbualan itu juga dan isterinya hanya menurut. " Wa'alaikumusalam, umi. Dah nak sampai ni. Satu lagi simpang, Haikal sampai. "
Timbul rasa lega dalam hati Encik Zikrul saat mendengar kata-kata Haikal. " Hana dah makan ? Haikal mesej dia, tak balas. Call, tak angkat. " Dapat dengar kekecewaan dalam kata-kata Haikal itu.
" Dia belum makan Haikal, katanya takda mood. Dia minum air je tadi lepastu terus naik bilik. " Terdengar Haikal mengeluh dari hujung talian.
" Ya Allah, budak ni. Hah umi, Haikal dah sampai ni. Haikal end call tau. " Segera Haikal memutuskan panggilan tu dan terus keluar dari kereta tanpa memperdulikan apa-apa. Isterinya ini memang suka membuatkan dia risau.
" Asalamualikum umi, ayah. Sorry Haikal lambat sampai. " Mereka hanya menggeleng tanda tak mengapa. " Haikal dah berbuka ke belum ? " Haikal sekadar mengangguk sambil matanya terus melihat ke tingkat atas.
" Haikal pergilah pujuk Hana tu. Lepas dah okay, korang turun makan. Nanti kita pergi terawih sama. " Haikal terus berlari ke tingkat atas atau lebih tepat ke bilik mereka.
Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik itu dan terlihat isterinya sedang terbaring di atas katil sambil bertelekung.
" Sayang ? " Tiada respon dari isterinya.
" Sayang, abang balik ni. Kan elok kalau peluk cium suami bila suami dah balik. " Haikal melutut ditepi katil dibahagian isterinya sedang baring. Dia tak mampu melihat wajah Hana kerana wajah wanita itu ditutupi dengan kain telekung.
" Abang minta maaf okay ? Traffic jam. " Diusap kepala isterinya dengan lembut lalu dicium dahi wanita itu. " Sayang~ " Perlahan-lahan dia menarik kain telekung itu dari menutupi wajah cantik isterinya.
Lahai tidur rupanya. Tidur pun cantik, macam manalah ni. " Sayang bangun. " Terlihat isterinya mengeliat dan sedang cuba untuk membuka matanya. Hana yang masih sedang menyedarkan diri dari alam mimpi memandang orang yang sedang melutut disebelahnya.
1 saat
2 saat
3 saat
" ABANG !!!! " Segera badan lelaki itu ditarik ke dalam dakapannya. Sungguh dia rindu suaminya walaupun berpisah hanya tiga hari. " Sa–sayang.. " Haikal merengangkan sedikit jarak antara mereka lalu menatap wajah isterinya.
" Abang ingat sayang merajuk dengan abang sebab abang balik lambat. " Hana hanya tersenyum kecil pada suaminya. Dia menepuk-nepuk tilam disebelahnya, menyuruh Haikal duduk disebelahnya.
" Nak kata merajuk tu takda tapi kecewa ada. Tapi abang dah balik sekarangkan, so tak kecewa sangat dah. " Hana segera memeluk suaminya. Cubalah korang suruh suami korang tinggalkan rumah selama lebih dari 24 jam. Confirm rindu !
" Dah makan ? " Hana mengangguk kecil. " Umi kata sayang takda mood nak makan lepastu terus naik atas. Abang pesan apa dekat sayang ? " Hana tak mampu nak menatap mata suaminya yang tiba-tiba berubah menjadi seram.
" Makan banyak-banyak. " Haikal mengangguk.
" Then, what should you do ? " Hana mengeluh kecil.
" Makan banyak-banyak. " Muka Haikal semakin menjadi serius membuatkan Hana takut.
" And what you did ? " Hana menelan air liurnya. " Ma– makan sikit-sikit. I'm so moodylah today, please don't be mad at me. " Haikal hanya mampu mengusap perlahan kepala isterinya. Dahlah badan isterinya sudah kurus, lagikan tak makan makin kurus dia.
" Jom makan, lepastu kita terawih sama-sama. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro