Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21

" Fad, aku peninglah. " Zikri mengurut perlahan dahinya sambil menunggu respon Fadhil, rakan baiknya.

Sedari tadi dia tak mampu nak fokus pada kerjanya kerana terlalu memikirkan soal rumah tangganya. " Apa masalah yang besar sangat tu sampai Tuan Zikri tak mampu nak sembunyikan tu ? " Dia menjeling sedikit ke arah rakan kongsinya itu yang sedari tadi tersenggih padanya.

" Aku bukan nak memburukkan keluarga aku ke apa tapi macam ada masalah sikit. Umi aku macam kurang suka dekat isteri aku tu. " Dia mengeluh kecil.

Bukan dia tak sedar perkara itu, dia sedar. Sebelum kahwin lagi uminya itu tidak sukakan isterinya. " Lah kalau tak suka takkan dia nak bagi korang kahwinkan ? " Zikri merenung wajah rakannya lama.

" Kau dah kenapa pandang aku macam tu Zik ? Kau suka aku ke Zik ? Ak– " Belum sempat Fadhli menghabiskan dramanya, Zikri terus memotong.

" Aku rindu Ell. "

Fadhil mengeluh berat. Menyampah pula dia dengan lelaki itu. " Gediklah kau ni, tahulah baru kahwin. Tolonglah hormat orang single ni. " Tanpa memperdulikan rakannya itu, dia mengambil telefon bimbitnya lalu keluar dari biliknya itu. Nombor isterinya dicari dan tanpa membuang masa, dia menelefon wanita itu.

Selepas beberapa saat, panggilan itu dijawab. " Assalamualaikum, say– "

" Uhm, Zik. Cari Ell eh ? " Dahinya berkerut seketika apabila mendengar suara rakan baik isterinya itu. " Ell mana Sarah ? Saya nak cakap dengan dia. " Lama wanita itu diam membuatkan dia semakin pelik. Kenapa dengan isterinya ? Kenapa wanita itu yang memegang telefon isterinya ?

" Ell busy sekarang, tu yang dia lupa bawa telefon dia. " Dia antara nak percaya atau tidak je ayat wanita itu.

" Nanti kalau Ell dah tak busy, cakap dengan dia call saya. Assa– "

Tanpa sempat dia memberi salam, panggilan itu ditamatkan. Uish sibuk mengalahkan perdana menteri. Tapi dia mahu dengar suara isterinya, dia rindu. Perlahan dia mengetuk kepalanya didinding pejabatnya itu. " Sayang, abang rindu. "

Haish.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro