27
" Tiba-tiba nak bertudung, pura-pura baiklah tu. " Panas telinganya mendengar kata-kata mertuanya itu. Sengajalah tu cakap kuat-kuat biar semua orang dirumah itu dengar. Ellyna hanya mampu mengeluh kecil. Mahu berubah salah, jadi jahat lagi salah. Entah apa yang perlu dia lakukan supaya mak mertuanya itu puas hati.
Keluarga Zikri mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari kelahiran lelaki itu. Baru dua hari dia memakai tudung dan sebelum dia datang ke majlis itu pun sudah dia dapat agak mertuanya itu akan berkata begitu. Mahu marah tapi perlu hormat.
" Sayang okay ? " Zikri memegang bahunya.
Dia hanya mengangguk kecil menjawab pertanyaan lelaki itu. Takkanlah dia mahu mengadu pada lelaki itu soal apa yang dikatakan mertuanya itu. Apa yang boleh dia lakukan hanyalah bersabar. " Allah akan bagi ganjaran besar pada orang yang banyak bersabar. Cukup kita doa je okay ? "
Dia yakin lelaki itu tahu dan dengar apa yang dikatakan mertuanya itu. Kalau masih ada Ellyna yang dulu dalam dirinya itu, memang sudah dia maki berbakul wanita itu. Kira bagus dia berjumpa dengan Zikri saat dirinya sudah sedikit jinak. Sebelum dia tak sengaja menaiki kereta lelaki itu, lagi teruk perangainya.
" Eh perempuan ! Kau buka jelah tudung kau ni, tak layak kau pakai. "
Secara tiba-tiba mak mertuanya itu datang dan menarik-narik tudung dikepalanya itu. Tindakan wanita itu membuatkan kepalanya cukup sakit. Bukan dia tarik tudung saja, dengan kepala sekali dia tarik. " Umi ! Apa umi buat ni ! " Segera Zikri cuba leraikan pergelutan antara mereka itu tetapi liat betul wanita itu mahu lepaskan pegangannya.
" Abang, sakit abang ! " Mahu menangis dia disitu.
Satu sebab sakit, kedua sebab rasa harga dirinya dipijak-pijak. " Ya Allah Nab, mengucap Nab ! " Ayah mertuanya menarik kuat wanita itu membuatkan pegangan dikepalanya terlepas. Habis tudungnya yang elok terletak kemas sebelumnya, kini hilang dari atas kepalanya. Rambutnya juga ikut ditarik-tarik tadi membuatkan penampilannya seperti orang gila sekarang.
Zikri menghalang dirinya menggunakan badannya dari dilihat oleh tetamu lain. Masalahnya tetamu itu semua bukan perempuan saja, ada lelaki juga. Dia masih lagi dalam keadaan terkejut dengan apa yang berlaku hanya mampu terkaku disitu. Suaminya perlahan melilitkan tudung shawlnya itu hingga dapat menutup kembali kepalanya.
Ellyna hanya menatap kosong lantai rumah itu dan dapat dirasa cecair panas mengalir dipipinya. Terlalu terluka hatinya diperlakukan sebegitu. Begitu hinakah dirinya sehingga dia tak layak langsung bahagia ? " Perempuan bodoh tu dah rampas anak saya ! Jangan jadi jalang, rosakkan kebahagian keluarga orang. Mak kau pun malu ada anak macam kau sebab tu mak kau tinggalkan kau, perempuan jalang ! "
Panjang lebar hinaan yang dilontarkan oleh wanita itu. " Umi, apa umi cakap macam tu dekat isteri Zik ! Ya Allah umi, mengucap umi. Kita semua hamba umi, dosa dengan Allah kita boleh minta ampun dosa dengan manusia susah umi. Banyak mengucap umi. " Bentak suaminya.
Dia pandang sekeliling melihat para tetamu sedang berbisik-bisik antara mereka. Fikirannya terlalu kosong, dia kehilang kata-katanya. " Umi kalau tak suka sangat dengan isteri Zik, takpa. Zik akan jauhkan diri dulu dari family ni, Zik takkan balik sini sampai umi minta maaf dengan isteri Zik. " Dia menoleh memandang suaminya.
Merona merah wajah lelaki itu menahan amarah. Dia tahu Zikri sedang sangat marah tetapi masih lelaki itu kawal kerana dia sedang berhadapan dengan wanita yang melahirkannya. " Zik, bawa bertenang dulu. Kita bincang elok-elok. " Ujar ayah mertuanya. Mak mertuanya masih menangis-nangis seperti dia yang menyerang wanita itu, sedangkan dia yang mangsa disini.
" Tak abah. Selama ni umi hina isteri Zik, Zik terlalu naif tak pertahankan isteri Zik. Ellyna ada hati, ada perasaan. Dia ada maruah abah tapi umi pijak-pijak maruah isteri Zik. Zik minta abah umi halalkan segala yang umi dengan abah bagi pada Zik dengan Ellyna selama ni tapi minta maaf Zik terpaksa jauhkan diri dulu dari family ni. "
Tanpa menunggu balasan dari sesiapa, Zikri terus memimpinnya untuk keluar dari rumah itu. Dia masih berdiamkan diri tapi dalam masa yang sama dia lega dengan apa yang berlaku. Dia masuk ke dalam perut kereta tanpa sebarang bicara. Lelaki itu tiba-tiba mengusap lembut pipinya lalu mengusap bahagian kepalanya.
" Kesiannya sayang kena macam tu, abang minta maaf. " Dia memegang tangan lelaki itu lalu dibawa ke pipinya. Akhirnya dia dapat bernafas. Sungguh dia rasa mahu tumbang tadi, banyak betul perkara yang buat dia stres. " Abang janji takkan biarkan sayang kena layan macam tu, sorry sebab abang butakan mata selama ni bila umi cakap bukan-bukan pada sayang. "
Ellyna masih berdiamkan diri, masih dalam keadaan terkejut. Mungkin perkara buruk yang berlaku pada dirinya akibat dari kejahatan dan kejahilannya sebelum-sebelum ini. Perlahan lelaki itu menghapus air mata yang mengalir dipipinya itu.
" Kita pergi jauh dari sini okay ? "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro