22
" Ell, Zik call kau tadi. " Membulat matanya.
Baru saja dia mahu melabuhkan punggungnya dikerusi, dirinya kembali berdiri. Tidak tenang betullah hidupnya sekarang. Cuba bagi dia bernafas seperti biasa untuk sejenak. " Habis tu kau cakap tak yang s– " Sarah memegang lembut tangannya sambil menggeleng kecil. Ellyna menghela nafas lega. Kalaulah lelaki itu tahu, entah apalah yang akan jadi.
" Habistu you nak sorok semua ni macam tu je ke Ell ? " Dia memandang rakannya itu dengan pandangan habis-tu-nak-buat-apa-lagi. Dia menjadi hening seketika membiarkan mereka berdua hanyut dalam fikiran masing-masing. Buntu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk situasi itu. " For now, kita simpan je benda ni dulu antara kita. Kita slow-slow fikir solution dia. "
Tiada apa yang mampu mereka lakukan saat itu dan mereka tidak mahu membuat keputusan secara terburu-buru. " Sarah kau kena ingat, rahsia ni ki– " Bunyi pintu kedainya dibuka membuatkan perbualan mereka terhenti.
" Abang. "
Jantungnya berdegup lebih laju dari biasa membuatkan dia mengusap lembut dadanya mencuba menenangkan dirinya sendiri. Melihat suaminya berada di kedainya itu membuatkan dia ingin menangis saat ini. Kenapalah lelaki itu tiba-tiba muncul disaat dirinya tak mahu lelaki itu muncul ? Bukan dia tak mahu lihat wajah suami kesayangannya itu tetapi sekarang dia sedang tak tentu hala.
" Abang buat apa dekat sini ? "
Ellyna mengukir senyuman palsu sambil menyapa sang suami. Wajah datar suaminya itu membuatkan dia semakin takut. Adakah lelaki itu sudah mengetahui hal yang sebenar ? Atau..? " Buat apa ? Saja datang, rindu sayang sangat. " Zikri mencapai tangan isterinya itu lalu dikucup lembut. Hari-hari dia jumpa wanita itu tetapi tetapi dia merindui wanita itu. Tidak boleh tidak melihat wanita itu untuk sesaat pun.
" Ala lagi sikit je nak habis kerjakan ? Macam tak boleh jumpa dekat rumah je sayang ni. " Hidungnya dicuit lembut. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman lebar. Macam ni agaknya jatuh cinta secara halal.
" Sayang~ " Zikri memegang hujung baju isterinya.
" Balik awal jom hari ni, abang cakap dengan Fad nak balik awal. " Wanita itu menggeleng laju membuatkan dia memuncung panjang. " Jomlah sayang, abang nak bawa sayang tengok rumah baru kita. " Kata-katanya itu berjaya membuatkan isterinya itu teruja.
" JOM ! "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro