Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37

Dia tak mampu nak menyembunyikan perasaan terkejutnya sehinggakan mulutnya terngangga luas. Apa yang teman wanitanya itu buat dengan lelaki itu di depan matanya ? Dia tahu wanita itu peramah orangnya tapi tak perlu sampai berpelukan. Terbakar hati ni lihat aksi itu.

" Jom jumpa ayah. " Selamba badak je lelaki itu memegang tangan wanita itu. Haikal mula jadi semakin panas. Baru je dia nak puji wanita itu nampak comel pakai baju kurung moden itu. Dia apa lagi, ulang-aliklah dalam bilik itu sambil fikir identiti lelaki itu.

" No ! Tak boleh jadi, aku mesti pergi bilik Dato' " Dia meletakkan pennya di atas meja lalu terus berjalan ke arah bilik ayah Hana yang berada di tingkat 10 juga. Dia berdiri dihadapan bilik itu dengan perasaan yang berdebar-debar.

" Tak payahlah. Tunggu jelah dia keluar. " Kakinya mula nak berjalan ke arah biliknya semula tapi hatinya rasa berat nak melangkah. " Ah whatever. " Pintu bilik itu diketuk dengan hati-hatinya.

Fuh– nervous. Boleh dikatakan ini pertama kali dia jumpa lelaki itu face to face. Masa temu duga pun bukan Dato' yang menemu duga dirinya. Bukan biasa-biasa dia punya nervous nak jumpa bapa mertua ni.

" Masuk. " Haikal menolak pintu itu dan terlihat Hana sedang duduk diruang sofa bersama lelaki itu dan Dato'. Tangan lelaki itu memang kena sentiasa ada dipinggang Hana ke apa ? Dia pun belum merasa nak peluk wanita itu kerana menunggu hubungan mereka halal.

" Haikal, kenapa ni ? " Dengan selambanya, wanita itu bertanya. Muka ilek macam tak buat salah je. Wanita itu tak nampak ke dia tengah cemburu. " Uhm– Dato', saya nak minta cuti separuh hari. Mak saya sakit. "

Mak, angah minta maaf ye sebab guna mak sebagai alasan. Angah tak doa pun mak sakit, angah sayang mak. Tapi nak buat macam mana ? Bakal menantu mak ni buat angah sakit hati.

" Kalau macam tu awak balik je. I'm okay here. Pergi cepat. " Memanglah awak okaykan. Ada orang peluk all the time. Sabarlah hati. " Yelah, kirim salam dekat mak awak. Saya luluskan permohonan cuti awak tu. "

Haikal segera berjalan ke pintu bilik itu untuk keluar. Makin panas hatinya. " Uhm by the way Haikal– " Dia berpusing ke arah mereka semula apabila Dato' membuka mulut kembali.

" This is my son, Azim. Dia baru balik Malaysia. Azim, ni Haikal. P.A Hana. " Lelaki itu bangun untuk bersalaman dengannya. Okay diaorang adik-beradik ke ? Serius ni ?  " Salam kenal, bro. Anything nak bincang boleh contact aku. Not hate okay ? "

Bukan nak cakap apa eh bro tapi memang dia dah benci kau tadi, hate sangat. " Not hate, bro. " Dia dengan sepasang senyuman kekok dibibir bersalam dengan lelaki itu. " Terima kasih Dato' luluskan cuti saya. Kalau takda apa-apa, saya keluar dulu. "

Mereka hanya membiarkan dia berjalan keluar dari bilik itu tanpa halangan. Dia rasa nak hentak kepala dekat dinding je sekarang. Tulah cemburu tanpa usul periksa lagi. Dah tak dapat tengok Hana lagi sebab kena balik rumah. " Haikal– " Dia segera berpaling apabila mendengar suara bidadari memanggil namanya. " Ye sayang ? Eh ye saya. "

Wanita itu hanya tersenyum kecil padanya sebelum kembali serius. " Saya ikut awak balik rumah. " Hah ? Dah kenapa pula tiba-tiba ni ? " Ken– kenapa pula ? " Wanita itu membuat muka marah secara tiba-tiba. " Saya bos awak, tak boleh ke saya jumpa keluarga pekerja saya ? " Dia laju menggeleng.

Memang tak boleh. Fullstop. " Okay now I'm your girlfriend. Jom pergi rumah awak. " Entah kenapa selepas wanita itu melabelkan diri sebagai teman wanitanya, dia terus mengikut jejak langkah wanita itu. Love power.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro