Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8

Jam tepat menunjukkan pukul 6 petang dan kerja yang diminta oleh ayahnya juga sudah siap. Nampak tak Hana ni pantas orangnya. Bangga sekejap. Ni kena belanja diri sendiri sebagai ganjaran jadi pekerja yang baik ni. Sedang dia berfikir segala barang yang dia mahu beli, dia terpandang ke arah Haikal.

Nampak sibuk tapi tak tahu lelaki itu sibuk buat apa. Barangkali sibuk memikirkan identiti diri sendiri. Sama ada dirinya itu batu ataupun manusia. Kesian bakal suaminya itu. Kalau dia boleh tolong, dia akan tolong tapi lelaki itu seperti tak mahu ditolong.

" Haikal awak tak nak balik ke ? " Lelaki itu terus bangun dari duduknya selepas dia mengajukan soalan itu. Langkah kaki lelaki itu diatur keluar dari bilik itu tanpa memperdulikan dirinya disitu. Dia cuba husnuzon, mungkin lelaki itu mahu ke tandas jadi lelaki itu perlu cepat. Yeah let's just think that way.

Dalam tak sedar, dia mengeluh kecil sebaik sahaja bayangan lelaki itu hilang dari pandangannya. Susah nak bawa bincang budak ni. Umur dah lanjut tapi perangai serupa budak sekolah rendah. Susah nak berbincang fasal hal kerja kalau lelaki itu asyik diam membatu je. Jujur dia kata, dia tak suka orang yang sebegitu untuk bekerja dengannya.

Tapi you know, love power. Dia tak nak pecat lelaki itu. Kakinya laju diatur ke arah bilik ayahnya. Cepat sampai, cepatlah selesai kerja-kerja dia ni. " Ayah, nah " Dia meletakkan fail yang ayahnya mahu di atas meja lelaki itu. " Not bad huh ? First day kerja, how is it ? " Dia mula memikirkan perkara yang dia terjadi sepanjang harinya dipejabat ini.

" Okay okay je ayah. But– "

Kening lelaki itu terangkat apabila dia membiarkan ayatnya tergantung. " But ? " Dia tersenyum kecil memandang lelaki itu yang seperti betul-betul ingin tahu itu apa yang dia mahu katakan. " I think we should do a trip. Tak kesahlah ke mana pun. With mefor people on this floor only. To know each other more. " Dia dengan terujanya memberitahu rancangannya pada lelaki itu.

" Motif ? " Lelaki itu menunjukkan rasa minat pada cadangannya itu. Dia dapat ilham ni selepas dia merenung Haikal yang asyik terperuk dalam pejabatnya tanpa berkomunikasi dengan sesiapa pun. Malah dengan dia pun lelaki itu tak berkomunikasi.

" Motif ? Urm– like I said, untuk kenal antara satu sama lain dengan lagi baik. Pupuk semangat kerjasama dalam diri diaorang. It's not only a trip for fun but for a better teamwork juga. " Dengan yakinnya, dia menyatakan pandangannya.

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepala mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulutnya itu. Mulutnya ni macam machine gun, tak berhenti-henti bercakap malah dalam tidur pun dia boleh bercakap. Tapi entah kenapa dia boleh berhenti bercakap dengan Haikal, mungkin kerana dia penat nak menunggu respon lelaki itu.

" Saya sebagai bos besar disini meluluskan permohonan awak, Cik Hana. Tapi sebelum tu, jangan lupa buat paperwork okay ? "

Dia mengangguk laju. Paperwork, no hal. Janji diluluskan dah cukup baikkan ? Setakat paperwork tu, celah gigi je. Apa guna belajar sampai London tapi tak reti buat paperwork. " Nanti ayah suruh Haris bagitahu semua staff dekat tingkat ni. Ayah bagi korang pergi bercuti just 4 days 3 nights, enough right ? " Dia mengangguk dengan terujanya. Tak kiralah berapa hari pun, dia tetap teruja.

" 4 days 3 nights dah more than enough ayah. Hana balik dulu eh ? Ayah tak balik ? " Lelaki itu menggeleng kecil lalu menunjuk ke arah komputer dihadapannya itu. Hana hanya tersenyum lalu mengangguk faham. " Ayah balik sekejap lagi. Hana hati-hati drive tu. Bagitahu umi, ayah balik lambat sikit. "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro