30
" E– "
Belum sempat dia menjelaskan segalanya, kehadiran Faris, adik ipar lelakinya sambil bergandingan tangan dengan seorang wanita membuatkan mereka semakin terkejut. Yang ini dia tak terlibat apa-apa. " Ya Allah Faris, sejak bila kamu pandai pegang-pegang anak orang macam tu ?! " Mak mertuanya itu kembali menjerit membuatkan kepalanya pusing.
Hampir muntah dia disitu kerana terlalu stres. " Umi abah, ni isteri Faris. " Ellyna memicit-micit kepalanya yang terasa ringan itu. Aduhai, apa lagi yang jadinya. " Sejak bila kamu kahwin ? Kenapa umi abah tak tahu pun ? " Bergetar suara ayah mertuanya itu bertanya. Sedari tadi berdiam diri akhirnya lelaki itu kembali bersuara.
" Faris kena tangkap basah.. "
Hampir tumbang mak mertuanya itu tapi disambut baik oleh suaminya. Dua benda yang mengejutkan mereka terima hari ini, kalau dia pun pingsan. " Faris minta maaf sebab dah kecewakan umi abah. " Lelaki itu hanya menundukkan kepala. Dia memandang setiap seorang yang berada disitu lalu mengeluh kecil.
" Lebih baik semua duduk bincang elok-elok daripada marah-marah. " Ellyna cuba menenangkan keadaan yang teramat tegang itu. Kalau semua orang marah-marah seperti orang hilang kewarasan, takkan ada kata putus. " Ahhhh ! " Rina tiba-tiba memegang perutnya sambil mengerang sakit. Membulat matanya melihat air yang mengalir dari kaki wanita itu.
" Abang, air ketumban Rina dah pecah ! Bawa Rina pergi ER now ! " Teriaknya pada suaminya. Mereka boleh selesaikan segala salahfaham yang berlaku antara mereka nanti, yang penting adiknya perlu selamat sampai ke hospital. " El dengan Zik bawa Rina pergi ER, abah bawa yang lain susul kami. " Ucapnya panik.
Adik iparnya yang kesakitan itu sudah selamat masuk ke dalam kereta. Syukur kedudukan rumah mertuanya itu tidak terlalu jauh dengan hospital dan jalan disitu juga tidak sesak menyebabkan perjalanan lebih lancar. " Rina tahan sikit lagi, kak long teman Rina nanti. "
Kasihan dia lihat adik iparnya itu. Sudah ditinggal, keluarga pula begitu. Kalau dia jadi wanita itu, memang sudah dia lari dari rumah. Putuskan hubungan dari keluarga itu. Mereka selamat membawa wanita itu ke hospital dan doktor menempatkannya disebuah bilik terlebih dahulu kerana masih ada masa sebelum Erina melahirkan.
" Kak long. "
Ellyna yang sedari tadi sedang sibuk membaca majalah itu menganggkat kepalanya memandang adik iparnya. Dia mengangkat keningnya menanti wanita itu berbicara. " Sorry kak long sebab Rina kak long kena lagi teruk dengan umi. " Dia hanya tersenyum kecil pada wanita itu lalu mengusap lembut perut yang kian membesar itu.
" Takpa, jangan fikir fasal benda lain dulu. Asal Rina selamat bersalin, kak long happy dah. " Dia menatap wajah wanita itu. " Rina jangan risau okay ? Kak long ada dengan Rina sampai sudah. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro