43
" Baik sayang cakap kenapa sayang senyap je sebelum abang ngap sayang. " Seramlah encik suami ni. " Okay okay ! Hana bagitahu. Please jangan dekat-dekat eh. " Dia menolak sedikit bahu lelaki itu bagi memberi ruang kepada dirinya. " Hana tak suka sangat balik kampung sebenarnya, lagi-lagi ni honeymoon kita. Bila lagi kita nak pergi cuti ? Kita ni sibuk kerja je takda masa nak cuti. "
Haikal hanya tersenyum kecil. Haish suaminya ini, senyum-senyum ! " Kenapa cakap okay tadi ? " Hana hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. " Kenapa tak suka kampung ? Tell me. "
Tangannya dipegang erat oleh sang suami. " Sebab ada angsa and i don't want to meet them, pernah kena kejar. And sungai ? No and never, pernah lemas. Perigi ? Lagilah no, dulu pernah hampir jatuh. Hutan ? Big NO to hutan. Traumalah, dulu pernah sesat. " Macam-macam jenis masalah yang dia hadapi sekarang.
" Ala sayang, kalau Hana takut, Hana peluk je abang. Nanti mesti Hana dah tak takut. " Hana memandang suaminya itu dengan pandangan tak puas hatu. Lelaki itu memang nak dia peluk jekan ? " Abang ni mengada jugakan ? Saja je nak suruh orang peluk dia. "
Tangan Haikal mula menjalar ke pinggangnya. " Biarlah isteri abangkan ? Nak buat lebih pun boleh. " Lelaki itu tersenggih. Muka jahat lelaki itu buatkan dia menelan air liurnya. " Hm. Hana ngantuklah. Tidur dulu eh ? "
Dia mula berpura-pura nak tidur. " Hm. Melepas abang malam ni nak tambah umat. " Mukanya tengah membahang ni.
" Jangan mengada Haikal ! Tidurlah. " Haikal merapatkan badan pada dirinya. " Kenapa isteri abang membelakangkan abang ? Tak eloklah. " Saja je nak tengok mukanya yang tengah merona ni.
Badannya dipusingkan ke arah Haikal. " Cantik Isteri abang ni. " Puji ! Puji ! Puji lagi ! Pipinya diusap lembut oleh lelaki itu. Entah kenapa dia suka bila lelaki itu jadi selembut itu padanya. " Abang, tidurlah. Hana dah penat ni. " Lengan Haikal dijadikan bantal olehnya. Lengan lelaki itu lagi selesa dari bantal lembutnya itu.
" Nak pinggang. " What ? Dia membuat muka kelirunya. " Nak peluk. " Bruhh mengada. Beberapa minit selepas itu keadaan jadi senyap. Dalam diam, Hana menatap suaminya itu dengan pandangan yang cukup lembut.
" Comellah suami aku ni. " Mata lelaki itu masih tertutup rapat. Mesti lena lelaki itu tidur. Dia yang tak boleh tidur sekarang ni. " Comel sangat ke abang sampai Hana tak boleh tidur. " Mata Haikal terbuka membuatkan dia terkejut.
" Errr goodnight ! " Terus dia melelapkan mata. Serius dia cakap, Haikal jadi makin gatal lepas kawin. Tolong selamatkan dia dari lelaki ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro