Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7

Hana meneliti jam ditangannya itu, dah hampir jam 5.30 petang. Kerjanya pun sudah hampir siap. Dia berhenti menggerakkan jarinya diatas papan kekunci itu lalu memberikan sepenuh perhatian pada lelaki yang duduk agak jauh dari dirinya itu. Mereka berada diruangan yang sama tapi dia rasa seperti mereka benar-benar didunia yang berbeza.

Entah apa yang lelaki itu lakukan dari tadi. Langsung tak beranjak dari kerusi. Pergi buang air pun tidak, pergi minum air pun tidak. Entah apa yang lelaki itu buat sehingga lelaki itu mampu untuk keras disitu sepanjang masa.

" Haikal awak buat apa sekarang ? "

Lelaki itu memandang ke arahnya sebaik sahaja dia menegur lelaki itu. Yes ! Pandangan kosong itu lagi yang lelaki itu beri padanya. Dia mula bosan dengan pandangan itu, boleh dia dapat pandangan lain ?

" Hello ? Saya tengah cakap dengan batu ke manusia ? " Niat dihati nak bergurau tapi–

" Saya tak pasti. "

Dia jadi dua ratus peratus– no sejuta peratus terkejut dengan jawapan lelaki itu sehinggakan mulutnya terngangga luas. " Apa maksud awak tak pasti ?! " Lelaki itu kembali membuat apa yang lelaki itu buat sebelum ni meninggalkan Hana dengan rasa terkejut.

Lelaki itu tak pasti ? Oh Gosh ! Teruk benar dah bakal suaminya itu. Identiti sendiri pun lelaki itu sudah tidak pasti.

" Ha..Haikal awak batu ke ? " Dia mengumpulkan semangatnya untuk bertanya soalan itu. Dia sebagai bos perlu tahu identiti pekerjanya. Hana hanya mampu menelan air liurnya semasa menantikan jawapan dari lelaki itu.

Haikal memandang ke arahnya lalu mengangguk kecil. Ya Allah, manusia jenis apa yang mengaku sebagai batu ? Kenapalah dia ada crush macam ni ? Kuatkanlah dia untuk menempuhi hidup dengan lelaki batu ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro