Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30

" Haikal, stay. " Lelaki itu masih lagi tersenyum lebar dihadapannya membuatkan dia tak percaya apa yang matanya itu sedang lihat. Ni betul-betul Haikal ke ni ? Huaahhhh. " Sweet ke tak ? " Perlahan-lahan dia mengangguk. Sangat-sangat manis senyuman itu.

Dia dah kata kalau orang yang tak suka senyum bila orang itu senyum akan jadi manis sangat. " Haikal, awak telan apa sampai jadi macam ni ? " Lelaki itu tertawa kecil membuatkan dia menggigit hujung bibirnya supaya jeritannya tak terkeluar.

Tawa lelaki itu ibarat kotak muzik bila sampai ke telinganya tahu tak ? Merdu yang tak boleh digambarkan. " Comellah puan Hana ni. " Terangkat keningnya selepas lelaki itu berkata begitu. Apa yang comelnya ? " Huh ? "

Lelaki itu menunjuk ke arah pasir yang dia tulis luahan hatinya tu. Okay dia lupa padam. Damn ! Segera dia lupuskan bahan bukti menggunakan kakinya yang panjang itu sambil tersenggih kecil.

" Saya dah senyum. Puas ? " Laju dia mengangguk. Gila tak puas. Segala angan-angannya akhirnya tercapai. Angan-angannya nak melihat keindahan senyuman seorang lelaki batu itu, akhirnya tercapai. " Comel gila. I don't know you have dimples. "

Jelas kelihatan lesung pipit dikedua-dua pipi Haikal apabila lelaki itu senyum. Okay lelaki itu perlu berhenti tersenyum sebab dia akan cair lagi dan lagi dan lagi. " Kenapa awak senyap je tadi ? "

Haikal duduk disebelahnya sambil menghadap laut. " Saya sakit hatilah..dengan luahan hati Farhan tu. " Dia mengangguk-angguk perlahan walaupun dia pelik dengan kata-kata lelaki iti. Dah kenapa nak sakit hati pula ni ?

" Reason ? "

Hana tersenyum sinis pada lelaki itu. Satu je sebab lelaki itu akan sakit hati. Ceh teka sebab apa ? C.E.M.B.U.R.U. Huhuhu. " Uhm– mana boleh bos saya bercinta tanpa izin saya. "

Eh excuse me ? Awak tu P.A saya bukan suami saya, nak kena report segala aktiviti saya. Tapi nak jadi suami pun boleh, why not ? " Apa-apa yang puan buat, puan mesti bagitahu saya dulu. Supaya saya dapat preparekan– "

" –hati saya daripada harapan palsu. "

Dah kenapa tiba-tiba buat ayat sentap malam-malam ni awak, saya terasa ni. " So– terima ke tak ? " Dia mengerutkan dahinya seketika. Lepas buat ayat sentap, tiba-tiba tanya soalan. " Hah ? "

" Terima tak Farhan tu ? Apa yang blur sangat ni ? "

Lelaki itu menolak lembut kepalanya. What the ? Dia ni masih bos lelaki itu tahu tak ? Suka hati je kurang ajar macam ni. " Tengoklah dulu. Kalau dah takda orang lain nak saya, saya terima je la dia. "

Lelaki itu mengeluh kecil tanpa sebab. Dia tak tahu kenapa lelaki itu nak mengeluh. Penat ke ? Keadaan jadi sunyi sehingga telefonnya berdering.

Haris pom pom 🐤💛 is calling....

Alah sibuk je mamat ni. Orang tengah sweet-sweet ni boleh pula dia kacau. Segera dia menjawab panggilan itu sebab nanti tak jawab kena bebel dengan mamat bebal tu. " Hah nak apa ? " Dia menoleh sedikit ke arah Haikal yang sedang bermain dengan pasir itu.

" Dekat mana ? Meh datang bilik abang sekejap. Takda alasan. Okay bye. " Abangnya menamatkan panggilan itu sebelum dia sempat menolak pelawaannya itu. Abangnya memang macam tu. " Haikal jom nai– "

" Before that– " Lelaki itu tiba-tiba berdiri dihadapannya dengan muka tidak berperasaan. Before that apa ni ? Tiba-tiba sangat. " –fikir baik-baik sebelum buat keputusan. Beri peluang pada orang yang suka puan tapi hanya mampu suka diam-diam. " Haikal nak kata yang–

–lelaki itu sukakannya diam-diam ke ?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro