Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6

Hana memusing seluruh badannya ke arah suara yang menyapanya secara tiba-tiba itu. " Ouh, Encik Farhan ? " Lelaki itu tiba-tiba tergelak. Dia jadi pelik. Kenapa lelaki itu gelak ? Apa pun gelak lelaki comel, full stop.

" Kenapa gelak ? Muka saya tak okay ke ? " Dia mengeluarkan cermin kecil dari poket blazernya itu untuk melihat wajahnya. Ye, dia simpan cermin kecil dalam poket untuk masa kecemasan walaupun dia tahu dia boleh je buka kamera telefonnya. Perempuankan ? Biasalah tu.

" Takdalah, okay je. You're just so cute. Apa kata makan dengan saya ? " Lelaki itu memujinya sekaligus mengajaknya makankah ? Wow, two in one. Nak terima ke tak ek ? " I accept your compliment but I'm sorry I can't eat with you today. Maybe we can go and drink some coffee later ? " Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.

" Saya pegang janji awak okay ? Saya pergi dulu. " Hana memberi lelaki itu laluan untuk berjalan dahulu dan selepas lelaki itu hilang dari pandangannya, dia mengeluh. Dia takda janji dengan sesiapa pun sebenarnya. Entah kenapa hati ni berkeras suruh dia tolak pelawaan lelaki itu. Cik Hati, cik hati. Kenapalah dengan awak ni ? Dia berjalan ke lif lalu terus berjalan ke arah kedai pizza.

Langkah 1, pesan pizza.

Langkah 2, tunggu pizza siap

Langkah 3, terus balik pejabat.

Sebelum balik pejabat, dia berhenti dikedai untuk membeli sebungkus roti coklat untuk dirinya. Setakat roti je memanglah tak kenyang tapi perutnya ni hanya mahu diisi dengan masakan uminya jadi dia hanya mengalas perut dulu dengan roti.

Dengan sepantas kilat Hana berlari ke lif setibanya dia dilobi pejabat. Dia dah gantikan kasut tumit tinggi yang dia pakai pagi tadi dengan kasut Nike. Nampak teruk imejnya sebagai orang atasan tapi ini yang buat dia rasa selesa. Tak pernah dibuat orang. Alah nanti ada meeting ke apa, dia tukarlah balik. Yang pasti esok dia akan pakai flat shoes.

Sesampainya dibiliknya, Haikal masih setia duduk dimeja sambil menulis sesuatu. " Nah, makan " Hana menghulurkan pizza pada lelaki itu dengan senyuman selebar mungkin tetapi elaki itu haya memandangnya dengan pandangan yang kosong. Lelaki itu nak dia sumbat pizza ni dalam mulut lelaki itu ke ?! Ke nak kena suap ? Alahai manjanya awak ni.

Dia terus meletakkan kotak pizza itu di atas meja lelaki itu lalu keluar untuk makan dipantri. " Sayangnya muka handsome macam Jinyoung tapi keras macam batu. Dasar batulah crush aku ni. " Dia tergelak kecil tapi dalam masa yang sama dia terfikir.

Ada ke manusia macam itu lagi dekat dunia ni ? Macam manalah ayah boleh ambil lelaki itu kerja. Tak mesra alam langsung tahu tak ? Macam pekerja dekat bilik mayat dah. Dia tak mengutuk pekerja yang bertugas dibilik mayat malah pekerja-pekerja itu lebih mesra daripada Haikal.

Dia berjalan ke biliknya semula selepas melantak roti coklat yang satu itu dan dia dapati yang Jinyoung dah takda dekat mejanya. Dia maksudkan Haikal. Kalau tak dapat Jinyoung, dapat Haikal pun jadi. Satu kertas kecil yang berada di atas mejanya itu berjaya menarik perhatiannya.

Clichekan ? Dia tahu. Bagi-bagi surat cinta pula, ingat ni zaman bila ?

Sedap pizza tu cuma saya ada satu soalan, saya tak perlu bayar puan balikkan ? Bukan saya yang minta pun. Tapi terima kasih.
-haikal

" Aku cik– ugh. " Walaupun dia marah untuk panggilan puan tu, dia tetap simpan kertas itu. Crush bagi surat cinta kot, gila tak nak simpan. Alah setakat pizza RM5 je pun, tak perlu nak bayar bagai. 5M pun sanggup dia belanjakan untuk lelaki itu.

Dia duduk dikerusinya lalu memandang ke arah meja P.Anya itu seketika. Sejak pertama kali dia berjumpa Haikal, dia teringin nak tengok lelaki itu tersenyum. Biasanya lelaki handsome ni akan lagi handsome bila lelaki itu senyum.

Setuju ? Mestilah setuju.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro