18
" Awak memang tak tidur ke ? " Tanyanya lembut.
" –tak, saya tak tidur. Just tutup mata bagi surutkan sikit sakit kepala. " Hana mengangguk kecil tanda faham. Dia sebagai orang yang sentiasa sakit kepala semasa menaiki kenderaan yang bukan dia pandu, memahami situasi lelaki itu. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala ? Mestilah ada. " Nak panadol ? "
Lelaki itu menggelengkan kepala. " Tak makan pil. " Dia memandang pelik ke arah lelaki itu. Ada juga orang dewasa yang tak makan pil ? Macam mana lelaki itu hidup dengan tak makan pil ? Lelaki itu tak pernah sakit ke apa ?
" Puan– "
" –tak tidur ? "
Hana tersenyum selepas mendengar kata-kata lelaki itu. Bukan main lebar senyumannya saat itu. Selepas beberapa minggu juga kerja dengan Haikal, ini ialah soalan pertama yang keluar dari mulut Haikal tentang dirinya. Kenapa baru sekarang nak prihatin ?!
" Saya mabuk darat and I'm so hung– " Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, dia terhenti. Kenapa ? Sebab perutnya berbunyi saat itu menunjukkan yang dia sangat lapar. " Hungry, huh ? " Dia mengangguk malu.
Masa-masa berharga macam nilah perkara yang memalukan nak berlaku. Padah bangun lambat sampai tak dapat makan nasi goreng kampung yang uminya masak pagi tadi. Dengan hanya membayangkannya dapat membuatkan air liurnya meleleh.
" Nak ? " Haikal menghulurkan biskut oreo kepada dia dan dia pula hanya mampu memandang dengan penuh rasa lapar. Kalau dia terima, tak calarkan maruahnya ? Sebagai bos yang terima oreo dari pekerjanya, kira rasuah ke apa ? Apa kena-mengena ni ? " I'm fine, boleh simpan untuk awa– "
Perutnya berbunyi lagi ketika itu membuatkan dia mengeluh kecil. Dia memegang perutnya sambil tersenggih kecil. " Makan– " Lelaki itu menyumbat oreo ke dalam mulutnya dengan sangat sopan. Fikir sweet ke ? Malulah !
" Puan boleh tak jujur dengan saya ? " Kata-kata lelaki itu Hana balas dengan mengangguk laju. Tangannya masih mencapai oreo dari bungkusan ditangan Haikal itu. " Kenapa sepanjang saya kerja dengan puan, saya macam makan gaji buta ? "
Dia memandang ke arah lelaki itu dengan selamba. " Sebab saya mampu uruskan segalanya. Bukan ke untung kerja dengan saya ? " Lelaki itu mengeluh kecil.
" Kalau macam tu saya berhentilah– "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro