23
" Wow~ " Perkataan pertama yang keluar dari mulut Ellyna.
" Besarnya rumah ni, kita duduk berdua je. " Memanglah rumah tu tak nampak besar kalau ramai yang duduk tapi masalahnya mereka berdua je. Nak berkemas sorang lagi, penat woi. " Memang sekarang berdua, soon nanti bertiga berempat. Bersepuluh ke. " Dicubit perlahan lengan suaminya itu. Ada saja mahu mengusiknya.
Ellyna ragu-ragu untuk melangkah masuk ke dalam rumah itu. Dia memerhatikan suaminya yang langsung melangkah masuk tanpa rasa ragu dan dia masih berdiri dipintu rumah itu. " Dekat dapur tu kit– sayang ? " Lelaki itu berhenti apabila sedar dirinya tiada disampingnya. " Lah, kenapa tercegat dekat situ ? "
" Umi marah abang ke tadi ? " soal Ellyna.
Zikri terdiam seketika sebelum kembali mengukir senyuman pada isterinya yang jelas-jelas sedang tidak berada dalam keadaan tenang. " Mana adalah, umi just pesan-pesan apa perlu buat masa dekat rumah baru je. Takkan umi nak marah anak lelaki tunggal dia ni. " Dia menarik lembut tangan wanita itu ke arahnya.
Bibir muncung wanita itu diketip lembut membuatkan wanita itu semakin mencebik. " Sayang jangan risaulah, lambat laun umi akan okey juga. Kita doa je sekarang ni okey ? " Dapat dia dengar keluhan kecil isterinya. Bukan isterinya saja yang risau, dia juga risau. Umi langsung tiada tanda untuk menerima Ell tapi dia perlu bijak menyejukkan hati isterinya.
" You know what, sekarang kita berdua je ada dalam rumah ni. No one will disturb us so what if.." Dia perlahan-lahan membawa tangannya memeluk pinggang ramping isterinya. " Abang, no ! Rumah ni belum banyak barang lagi, better fikir barang apa yang perlu and nak susun atur semua tu. " Wanita itu menolak lembut pipinya tapi dia dapat lihat wajah putih gebu isterinya itu merona merah seperti tomato.
" Sayang please. Abang dah make sure katil ada sebelum abang bawa sayang datang sini. " Wajah Ellyna semakin membahang.
Lelaki itu pandai mengusiknya buatkan dia tidak tentu hala. Perlahan-lahan tawa Zikri mereda lalu lelaki itu terus menghadapnya sambil mengusap lembut kedua-dua tangannya. Itu membuatkan dia juga menghadap ke arah lelaki itu. Hening suasana antara mereka, hanya dua pasang mata yang saling menatap antara satu sama lain.
Lelaki itu membawa tangan perlahan mengusap pipinya. " Sayang jangan risau okay, abang akan berjuang sehabis baik untuk sayang. Kalau perlu berhabis berjuta untuk sayang pun abang sanggup. Sayang jangan segan-segan nak kongsi cerita apa-apa dengan abang okay. Jangan ada rahsia antara kita. "
' Rahsia ? ' Bisik hati kecilnya
Diketap bibir bawahnya. Rambutnya yang menutup sebelah matanya diketepikan oleh lelaki itu. " Sama-sama kita pertahankan perkahwinan kita ni okay ? " Perlahan Elyna mengangguk mendengar kata-kata suaminya itu. Tiada niat langsung dia mahu putus asa dengan hubungan mereka itu. Sangat susah untuk jumpa lelaki seperti lelaki itu didunia ini sekarang.
" I love you, abang. "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro