Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26

" What do you want me to do ? "

Haikal bertanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian sambil wajahnya berkerut-kerut. Dia salah dengarkah atau ada yang salah dalam bicara wanita itu ? Dia tak tahu. " You should smile, that's all. " Wah, permintaan yang mencabar ni. Wanita itu benar-benar berani untuk meminta senyuman daripada orang yang jarang tersenyum seperti minta buah durian dari pokok rambutan. Benda mustahil !

Entah kenapa dia susah sangat nak senyum. Jujur dia sendiri pun tak tahu sebab disebalik ketidaksukaan dia terhadap aktivti senyum ini. " Hm– kalau tak nak takpa. " Hana mula berjalan ke arah lif semula dan dia hanya mengikuti langkah wanita itu.

Mereka masuk ke dalam lif itu bersama dua orang budak kecil yang sedang berpegangan tangan. " Hi kakak. " Budak perempuan yang dalam usia 6 tahun itu menegur Hana membuatkan dia memandang wanita yang berada disebelahnya itu. " Hi, what's your name ? " Dengan automatiknya Hana membongkokkan tubuh untuk menyamakan ketinggian dengan gadis kecil itu.

" Jannah and this is my little brother. His name is Danish. What's your name, kakak ? " Dia agak kagum mendengar budak itu berbual dalam bahasa inggeris. Kecil-kecil dah pandai. Bagus-bagus.

" Kakak's name is Hana, nice to meet you. Where do you want to go ? Where's your parents ? " Hana menekan butang tingkat 10 dimana bilik wanita itu terletak. Dia tidak menekan butang tingkat 7 bukan sebab dia lupa tapi dia tak nak. " They're at the pool, I forgot to bring my towel with me so I go to our room to get it. "

Wanita itu hanya mengangguk-angguk kecil sambil mengusap lembut kepala gadis itu. " But it's better to bring your mom or your dad with you, okay ? " Rancak mereka berbual seperti sudah lama berkenalan meninggalkan dia yang sedang berdiam diri itu. " Is that your husband, kakak ? " Hana memandang ke arahnya setelah mendengar persoalan yang diajukan oleh gadis itu.

" Nohe's my boyfriend-to-be. "

Dalam tak sedar dia tersenyum kecil semasa wanita itu tidak melihat ke arahnya. Entah wanita itu hanya mahu bergurau dengan gadis itu ataupun wanita itu benar-benar maksudkan kata-kata  itu. " Wah~ I wish you the best, kakak and abang. Bye. " Dua beradik itu keluar dari lif sambil melambai ke arah wanita itu.

Hana kembali berdiri tegak sambil menantikan lif ke tingkat 10. " Awak tak balik bilik awak ? Nak melawat Tila ke ? " Ni sengaja nak tunjuk diri tu cemburu ke apa ni ? " Saya nak hantar puan balik bilik. Nak pastikan bos kesayangan saya ni sampai dengan selamat. "

Wanita itu tidak memandang ke arahnya dan hanya tersenyum kecil. Dia nampak senyuman wanita itu malah wajah wanita itu mula merona. Nak ungkap kata cinta, malu.

Kenapalah wujud wanita disebelahnya itu ? Wanita itu buatkan jatungnya berdegup terlalu laju setiap kali dia nampak wanita itu. Pleaselah Hana, tak baik susahkan hati orang. " Bye Haikal. Jumpa malam ni. "

I love you

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro